Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Saturday, December 27, 2014

Hari Milo

Hari ini,hari yang agak renyah dan rajin untuk aku..
Berbekalkan tido yang mencukupi..

Eh..rajiin sangat ke?
Ada orang lebih rajin dari aku..
Sehari bikin macam- macam kerja..
Siap leh jaga anak lagi..

Aku ni terlalu memanjakan diri..
Tu badan


dah macam kobau..
Oh..teringat kobau yang selalu dijumpai dijalan Tam
pin-KP..
Kat mana la dorang sembunyik time hujan..
Oh..kat Johol ni tak berapa nak hujan sangat pon..
Kalau tempat lain ada hujan biasa- biasa,kat sini akan langsung tiada hujan..
Kalau tempat lain akan ada hujan yang luar biasa,kat sini akan hujan biasa- biasa saja..
Itulah data yang dapat dikutip setakat ni..based on pengalaman dan pemerhatian..

Setelah berkurun lama tak buat kek..arini aku bikin kek..
Kek yang betul- betul la konon,maksudnya yang ada telor,baking powder,soda bokarbonat..bukan macam kek Batik..kek batik tu dah ala2 brownies..tapi kategori kek la..

Sekian lama,aku nengok Milo yang dapur tu tak diusik-usik..
Aku serba salah,lama-lama bole buat expired..
Ditambah pula aku lapar dan makanan ringan tak ada..
Nak pergi pekan beli belah,laki aku plak tak bagi..memang totally berubah la rutin aku..
So,aku google la resepi kek yang berasaskan Milo..
Lepas google,dapat la aku resepi kek Milo..

Senang je..

Bahan 1
1 cawan Milo
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
(kacau semua sampai sebati guna api yang kecil dalam kuali)
aku takda periuk kecil or khas..kuali masak gulai dan goreng ikan tu ah aku guna..haha!
Biar dulu dalam kuali tu..biar sejuk sikit.

Bahan 2
3 biji telur ayam
1 s/k esen vanilla
Dalam resepi tu suruh pukul sampai kembang..patutnya guna mixer..lagi sekali aku guna bahan yang biasa..aku blander je terus..malas ah nak basuh- basuh mixer..leceh..banyak bekas kena guna.
Lepas blander,aku curah je dalam kuali yang ada adunam tadi.

Bahan 3
1 1/2 cawan tepung gandum
1 s/k serbuk penaik
1 s/k bikarbonat soda
Lepas tu bahan- bahan ni aku masuk je dalam kuali tu..kacau dan kacau sampai sebati..

Topping dia aku buat juga..dalam resepi kat Google tu kena double boiler,tapi aku ni kan malas nak guna banyak barang.. aku buh je dalam kuali buat gulai..
1 cawan Milo
2 sudu minyak
1/2 susu pekat
3 sudu air
Pandai- pandai la ejas..jangan guna api besor..guna yg paling kecil dan kacau hingga sebati.


Lepas tu aku kukus, api sederhana.. 30-40 minit...masa nak buka tu hati- hati la..sebab wap tu boleh jatuh atas kek gebu anda..
Rumah aku ni takda loyang,so aku guna je tupperware yang plastik yang boleh masuk microwave tu..

Kesimpulannya,resepi kek ni boleh je di gunakan kalau terasa nak makan kek time kat rumah takda makanan ringan..dan anda tidak dibenarkan kuar umah.hahahaha!!
Rasanya boleh tahan,walaupun tak sehebat Resepi Rahsia..
Elok kukus dalam kuantiti sikit..jadi kek tak tebal..dan bila letak topping dia akan jadi serasi rasa..

Nampak comot sebab aku dah rasmikan..


Ni banyak sikit toppingnya..


Itulah aktiviti aku time cuti sekolah ni..rasanya nanti nak try apply buat kat sekolah..ajar anak murid..
Sebab resepi dia sangat senang..

Oh ya..arini aku masak rendang daging dan hati..
My Lucky yang suruh..pasal dah beku keras daging dan hati yang kawan dia bagi kat peti ais..
Dengan langkah longlai..aku pon masak.. aku boleh masak,cuma bab mengemas tu aku lemah..pastu nengok berserak pun aku lemah..sebab tu jarang masak yang rumit- rumit..

Oh..bila cerita pasal makanan..teringat juga saudara semalaysia yang dilanda banjir..ntah kenyang ke tidak mereka..
Aku tahu betapa penatnya kalau jadi mangsa banjir ni..
Rumah aku penahlah dimasuki air masa berlaku runtuhan Gunung Pulai dulu..
Memang penat punggah barang..
kemas lagi.. tapi alhamdulillah air cuma masuk sampai buku lali..
itu pon ikan- ikan dah masuk rumah..

Moga mereka tabah melaluinya..al Fatihah.


Thursday, December 25, 2014

Kamu tahu pasal ni?

Wow! Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi.. aku masih belum tido dan masih asyik melayan korean drama..

Why Korean Drama?
Sebab dorang memang sweet gila..

Arini suami ak kerja pukul 3.00 pagi..
Selamat bekerja suamiku..
Semoga selamat pergi dan balik..
Suamiku yang berwajah petak..hahaha!
Nengok..aku ejek suami aku plak..

Oh..arini besday Tiara..
Semoga Tiara akan dapat apa yang diimpikan..
Kalau tiada aral melintang dia akan bertunang pada 2015..
As kakak,aku happy la..
Masa aku seusia dia,aku masih mencari arah tuju hidup..belajar dan mencari pengalaman..banyak sungguh nikmat rezeki yang Allah beri pada aku.
Yela..masing- masing diberikan rezeki tersendiri..
Selain berkongsi gambar- gambar didalam gambor tu,ada lagi barang yang Tiara suka share ngan aku..Sampai buruk lencun ah barang aku tu..haha! Kadang marah, yela baju tshirt dia rega ratus- ratus..tapi menda tu beli yg murah2.. 


Tak lama naik sekolah dah..
Wah!
Bermulalah perjalanan yang sama saban hari..
Bertembung dengan kereta yang sama..
Ya..rasanya mereka tu cikgu juga..
Cuma mereka mudik ke hilir..
dan aku mudik ke hulu..
Yang komfem selalu aku jumpa Honda City kelabu NBB..dan Neo Hitam AHA.
Kalau takda aral..budak botak si Acad Mirza nak dihantar ke sekolah..didoakan yang baik2 untukmu adik Batman..hmm..yen sayang adik.. Ok..nama aku Yen n Winwin telah lekat dimulut budak ni.. adik dia pon ikot sama..Kartini > Winwin>Yen.. jauh..tapi masih orang yang sama..haha!
Minggu depan dah stat meeting sekolah..
Moga aku dapat jadual balik waktu tido yang tersangat sesat ni..hua3


Sunday, December 21, 2014

Mengimbau dan aku tersengeh...

Aku tersenyum sendirian melihat post- post lama aku..
Cerita pasal anak murid...
Cerita pasal sekolah..
Cerita pasal diri sendiri dan epilog percintaan..uwekkk! ;p

Nasib juga ada teknologi yang sebegini..
Kalau nak tulis pakai buku dan tangan, ntah ke mana hala tuju..haha!
Betullah kata orang, pengalaman itu tersangat mahal harganya..
Bila dikenang kembali, kegembiraan saat itu sangat mustahil untuk dikecapi..
Manusia akan terus berjalan dan berjalan..

Antara kisah yang mengukirkan senyuman pada diri sendiri :

Kisah acad yang comel sangat masa kecik.

Masa ni aku snap pic, yang mana tangan aku hitam gila pasal masa tu aku sibuk bersukan sana- sini...tapi memang hitam pon!

Kisah pertama kali outstation ke Port Dickson

Ok, kisah ini agak melukakan hati sedikit kerana aku memang travel sendirian, tiada siapa yang aku boleh harapkan..jauhnya perjalanan..
Dan siapa tahu, Port Dickson dah jadi tempat biasa sekarang..setakat nak drive sorang- sorang memang takda hal..
Dulu apa pun takda..hahaha!

Pengalaman jumpa ular masa memandu.

Aissshhhh,....perjalanan yang jauh ke sekolah memang memberikan banyak gila pengalaman..
Alhamdulillah, aku masih dijaga Allah...
Selamat datang dan pulang dari sekolah..
Siapa tahu, bumi Benut yang amat aku benci semasa kecil menjadi tempat aku mencari pengalaman dan rezeki...haha!

Ok...dah feeling nostalgia plak aku..
kang ada plak aku menangis nengok cite lama..haha!


Azan Isya dah lama berkumandang, eloklah aku amik wuduk segera..
Hhaa!

I love my history..!
Terima kasih sejarah,,,,,oh! aku juga gembira jika pernah menjadi watak dalam sejarah kisah-kisah orang disekeliling...walaupun watak si penyibuk dan tidak diingini.. erkkkk...

 
Moga suami aku dapat pindah ke kawasan lain..hahaha! Terutama Johor!!!



Friday, December 19, 2014

ngeces!

ok....aku lapar dan nak makan..
makan apa?
aku pun tak tahu kenapa takda makanan enak dirumah kala ini
kenapa??
kenapa??
nak makan Banana Kaya! 
bila ntah boleh dapat..k, ngences!

Thursday, December 18, 2014

Repekan 2 setengah pagi....

Jam menunjukkan pukul 2.19 pagi..
Faizal dah lama mimpi indah...terdengar bunyi dengkurannya yang melegakan aku..
Aku, suka hati melayan internet sehingga lewat malam..
Sesekali terdengar bunyi kenderaan yang lalu lalang dihadapan rumah sewaan Faizal ni..
Bunyi motor, lori, kereta....
Sesekali bunyi cicak...
Lama aku tak dengar bunyi lembu, barangkali tuan lembu sudah punya port lain untuk membawa lembu- lembunya bersiaran tatkala meniti subuh..

Diam tak diam..2014 akan melabuhkan tirainya..
Semua disekeliling aku sudah banyak perubahannya..
Begitu juga aku, semakin hari semakin bertambah berat badan..semakin membulat wajah ini..
Aku cuba untuk mendapatkan kembali bentuk badan ideal aku yang sebelum ni, entahlah...ahaha!
Cita- cita dan realiti amatlah berbeza..
Setelah berusaha untuk memcapai cita- cita, aku mesti mendidik diri ini untuk berpegang pada rezeki, juga qada dan qadar...
Semoga Allah memberkati kehidupan aku..
Kadang kala aku mendengus sendirian, lain di mulut, dan pasti lain di hati..
Bila aku sedar yang sebenarnya Allah maha mengetahui , aku berasa malu dan tersengeh memikirkan perangai yang culas ini..

Lagi seminggu dah mula sesi persekolahan baru..
Kalau panjang umur, murah rezeki SK,,.. akan menjadi tempat aku mencari rezeki dan mengejar keredhaannya..walaupun sebenarnya aku agak canggung dengan persekitaran sekolah tu..haha!
Bukan kawan- kawan yang menjadi masalah, tapi entahlah..sukar untuk digambarkan..
Tapi selagi ada anak- anak murid, aku akan rasa bersemangat...

Ya, seronok dapat cuti...
Sejak tutup sekolah, aku tutup terus beg aku..
Nak nengok kotak pencil Zebra aku pon malas...haha!
Cuti ni aku habiskan masa dengan melayan diri sendiri..
Almaklumlah, belum ada diri- diri yang lain yang perlu diselesaikan selain suami aku..
Alhamdulillah, suami aku tak banyak cincong..
Lepas siapkan sarapan pagi, aku pon berlingkar macam ular...
Baju- baju aku basuh waktu malam..pasal malam sejuk..haha!
Ceh, alasan..kalau tau mak aku,,,mampus kena maki..

Aku merajuk ngan abah..
Ada perkataan yang abah cakap buat aku sedih..
Dah beberapa hari aku tak call umah..
Lastly mak mesej... call mak..huhu!
Ntahlah, rasa nak merajuk..maka aku merajuklah..
Biasanya aku tak amik port..tapi entah kenapa aku rasa macam kecik ati..
Allah je tahu perasaan aku tatkala ini..
Sabarlah Tini..semua ini hanya pinjaman...

Beberapa kebelakangan ini, aku nengok Malaysia macam diambang kekusutan..
Susahlah...semua barang naik harga..
Bukan tak boleh, cuma tadbir urus memang tunggang langgang..
Teknologi makin canggih, tapi rakyat makin kebelakang..
Sedih plak bila nengok Malaysia macam ni..
Tak guna dapat Sejarah A+ bila sejarah tidak dihayati....
Baik dari pihak itu ke pihak yang lain..
Makin banyak Melayu yang bikin benda bukan- bukan..
Amat merisaukan..
Anak- anak murid Melayu aku, dari kecik dah nampak gaya gangster yang merundumkan diri..

Kes suruh hisap 'anu' dalam tandas...murid tahun 1. Lepas tu pandai cakap bohong dan melawan cikgu sambil tangan dimasukkan ke dalam kocek.

Kes cakap tetek cikgu besar..itu memang realiti.. Biasa dah nengok tetek besar gaknya..

Kes kesalahan ejaan masa bikin paper BM.. semuanya bahasa SMS..

Semuanya macam tak boleh berfikir...
Macam manalah keadaan akan datang..
Hanya Allah yang tahu...


Aku dah merapu..
Selamat malam Malaysia ku.....

Haha!! aku beberapa tahun lepas! Single lagi maaaa....Inilah kereta pertama yang aku bawa!..bumbung bocor..kena pakai payung dalam kete time hujan..kelakor ah...now, this car was transformed to merah hati..


Tuesday, November 18, 2014

Patah tumbuh, hilang berganti..

Ye..memang dahan yang patah akan tumbuh semula dengan keizinanNya..
Namun, dahan yang patah itu tidak akan bersambung lagi..

Bak lirik nyanyian lagu Heleda..tajuknya aku lupa..malas nak google..haha!

Dahan yang patah, tiada bersambung lagi..
Hati ku pasrah dalam mencari mimpi..

Ok..dah ingat tajoknya, Setia Kasih...he3


Yang hilang juga akan berganti dengan yang baru..
Semua ciptaan Tuhan itu boleh berubah dan akan berubah..
Perasaan sayang,
Cinta,
Benci,
Berat badan,
Ketinggian,
Perkembangan kerjaya,
Perkembangan keluarga.

dan...

ye..anak murid...
Semoga kamu menjadi insan yang berguna..
Maafkanlah diatas kekurangan yang mungkin telah cikgu beri...
Bukan ringan tanggungjawab sebagai seorang guru ni..
Nama picisan, tapi aku sendiri akui,
Setiap hari memerlukan idea- idea baru..
Murid Pendidikan Khas, terlalu abstrak..
Perlukan penterjemah yang sangat- sangat mahir..
Untuk menjadi penterjemah yang mahir, perlu belajar dan terus belajar..

 Graduasi 2013


Graduasi 2014

Owwww...aku dah nampak dewasa..nampak puan- puan...huk3

Saturday, October 11, 2014

Bengkel Port Dickson

11.10.2014

Baru je semalam aku baru balik dari menghadiri satu bengkel..
Ehm..lama rasanya tak out station sebegini lama dan menyedapkan diri di katil hotel..
Makan tanggung, suap aje..haha!
Lama tak makan lauk pauk yang berlainan dari kebiasaan..
Kalau di sekolah, lauk yang kena telan semuanya sama..
Takda kepelbagaian sangat...
Jemu...
Tapi apa nak buek..nak harapkan diri sendiri masak sendiri pagi- pagi buta memang belum ada kekuatan lagi lah..haha!

Kali ini aku pergi ke bengkel penghasilan satu instrumen untuk dunia Pendidikan Khas..
Moga ianya berguna untuk anak- anak istimewa di negara ini..
Kalau ikutkan perancangan bahagian atasan semuanya memang canggih dan boleh diterima untuk memperkembangkan lagi dunia Pendidikan Khas ni..
Tapi biasalah,
Ibarat air sungai yang bersih mengalir dari gunung dan turun ke hilir...
Air yang sampai ke hilir takkan sama keadaannya..
Air itu perlu melalui pelbagai keadaan dan fenomena..
Akhirnya, kebanyakkannya terhasil sebagai air yang tercemar jika melalu kawasan yang hanya dituangi dengan kekotoran..
Kasihan..
Apabila manusia atau haiwan minum air yang tercemar tadi, ianya hanya membawa kepada kemudaratan..
Banyak sangat kekangan yang melanda..
Dari pihak pentadbiran sampailah kepada guru- guru sendiri..
Sebenarnya, ini mengingatkan aku pada diri sendiri juga..
Alpa dan kadang terbawa emosi sendiri..

Semasa berada di bengkel tersebut kebanyakkannya memang semua guru- guru yang hebat..
Memang terpilih...aku kagum dengan idea dan potensi mereka..
Aku rasa diri ini amatlah kerdil..
Banyak benda yang aku tidak tahu sebenarnya..
Aku juga cemburu apabila mendengar betapa seronoknya guru- guru yang hebat itu bercerita tentang sekolah mereka..
Mereka semua bekerjasama, jauh sama sekali dengan apa yang aku alami sekarang..
Selagi racun yang ada tidak dibuang...sampai bila- bilalah keadaan itu takkan berubah..
Dan memang susah untuk merubah keadaan itu..
Namun, sedikit sebanyak persepsi tentang N9 telah sedikit berubah..
Sedikit baiklah..

Perjalanan ke bengkel kali ini sangatlahh smooth..
Aku lega dan gembira..
Minyak ditekan dengan tenang..
Sesekali je berhenti tatkala lampu isyarat menunjukkan kepada warna merah..
Kawan- kawan risau aku tak sampai ke tempat yang dituju..
Sempatlah dorang bagi tunjuk arah..
Tapi akhirnya aku memilih untuk google maps..
Lebih mudah dan faham..
Aku memilih untuk tidak melalui bandak Kuala Pilah, Senawang seterusnya ke Seremban dan akhirnya ke Port Dickson..
Bosanlah nak lalu jalan tu..memang rasa stress pasal memang sibuk dan amat menyusahkan tatkala terpaksa membontoti lori/kereta/motor yang bawa slow sambil berpuisi..mengantuk..
Aku amik jalan melalui Rembau...Dari Johol, senang je nak pergi Rembau..
Jalan dalam memang senanglah..
Lepas tu takda tol plak tu..
Tak ke gembira..dan jalannya sangatlah mudah..tak payah nak banyak kali signal..
Pemandangan kampung pun cantik..hijau je,,
Kali ni aku drive sendiri, taklah macam dulu...naik bas..
Perjalanan kali ni amik masa 1 jam suku.


Jalan PD 1 (kenangan lalu)

Masa aku bagitau kena g PD si Faizal muka dah masam je..hhahha!
Dia tak tahu aku gembira gila..haha!
Allah tu sangat Maha Penyayang..Dia tahu yang aku perlukan sesuatu yang menggembirakan..
Alhamdulillah..terima kasih Allah..
Di Glory tu servisnya agak baik..
Rumah apartment pun ok..
Cuma agak sedikit berdebulah lantainya..tapi boleh dimaafkan..lama takda penghuni barangkali
Kebanyakkan pekerja memang makcik India..
Dalam apartmen tu ada 3 bilik..ada 5 katil..selesa kalau nak bawa keluarga..
Kalau nak berbulan madu..kena request bilik lain la..bilik 1 cukup..
Tapi laut di PD ni dah mula tak berapa nice la..
Aku pun tak berjalan- jalan sangatlah..
Pasal cuaca panas dan nampak berjerebus..


Apapun, pengalaman kali ini sedikit sebanyak boleh menambahkan kemanisan pengalaman bertugas di Negeri Sembilan. :0

See, senyuman yang aku lontarkan ke kamera sedang menunjukkan betapa seronoknya aku..haha! Kawah diwajah memang ttak boleh nak hilang, tapi in Shaa Allah senyuman itu masih sama..ha3

Tuesday, October 7, 2014

September 2014 melabuhkan tirainya.

Lamanya aku tidak menulis sesuatu untuk diceritakan kepada diri sendiri kelak..
Maknanya kehidupan aku memang agak sibuk..
Dengan pengurusan masa yang sangat hampeh..hahha!
Aku pun kadang tak sedar apa yang bikin dan secara tiba- tiba loceng sekolah sudah pun berbunyi..

Diam tak diam.. Bulan Oktober sudah pun muncul.
September 2014 akan melabuhkan tirainya untuk beberapa jam lagi..
Maka adakah kenangan September ini indah belaka.. Macam lagu Sharifah Aini tu..haha!



Hampir 10 bulan aku berada di sekolah baru..
Macam- macam pengalaman baru yang aku belajar..
Sangatlah banyak perbezaan jurangnya..
Jurangnya indah ke tidak?
Hahha! 

Ok..kat sini aku memang perlu melalui jalan yang penuh berliku..
Saban hari aku akan mengeluh sendirian (kadang- kadang) pasal memang tensenlah bila bawa kereta di jalan yang bengkak bengkok dan full of dengan double line..oh ya tidak lupa lori yang bertan- tan yang sangat slow itu..
Dulu, biasa bawa laju, sekarang kena bawa ala suam- suam kuku ke..
Memang mengundang kemengantukkan..

Haritu aku dapat attend 1 temuduga..
Temuduga yang memang mendukacitakan
Mungkin memang belum takdirnya untuk aku menggapai cita- cita..ahhaha
Gila teruk proposal aku..
Memalukan..
Manalah aku tau yang kena buat proposal gila perfect macam dah pergi belajar..
Takpelah, at least aku tau apa yang perlu dibuat dan next year in shaa Allah nak cuba lagi..
Minta yang free memanglah susah..haha!
Siap aku dah tau jawapan yang aku failed aritu..tergelak penemuduga..
Tapi aku siyes menyampah dengan penemuduga tu, pasal dalam gelak dia, dia telah memperkotak katikkan idea aku..
Aku nak tolong dunia Pendidikan Khas, ni dia suruh aku cari kajian orang lain lepas tu cari dan gali lagi kajian orang tu...then buat research baru..
Macam tu ke memang? 
Takpe, aku amik tu as a cabaran.
Aku ingat sey muka orang tu...
Dunia pendidikan ni taklah besar mana...ada rezeki kita jumpa lagi..haha!

Dunia P,Khas di KP ni memang lain..
Aku kena serap dulu persekitaran baru ini selama setahun..
Ibu bapa/ penjaga budak- budak ni nampak sangat pandang rendah dengan tenaga pengajar..
Mungkin ramai orang KP ni belajar tinggi giler, tu sebab dorang terlalu jaga status dan amat mementingkannya..haha! tapi tak semualah..segelintir..aku memang tak jumpa di sekolah lama..aku jumpa kat KP..
Aku pernah kena serang dengan sorang parent tu pasal aku suruh anak dia cuci tandas..
Sebenarnya, niat aku,,aku nak budak tu tau menggunakan tandas...
Budak tu ekceli aku tangkap pasal kencing merata- rata (air kencing tak masuk dalam bowl dengan elok)...habis hancing bau tandas dan ada kesan kuning air kencing..
Sebab tu tandas di Malaysia ni amat kotor,,ini semua sebab sikap yang macam ni...
Sikap ibu bapa dan seterusnya akan membawa kepada sikap anak- anak..
Budak P.Khas memanglah macam tu..boleh ke guna statmen tu? 
Bukan budak buta pun, budak bermasalah pembelajaran je kot..yang lambat dari segi akademik je dan sudah berumur 12 tahun..
Yang lain ok..maknanya budak tu memang perlu diajar untuk pengurusan diri..
Aku bukan nak mendera budak tu...jauh sekali untuk menjatuhkan maruah ibu bapa..
Aku tidak kisah untuk tidak diingati,, aku cuma ingin anak murid aku tahu tentang pengurusan kehidupan..biar dia tidak menyusahkan orang lain..
Tapi aku tak rasa gusar pun bila parent tu mengamuk...haha!
Pasal dalam silibus memang ada..cuma agak terkilan dengan sikap yang mencadbury buta tu..
Tapi memang dah tugas aku walaupun aku bukan cikgu Matematik atau Sains yang sangat kebanyakkan anak murid akan ingati..cikgu high level intelligent gtu..(ini statmen diri sendiri-perasan diri sendiri..tidak ada kaitan untuk mengajak semua cikgu merasa perasaan yang sama)








Sunday, August 24, 2014

Kesedihan Syawal MH17

Mood sedih masih menyelubungi Malaysia..
Semua orang bersedih melhat beberapa tragedi yang menimpa negara..
Kehilangan MH 370...kemudian disusuli dengan penganiayaan ke atas MH 17 yang turut memberikan kehilangan..

Isteri kehilangan suami,
Ayah kehilangan anak, 
Anak kehilangan bapa, 
Anak kehilangan ibu..

Memang lumrah manusia agaknya, 
Mencari keburukan orang adalahh satu aktiviti yang sangat menarik dan menterujakan..
Terasa diri begitu bangga kerana merasakan diri lebih baik dan lebih sempurna dari orang lain..

Macam penghormatan kepada mangsa MH17 tu, ada juga yang tak puas hati..
Cakap mereka tu siapa nak bagi penghormatan macam tu sekali, mereka bukan sedang mempertahankan negara pun..
Eh, awak tahu ke asbab peristiwa yang berlaku?
Entah- entah mereka memang sedang mempertahankan negara, tapi tidak tersurat.. 
Kesimpulannya, doakan sajalah yang baik- baik untuk mereka dan kita semua..
Apa guna menuduh dan memberi manipulasi yang bukan- bukan..
Apa yang berlaku ada yang merancangnya, segala peracanganNya adalah sebaik- baik perancangan..
Pada saya, mereka semua tu insan- insan yang sangat baik.
Segala urusan segalanya dipermudah, ramai yang mendoakan..itu tanda Allah merahmati mereka..
Masa untuk kita, belum tentu akan dapat kebahagiaan begitu. 
Sudah- sudahlah menganiaya orang dengan kata- kata...




Sunday, July 13, 2014

Kisahnya antara aku dan duit.

Bulan Ramadhan..bulan mulia..
Bulan yang penuh barakah..
Bulan yang banyak sangat nikmatnya...
Tapi..adakah aku sedang merebut semua kebaikannya..
Sesungguhnya aku masih insan yang lalai dan tidak tahu merebutnya..
Macam- macam alasan pula..

Ok, diam tak diam dah 15 hari kita berpuasa..
Sekejabnya masa berlalu..
Berlalu dengan lajunya...tanpa menunggu akan keciciran manusia..
Maka itu, pandai- pandailah manusia menggunakan masa yang laju ini..
Sekarang saja dah jam 2 petang...
Cuaca di Johol, masih mendung dan suram..
Aku sengaja tidak membasuh baju yang banyak dibakul..bukan kerana malas, tetapi kerana aku takmo tanggung baju yang berbau kurang segar..ceh! alasan...haha!

Bulan ni adalah bulan yang aku rasa, memang semua orang akan pernah diduga seperti aku..
Apa yang terjadi ni ya? hahaha!

Ok, aku perasan bulan ni memang banyak orang nak berhutang ngan aku..
Aku sorot kejadian diwaktu pagi, tatkala itu gaji baru saja masuk dan aku pun belum cek lagi..
Pagi- pagi buta aku terdengar bunyi deringan telefon...kalau telefon diawal pagi ni selalu benda yang mendebarkan...begitu juga ketika waktu malam buta..memang mendebarkan..
Rupa- rupanya, si sepupu lelaki bertuah aku tu call, bikin cerita palsu dan menyedihkan untuk pinjam wang.. ratusan juga la..hmm
Jujurnya, aku rasa menyesal bagi pinjaman kat dia..pasal dia ni rekod perilaku dan kewangannya sangatlah mendukacitakan..
Nenek aku, mak aku, malah ibu bapanya sendiri...dah beribu wang terlabur tanpa ada faedah..
Dah la takmo kerja..bukan OKu pun..anak dah ada..
Isteri yang cari nafkah tak seberapa..
Kasihan aku nengok isterinya..susah nak cakap dengan sepupu aku ni..
Aku pun bingung tentang dia..
Moga ada sinar gemilang untuk dia..
Dia punya harta yang baik iaitu anak..tapi dia tak jaga anak dia..
Dia biarkan pendapatan dia dia hasil judian dan peras ugutan..
Bila nak berubah? aku pun tak pasti.

Ok ni cerita kisah yang lain plak..
Cerita pasal uncle India kat sekolah aku...
1 pagi indah, setibanya disekolah..turun je dari kereta, pakcik jaga India tu panggil aku..
Dia cakap, cikgu boleh tak bagi pinjam RM...nanti saya bayar 7hb..
Ok,,kesiannya kat uncle tu..
Dia bekerja, tapi ialah sekarang ni serba serbi mahal apa..
Lagi- lagi kat bandar KP tu, memang semua barang mahal..susah nak berbelanja..tapi harung jela..
Mungkin ada rezeki yang lebih baik nanti..
Aku dengan senyuman, bagi la pinjam..
Dalam banyak- banyak cikgu, aku yang dia berani minta pinjam..haha!
Tapi dia dah bayar balik apa yang dia pinjam..alhamdulillah

Tak lama lepas tu plak.
Untie India keje PAR kat pejabat sekolah plak nak pinjam..
Sibuk dia panggil aku...
Ratusan plak tu..
Adoi..serba salah sey aku..
Dalam masa yang singkat, semua orang meluru kat aku untuk pinjam duit..haha!
Yang ini aku tak dapat tolong pasal jumlahnya agak banyak dan aku memang sedang memerlukan dana untuk diri sendiri..
Aku tanya juga kenapa dia berani pinjam aku duit? haha!
Aku ngan dia agak baiklah..selalu memang bergurau..macam makcik le.
Dia kata, muka aku ni baik, lepas tu aku memang macam orang banyak duit..
Hahaha! aku tergelak..
Dari sudut apa aku macam orang banyak duit..?
Sebab aku takda anak ek...yang lain ada anak..huuhhu
Ok, meh ak cerita, ada anak ke, takda anak ke..sebenarnya sama je kewangan tu..
Pelbagai sudut akan terisi, cuma darjahnya agak berbeza..
Dalam carta kewangan aku, sudut untuk anak tu memang takda..Tapi, sudut tu aku isi untuk menda lain plak..
Sama je, orang kalau ada anak, in Shaa Allah la, rezeki tanpa diduga akan datang sendiri..
Kadang kalau kerja noreh getah pun boleh sara anak 3-4 orang..
Sama dengan pegawai bank yang ada anak 3-4 orang..
Allah tahu rezeki sebanyak mana yang sesuai..

Ok, hari ini plak..
Adik aku call pagi- pagi buta..
Sekali lagi menakotkan aku..hahah!
Gila menakotkan, aku teringat abah ngan mak je..
Rupa- rupanya nak pinjam wang juga..ahah! kawan adik aku kena tahan polis.
kali ini kisahnya ialah pasal budak tu pergi nengok racing haram, lepas tu tak dapat lari, kena tahan polis..
Dalam lokap polis dah tendang- tendang..haha!
Tu la dik, ada banyak benda faedah kita boleh bikin..
Kenapa menda yang carik lagi canggung tu gak yang kau nak join..
Ni Allah bagi sikit je hukuman..
Kalau tetiba ngah syok nengok racing, kereta tu terhempap kat badan camne?
Macam- macam hal yang buruk leh jadi kalau kita salah pilih jalan ni..
Kesian lak aku kat kawan adik aku tu, sebab aku fikirkan kalau dia tak setel dan kena duk lokap susah untuk dia kuar bekerja esok.. lagipun dia kerja kat Singapore.. takkan sebab dia jadi penonton dia kena hilang kerja.. kelulusan dah la tak berapa nak tinggi..susah nak dapat kerja yang gaji setimpal..
So, aku tolonglah..
Dan buat pertama kali, aku guna perkhidmatan transfer online..

Oh ya, setiap kepandaian aku tentang urusan duit dan perkhidmatan bank ni mesti ada sebab dan ceritanya..haha!
Dulu aku pandai guna mesih debit atm sebab nak tukar duit anai- anai nenek...yang mana nenek pun tau malu nak g bank tanya boleh tukar ke tak..haha! mak aku sendiri takmo g bank tanya...huk3
Nasib ada orang ajor..terima kasih ye.
Yang transfer online ni aku belajar by call ye..call talian cimb.
Kat Johol ni semua tempat jauh, memang kena belajar macam mana nk memudahkan pergerakan.

Apapun, cerita aku ni juz untuk memori aku..
Bukan untuk menunjukkan aku baik atau apa, jauh sekali nak cerita tentang kekayaan..
Aku bukan jutawan pun..mana yang mampu aku tolong jela..
Aku suka cerita pasal ini semua adalah kerana ini kisah masyarakat yang perlu kita belajar dengan pengajarannya..
Kita didunia memang saling memerlukan..macam jari jemari dibawah ni..
besar ke, halus ke, runcing ke, setiap 1 ada fungsi..





Sunday, June 22, 2014

Firdaus yang istimewa.

Berita hari ini sangat mengejutkan..
Reaksi pertama aku ialah....


bergenang air mata...!
Sedihnya!

Kisah adik Firdaus yang membesar dan dilayan sebegitu rupa..
Sangat menyayat hati..

Kalau nengok dari perlakuan dia..
Kalau la dia pergi ke sekolah lebih awal..
Rasanya dia boleh memahami orang lain dan boleh berkomunikasi- bahasa isyarat...macam Adam..
Cuma pergerakan dia agak terbatas..

Aku tahu bukan mudah untuk seorang ibu/ penjaga untuk membesarkan seorang anak OKU..
Ini ujian dalam kehidupan dia, yang mana masing- masing didunia ini memang mempunya ujian tersendiri..
Cuma, cara untuk hadapi ujian tu memang berbeza- beza..

Tapi,
Kenapa baju Firdaus tu tidak disalinkan langsung?
Kenapa Firdaus terlalu kurus?
Kenapa Firdaus tidak dimandikan?
Kenapa bilik Firdaus macam tu? Penuh tanah..macam bela kucing..eh, tapi kucing lagi ada tempat tido yang empuk kot..merujuk kepada kucing makcik aku...

Tapi, yang ajaib,
Kenapa Firdaus masih hidup dan tampak sihat walaupun kurus?
Matanya masih ada sinar..
Boleh bergerak walaupun kurang makan...
Ajaib bukan..
Allah memang melindungi dia..
Mungkin pada mata kasar kita, dia memakai pakaian yang lusuh, tetapi siapa tahu sebenarnya dia sedang memakai pakaian yang tersangat indah..
Bermain dengan kawan- kawan...
Melihat tv...
Aku perasan, ada seekoar anak kucing kat rumah dia tadi..

Alhamdulillah,
Firdaus dah ditemui oleh orang awam..
Nak cari pendatang asing, tetapi jumpa adik Firdaus yang terasing..

Moga, lepas ni Firdaus akan ditempatkan di tempat jagaan yang betul..
Diharapkan, sesiapa yang menjaga dia akan melayan dia dengan baik..
Firdaus ahli syurga..
Kita tak tahu, mungkin dengan melayan ahli syurga tu dengan baik akan membantu kita di akhirat kelak..


Sedihlah..
Teringat dengan anak- anak murid aku..
Aku ni memang sentimental orangnya..hahaahaha!




Tuesday, June 17, 2014

Sayonara angin sang bayou...;)

On my way balik dari sekolah selalu ada nampak macam 3 sekeluarga sedang dalam perjalanan dr area Gentam ke bandar KP..tidak tahulah destinasi yang sebenar..
Cuma, sekali imbas dan selalu terpana kearah mereka, aku dapat rasakan yang 3 ahli keluarga tu memang dari golongan orang kelainan upaya..
Ada seorang lelaki, usia macam awal 20an, 1 wanita awal 20an dan 1 wanita yang berusia sikit dari mereka..

Kadang- kadang dorang sama- sama jalan kaki..
Kadang- kadang ada yang naik basikal, dan yang lain jalan kaki..
Tapi memang selalu nampaklah..
Bertubuh besar tapi bukanlah kategori gumuks..
Aku selalu aku melihat mereka tertawa sesama mereka, bergurau senda..dan sangat bahagia.

Hari ini aku tergatal mulut untuk bertanya dengan kakak yang memang asal disekitar kawasan bandar KP ni..
Rupanya dia kenal keluarga tu..
Ya...memang mereka orang kelainan upaya..dari segi mental.
Sejarah mereka amat memeranjatkan sehingga aku rasa aku terbeliakan mata sebentar..haha!

Rupanya budak lelaki muda tu, pernah bersekolah di sekolah yang aku pernah mengajar ni..
His name is Petunjuk.. walaupun OKU..nama anak yang diberi amatlah baik maknanya..Alhamdulillah..
Susur galur yang lengkap aku tidak tahu..
Berdasarkan cerita kakak sekerja tu, dia kata memang Petunjuk dan adiknya tu OKU.
Aku tanya lagi, parents dorang macam mana?

Akak tu pun bercerita serba ringkas; begini ceritanya;

Dulu asalnya, ayah budak tu normal..tetapi dia seorang yang sangat- sangat nakal...
Memang jenis nakal + brutal + tak makan saman..tapi aku tidak tahu apakah aktiviti kenakalannya tu.
Lepas tu, 1 hari dia terlibat dalam kemalangan..
Semenjak itu, dia jadi OKU mental..
Jadi untuk menjaganya, JKM telah mengambil langkah '....' dengan mengahwinkan ayah Petunjuk dengan mak Petunjuk..aku pun tak tahu nak buh langkah apa..pasal macam...ntahlah..speechless kejab.

Mak Petunjuk tu pun kategori istimewa juga..bab mental.
Maka hasil perkahwinan, dapatlah sepasang cahaya mata..
Allah Maha Kuasa kan....;)

Tapi, kesianlah dorang tu.
Anak pun jadi kategori yang sama..
Yang paling aku sedih, anak yang perempuan tu dah mengandung dan bersalin beberapa kali tanpa bernikah..
Mereka melalukan perhubungan sesama mereka..
Mungkin ayah dengan anak..
Mak dengan anak..
Abang dengan adik..sedih sey!
Tapi doktor dah ikat sistem peranakan dorang katanya, selepas dah bersalin berkali- kali. Tanpa tahu punca benih siapa..
huh..
Memang bukan sesuatu yang pelik..
Tapi ianya menyeramkan..

Tapi siapalah aku untuk menilai mereka..
Mereka terang- terang bukan yang sempurna akal kot..

Tapi macam mana dengan cabaran anak murid aku....

Abi......., seorang murid perempuan dalam kelas kekolaan aku..
Kak R asyik mengadu ngan aku pasal dia nampak abi bikin ala-ala onani dalam kelas..
Siap nampak reaksi stim..
Memandangkan aku ni guru kelas, dia menujah ke arah aku..
Bingung rasanya...
Sebab dalam kelas aku memang aku tak nampak dia bikin stim tu..
Mungkin sebab kelas aku banyak pergerakan dan perlukan respon..
Macam mana aku nak atasi menda ni ek...
Adoiyai...
Susahlah...sebab benda ni isu sensitif..
Takkan aku nak tanya menda tu..
Akak- akak siap suruh aku cek kot-kot bulu dah tumbuh..
Apekehaiiiii....
Kang dia bagitahu mak bapa dorang yang aku ni cek cekpit dia..lepas tu dah aku disabitkan kesalahan mencabul!
No! its dangerous!
Patutnya, setiap cikgu bertanggungjawab..
Jangan bagi dia peluang leka lakuan benda tu..
Sebab dalam kelas aku dia tak pernah bikin macam tu...
Tapi rasanya, sebagai guru aku kena bagi nasihat kat anak murid tu..
Berulang- ulang kali...dan ulang lagi..

Oh hari ini anak murid nyanyi lagu Sayonara! ;p
Mereka gembira belajar mengingat lirik..
Mesti nurse- nurse gigi pening duk depan kelas aku..hahha!



Saturday, June 14, 2014

Coretan Naik Sekolah

Diam tak diam..dah nak abis dah cuti semester pertama..
Seronok ke tak ye?
Pentingkah perasaan itu?
Yang penting kena betulkan niat lakukannya kerana Allah Taala dan mencari rezeki yang halal..
Halal..persoalan yang besar..
Adakah betul yang rezeki yang dicari selama ini halal..huk3
Menakutkan untuk difikirkan..
Kadangkala emosi dan kealpaan diri memang sentiasa beraja dan bersyaiton dalam diri..
Menakutkan..
Memang kadangkala situasi tempat kerja bikin kita rasa menyesakkan dada...namun, mungkin kita boleh mencungkil sesuatu yang best dalam kesesakkan itu..Namun bagaimana?? huk3

Tapi sebenarnya rugi je kalau sibuk mencari kekejian setiap kejadian dan berbuat kekejian.. Buat dosa je.. Last- last diri yang ternoda..
Sedangkan dalam Al- Quran ada menyebut..

Petikan surah An- Nisa; 110 hingga 113


  1. Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat), kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(110)
  2. Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (111)
  3. Dan sesiapa yang melakukan sesuatu kesalahan atau sesuatu dosa, kemudian ia menuduhkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata.(112)
  4. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu (wahai Muhammad) nescaya berhasillah cita-cita segolongan dari mereka yang bertujuan hendak menyesatkanmu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri dan juga mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepadamu sedikitpun dan (selain itu) Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar. (113)
Ya Allah..banyaknya benda keji yang aku lakukan sebelum ni.. Kalaulah aku bersabar dan berpegang pada apa yang diutuskan...mungkin keadaan sekarang akan jadi lebih baik..

Bukanlah kehidupan sekarang tak baik...
Biasalah, penyesalan.. Benda yang dah lepas mana boleh diundur..
Jadikanlah teladan dan biarkan masa menyembuhkan segala penyesalan tu..haha!

Apapun..
Aku bersyukur kerana aku dipertemukan dengan akak- akak yang aku tak pernah pun bersua muka tu..
Macam gruop tadaruslah..
Mulanya susah juga aku nak layan group ni..
Dalam group ni ada satu ketua, ustazah..
Nanti setiap ahli akan diberi tugasan untuk baca 2 helaian Al- Quran setiap hari..
Nanti ketua kumpulan akan update dan sentiasa pantau..kalau tak baca, dia tanya dan tanya.. haha!
Memang mula nak quit...kononn rimas.
Tapi, lama- lama aku rasa tak boleh plak tak bawa Al- Quran kecik beserta Tajwid dan terjemahan yang aku baru je beli beberapa bulan yang lepas..haha!
Selama ni duk pandang je benda tu kat kedai buku..lebih rela beli buku resepi..
See, betapa kejinya aku...ilmu yang paling berharga aku buat tak tahu je..huk3

Hmm..
Cuti kelmarin, ada pegi KL..
Bikin apa? haha!
Jujurnya, suami aku tu susah betul nak bagi aku lepas g kl jumpa kawan- kawan..
Kenapa ntah...tapi kalau dia punya job ada kat sana, aku kena gak ikut..
Lepas tu, selalunya tanpa dirancang..
Tapi happy la dapat borak panjang dengan pensyarah aku..cik Um..
Sebenarnya, banyak menda nak share dengan dia..
Tapi disebabkan ada suami aku..kenalah ada batas sempadan cerita..
Tak sedar berborak lama..!

Sebenarnya banyak menda aku nak bikin kat kl tuh..
Tapi masa dan keadaan amat tidak mengizinkan..
Redha jelah..
Nasib badan..haha!

Namun, dapat rileks kat Johor seminggu 2 terasa seperti mengirup udara gembira yang lama tidak kutemui..
Tak best ke KP?
hahaa!
Biasalah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih best negeri sendiri...
Hujan emas ke kat KP ni???
Tanda tanya yang blurr....
Huk3

Sebenarnya, banyak rancangan untuk diri sendiri..
Moga Allah memudahkan segalanya.. Amin..
Ya Allah! Luaskan dan berkatilah rezeki yang telah dan yang akan Kau beri! Amin...







 


Saturday, May 24, 2014

Pek- pek-pek..kamu buat habis baik!

Cuti sekolah sudah bermula..
Maka dikesempatan tersebut akan ramailah pasangan- pasangan yang akan mendirikan rumah tangga..

Tadi pagi- pagi mak Wawa dah call..bagitahu yang abg Wawa yang namanya Syafiq dah nak kahwin dan dia jemput.. In Shaa Allah..ada rezeki aku datang.. 8 hb Jun nanti..
Aku bagitahu suami aku nak g..tapi, dia dah monyok pasal 7hb tu dah kena balik bercuti kat rumah mak Jelebu plak sebab dia ambil cuti panjang masa cuti nanti..10 hari (5 hari Johor, 5 hari Negeri Sembilan)
Nak extend sehari pun tak boleh..ceh!
Ni nasib baik aku ada mesyuarat kat Johor, maka aku dapat balik awal dan lebih lama kat Johor!
Kalau tak aku hanya boleh balik Johor pada 3hb..
Rindu kemeriahan suasana di Johor!

Oh ya.. hari ini hari perkahwinan Che Mad @ Batman.. Memandangkan tiada undangan rasmi ke rumah pihak perempuan, maka aku hanya nampak banner 'Ahmad dan Wani' je tergantung di jalan area Senaling tuh...haha! Aku perasan design banner tu macam design kad jemputannya via online..rasanya betul la wedding Che Mad...
Arini ada kem Bestari Solat, tu aku pergi ke sekolah..laluan umah mertua Che Mad tu memang laluan sehari-hari aku dari Jl ke KP... Tak jauh dari simpang nak belok ke uma mertua Che Mad tu ada orang jual kuih muih/ mee/ pisang goreng..selalu kalau balik petang memang aku singgahlah..Sebab harga dan rasa sangat sepadan dan kenalah dengan tekak..
Pakcik n makcik tu pun dah kenal aku, kalau lama tak singgah dorang cakap 'cikgu lama tak singgah'..haha!

Tahniah kepada Che Mad dan pasangan!... Bertemu dengan orang N9 akhirnya..
Moga bahagia hingga ke syurga.
Di KP upernya jodoh u..wah! Akhirnya, jumpa juga wanita idaman..;)
Jodoh i pun di KP, tapi jodoh kerjalah..haha!
Apapun! Tahniah!

Cerita pasal kahwin..
Aku teringat time aku kahwin..
Nak sentuh soal mekap dan tatarias oleh mak andam aku..
Jujur aku katakan...aku tak suka da way mak andam tu mekap aku..
Nengoklah..dah macam mata kartun je aku nengok..

Tapi paling teruk time sanding kat Jelebu..
Gila buruk mak andam tu bikin..
Aku tak sempat nak cari sendiri, tu semua mak mertua aku yang cari..
Maka aku tadah jela muka untuk ditepek..
Bajunya pun singkat..
Bayangkanlah!..haha!
Masa aku temubual mak andam tu mana dia belajar mekap..
Dia kata, dia bekerja ngan butik pengantin sebelum ni..so belajar dari situlah...
Fine! Majlis nak on...takdanya nak cari mak andam lain..

So, aku selalu la buka fb..kan ramai yang post pic wedding dorang kan...
So aku nengoklah mana cantik ke tak..
Tapi jujur aku katakan..aku jadi benci kat mak andam yang bikin pengantin tu lagi tak cantik..
Sakit hati sey walaupun bukan aku yang jadi raja sehari..
Ada pipi terlalu merah la..
Ada tudung dipakaikan pelik- peliklah..
Lepas tu disuruh bikin gaya pelik ala- ala lah..adoiyai..

Kalau ada mak andam yang terbaca blog aku ni..
Silalah jujur dalam mentatariaskan pengantin- pengantin ni..
Dorang bayar semua perkhidmatan anda..
Pergilah belajar pakaikan mekap betul- betul..
Bukan men nengok- nengok je..
Belajar cara guna krim yang sesuai untuk orang berjerawat, berminyak dan hitam gelap...
Janganlah yang berminyak kamu tambah minyak..
Kalau cara mekap anda tu terbaik, orang akan ikhlas membayar..
Sekarang banyak pengantin bertudung, pergilah belajar cara pakaikan tudung dengan bentuk wajah yang sesuai..
Jangan kedekut untuk adalah trial mekap dan tatarias..
Belajar macam mana nak matchkan bentuk pakaian pengantin dengan bentuk tubuh pengantin..
Semua tu penting tau tak..
Sebab tu kenangan seumur hidup ok..
Tanya pendapat pengantin juga, bukan men hentam dandan dia..kasihan tau tak..
Jadilah seseorang yang membahagiakan..

Wah! komplen kerja orang plak aku..
Apa pasal tak boleh?
Orang luar selalu hentam cikgu gak ape..haha!
Cikgu ni, cikgu tu, cikgu bla..bla..bla...haha!

Sebenarnya, sesiapa pun kita...berusahalah mencapai matlamat tujuan tugasan kita bekerja sebagai apa-apa pun mengikut jenis pekerjaan..buat sehabis baik macam lagu pengakap ni..anak murid aku cukup suka..



Cikgu tugasnya mendidik dan mengajar murid sehabis baik.
Mak andam/ jurusolek tugasnya menyolek dan merias dengan sehabis baik.
Doktor, tugasnya merawat pesakit sehabis baik.
Tukang masak, tugasnya masak makanan sehabis baik.
Tukang jahit, tugasnya menjahit baju orang sehabis baik..

Jujurlah dalam pekerjaan..
Ingatan untuk aku dan diri sendiri..;)
Kita buat sehabis baik!

Wednesday, May 21, 2014

Terkontang-kanting..

Assalamualaikum..
Annyeonghaseyo!

Lamanya nak tunggu musim cuti sekolah..
Walhal cuti sekolah akan tiba tidak je lama lagi..
Keseronokan berganda- ganda...
Nak topup tidur yang telah diambil dek kerana pengurusan masa yang amat teruk..hua3
Apa tidaknya, jadual tidur aku adalah bergantung kepada jadual kerja suami aku..
Ada masa dapat tidur awal, ada masa terpaksa tidur lewat..
Contoh macam hari ni, suami aku balik jam 11 malam..
Maka, seharusnya aku tidak boleh tidur pada jam 11 malam kerana ingin menemani suami aku menjamu selera..dan semestinya aku juga akan menjamu selera.
Habit yang sangat teruk untuk diteruskan..
Sepatutnya aku kena tukar jadual makan tu..
Balik sekolah terus masak, petang makan dan suami balik terus makan sorang- sorang..haha!
Tapi kemalasan dan kepenatan selepas pulang ke sekolah membataskan..

Eh, penat sangat ke sekolah Tini??
Ntahlah, apa yang penat sangat pun aku tak tahu..
Tapi memang penat pun..maklumlah pemanduan yang bengkak bengkok dan tekanan psikologi yang agak high memang akan mendatangkan kepenatan tersendiri..

Alhamdulillah hari ini, guru besar sangat baik hati kerana menyokong permohonan sambung belajar tu..!
Ni baru permohonan, belum tentu dapat lagi..
Harapnya adalah peluang untuk aku melanjutkan pelajaran sepenuh masa tu..
Semoga Allah memudahkan segalanya..
Sebenarnya, guru besar sekolah baru ni agak cerewet..
Sebelum ni dia suruh aku belajar separuh masa je..
Dia kata aku nak tinggalkan sekolah tu dan sebab tu aku mohon belajar..
Sebenarnya, dalam surat eg- tukar tempoh hari tu antara alasan memohon pertukaran pindah negeri adalah kerana aku nak sambung belajar..
Dia berat nak bagi aku keluar dari sekolah tu sebab konspirasi yang sangat besar telah wujud sebelum ni, maka timbullah pendapat untuk buka prasekolah ppki untuk aku..
Gilos dorang tu...haha!
Aku belajar sesuatu di NS ni..
Ramai orang yang gilos brutal dan suka bantah keputusan pegawai tertinggi..!
Berani seperti pahlawan!
In the end...apa pun tak jadi..apa- apalah..
Aku kena belajar mencintai negeri ini..haha!
Tapi tak la semua yang brutal tu datangkan hasil yang buruk. ada juga kebaikannya..
Senang cerita dalam 1 pohon buah- buahan, tidak semua buah rasa sedap..
Itu adalah lumrah..tak perlu pertanyaan kenapa? kenapa? kenapa? ahahaha!

Apapun, moga hasrat untuk sambung belajar tu nanti akan memberikan peluang yang cerah..
Berdepan dengan guru besar wanita yang agak cerewet dan kadang kala boleh terkeluar perkataan hah? hah? hah? , memang sesuatu situasi yang mencabar..
Ada rakan setugas, dia nak mohon pindah..sekali dia cakap 'kenapa terima kerja ni kalau tak boleh nak jauh dari suami dan anak?. Lain kali jangan terima.'
Waduh! Terguris hati member tuh...kesian tu, balik besut setiap 2 minggu cari suami dan anak..
Guru besar siap swoh suami dia pindah Ns ni berniaga sendiri..
Apa punya solutionlah..
Sedangkan setiap guru yang berpindah, pasti akan diganti dengan guru baru..
Kementerian takkan biarkan ianya terkontang- kanting...
Patah tumbuh, hilang berganti..
Walaupun yang tumbuh tu memang totally tak sama..tapi setiap orang ada kelebihannya..
Percayalah..

Part kawan aku tu dia suruh berjauhan..
Part aku plak dia tak bagi berjauhan..hahaha!
Dia kata kenapa nak mohon sepenuh masa?
Jangan tinggalkan suami, sebab ramai orang yang jauh- jauh ni bercerai berai akhirnya..
Lelaki ni lain..
Waduh! see???? Apa semua itu?
Ntahlah, aku berserah kepada Allah..
Dialah segala- galaNya...
Dia Maha Mengetahui..
Manusia tahu cakap, jangan bikin andaian yang macam- macam kat orang lain, sedangkan manusia sendiri bikin andaian kepada kuasa Tuhan yang Esa..
Astagfirullah.....



Ni, pic hari ni.. Masa pergi JJ...muka aku memang tembam dan menggemokkan.. selepas latihan makan malam jam 11 malam..tu la hasilnya...! haha!
Ekceli, aku nak fokus pada budak perempuan yang gemok yang sebelah aku tu..
Dia sangat gemok dan hari ini dia telah membuatkan aku kena membantu dia mencebokkan buntutnya lagi..
Abis suara aku dalam bilik air JJ tu..
Geramnya aku, sebab badan dia yang gemuk + terlalu manja telah menghasilkan dia yang tidak tahu mencebok...Punya susah nak mencangkung..nak capai tangan pun sama susah..
Dia selamba je buka seluar dia, pastu longgok kat lantai toilet..lagi bertambah aku geram..haha!
Part nak jaga bersih pun tak tahu...
Tu la terlalu manja...dan makan, dan makan......adoiyai...ntahlah..malas nak komplen..nanti orang cakap tu bukan anak aku, suka hati orang la...wah! ok.

Aku nak train budak tu, tapi............sekolah tu punya style ialah jangan melangkau kerja orang..
Apalah...
Aku kesian kat anak murid...tapi disebabkan 'langkau' tu aku terpaksa nengok jauh- jauh dan ajar time ada peluang........hmmm...
I hate this feeling!..

Tuesday, April 29, 2014

Barangkali K atau B

Sekarang ni musim orang cari henpon lenovo...yeke musim? mungkinlah, kalau kat area KP ni memang orang akan sebok cerita kehebatan dan kemampu miliknya..Tapi aku masih setia dengan Abang Sony aku tu..walaupun dia tak larat nak pikul banyak menda...tapi masih lagi memuaskanlah...
Aku boleh bervideo call dengan Acad Mijan!!
Wah! Aku sudah merosakkan banyak istilah Bahasa Melayu!

Ok...apa yang berlaku pada kehidupan aku hari ini?

Memang berjalan dengan penuh kesederhanaan dan penuh dengan rahmat Illahi..
Berada di kawasan yang penuh dengan kerepek- kerepek lemau, membuatkan aku semakin dewasa menghadapi kerepek- kerepek yang penuh variasi diluar sana..

Macam ni..
Istilahnya..
Ada orang bagi kita kerepek..
Kita tidak tahu niat orang..
Mungkin ikhlas, mungkin tidak..
Tapi keikhlasan itu kita mungkin tak nampak..
Apa yang kita harapkan pada kerepek yang kita dapat tu?

Ya, harapnya kerepek itu sedap dan rangup kan?

Ok, ambil gunting dan sila gunting plastik pembungkus...
Ambil 1 unit kerepek, rasa...
Andai sedap, teruskan makan dan jadi darah + daging + najis..
Orang yang beri dapat pahala, dan kita juga dapat pahala kerana mensyukuri rezeki yang datang..

Kalau tak sedap, senyum sekejap...mungkin mengeluh..ish tak sedap!
So, kerepek itu adalah rezeki makhluk lain barangkali..
Maka, tong sampah la yang akan dapat habuan kerepek pemberian itu tadi..
Anggaplah kita bersedekah kepada makhluk lain dan kutiplah pahala..
Eh..tak mengapa ke bagi kerepek yang tak sedap tu?
Macam ni, mungkin pada kita tak sedap tetapi pada makhluk tu ianya adalah rezeki yang sangat melazatkan dan perlu disyukuri..
Kita dapat pahala, dan makhluk itu dapat kebahagiaan..

Macam itu juga dalam hidup..
kita boleh memilih kebahagiaan dan mencapai kebahagiaan walaupun diberikan kerepek lemau dan tak sedap dengan syarat, kita sentiasa beringat bahawa kita ni pun makhluk yang sama menumpang di buni Allah...
MasyaAllah...Allahuakbar!

Hmmm..aku masak sotong tadi..
Pak Mok aku asyik cakap suruh masak sotong yang dibelinya tadi..
Pak Mok memang tak kisah kalau aku masak style apa pun..
Dia tak komplen, tapi aku tahu kalau dia tak suka masakan aku...kalau dia makan sikit, tak tambah nasi dan diam je time makan!
hahaha!
Tapi kalau kena tekak dia, senyum sampai telinga dan cakap kuat- kuat alhamdulillah...!
Nanti aku tanya, ok nak bagi A B ke C?
Biasalah cikgu, style kat sekolah mesti tergarap secara automatik kat uma..dan jadi darah daging barangkali..

Eh,suka betul aku sebut perkataan barangkali ni..cet!
Barangkali aku ni...bla, bla, blaaaa......

Ni gambar aku amik guna Abang Sony..Boleh tahanlah..tidak mengecewakan...


Sunday, April 27, 2014

Ahad itu Sunday!

Wow! Happy Sunday!
Alhamdulillah...masih lagi diberikan peluang untuk bersunday dan menikmati segala yang Allah bentangkan kepada manusia untuk dicari kebaikan dan belajar tentang keburukan..
Wah! ayat macam faham, dan macam tak faham...

Sepatutnya aku kena pergi camping sekolah arini..nun jauh di batu kikir...kat pusat kk negeri..
Memang luas kawasan tu..banyak pohon buahan dan bungaan..
Tapi aku tak dapat nak datang atas sebab alasan kesejahteraan diri..haha!
Jauh tu tempat dia...tapi tak la sejauh dari benut ke rumah mak aku..eh, ke lebih kurang sama..
Semalam sempat juga amik 4 biji buah ciku...ni buah kiwi malaysia..haha!
Dulu masa kecik- kecik kalau g main kat umah nek uda, mesti amik buah ciku ni..kalau kena time masak dia la...

Semalam, hari yang amat malas untuk aku bergerak..
Sepatutnya aku kena bergerak awal, ikut bas budak..sebab aku tak tau jalan...
Tapi aku malas sangat nak bangun..badan rasa lemah dan berat...
Susah payah aku bangun..tapi ku gagahi juga..
Kebanyakan guru- guru yang datang pun aku dapat rasa akan keterpaksaan dia.............
Beginilah...
Bukan kat sekolah aku je rasa berat bila nak adakan aktiviti luar ni..
Kat mana- mana pun....
Kat sekolah lama lagi ah best, aku yang uruskan..sebagai guru perempuan dan gpk aku..
Cikgu- cikgu lain mana datang..
Tapi kami semua paham..bila lompang kat belah sini, kat sebelah sana tolong tutup..ikut tragedi la..
Maksudnya, kalau aktiviti yang dorang handle tu aku kurang menyumbang, dorang tak lah bising2 sangat...sebab dorang pun sama! haha!
So, semalam dengan bangganya aku guna GPS! gilak ah...GPS bagi aku jalan kampung..jalan belakang, jalan yang orang tak lalu pun!
Hutan kiri kanan, tebing- tebing...jalan kecik...
Ya Allah, memang aku tawakal la...
Masa drive ikut jalan yang sunyi tu, memang aku tak jumpa sebiji kereta pun..gila berani ah..
Memang Allah yang jaga aku masa tu, sebab aku taklah takut sangat..gila positif..siap boleh menikmati pemandangan gunung ganang lagi...
Tapi petang semalam, aku balik lalu jalan besar..senang je upernya jalan besar tu..bila mengenangkan jalan yang aku pergi waktu pagi tu, baru rasa ketakutan yang amat..macam menggigil la..aku nengok hutan- hutan yang aku lalu tu...Ya Allah....terima kasih menjaga aku..
GPS melampau!!
Yang aku ingat aku ada lalu beberapa kawasan perkuburan, jauh ke dalam kubur tu.. tapi kawasannya bersih..ada orang yang jaga barangkali, jumpa 1 rumah yang besar, cantik...selepas 2-1km baru aku jumpa rumah lain..gila ada rumah dalam hutan..jiran jauh..
Lepas tu aku jumpa kawasan pembakaran sampah..ada 1 lori je..time tu aku rasa lega la ada lori...
Hmm..pengalaman..
GPS mengajar aku tentang jalan...so lepas ni..in shaa Allah aku akan kenal 1 persatu jalan kat NS ni..hahaha!

Oh ya! Dah sebulan aku masuk group tadarus Al-Quran dalam alam maya...
Alhamdulillah...Allah gerakkan hati aku..
Tugasan dalam kumpulan ni ialah, membaca ayat- ayat Al- Quran mengikut giliran..
Nanti ketua akan bagi dari ayat mana sampai mana kena baca...
Siap kena semak tafsir lagi..
Memang terasa lainlah...
Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan...
Ketenangan yang dapat menutupi segala kegusaran..
Itulah mukjizat Al- Quran...
Allahu Akbar!
Ni pun sebab kak Zuri ajak..akak ni memang baik la dengan aku..
Dia ingat je kat aku..
Alhamdulillah, Allah bagi aku kawan baik tak ramai, tapi kawan yang aku dapat tu semua baik..

Ok...Stop..
Nak basuh kain dan memasak untuk kelangsungan kesejahteraan hidup..he3

Memori :Senyuman mengantuk! Rindu Wawa n Mawar n Yoyo!



Friday, April 18, 2014

Touchdown dan touching...;)

Touchdown..
Apa maksudnya...

A touchdown is a means of scoring in American and Canadian football. Whether running, passing, returning a kickoff or punt, or recovering a turnover, a team scores a touchdown by advancing the ball into the opponent's end zone....ni sumber dari wikipedia..

Perkara touchdown ni juga sebenarnya ada je dalam kehidupan seharian manusia..
Sedar atau tidak, tepuk dada tanya selera..
Ianya adalah salah 1 undang- undang untuk menentukan siapa yang menang dan siapa yang kalah..
Ataupun ianya hanya sekadar untuk melihat dan say 'oh ya!...bla- bla'..kemudian berlari lagi sehingga satu saat akan terasa nak touchdown lagi...

Penting ke touchdown ni?
Terpulanglah kepada pemahaman kemanusiaan itu sendiri..
Adakalanya, tidak perlulah aktiviti touchdown itu dilakukan hanya sekadar untuk mengatakan...
Oh ya! I'm happy.......!! tanx for da best experience...long long time ago..
Haha!


Macam dalam Canadian football ni.. ada end zone kan?
So, bila dah abis masa...dan kamu yang menang..janganlah kembali bertouchdown kerana ianya sangat menjengkelkan..

Raikan kemenanganmu wahai kawan..
Aku mendoakan kebahagiaanmu dunia dan akhirat..
Sesungguhnya, aku malu dengan segala aksi yang pernah aku tunjukkan sewaktu kita sedang bermain Canadian Fooball masa tu..
Aku ingatkan keputusan itu seri..tapi Allah tidak mengizinkan..
Kita masih bukan pihak yang sama...
Canada tetap canada dan Amerika tetap Amerika kan? haha!
Dan aku berjanji dan berdoa agar tidak akan berlaku lagi permainan ini..
Aku akan kembali ke Canada..
dan kau akan ke Amerika..pergilah...happy for u and ur country... ;)



Pantai Istimewa

Indahnya pemandangan di tepi pantai
Berkelah hujung minggu bersama ibu bapa
Hati rasa gembira mandi bersama
Pantai bersih dan indah, nyamanya suasana

Laman web yang boleh dengar lagu ni :
Lagu Murid Pendidikan Khas

Untuk memasterkan lagu ni, aku terpaksa mendengar lagu ni berulang-ulang kali..
Haha!
Demi anak murid teristimewa..setelah berminggu tidak menyanyi kerana dek kesibukan cikgunya..
Berkali- kali mereka ajak aku menyanyi...nak nyanyi lah cikgu!
Haha!
Dalam hati terdetik, ada juga yang memuja kelas Muzik dibawah seliaan cikgu Tini ni erk..
Kelakarlah, suara yang garau sengau ni mampu juga menarik perhatian murid..
Maklumlah, muzik ni kan terapi yang menggembirakan hati..
Dan subjek ini adalah subjek lelong kat sekolah aku, memandangkan aku hanya penumpang, dapatlah aku subjek- subjek yang lelong ni..
Ok apa...taklah stress.. lagipun anak murid senyum dan gembira je sentiasa..

Cerita pasal ajar subjek Muzik ni..
Paling mencabar ialah mengajar kelas Orkid..
Wah!
Murid- muridnya memang pelbagai..

Adam : memang takda suara sebab leher dia kena tebuk.
Hisham : memang tak duk diam, tapi goyang- goyang ada...
Intan : nak menyanyi, tapi dia CP..memang segala ototnya kejang.. Dalam hati dah nyanyi, tapi hakikatnya susah nak keluarkan suara.
Daniel : dia ni akan duduk dan tengok- tengok buku teks atau apa jela depan dia..Autisma yang slow sikit.
Adib : yang ni plak akan berkeliaran dalam kelas, main kipas, main benda gantung- gantung, main kipas lagi, lari lagi..

Jadi aku macam orang yang sedang main cikgu- cikgulah...haha!


Cuba teka siapa yang dapat hafal lirik lagu dulu bila disuruh nyanyi....


Jawapannya....ialah Adib!!


Sebab tu aku tak kisah main cikgu- cikgu, sorang- sorang membebel..
Sebab aku tahu, anak murid aku memang boleh..kalau cikgu yang tak faham memang boleh tensen la..
Tapi dah memang itu keistimewaan anak murid aku yang Autisme ni..nak buek camno..

Si Daniel plak, dia memang takkan bagi reaksi pada hari pembelajaran..
Reaksi dia adalah selepas beberapa minggu..yang mana bila lagu itu dah tidak dimainkan lagi..
Nanti dia buka almari aku, amik alat bantu mengajar yang sesuai dengan lagu tu dan suruh aku on kan muzik..
Aku tanya..lagu apa Daniel??
Arnab dan Kura- kura...hahahaha!!
Ok..mari kita nyanyi..
Reaksi selepas beberapa minggu ok.....
Hmmm...

Sebab tu aku suka bidang Pendidikan Khas ni..
Aku suka korek rahsia diorang yang orang lain kurang nak amik tahu...

Kehidupan memang satu yang penuh dengan kepelbagaian..
Aku memang jenis orang suka menerawang..so, memang sesuailah kot...puiiiii...;p






Wednesday, April 16, 2014

16 April di Kuala P

Hari kedua kejohanan memang melapangkan fikiran..
Keseronokan yang luar dari biasa dan jauh dari aura negatif yang ada di kawasan sekolah..
Sesekali keluar memang menyeronokkan..
Tanpa disangka, dapat duit saguhati pula..
Berjumpa dengan orang senegeri memang lain..johor, johor, johor...lain betul..!

Ada ke tengah bertugas, dapat mesej dari GPK untuk hantar budak ke acara bicara berirama..
Datang sekolah, hantar budak dan tunggu..
Punyalah banyak cikgu kat sekolah tu, aku jugalah antara cikgu yang terpilih untuk hantar budak..
Sebabnya, aku masih anak dara..single........
Haha! alasan betullah..
Situasi ini berlaku disetiap pelusuk tempat kerja..
Bukan tak sudi menolong...tapi aku sendiri sedang bertugas di padang, dimana acaranya habis pada jam 1.00..
Kemonlah... ini satu pengajaran..
Sebagai pentadbir, kita kena memahami juga perasaan orang bawahan kita..

Oh ya! aku jumpa puan yang uruskan kes penukaran jawatan aku tu..haha!
aku salam macam biasa..

Oh ya juga! aku jumpa ketua sektor yang mengarahkan aku untuk ditukarkan tu.. hmmm...memamg annoying..
Aku bikin macam biasa jela..

Oh ya juga, aku mendengar luahan seorang guru baru yang opsyennya ialah PJK dan Pendidikan Kesihatan..
Dia dipostingkan ke PPKI..
Dia frust...dia dan kawan- kawan bersungguh untuk ditempatkan di opsen yang sebenar..
Dia kata dia dah naik jabatan..
Tahu apa reaksi jabatan?
Jabatan cakap pergi tanya KPM..
See.....What happen to Jabatan dot dot dot ni..
Time aku dulu dorang cakap terbelit- belit....
Kalau betul dari KPM mestilah dengan yakin terus ke KPM..
Ni sebab kerja dorang, terbelit- belitlah..
Kes budak PJK tu, sebenarnya dorang dah jadi cikgu PK pun..
Sebab bahagian Pendidikan Khas dah ambil..
Sebab dalam surat tawaran yang tulis dari KPM..
Itu yang penting..
Aku cakap, cintailah dulu dunia Pendidikan Khas ni..
Lama- lama biasalah..
Eceh..macam pandai je...

Dulu murid lain yang duduk kat sebelah aku, ni murid lain..murid silih berganti!

Ok...esok dah mula mengajar macam biasa...
Tumpu pada inovasi pula..
Moga aku bersemangat..!
Kehidupan ini terlalu singkat, jangan buang masa untuk melayan orang yang menyusahkan diri kita dan mencemburui setiap kebahagiaan kita.. !
Wow!!

Tuesday, April 15, 2014

Sukan

Hari ini aku berpeluang untuk menyaksikan Kejohanan Balapan dan Padang P..K.. 

Besarnya kekuasaan Allah..

Besar juga nikmat yang dipinjamkan kepada aku...yang berkategorikan sebagai insan normal...

Tahniah kepada kerajaan Malaysia yang memang tidak lupa kepada golongan istimewa ni..
Diberinya elaun khas,
kelas khas,
silibus khas,
dan cikgu khas! ha3

Mengikut pengalaman dan perbualan aku dengan cikgu- cikgu Pendidikan Khas ni, kebanyakkan mereka mereka dari aliran perdana dan berkelulusan yang bukan calang- calang...
Kerana takdir Allah, mereka berbakti untuk insan istimewa ni..

Tak silap aku, masa zaman Dato' Najib dan Datin Seri Rosmah ni la golongan ni mula mendapat perhatian..

Apa yang aku ingin sisipkan dalam blog aku arini adalah mengenai betapa akrabnya perhubungan antara guru dan anak murid pendidikan Khas ni...
Tanpa mengira bangsa, memang mereka akrab..
Aku pun jadi salute lah...

Aku bertugas membuat buku pertandingan..
Ekceli sekolah aku..dengan lebih spesifik, pendidikan khas sekolah aku bertanggungjawab untuk bikin buku pertandingan..

Baru aku tahu camne gaya cikgu- cikgu kat sekolah aku tu..
Padanlah cikgu arus perdana banyak hot ngan cikgu PK sekolah aku tu..hmmm..
Malas nak komplen..ha3

Ni pertama kali aku bikin buku pertandingan..
Buku tu mengandungi nama- nama peserta dan acara..
Mabuk juga ah bikin tu..
Dengan dapat nama last minit dan form yang tak caca marba..adoiyai..
dan terpaksa menyemak nama- nama budak sekarang yang amat panjang...adoi..memang panjang...
Sehinggakan aku cakap dalam hati, kalau aku direzekikan anak, memang nama anak aku simple je la..
Contoh, Muhammad, Umar, Zahid, Muhsin ataupun Bilal (hahaha! verangans...)
Lagi satu trend parents sekarang ialah buh nama dengan ejaan yang bombastic.. contoh..
Naddya Khadeeja.. 
Memang hangin kalau dapat nama murid yang ejaan bombastic ni..

Siapa nama awak?

Nadia Khadija cikgu..

Aku pun tulis Nadia Khadija

Cikgu, salah eja nama saya tu..

Ejaan dia macam ni Naddya Khadeeja.. N A D D Y A K H A D E E J A...
Siap ajor cikgu..jadi dalam pada masa yang sama..rupanya cikgu berguru dengan anak murid dalam subjek mengeja nama..haha!

Oklah..
Habis bab nama..

Aku dah siapkan buku pertandingan tu seorang diri dan dibantu dengan cikgu 1 lagi..
Dari smk yang terletak di seri menunggu..
Kiranya, dialah yang bantu aku..
Kesian dia..
Kerja buku pertandingan ni memang rumitlah..

Semalam juga aku ada tonemen bola jaring untuk arus perdana..
Yang berkesudahan dengan kekalahan kerana kelembutan dan tiada semangat ingin berlawan..haha!

Jadi aku past kerja selanjutnya dengan guru- guru lain kat sekolah aku..
Aku suruh semak je kot..nama2 peserta..
Biasalah, bila banyak maklumat mesti ada kesilapan dibeberapa tempat..
Suruh semak pun tak buat rupanya..
Depa terus print buku tu..
Hasilnya, banyak kesilapan nama peserta arini..haha!
Ada ke cikgu aku tu cakap, 'Tini, aku buka muka surat pertama je aku dah ngantuk"..
Aku dah bagi benda tu untuk disemak since Saturday lagi..
Dia janji nak semak..
Tapi apa yang jadi??????
Tak semak pun...kuang asam...vengangss...
Rupanya...sekolah len pun dah tahu pasal benda tu..
Based on reaksi cikgu- cikgu sekolah len..haha! banyak misteri la sebenarnya PK sekolah aku tu..
Hmm.........menguatkan semangat aku untuk apply eg- tukar sekali lagi..kah3
Muka surat 1st dah ngantuk...aku ni buka berhelai2 ok..beratus..
Takpelah, aku enjoy sebenarnya bikin benda ni..
Menyibukkan diri..

Tadi, aku kena panggil murid kategori pekak..
Tak payah jerit- jerit..juz bagi isyarat..
1 persatu ak panggil..

Allah Maha Besar, Allah Maha Kaya lagi Maha Pemurah....

Kebanyakkan murid pekak tuuuuuu....semuanya cantik- cantik dan memang mempesonalah..!
Aku sendiri terkesima...
Kulit mulus- mulus...badan cantik..jari runcing- runcing... ok, aku memang suka nengok jari orang..lagi- lagi jari yang runcing..keluarga aku xda keturunan jari runcing dan cantik..haha!
Kami sekeluarga kategori jari gumuks dan pendek!
Tahniah kepada ibu bapa pelajar istimewa yang memberikan masa hadapan kepada anak- anak istimewa ni..
Memang bukan mudah untuk menerima hakikat anak kita lain dari yang lain..
Semoga masyarakat semakin menerima kehadiran mereka- mereka ini dengan lebih terbuka kelak.



Friday, March 28, 2014

Getah- getah malam..

Aku baru siap mengemas rumah..
Kenapa malam- malam hari baru nak mengemas..
Jawapan adalah kerana my Raja Gopal dah pergi bekerja..
Dan....dia dah tak sebok menyerakkan rumah..

Berek polis lama yang aku duduk ni serba serbi klasik dan semua kelengkapan memang zero..
Maksud aku dari segi peralatan elektrik..lampu kalimantang, kipas syiling, plug..semuanya takda..
Orang lama yang pindah, angkut sekali semua barangan tu..
Aku pun heran, apasal la suka sangat amik harta kerajaan..

Jadi 2 3 hari ni, Faizal terpaksa menukang dan menyerakkan rumah..gerudi sana, gerudi sini..
Off elektrik...dan on elekrik..
Maka, time dia buat kerja, aku pun buat kerja la..
kerja aku ialah berlingkar di lantai seperti dugung kekenyangan..
Aku tahu Faizal mesti sakit hati nengok aku bersenang lenang..
Lepas tu dia dengki, dia sengaja tak alas lantai ngan surat khabar time menggerudi dinding...
Saja dia menambahkan kerja aku..
Aku sengeh jela, sambil jeling- jeling dan biarkan dia mengotorkan lantai..
Berdebu, hitam dan bersepah..

Now, dah siap kerja aku..
Sapu, mop dan lap..
Aku nak test juga serakkan rumah...tapi malas ah..nanti muncung plak abang polis tuh..
Pembersihlah sangat...
Nasib la dia tak terlalu pembersih macam husben kawan tu...siap raba papan penyandar katil time nak tido..
kalau berdebu, mampus kena marah kawan aku tuh..
Wah!! sangat takot..
Betullah, Allah hanya mentakdirkan sesuatu pada kemampuan kita...
Belajarlah redha dan bersangka baik..

Tadi kami nengok rumah area Senawang...
Mak oi harga!
Memang melambung- lambung..
Tapi andai ada rezeki kami...dapatlah rumah tu..
Bolehlah untuk tempat berteduh..

Cuti seminggu macam tak cuti aku rasa..
Setiap hari ada je benda kena bikin..
Ops..malam ni baru ingat kena update e-operasi..
Terhegeh- hegeh nak bikin..
Aritu masa sampai negeri ni, semua data aku hilang..
Hebatkan permainan orang- orang atasan yang bikin konspirasi..
Haha!
Ish...tak baik la aku ni..bersangka buruk pulak..

Esok Acad Mijan my baby londot nak datang Johol..
Hope dia happy...!!

Sebenarnya aku nak abadikan 1 benda..;


Masa aku belek- belek intenet tadi..boleh plak ada iklan pasal tudung ni..
Ada ke orang beli design getah dibawah leher ni ek..
Mangsa fesyen jugalah..
Rasanya tak perlu kot bergetah-getah bawah leher tu..
Nampak canggung..lagi- lagi buh brooch yang macam janggut tu..
hehe! maaflah, aku memang pelik sikit dari orang..
Harap, janganlah keluarga terdekat pakai tudung ala- ala ni..kasihan..
Rasa macam boleh bikin lastik..
Atau fungsi getah dibawah leher tersebut adalah untuk memecahkan lemak bawah dagu dengan bikin senaman lastik setiap 1 jam..haha!

Ala, saja je aku mengomen..
kot la orang ni terbaca pasal komen aku..Mungkin dia akan membuat design dengan lebih simple, elegen dan mampu milik..yang penting tutup auratnya..

Ok..stop..!



Tuesday, March 25, 2014

MH370 dan ceritanya kepada aku..

Hari ini cuaca mendung..
Semendung emosi yang menyelubungi rakyat Malaysia dan juga mereka yang terlibat...
Semuanya masih lagi dalam keadaan misteri yang berangkai- rangkai..
Begitu banyak cerita tercipta berdasarkan point MH370..

Bukan mudah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada insan yang kita pernah sayangi..
Andai diberi peluang untuk memilih jadual hidup, pasti mati itu memang tiada dalam senarai..
Tetapi makhluk yang hidup pasti akan mati, cuma jalannya dan masanya berbeza- beza mengikut takdir yang tertulis..
Berdebar untuk memikirkannya...

Sepanjang kehilangan pesawat MH370 ini dilaporkan.. aku buka banyak laman web yang mengaitkan pesawat tu..
Ada yang menakotkan..
Ada seperti memberi harapan...
Ada yang menunjukkan sesuatu..
Entahlah....

Ada 1 blog tu, kisah dari seorang remaja muslimah yang selalu dapat alamat dari mimpinya.. katanya kelebihannya itu sudah didapati sejak dia kecil lagi.. dan memang selalunya mimpi dia akan menjadi kenyataan.. Hanya keluarga yang memahami kerana lepas je mimpi dan dapat alamat, dia mesti share ngan keluarga dia.. Dia jadi takut dengan kelebihan itu, namun dia tidak boleh menolak untuk menerima kelebihan tersebut.. dia insan terpilih.. Menurut ceritanya dia pernah mimpi tentang pesawat yang terhempas, dan pesawat tu tak akan ditemui..
ni link blog dia : Mimpi Solehah Sebelum Pesawat Hilang
Wah! jujurnya aku takut dengan mimpi dia.. Sebab tu Allah tidak memilih aku untuk mendapat alamat- alamat yang tentang bakal terjadi.. Mesti aku tak boleh nak kawal diri kalau aku berada di tempat insan- insan yang terpilih tu..

Lepas blog tu, ada lagi 1 blog yang menakutkan untuk dibaca..
Termenung jugalah aku... membayangkan macam- macam...
Analisis dari blog ni lagilah mengupas luar dan dalam setiap kisah..
Untuk percaya atau tidak...biarlah masa yang menentukan..
Ni link blog dia..: Blog merungkai analisa diluar jangkaan..Brado Kapak
Kata dia, Malaysia akan mendepan sesuatu yang lebih besar kelak..
Ya Allah...hanya Engkau yang maha mengetahui..jauhilah aku dan rakyat Malaysia dari musibah yang kami tak mampu kami tanggung...

Mungkin musibah MH370 adalah 1 hikmah besar kepada umat Islam supaya kembali ke landasan yang sepatutnya..
Memberitahu aku supaya membaiki diri untuk menjadi manusia yang berbuat baik dan perbaiki diri selagi diberi peluang...
Ya Allah...terima kasih..
Aku ni terlalu- lalu lalai... Mementingkan dan memifikirkan benda yang sebenarnya tidak perlu difikirkan sehinnga lalai menambah amalan baik..
Allahuakbar!!

Tadi pagi lepas Faizal kuar g keje, aku pun baringlah depan tv..sambil nengok apa yang terhidang..
Mata tetiba jadi layu....tapi dalam samar- samar layu tu tv sedang memainkan bacaan Al- Quran..
Aku antara dunia nyata, dunia mimpi...(tido)...hu3
Tapi ada 1 part dalam bacaan tu, mata aku ni tiba- tiba terdorong untuk terbuka dan baca maksud ayat...
Aku ingat surah tu kata, buat baik kepada ibu bapa, orang miskin... senang cerita buatlah baik..
Lepas tu aku hilang...tiba- tiba aku bangun tidur...
Sambil aku masak, aku teringat ayat tu..
Sambil aku mandi, aku teringat ayat tu..
Ayat dari mana ek..
So aku google...

Ayat dari surah Al- Baqarah..Ayat 83

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya..

Surah dan tafsir..

hu3....sangat takut...
Adakah aku dah cukup baik belum kepada ibu bapa??
Adakah aku dah cukup baik dengan kaum kerabat aku?
Adakah aku pernah berbuat baik dengan anak- anak yatim dan miskin?
Cakap perkataan yang baik- baik?
Solat 5 waktu pada waktunya...
Beri zakat...
Simple je pembelajaran aku pada hari ini...tapi aku memang belum buat dengan sehabis baik pada semua yang ada dalam perjanjian tu..tidak setia!

Allah maha mengasihani..
Dalam ketiduran dan keterjagaan..
Aku diberikan pelajaran ini...

Thursday, March 20, 2014

Kerana sayang....Orkid

Inilah antara kegembiraan yang menyulami rencana kehidupan aku...
Mengambil gambar dan emosi yang asli terpancar..tanpa perlu berlakon seminit dua untuk fokus kehadapan kamera..
Sangat asli!

 ADIF

 DANIEL

 HISYAM

INTAN