Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Wednesday, June 29, 2011

Petang bunyian telefon...

Hujan turun dengan lebatnya..
Tidur yang lena terganggu dek kerana menerima panggilan telefon dari guru sekolah adik.
Why? Why must aku yang kena jawab?
Pastu kenapa aku juga yang adik aku cari?
(Eley..kejab why,kejab kenapa plak aku ni..haha!)

Biasanya, jika tidak dapat menghubungi kedua ibu bapa aku, memang no tepon aku jadi sasaran..
Tak kisahlah..tapi tadi adik aku memang tak call mak or abah aku pun..
Direct call kat aku..ceh!
Sebab dia dah tau, mak aku confirm tak angkat tepon..hahah! sebab mak aku letak hp dia kat dalam beg, celah- celah gua lagi..hahah!

Aku lupakan kisah henfon dan kisah aku yang dihubungi..
Huh! Macam lama juga aku tak update blog aku yang tak berapa sensasi ni..
Bukan apa..malas nak menaip..
Kat sekolah dah berdepan dengan komputer berjam- jam..naik busan..

Pelbagai perkara yang menarik hati dan menarik perasaan berlaku..
Entahlah, hendak aku luahkan terasa sayang plak..
Adakah aku kena bagitau diri aku untuk berkata 'no komen' dan 'biarlah rahsia'..
Hmm..tak seronok kalau cakap macam tuh..

Sepanjang minggu lepas aku agak seronok..
Ada Hari Terbuka di sekolah, ada perkhemahan Puteri Islam...

Tapi ada juga perkara yang mendukacitakan...salah seorang sahabat aku kehilangan puteri sulung dia yang berusia 6 bulan didalam kandungan..
Setiap perluahannya di fesbuk kadang- kadang memang boleh meruntun jiwa aku ni..
Ibu mana tak rasa sedih bila kehilangan anak yang ditunggu- tunggu...
Lagipun, baby tu anak sulung dia..setiap mereka yang berkahwin pasti akan menunggu- nunggu akan kelahiran seorang anak..Ehmm..sangat bahagia bila dikurniakan seorang anak kan?
Doa aku, sahabat aku tuh akan cepat dapat menimang cahaya mata selepas ni..

Sekarang ni kerja kat sekolah berlambak- lambak..
Tak sempat aku nak berjoget lambak kat dalam kelas..
Tensen memang tensen..tapi aku harungi jugak ah..
Aku ni macam buat kerja sorang- sorang je..
Jadi kerani..hahah! Lepas jadi kerani jadi kaunselor, lepas tu kuli, lepas tu tukang bersih..hahahah!
Seronok tau jadi cikgu..macam- macam leh bikin..
Ibu bapa mana nampak..nampak salah cikgu je..
Tak ajar lah, cikgu cakap salah...cikgu bodoh ah..
Lepas tu tunggu cikgu depan pagar..lepas tu tumbuk! boookkk! adoi...
Haha! Padan muka cikgu..

Beberapa hari sebelum ni aku agak menyirap gak ngan mak Fikri..leh plak dia komen kat penyata Fikri yang konon- kononnya macam tak terima apa laporan yang kami buat..hahah!
Siap tulis komen dengan huruf besar semuanya..
Kuang asam punya kakak..kita bagi cadangan dia marah plak..
Suka hatilah..asalkan akak bahagia..akak tak dengar lagi mak akak komen laki akak..hhaha!
Panjang makcik cerita..hu3 alah, mak akak dan akak kan anak beranak..air dicincang tak akan putus...maka, saya tak berani nak komen apa-apalah..bek senyum je..
Tapi saya lega bila akak bagitau yang akan suruh kami ajar semampu yang kami boleh..
Tak kisahlah akak..mana- manalah..saya pun tak faham apa masalah akak..saya juga tak berani nak komen- komen..
Bukan apa..saya pun tak pernah berada didalam situasi akak dan keluarga..
Bukan senang woo punya anak istimewa...orang sekeliling memang boleh bagi cadangan..
Tapi nak laksanakannya, memang susah..
Maka.. saya ambil pendirian untuk teruskan apa yang dihadapkan kat saya..
Tapi saya juga manusia biasa..tak lepas dari melakukan aktiviti- aktiviti yang keji..hu3

Esok ada pemilihan atlit bola jaring, futsal dan pentanque..aku terpilih didalam panel yang akan memilih pelajar..adoi..kena berjemur lagi ah ni..malas betul aku..
Aku dah ah ada event minggu depan..nak jumpa antara insan yang penting dalam hidup ini..hahah!
Tapi takpelah..aku suka duk padang..tak ngantuk..
Lagipun ni lah masa untuk aku menambahkan keglamoran di daerah Pontian..hahha!
Geli betol ayat aku...
Memang aku dah mula glamor ape..
Masa aku pergi Econsave aritu..ada budak bagi salam..

'Assalamualaikum'
'Waalaikumsalam'.. di susuli dengan menyalami tangan aku.
'Ni akak yang kat Pusat Koko tu kan?'..
'Ha, betul la..'..
'Awak kenal ek saya walaupun saya tak pakai tudung?'..
'Kenal la akak..akak cantik'..hahhah!
Entah perli atau apa..lantak ah..
Aku tak pakai tudung pun dak kecik tu kenal la..
Masa aku handle aku pakai tudung..dia tak tau aku cikgu...kalau tau..ntahlah..
Tu timbul macam- macam persepsi buruk kat cikgu-cikgu ni..
Cikgu baget bagus..hahha!

Entahlah, orang sekarang sudah pandai menilai apa...
Semua yang dinilai tidak boleh diberikan gred A or B or C or D..
Sebab kefahaman adalah berbeza- beza..
Kefahaman ni pula disedut dengan pelbagai kaedah dan cara dan kewujudan kefahaman itu sendiri..
So, belajar menerima pandangan orang len dengan rela hati..
Kalau boleh diambil, maka perbaikilah diri...
Kalau tak boleh nak ambil, biarkan saja ia..


Monday, June 20, 2011

Mengukur atau mengukir?


Nak tergelak aku nengok berita tentang seorang budak yang tersepit dicelah antara 2 bangunan..
Terlalu asyik dia main di celahan, last- last tak dapat kuar..
Memang sempit aku nengok..
Bukan aku menggelakkan kanak- kanak itu..tapi aku sebenarnya macam pernah melalui pengalaman yang hampir serupa dengan kanak- kanak itu..
Masa tu aku kecik lagi..memang suka menjelajah sekitar umah nenek yang besar itu dan bermain sesuka hati tanpa memikirkan kesan- kesan yang mendalam dan menusuk jiwa..
Alkisahnya, rumah nenek tingkapnya ada palang- palang besi..
Tapi bukan ah corak- corak ukiran..
Just berpalang- palang...
Aku suka main dengan palang- palang tu sebab dia boleh dipusing- pusing..
Bila dia leh dipusing- pusing, aku letak ah kepala aku kat palang tuh..selalu kalau masuk leh kuar balik, sekali ada 1 hari tuh, kepala aku tak leh kuar...panik seh aku..huk3 percubaan keluar berkali- kali akhirnya membuahkan hasil...dapat jugak aku kuar dari kestuckkan itu..hahah!
Bungukksss!!
Tulah, kena ukur lebar di kepala sendiri...!

Hari Isnin hari ni..
Hari yang memang memuakkan aku..hahha!
Mual ah..
Dari rumah sudah ku pasangkan niat aku bekerja kerana Allah..
Semoga dipermudahkan segala urusan..
Alhamdullillah...sampai juga ke sekolah..

Sepatutnya, murid- murid kena berhimpun..aku sibuk menguruskan wawa yang menangis- nangis buat perangai..pagi- pagi dah kena layan anak orang yang menangis- nangis..bingit tak bingit jugak lah..aku biarkan aje..lama- lama diam ah dia...
Lepas pujuk Wawa aku bergegas pakai kasut untuk menyertai perhimpunan hari Isnin..
Tapi alangkah kecewanya aku kerana aku dapati budak- budak pendidikan Khas masih ada di dalam kelas..penat ah cakap...bukan baru masuk sekolah...dah berpuluh- puluh hari..aku pegang rotan..aku just bagi isyarat guna rotan je..tak kuasa aku nak marah- marah..

Tahap Pendidikan Khas dorang tuh cuma bermasalah membaca dan mengira..perlakuan masih macam kanak- kanak lain..takkan lah tak boleh faham..maaf cikgu meluahkan..awak semua memang ada ciri- ciri otak belit ckit..
Lain ah Fikri dan Wawa, tahap mental mereka memang wajib dimaafkan..

Bila aku nengok pakaian mereka..hmmm..2 orang tak pakai stokin!
Hello! cuti sekolah 2 hari...mana mungkin aku terima alasan yang stokin basah dan basuh...huk3
kalau hari Rabu or Khamis dorang tak pakai..aku masih leh maafkan..ni hari Isnin..dimana hari sebelumnya adalah hari cuti..
2 orang itu adalah anak kepada bapa yang selalu minta buku akaun anak- anak dorang dengan memberikan alasan untuk membeli kelengkapan anak- anak!
Minta RM500 lah, RM400 lah...anak pergi sekolah takda gak stokin..kasut anak tu jugak..
Siap rabak- rabak..kotor...aku tak mampu nak cakap apa..
Nak menitis air mata..
Nak dijadikan cerita...si cikgu HEM suruh aku cek kebersihan pakaian murid- murid..
Maka, aku kena lah jalankan tugas..
Aku cek ala kadar jelah..
Aku tau kadang memang ada budak miskin, pakaian nampak macam agak kotor ckit...
Kalau diikutkan..takda masalah pakaian budak- budak ni..sebab kepada yang kurang mampu memang sekolah akan mohonkan dana untuk mereka..tak banyak, tapi memang boleh membantu..tak dapat kasut, dapat baju pun boleh..
Tu kadang- kadang ramai budak- budak miskin yang tak mau pergi ke sekolah..
Sebab mereka mungkin berasa rendah ciri..

Bila pemeriksaan abis dijalankan..
Sekali aku nengok, pengawas tahan 2 orang adik beradik yang adik beradiknya juga ada di kelas aku dan mereka adalah anak kepada pakcik yang minta duit anak kononnya membelikan pakaian anak- anak dia..

Aku nak menangis nengok kasut- kasut anak- anak ko..
Aduhai..
If kau mau guna semua duit bantuan anak- anak kau..kau gunalah..tapi biar ah kau belikan kasut- kasut anak- anak kau...alatan sekolah...pakaian...seperti yang kau janjikan..
2 daripada anak kau..dapat bantuan 2 kali setahun..
1 lagi dapat bantuan tiap- tiap bulan dari pendidikan Khas..
Bila dah belikan kelengkapan semua, barulah leh kau amik apa yang kau mau..amik ah sampai tinggal 0 sen..
Aku hampir tak mampu nengok muka kau tatkala kau datang ke sekolah minta buku akaun..
Kegeraman aku tak berhenti disitu...aku pun masuk ke bilik sebelah..

Sekali aku datang balik ke bilik sebelah..
Lagi seorang bapa murid datang minta buku akaun..
Ya! Pakcik yang sama, yang selalu minta buku akaun dengan alasan nak beli basikal..
Adoi..!! Baju anak dia...buruk jugak...basuh tak bersih..
Aku tak kisah buruk or tak berfesyen..
Aku cuma mau kekemasan, bak kata salah seorang ikon Jejaka majalah Remaja baru- baru ini..Biar nampak kemas dan bergaya mengikut kesesuaian waktu, apabila dia ditanya tentang gaya dan fesyen dirinya..(aku ingat- ingat lupa..mebi macam tu ah ayat tu..aku cuma nak bold tentang kekemasan)

Ya Tuhan..
Kuatkan semangat aku dan janganlah kau timbulkan perasaan bias didalam diriku dalam mengajar anak- anak orang nih..
Sakit hati ku kerana aku juga menjadi mangsa pembelitan sunat mungkin..
Yang menjadi masalah, anak- anak pakcik tu pun sudah pandai membelit sekarang..ha3
Mungkinkah ia juga sudah diwarisi secara genetik? huk3
Aku tak berani nak komen dalam- dalam..kerana aku belum bergelar ibu bapa...
Iman tidak dapat diwarisi...maka mungkin juga perlakuan tak baik..
Mana ada ibu bapa mau anaknya berperangai tak senonoh..
Tapi ibu bapa mungkin menjadi contoh kepada anak-anak..
Cikgu? cuma membantu apa yang perlu..
Yang baik terimalah..yang tak baik silakan buang..

Tapi..mungkin juga setiap kejadian semuanya sudah tertulis..
Pengajaran yang sangat membuka mata..

Ukurlah baju dibadan sendiri...
Jangan pakai baju yang ketat sehingga nampat pusat..hhahah!



Wednesday, June 15, 2011

EREN Feat Romi - Ternyata Kamu

Penghujung kerinduan





Berkali- kali aku dengar lagu ni..
Masa 1st time aku dengar aku dah jatuh cinta dengan suara perempuan ni..aku baru dengar tadi kat Hot.fm..
Aku dapat rasa 'ketegasannya' semasa dia sedang menceritakan kisah cintanya yang sudah berada dipenghujung..huk3..
Bukan lirik dia yang aku dambakan..cuma aku suka dengan alunan muzik dia..
and da way dia sebut perkataan 'sayang~' pada permulaan lagu...sangat sweet aku rasa walaupun aku tahu sayangnya didalam lagu ini sudah tiada..hahaha!

Dalam perjalanan balik arini...
Pelbagai permandangan aku jumpa..
Sangat comel tau bila nampak anak lembu berlari- lari di tebing sungai besar yang curam..
Melompat- lompat macam sedang bermain..Hahah! Teringat aku tentang Wawa..
Hari ni aku kena main lompat- lompat dengan dia...
Men pijak- pijak bayang- bayang..Hait! Aku pun kena main..hu3
Siap kena nyanyi lagu Lompat Si Katak Lompat..hahah!
Lepas tu aku suruh ah nyanyi lagu katak tuh..


Fikri dan selipar dia!

Lepas penat nyanyi, amik gambar..! Letih woo jadi penyanyi~

Dia leh kata 'alah igu....uuuu syhh caah ah igu nini'....hahah!
Susah lagu tuh katanya..
Tapi lama- lama dia nyanyi gak..sama- sama aku..sampai lompat-lompat dan ketawa- ketawa..
Tapi lirik yang agak jelas cuma tang....pat shi tak patt...paattt gi gi..patt~..h
ahah!
Boleh la wawa..at least aku dapat melunaskan tanggungjawab aku as cikgu..
Takot woo bila tak dapat menunaikan amanah..sebab takot gaji yang dapat tak berkat..
Kalau aku mengajar budak lain, memang tak sempat aku nengok si Wawa ni..
Wawa ni kena diberi tumpuan penuh..
Lepas Wawa kena tengok Fikri plak..ni masalah yang lain plak..
Target aku cuma nak biar dia pandai pakai selipar dengan betul..
Maafkan cikgu kerana terpaksa menggunakan rotan!! hu3
Di sini aku akan menggunakan teori Ivan Pavlov..

Sayalah Yoyo!

Yoyo ajar cikgu..huk3

Hari ini masuk hari ke3 si Yoyo belajar dengan aku...bukan Jojo..nama dia Yoyo sebenarnya..hehe!
Nampaknya, dia sudah mula selasa dengan aku..mebilah..pasal dia sengeh dan suara dia kuat time baca..masa hari pertama, memang slow sangat..
Kak Mamai kata, dia dulu nak rapat dengan si Yoyo tu amik masa seminggu jugalah..
Kira berjaya juga la..
Masa pagi tadi aku ajar Math..tengahari nak balik,ajar Bahasa Melayu..
Moga dia ada akan ada peningkatan..
Kesian..kalau dia ada potensi ke Pendidikan Khas pun aku akan terima..kerana sebenarnya pendidikan Khas ni ada banyak kelebihan..cuma masyarakat masih lagi belum sedar akan kelebihannya..Cuma nampak kejijikan bila berada di dalam kelas Pendidikan Khas..
Pembelajarannya adalah secara holistik..bukan mudah nak dapat di arus perdana..

Lepas nampak lembu..

Tiba- tiba, aku nampak ular tedung hitam di tengah- tengah jalan..
Tengah- tengah jalan..!
Nasib aku sempat mengelak..
Takutnya, memang meremang bulu roma aku..
Sungguh meremang..
Besar jugak...ular hitam tedung tuh...
Teringat aku penat mimpi di patuk ular beberapa bulan lepas..
Ada 2 ekor ular yang kejar..
Satu tu memang kaler hitam..
Yang kaler hitam tu ah yang patuk dan membelit aku..menakotkan..
Subhanallah...

Hari ni, aku dah buat keja rasmi aku..
Aku dilantik secara rasmi untuk menjadi Setiausaha kepada cikgu HEM..
Pergi ke rumah murid yang tiga hari tak datang ke sekolah!
Ceh! Semalam leh plak aku dipilih...Keji ah...
Si Mamai dan kengkawan memang keji..
Cepat- cepat angkat tangan..bagi alasan yang tak munasabah..
Si Mamai tu mana ada keja sangat...dah ah anak murid pun sikit je..murid pemulihan yang datang sekali sekala je..
Dah mengata orang..ishhh! dah termengata plak..
Ya Allah, ampunkan aku..huk3
Tapi sepatutnya, mereka kena faham..Aku juga banyak kerja di Pendidikan Khas..!
Banyak lagi repot tak buat..penat tau..
Takpelah, tak baik aku mengeluh..nasib aku diberi peluang bekerja..
Aku patut bersyukur kerana masih lagi ramai pengganggur diluar sana..

Aish...
Apapun, aku berpuas hati dengan pencapaian anak- anak murid aku pada hari ini..
Seronok bila melihat mereka gembira...
Rasa bersyukur bila selalu dapat pergi ke kursus..
Banyak ilmu dapat aku timba dan praktikkan di sekolah..
Terima kasih..
Harap aku akan selalu dapat pergi ke kursus..walaupun ada mulut busuk yang mencemburi aku..

Cemburu tanda sayang
Cemburu juga tanda benci

Biarlah cemburu kerana sayang...kerana sayang itu sangat indah..! pewittt!!

Monday, June 13, 2011

Macam itukah?

Pic aku semasa di Mid..!
Ke bertemu hanya semalam
Ku berkata hanya sepatah..
Lirik lagu aku, dia dan lagu...

Waktu ini aku sedang melihat hentakkan kaki Alma yang mahu sepit pinknya dikembalikan..
Masalahnya, sepit itu sudah hilang dari pandangan...huk3
Jadi aku memberikan janji manis untuk membelikan satu lagi sepit untuk dia..

Hanya itu kisah semalam
Kisah menjadi satu ciptaan
Penyanyi Wann menghabiskan lagunya..

Lalu kini aku mendengar lagu Ku Menunggu dari Rossa..

Muka Alma masih lagi monyok..
Hahah! Padan muka..
Aku diamkan saja..Jari- jemariku semakin lincah menaip..
Tatkala malah semakin mengelapkan hari dan mendiamkan diri, mata aku terus- terus tidak mengantuk..

Hari ini hari pertama aku naik ke sekolah.
Bertugas seperti biasa..
Awal pagi yang ceria..namun, didalam perjalan ke sekolah..tekakku terasa amat mual dan kepala mula sakit..
Aku tahankan sampai ke sekolah..
Ni mesti paras asid diperutku sudah melampaui batas- batas normal..
Tiada jalan lain..aku mesti muntah..
Laju- laju aku menuju ke singki toilet dan muntah..werkkk!
Selang beberapa ketika, kepala aku pun pulih..
Sempat aku keluar dari bilik pendidikan Khas dengan muka ceria dan sikit lemau..
Hahha!
Keluar je pintu, aku nampak kelibat Wawa dari kejauhan..
Seronok dapat menyambut anak murid setiap hari..
Wawa berlari ke arah aku dengan senyuman yang sangat manis..
Dari jauh aku mendengar dia melaungkan nama aku..
Igu niniiiiiiiiii.....~
Panjang harkatnya...hahaa!
Sampai je dekat dengan aku, dia salam aku dan mencocok perut aku..ala- ala geletek (memang style dia macam tu kalau salam aku..) haha!
Wawa...

Hari ini aku merenung panjang melihat Fikri..
Kasihannya anak ini..tapi dia ahli syurga..
Aku saban hari memikirkan, betapa takutnya aku tentang amanah yang diberi..
Entah setimpal ke tidak..
Dia berak lagi hari ini..
Macam biasa, aku tak basuhkan sebab dia berak lepas waktu rehat..
Maka, aku hantar saja ke rumah..
Aku menghantar dia dengan Wawa..pantang aku bergerak..memang si Wawa tu ikot je..

Aku membuat lawatan ke rumah Fikri lagi..
Sempat aku berbual dengan nenek Fikri...
Ku rangkumi perbualan kami tadi diperenggan dibawah ini:

Aku dipelawa masuk ke dalam rumah..Aku dan Wawa pun masuk..Kami dihidangkan dengan air Sarsi sejuk..

Nenek Fikri cakap, cikgu aku dah belikan si Fikri buku baru dan kaler..Tapi dia payah betul nak tulis..Heheh! Aku pun cakap, nenek takpayah la belikan lagi..Sebab Fikri belum ada kecenderungan ke arah sana lagi..Saya bagi dia main mainan dulu..

Tanya aku, Fikri dah makan ke belum..Aku cakap dah..Dah rehat..Dia bertanya, cikgu ada sediakan makanan ke?
..dari perbualan tu, aku dapat tau..nenek dia merasakan cucunya akan ada makanan kat Kelas Pendidikan Khas..memang ada makanan..tapi tak selalulah..takkan kami nak sediakan makanan sedangkan memang tiada peruntukkan..
Semuanya adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa dan penjaga..

Kadang terdetik kegeraman di hati aku...
Asyk tanya elaun Fikri je..adoi..
Geram sungguh aku..mau untung saja!
Tak pernah nenek Fikri bekalkan Fikri wang poket..
Dia tahu Fikri tak boleh pegang duit, dia boleh bagi pada aku..
Macam mak Wawa buat..

Lagi topik yang best nenek tu cerita ialah tentang jodoh..Dia cerita kat aku..Anak perempuan dia nak kawin..Dapat orang Johor..Cikgu bila nak kawin dia tanya..Takkan takda kawan- kawan masa belajar..aku senyum je..'belum lagi la nenek'..hehe! Aku minum seteguk air Sarsi..Aku minumkan Wawa jugak..Wawa cakap 'edap!'..huk3 Lepas tuh, dia cerita ah..anak dia yang nak kawin tu gaji dia RM2000..Pastu bakal suami dia dah beli rumah, rumah 3 bilik..Tinggal masuk je cikgu..Baguslah makcik, untung anak makcik..Saya tumpang gembira..
Aku cerita dengan Nasir..Nasir gelak..
Nasir cakap, apesal ko pun tak auta..cakap ah 'saya ada 3 biji rumah dah nenek..semua kat KL..1 ada orang sewa, tu pun sekarang kat oversea'..hahah!
Biarlah, dah itu kegembiraan makcik tuh..aku sengeh saje..

Masa bincang- bincang ngan nenek Fikri, aku cakap minta maaf lah nenek kalau aku tertengking cucu dia..Terpukul ke..Harap nenek faham..
Itu terpaksa aku lakukan untuk mengajar Fikri....
Jauh disudut hati aku merasa lega jika ada 'akad' seperti itu..sebab aku akan rasa bersalah jika aku tidak bertanggungjawab didalam menjalankan tugas aku sebagai cikgu..

Lalu aku pun balik kesekolah dengan Wawa...

Belum sempat masuk ke dalam kelas..
Aku nampak Kak Mamai datang dengan seorang budak yang dikatakan berpotensi untuk dimasukkan ke dalam Pendidikan Khas..
Aku ni serba salah, GB menganggap aku ni sangat arif dalam menilai budak Pendidikan Khas..HU3
Budak tu dah di masukkan ke dalam Pemulihan Khas di bawah Kak Mamai..Tapi masih tidak menunjukkan peningkatan..sangat slow..
Hari ini hari pertama dia bersama aku..aku masih perlu tacle dia dulu...
Memang slow ah budak ni..suara dia aku pun tak dengar..
Tapi berdasarkan cerita anak murid paparazi aku..dia cakap budak tu boleh cakap kuat la..
Ehmm..takda latihan 3M arini..just pengenalan..
Aku nengok dia takda masalah mengenal huruf..cuma dia bermasalah emosi..
Dia dibela oleh bapanya saja..Ibunya sudah melarikan diri..
Kalau malam- malam, bapanya terpaksa meninggalkan anak- anak kecilnya sehingga awal pagi kerana bekerja di Pusat Karaoke..
Ini adalah kes anak- anak terabai dan seterusnya mengakibatkan kemalangan Psikologi didalam diri kanak- kanak...hu3 Susahnya...
Cikgu will try da best for you Khairunnas...atau nama timangannya 'Jojo'..hu3
Harap aku ada kesabaran yang tinggi..

Panjangnya kisah aku pada hari ni..
Kisah yang berlainan setiap hari, walaupun masih ada kisah berulang..
Semoga Allah berasa kasihan terhadap aku dan memberikan hikmah yang baik pada setiap kejadian yang berunsurkan 'kekejian'..
Amin~..

Sunday, June 12, 2011

Cuti Sekolah sudah tammat!

Cuti sekolah sudah tamat untuk penggal pertama…

Mulai esok aku akan bangun pagi dengan penuh semangat seperti biasa..

Jadual baru sudah pun ku cipta berdasarkan ketentuan yang digariskan oleh pihak atasan..

Walaupun aku bukan penyelaras, aku kena juga buat jadual itu..

Kerana…

Kerana…

Kerana…

kerana diriku begitu berharga! Weerrkk!

Selamat bertugas kembali kepada guru- guru dan kepada mereka yang acah- acah menjadi guru juga! Heheh!

Jadual Baru


Friday, June 10, 2011

Boleh i panggil u abang?




Wah! Lega bena pagi ini...kerana aku baru je lepas hantar Acad ke rumah nenek..
Bukan apa, nenek kandung dia mau bela dia..
Oleh itu, aku dengan rela hati menghantar adik kecik aku yang ronok dan gemuk itu ke rumah nenek..
Sepanjang percutian aku 2 minggu memang adik lonok tu diserahkan penjagaannya kepada aku..
Why aku panggil dia adik?
Walhal. dia bukan pon adik aku pun..
Huk3..sebab nak eksen jadi muda ke??

Yeke?
Jadi muda ke kalau orang panggil kakak? hhuhu...
Kalau dah tua, tetap tua juga..begitulah sebaliknya..

Memandangkan si Acad ni duduk kat uma aku..
Parents aku pun membahasakan abah dan mak kat dia..
Maka, jatuh ah pangkat kakak ke atas diriku ni..
Walaupun sebenarnya Acad itu berpangkat anak saudara dengan aku..
Maka, aku ni sebenarnya makcik dia..
Makcik??

Kadang- kadang memang susah mau membahasakan diri ini jika melihat dari sudut pangkat..
Memang berbeza mengikut keadaan..
Bukan apa, kalau tersalah memberi gelaran..boleh menyebabkan insan lain berkecil hati dengan kita..
Dalam rangkuman famili aku yang keseluruhan ni...kadangkala memang susah nak bagi gelaran yang sesuai..
Kalau ikut pangkat, memang pangkat dorang lagi tinggi...Macam pangkat atok, nenek, pakcik or makcik..
Tapi bila bandingkan dengan umur, ada mereka- mereka tu lebih muda dari aku...
Susah betul..macam adik beradik mak aku..ada yang baya aku, ada yang lagi muda dari aku..


Di sini aku mau kongsikan beberapa pengalaman aku dalam memanggil insan- insan dengan gelaran..

Dulu, lepas je form 5 aku dah menapakkan diri aku didalam dunia pekerjaan..
Since aku tau, aku punya result SPM memang buruk..Pasal aku benci dengan keadaan masa tuh..Dunia SPM memang aku dah matikan memori- memorinya..

Kira banyak gak tempat aku cuba nasib..
Hanya yang layak, kerja kilang..hahaha!
Adoi, kerja kilang ni memang penat..Tapi aku salute ah kat mereka- mereka yang kerja kilang tu..
Sebenarnya, kerja kilang itu memang mulia.Sebab, tiada seminit pun masa yang boleh kita buat untuk curi tulang..Semua masa, adalah kerja dan kerja...
Maka dengan itu, secara tidak langsung kita telah menjadi seorang yang amanah..bila berlaku amanah, disitu akan ada keberkatannya..Walaupun sikit gaji, tapi mampu menampung keluarga dan mengadakan majlis perkahwinan yang hebat- hebat!! (berdasarkan pemerhatian aku dikampung)

Berbalik pada isu gelaran..

Di kilang, mula- mulanya aku macam canggung gak..Kawan- kawan semuanya agak dah berusia..
Pada hari pertama aku kerja, aku macam kerang busuk ah..Takkan nak senyap je..
So, aku pun try ah bual-bual..
Bila aku mulakan perbualan, aku panggil la kakak tu makcik..Memang macam mak aku ah aku nengok gaya dia.Jadi bila macam mak aku..aku panggil dia makcik..
Sekali dia marah ah kat aku..Aku ni lepas SPM..budak-budak..salah ke panggil makcik..
Hahhah! aku mampu tersengeh je..lepas kena marah, aku panggil dia kakak..

So, bila kat kilang..walau tua mana makcik tu..silalah panggil kakak..
Tapi nengok keadaan ah..if 'kakak' tu bahasakan dia 'acik'..panggilan Acik..

Lepas tu aku pernah kerja di salah satu badan kerajaan..
Keje dengan orang- orang Gomen..
Protokol gtu..
Kat sini, mula- mula aku bantai semua Puan, Cik, Encik dan Tuan..
Jujurnya, aku lebih suka bahasa protokol ini..
Bila dah kenal- kenal..ada ah yang aku panggil kakak...ada yang aku panggil cik..tu bagi yang perempuan..
Kalau lelaki, memang semua aku bantai Encik je..sebab kalau aku panggil abang..macam tak best ah plak..muda- muda la encik- enciknya...kang tak pasal- pasal aku dicop perempuan gatal..
Dah ah aku ni terlebih peramah..bikin sangsi je nanti..
Aku taklah suka bual sangat..cuma suka bagi senyuman je...! haha! Senyuman yang tak bermakna..Selalu disalah tafsir..

Bila bekerja di sekolah..
Mulanya aku berpuan- puan ah gak ngan kakak- kakak ni..biasa dengan GPK ah..
Sebab memang dah terbawa- bawa dari tempat kerja lama..lawak je..hahha!
Bila lama- lama...aku dapat tau..cikgu- cikgu ni lebih senang kalau panggil dorang dengan gelaran cikgu je..macam kakak- kakak, aku panggil akak je..Macam cikgu lelaki, aku panggil cikgu..
Macam pak jaga, aku panggil dengan gelaran encik..

Sesungguhnya, kita memang kena belajar untuk melabelkan gelaran yang sesuai dengan keadaan yang kita jumpai..
Bukan apa..sesungguhnya kita berurusan dengan manusia yang mempunyai pelbagai jenis hati dan perasaan dan juga fahaman...

Macam kat kedai- kedai makan tuh..
Aku lebih suka panggil waitress tu dengan gelaran 'Cik' or 'adik'...walaupun kadangkala mereka tu ntah- ntah lebih tua dari aku..
Biar ah aku nampak tua..tetapi sekurang- kurangnya aku menggembirakan hati mereka..
Mesti la dorang suka kalau panggil adik..kira dapat menimbulkan satu kejayaan di dalam diri mereka..dan perasaan selamat...maksudnya 'oh! aku nampak muda lagi lah'..kan orang suka bila dikatakan nampak muda..seterusnya, dia pun gembira untuk melayan kita..

Kalau panggil 'akak- akak' sangat,mesti terkelumit dihati dia 'eh, nampak tua sangat ke aku'..'kau umur berapa nak panggil- panggil aku akak..'

Kalau lelaki, aku suka panggil dorang adik bila dorang kata..'Kak, nak ode ape?'...walaupun orang tu aku tau, dia lebih tua dari aku!! hahahah!

Begitulah, namun bukan senang menyenangkan hati insan- insan..
Kini, aku didalam fasa untuk aku membiasakan diri aku memanggil cikgu-cikgu lama aku dengan gelaran kakak..
Adoi! Not easy lah...kadang- kadang memang tersyasul-syasul..lecey..
Tapi, lantak ah..hahah! Harung saja..

Monday, June 6, 2011

Pic yang memalukan!!

Wah! Lihatlah gambar di bawah ini!
Sangat memalukan bila dilihat kembali..!
Hahaha! Malu betul!!..
Aku malu pasal, aku pakai anting- anting yang sangat besar.!
Apa- apapun..kenangan manis di zaman belajar itu...masih lagi terpahat..huk3
Malunyerrr...
(Pic ini baru di download dari fesbuk cik Fiza tadi)


Malunye....

eren ft. romi-pelengkap hidupku

Sunday, June 5, 2011

Salam Sunday!

Omei bikin gaya ala-ala Superman!

Omei senyum mengengada~ Berlatar belakangkan info Betik Estotika..

Sedang enak tidur..
Aku dikejutkan dengan ucapan salam yang bernada tinggi dan penuh semangat..
Aku hanya mampu terdiam kerana aku masih berbaju tidur dan berambut serak macam kuntilanak..huarrhhhgh...~

Rupanya kawan mak datang..
Kawan dari Serdang..
Mau mengundang kami sekeluarga ke Majlis Perkahwinan anak perempuannya..
Sangat cantik kad perkahwinan dia..
Aku dengan muka yang selebet, kuar jugak bilik
dan bersalaman dengan makcik tuh..
Ampunkan aku jika terbau acam...hik3

Namun, seperti kelaziman...
Sesiapa yang belum pernah mengetahui tentang Omei..mesti mereka akan berubi- tubi tanya soalan...

  1. Kau dah ada cucu ke Idah?
  2. Anak siapa ni?
  3. Macam mana kau boleh jaga dia?
  4. Parents budak ni mana?
  5. Siapa nama budak ni? Lawanya...
Tu lah antara soalan wajib..
Kadang letih menjawab semua soalan tuh.
Namun...

Omei tetap shumelll!

Memang pun shumell...
Tapi dia tetap anak orang lain...dan cucu orang lain..

Mak Omei rupa- rupanya tidak senang hati melihat kemesraan kami dengan Omei..
Mana tidaknya, Omei ni memang takmo lekat kat famili asal dia..
Biasa ah...dah dia duk ngan kami sejak dari lepas hari lagi..
Dengarnya, nenek Omei nak amik Omei nanti...
Mak Omei kata, takmo kami jaga..
Tapi takda keputusan lagi..
Harap cepatlah buat keputusan..kesian Omei..Menjadi mangsa keadaan..


Omei memang suka kereta!

Omei dengan mak!

Saturday, June 4, 2011

Berita hari Sabtu..


Hari ini hari Sabtu..
Aku mendapat satu perkhabaran sedih dimana salah seorang ex bos aku masa kerja di JKR dulu sudah meninggal dunia..
Namanya Mahathir dan aku suka panggil dia dengan singkat iaitu En.Maha je...thir tu aku tertinggal...

Dia memang seorang yang baik dan mudah berbual..
Walaupun dia berstandard J41..tak pernah dia berlaku sombong dan bongkak dengan aku dan rakan-rakan lain yang menyandang jawatan N17..N17, yang sementara plak tuh..

Ya, masih ingat memori dengan dia..

  • Masa menanda kertas PTK..
  • Masa makan ikan bakar..
  • Masa pergi ke MAEPS nek kete MyVi kelabu dia..
  • Masa bergelak- gelak time call pengubah soalan dan penceramah PTK..mana tak gelak, ada nama- nama yang kena call tu memang unik- unik belaka..payah nak menyebut..lepas tu duk nengok muka En.Maha ni depan- depan..memang tak tercakap ah..hahaha!
  • Dia pernah gak bagi contoh resume (aku ni masa tuh ngah sibuk-sibuk apply keje-keje len)
  • Dia gak selalu cakap aku nanti kena posting mengajar kat Bario, Sarawak..huk3

Semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan ke atas rohnya
Al- Fatihah buat ex bos saya En. Mahathir Merjedi..

Wednesday, June 1, 2011

Rambutmu Rambutku Tak Sama Bau


Rambutku rambutmu sama hitam
Tetapi selera, tetapi selera kita berbeda..
Menilai wanita, memlilih kekasih lain cara
Yang montok ku suka, yang kurus kau suka..
Ku tak suka..

Begitulah..
Hari ini adalah hari jadi seseorang kenalan..
Berjantina lelaki..

Alkisahnya, kerana hari ini hari jadi dia..
Maka kredit telefonnya free seharian..
Aku tak peduli ah kredit dia free or not..tapi aku agak peduli kerana berkali- kali dia menghubungi aku..
Waktu dia rehat, waktu dia senggang..
Aduhai..leceh ah..

Kalau diceritakan kat orang lain..
Mesti orang akan cakap, aku yang melayan dia..
Tetapi, faktanya ialah aku kadang tak reply mesej dia or angkat bila dia call.
Kalau call pun, aku angkat kejab dan lepas tu berbual- bual tak sampai seminit dan ku berikan alasan yang aku busy..

Ekceli dia ni aku ingat dah ada kekasih..
Sebab beberapa bulan lepas dia dah tak kontek aku..
Sangat lega rasanya..
Tetapi, rupa- rupanya kelegaan itu hanya sementara..
Dia kontek aku balik beberapa minggu ni..
Malah sibuk mengajak aku keluar..
Dan lebih best, untuk menunjukkan keprihatinan dia, dia kata dia sanggup mengambil aku dari tempat kursus kat PD hari itu dan menghantar aku balik..
Namun, aku tolak mentah- mentah kerana takut terhutang budi..
Tak mahulah aku..
Aku ada prinsip sendiri dan tak mau terjerat percintaan lagi..haha!

Hari tu aku ada chating ngan dia..
Bual- bual la biasa..aku malas bena nak bual..
Sekali bual- bual, rupanya telahan aku benar belaka..
Dia sudah bertemu kekasih baru..tetapi hubungan tak kekal lama kerana dia mengetahui bahawa wanita itu sudah tidak ada dara...huk3
Lepas tu cari aku balik..meluahkan segalanya..
Agak merimaskan lah..
Aku boleh mendengar kisah orang, tetapi jadikanlah jurangnya as a fren..
Jangan ah ambil kesempatan..

Sekarang ni aku sedang bingung untuk mencari jalan bagaimana aku nak larikan dari dia ni..
Dia punya kerjaya yang baik dan berkereta cantik..
Mesti ramai wanita bersungguh-sungguh akan mengorat..
Aku bukan jual mahal atau apa..
Aku cuma aku yang mahu aku menjadi aku..
Aku berkawan dengan dia kerana niat aku untuk berkawan..
Dah ah kat fesbuk selalu respon kat post aku...
Sampaikan cik Umi sebok tanya, siapa dia..
Biasanya, kalau ada yang selalu respon tu mesti ada hubungan yang akrabkan? Atau mahu mencari perhatian..
Kalau tak, masakan dia mau respon..

Sesungguhnya, aku tidak mahu eksen sangat..
Maka aku berkawan dengan semua orang..
Pasal call or mesej2 ni..hanya orang tertentu yang aku rasa excited mau reply..
Kadang aku ada juga excited mesej- mesej orang ni..tapi orang tu tak excited pun kat mesej aku...
Eee..malunya...haha!
Tapi aku dah faham, bila orang dah tak excited maka maknanya jangan ah diganggu dia tu..dia mungkin serba salah kalau tak reply mesej kita.. Aku dapat rasakan bersalahan itu bagaimana..

Mungkin dia memang mahu berkawan dengan aku..
Tetapi gaya dia bukan gaya berkawan ah..macam nak lebih dari kawan..
Kalau kawan, masa dia ada kekasih aritu, mesti dia bagitau...Ni dah putus baru nak bagitau..
Lepas tu boleh plak berlagak alim menyerahkan pada takdir..begitu positif..
Padahal aku kenal dia siapa..hahha! Kawan aku penah story sesuatu pasal dia...
Meremang bulu roma ah..
Mentang- mentang kawan seangkatan aku ramai yang dah kawin, jangan ah memaksa aku untuk berkasihan..
Aku masih 16 tahun lagi..perkembangan komunikasi dan sosial lambat..haha!
Tunggu ah aku umumkan teman lelaki aku nanti..lepas raya..haha!
Tu jelah alasan aku..
Entah raya yang bila..harap- harap raya ni jadilah..doa tuh..hahah!
Lagipun, aku bukan cantik sangat..
G la ngorat yang lain sana..yang lebih cantik, berkerjaya yang baik dan bersopan- santun..
Aku ni hanya ibarat buah ciku (berkulit cokelat, menggerutu kulit wajahnya, ada sedikit pahit dan manisnya tidak semua dapat rasa kecuali mereka yang bertuah..;p) yang bergelar cikgu Chikukunya (yang ada masalah saraf) lalu bergelar pendidik anak- anak yang mempunyai kad OKU..hahha! Adoi..

Ehm..bukan senang mau menjaga hati seorang insan..
Buat baik berpada- pada dan buat jahat jangan sekali..






Iltizam guru pendidikan khas

Iltizam guru pendidikan khas


AKTIVITI belajar membuat aiskrim merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan murid pendidikan khas di SK Bandar Jerantut.


RAMAI yang beranggapan bahawa mengajar murid pendidikan khas merupakan tugas yang sangat mudah.

Tanggapan itu timbul memandangkan murid di dalam kelas itu hanya sekitar lima hingga 10 orang berbanding kelas perdana yang menempatkan lebih 20 orang murid.

Namun, tinjauan di beberapa buah sekolah di Jerantut, Pahang mendapati tanggapan tersebut ternyata meleset.

Sebenarnya, tugas untuk mengajar dan mendidik murid pendidikan khas tidak semudah yang disangka kerana mereka merupakan golongan istimewa berbanding murid-murid di kelas perdana.

Murid pendidik khas terbahagi kepada tiga kategori iaitu masalah pembelajaran, masalah pendengaran dan masalah penglihatan.

Bagi guru-guru wanita, tugas mereka tidak ubah seperti seorang ibu kerana murid-murid pendidikan khas memerlukan layanan yang baik sebagaimana melayan anak-anak di rumah.

Bagi Fatimah Jantan, 38, yang kini memegang jawatan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Jerantut, guru-guru yang mengajar pendidikan khas harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, berdisiplin, bertolak ansur dan sentiasa berfikiran positif.

“Memang kami mengajar murid dalam jumlah yang sedikit iaitu di antara lima hingga 10 orang tetapi setiap murid mempunyai kerenah yang berbeza dan memerlukan perhatian yang sewajarnya.

“Keupayaan pemikiran mereka sangat lemah, tidak memiliki kecemerlangan akal dan kadangkala tidak dapat mengawal emosi selain gagal mematuhi arahan yang diberikan,” katanya yang telah menabur bakti selama sembilan tahun dalam dunia pendidikan khas.

Fatimah yang ditemui sempena sambutan Hari Guru ke-40 yang bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara baru-baru ini memberitahu, guru pendidikan khas harus mengenali murid dengan lebih rapat dan cuba menyelami perasaan mereka kerana golongan istimewa itu tidak dapat memberi perhatian yang sepenuhnya ketika pelajar.

“Guru mestilah berfikiran kreatif terutamanya dalam menyediakan alat bantu mengajar agar murid melahirkan rasa minat untuk belajar.

“Kita tidak hanya bercakap di depan ketika mengajar sebaliknya turut menggunakan kaedah nyanyian dan permainan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas,” ujarnya.

Menurutnya, biarpun sepenuh masa bersama murid-murid pendidikan khas, namun mereka turut melakukan tugasan lain yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Pengurusan diri


PARA pelajar pendidikan khas juga mempunyai upaya berdikari yang baik jika dibimbing dan dilatih dengan penuh dedikasi.


Selain tumpuan terhadap akademik, murid-murid pendidikan khas turut diterapkan dengan kemahiran menguruskan diri dan pengurusan tingkah laku.

“Inilah yang paling penting bagi murid-murid pendidikan khas kerana mereka tidak harus bergantung sepenuhnya kepada orang lain apabila masuk ke alam remaja dan seterusnya,” kata Wan Mahizan Wan Mohamad pula yang kini bertugas sebagai guru pendidikan khas di SK Tebing Tinggi, Jerantut.

Beliau berkata, guru-guru akan mengajar mereka cara menguruskan diri termasuk memakai dan membuka pakaian, mencuci pakaian, membersihkan diri, pengurusan bilik tidur dan mencuci pinggan serta cawan.

“Kita ingin lihat mereka berdikari dengan sendiri. Sampai bila mereka hendak mengharapkan bantuan orang lain,” soalnya.

Bagi pengurusan tingkah laku pula, Wan Mahizan memberitahu, guru-guru akan mendidik murid agar mengelak daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh orang lain.

Setiap kesalahan yang dilakukan pula akan ditegur dan diubah serta-merta dan guru-guru akan menilai sejauh mana teguran tersebut dapat mengubah corak kehidupan anak didik mereka.

Kemahiran hidup

Sementara itu, murid-murid pendidikan khas turut mengikuti mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dan Kemahiran Hidup yang memberi penekanan kepada penggunaan peralatan yang ada di sekitar mereka.

Mereka turut diajar cara berkebun dan penggunaan setiap alatan dengan betul agar tidak mendatangkan kecederaan kepada mereka.

Seorang guru pendidikan khas di SK Kuala Tembeling, Syahrima Abdul Hamid berkata, beliau telah membuat projek Bumi Hijau dengan menggalakkan anak didiknya bercucuk tanam.

“Kami tanam pelbagai jenis pokok seperti bayam, terung, lada, bayam, kangkung, kailan, kacang tanah, betik, serai dan daun kesum.

“Sebelum proses penanaman bermula, murid-murid akan diberi penerangan mengenai cara untuk gemburkan tanah dan menanam bijih benih serta teknik menggunakan setiap peralatan dengan betul,” katanya yang telah berkhidmat selama lima tahun dalam dunia pendidikan khas.

Seterusnya, murid-murid itu diajar cara menyiram, membaja dan menjaga pokok daripada serangan serangga perosak. Akhir sekali, mereka dibimbing untuk memungut hasil tanaman itu.

Syahrima memberitahu, hasil tanaman yang telah dituai akan dijual kepada kakitangan sekolah, ibu bapa dan kedai runcit berhampiran.

Selain itu, terdapat sesetengah sekolah yang melaksanakan projek keusahawanan bagi mendidik murid-murid berdikari mencari kewangan sendiri.

Projek keusahawanan


SEBAHAGIAN daripada pelajar pendidikan khas menunjukkan kemahiran mereka menggoreng cekodok di SK Bandar Jerantut.


SK Pulau Tawar merupakan salah satu sekolah yang menjadi contoh di daerah Jerantut dengan menggerakkan projek keusahawanan pada tahun 2009.

Projek yang diketuai oleh Anisah Jaafar yang bertindak sebagai guru penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di sekolah berkenaan telah berjaya menghasilkan beberapa kraftangan seperti tudung saji, gubahan bakul, kotak serba guna diperbuat daripada kotak terpakai, tali makarami serta hiasan kulit kayu manis.

“Kami ada lima orang guru dan 13 orang murid yang bergandingan untuk menghasilkan sesuatu produk dan kebiasaannya setiap produk disiapkan dalam tempoh seminggu.

“Ada juga sesetengah kraftangan yang kami serapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti dalam subjek kemahiran manipulatif, kemahiran hidup dan pendidikan seni,” ujarnya.

Anisah berkata, selain kraftangan, murid-murid turut diajar membuat kuih dan memasak makanan yang ringkas.

“Masakan yang pernah diajar kepada murid termasuk membuat donat, piza, nasi goreng, sandwic, kuih puteri ayu dan mi kari. Roti sosej bersalut telur merupakan salah satu menu yang menjadi pilihan dan pernah ditempah oleh sekolah berhampiran,” kata beliau.

Beliau memberitahu, produk-produk yang dihasilkan akan dijual di sekolah dan kedai berhampiran selain menerima tempahan dari pihak luar.

Ternyata tugas guru pendidikan khas tidak semudah yang disangka biarpun mereka tidak mengejar kecemerlangan akademik seperti guru-guru di kelas perdana.

Bagi mereka, kebolehan murid untuk menguruskan diri dan tidak bergantung harap kepada orang lain sudah memadai untuk mengukir senyuman di bibir masing-masing.


Bila Rindu (syiok habis)

Aku, dia dan Lagu...


Pagi saja aku dengar lagu ni dah hampir 5 kali..
Nak try hafal lirik dan berlatih menyanyi dalam tone rendah..Hahha!
Seronok menyanyi sorang..lagi- lagi time adik aku ngah tidur..

Pagi ni cuaca cerah melanda Kg. Sawah..
Harap panas sehingga tengahari dan biarlah hujan turun ketika jam 1 hingga 5 petang supaya tidak panas sangat rumah aku..hu3

Arini dah masuk 5 hari aku bercuti..
Keseronokan duduk dirumah memang tidak dapat diperkatakan lagi..
Walaupun pada hakikatnya, duduk dirumah ada lagi sedikit penat..
Mana tidaknya, memang menjadi rutin sejak dulu- dulu lagi akan menjadi bibik sementara...
Ingatkan dah besar ni tak jaga adik dah, tapi tanpa diduga datang lagi seorang adik..Omei!!
Jaga Omei ni tak lah susah mana, sebab budaknya kurang buat masalah..Manja je terlebih- lebih..

Berbalik kepada lagu yang aku nyanyi tadi tuh..
Aku nyanyi hanya untuk suka- suka..melepaskan gian berkaraoke..hahaha!
Lagipun ada bait- bait liriknya yang melucukan..
Mungkin akan ada yang melabelkan aku macam ala- ala jiwang dan meminati lagu- lagu yang takda class yang tinggi macam lagu- lagu hip hop, rnb, balada n macam- macam lagi ah...
Tapi peduli apa orang cakap..aku cuma mahu menikmati keseronokkan menyanyi dan mendengar muzik bikin aku hilang stress..
Daripada melihat cerita Nora Elena tuh, bek aku layan musik ciptaan Kassim Masdor tuh..hahah!

Ntahlah, aku bukan suka sangat nengok cerita Nora Elena tuh..
Memang pelakon dia hensem dan cantik- cantik..
Tapi entahlah, macam ada sesuatu yang bikin aku takda rasa untuk menikmati keindahan skrip cerita itu..
Semua sepupu- sepupu aku, makcik- makcik aku kat kampung ni berlumba- lumba duk depan tv just untuk menonton siri Nora Elena..
Berangan yang suami masing- masing akan seperti Seth tuh..(kacak, caring, kaya dan romantis)
Hahaha! Adoi...bak kata Jay Jay...berangan tak sudah..;p
Namun, dah mereka minat...hiburan mereka terletak pada Nora Elena...
Hiburan aku wat masa ni terletak pada lagu Aku, dia dan Lagu..hahha!