Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Wednesday, December 29, 2010

Sejarah Harimau Tampan

Yer..pada hari ini terlakar lagi satu sejarah Malaysia kerana berjaya merangkul kemenangan pada kejohahan Piala AFF Suzuki 2010..

Maka, sebelum datangnya hari esok..iaitu 30hb Disember 2010..aku rasa mau mengabadikan sejarah ini didalam blog aku pada tarikh yang sama dengan kemenangan yang dicipta.

Sejujurnya, aku kurang berminat untuk melihat aksi-aksi ketika perlawanan bola sepak berlangsung. Lagi- lagi kalau Malaysia yang bermain..pasal aku tak boleh terima kekalahan di mana, selalu je Malaysia kecundang. Tadi pun aku nengok mase separuh masa kedua.. Tu pun selepas aku repair antena tv berkali- kali.. Harap je dekat dengan pencawang TV Gunung Pulai..
Hampeh..tak jelas langsung...

Walaupun tadi kaler itam putih, nampak jugaklah kehemseman players Malaysia.. Agaknya, kalu clear tadi..memang leh bikin aku bermimpi ah kot..hahha! Geli..
Saje je..bukan excited sangat pun..Aku dah tak minat sangat dengan aktiviti meminati dengan fanatik ni..
Sebab otak aku dah diracuni oleh kata- kata mak..
Mak cakap ape?

Dulu, aku minat sungguh nengok racing kereta F1 tuh.. Aku paling minat Micheal Schumacker..sanggup aku tunggu depan TV berjam- jam..mebi mak geram nengok aku berbaring dengan gembira, maka die pon berkata ' hey tini! stoking busuk die pon kau tak dapat ah!'..huk3
Hmmm..semakin selalu diperkatakan begitu..maka, terbantutlah keminatan aku itu.
Jadi, sekarang..aku cuma just mau mengambil tahu..
Jika ada kemenangan...aku tumpang gembira..

Apapun.. Tahniah la kepada pemain- pemain Malaysia..
Pengorbanan anda semua untuk negara amat dihargai..


Macam emsem je player no 8 tuh..

p/s:
Waktu ketika ini, aku juga sedang mendengar ceramah abah kepada Mahera..Nak tergelak aku..Pasal abah leh melabel- label kitaorang kepada beberapa kategori.
.Gelak- gelak gak..tapi aku mesti dapat gak tempiasnye..macam biase ah..time ending aku punye part..

Mahera: Kategori Mentel.
Tiara: Kategori Malas.
Mak: Kategori Gian Bercakap.
Aku????
Aku kategori Macam Budak- budak...hahah!
Suke ati abah ah..abah gak yang cakap 'walaupun kau dah 25 tahun, kiteorang masih anggap kau macam budak- budak lagi'...hhmm!

Saturday, December 25, 2010

BSN Kekejian


Boring sungguh apabila melalui keadaan seperti ini..
Berjumpa dengan mereka yang kononnya mau berkawan sahaja..

Dipendekkan cerita, aku beli la Simpanan Premium BSN ni sebab tadi akak tu sebok panggil dan aku try la cuba..memandangkan ianya berbentuk simpanan dan ada rezeki menang..

Entah mengapa semasa melalukan proses penyempurnaan boleh pula internetnye problem..
Maka kata akak yang proses tu kena ah tunggu..disebabkan masa dah suntuk dan aku xmau mak menunggu aku lama di pejabatnya.. Aku cakap, len kali ah aku amik..kat BSN Pekan Nanas dan akak tu setuju..

Before tu lama dah aku menunggu dan terpaksa berbual- bual dengan depa..aku malas nak berbual- bual sangat. Boleh pulak aku berjumpa dengan satu pakcik yang aku kenal kat Permatang Duku..dia boleh cam aku pasal SUARA aku..dia kata ' Ni cikgu Kartini kan?'..
Mulanya kata dia tak cam, bila dengar suara baru dia cam..Alah pakcik tu jual insurans..memang ah kenal.. Kat kaunter tu yang jaga ada 2 orang lelaki dan sorang perempuan.. Habis identiti aku terbongkar..

Tiba- tiba time magrib ada orang call..aku kat uma nenek mase tuh..Jalan- jalan nengok Arsyad Mirza.. Pemanggil tu kata boleh ke cikgu amik aku punya sijil kat depan KFC Pekan sebab dia mau balik JB dan lalu depan KFC..aku fikir- fikir boleh aje..Sebab malas juga mau ke BSN tanpa apa- apa pegi tanya kat kaunter amik sijil. Lainlah kalu ade resit. Ni kena terjah. Aku pon setuju.

Tapi bro tu lain macam la, leh mesej aku swoh aku jangan panggil encik. Dan bersungguh untuk memberikan juga sijil yang bernilai hanya RM10..dan sudah menunggu di depan KFC sebelum sempat aku menghantar mesej. Dan aku ni jenis seorang yang tak mau mengecewakan orang lain secara terus menerus..Bukan apa, mebi dia memang bersungguh dan ada rasa tanggungjawab ke atas aku as customer dia.. Aku beritahu kat mak, dan mak bagi. Tiara temankan aku. Dan aku menuju ke KFC.

Sijil sudah diambil. Maka sampai disitu ah urusannya..

Namun ianya tidak tamat lah..
Bro tu leh hantar mesej salam perkenalan plak..
Bahasakan diri dia abang2..wat da hell!
Siap cakap dia suka nengok aku cakap, dan tersenyum..sebab kelakar..ape tu??

Hello...secara jujurnya..memang susah aku mau memanggil panggilan abang itu..
Agak liat lidah aku..serius...banyak bro2 aku panggil encik2 saje..
Ex boyfren aku pon aku tak panggil abang..Aku panggil manje, bb, cyg..haha! Geli juga apabila mengenangkan panggilan sebegitu..last2 kecundang jugak..hahha!
Tapi aku suka memanggil abang aku abang..pasal dengan dia je macam best panggil abang..hahah! Lidah sendiri boleh lembut..Serius jujur aku cakap..

Malam ni aje, ade 4-5 mesej dari bro tadi..cakap sudi ke tak nak kawan..
Salam perkenalan la..
Tidur dah ke..
Hello..urusan saya dah abies dengan encik

Pengajaran pada arini:
  1. Janganlah terlalu bermuka manis wahai Tini..Layan orang cakap..Mesti orang ingat awak ni mudah sangat didekati dan perempuan caca marba yang boleh dibuat main geli- geli.
  2. Tak payah ah layan- layan promoter- promoter tuh..kalu nak beli, beli kat kaunter sudah..
  3. Urusan bank harus dibuat di bank dan bukan di KFC. Berhati- hatilah.

Namun begitu, ini semua bukanlah masalah yang besar. Aku boleh mengubahnya dan pilihan memang ada pada aku..
Alhamdullillah aku selamat dan aku anggap ini semua pengajaran dalam hidup.
Rambut orang sama hitam, tapi hati lain- lain.. Jangan biar orang ambil kesempatan terhadap pakej diri yang mudah orang dekati.. Memang aku mudah didekati, tapi bukan semua yang boleh aku jadikan kawan dan aku mahu kawan dengan rela hati. Jadilah si jinak Merpati..Nampak mesra, tapi bila dah dekat.....LARI!!!!

Mungkin orang cakap aku ni perasan sebab mebi bro tu nak kawan biasa aje. Tapi, aku yakin semua dari kita, tak banyak mebi sedikit ada dikurniakan satu deria yang memberitahu samada benda tu ok ke tak. Dan kali ini aku rasa benda yang aku lalui tadi adalah sesuatu yang merepek..Maka tindakannya ialah lari sejauh- jauhnya......sebab tak rugi pon..cuma geli jela..hahah!

Thursday, December 23, 2010

MOTOR SHOW - KUALA LUMPUR INTERNATIONAL

3-12 DECEMBER 2010 PUTRA WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR MALAYSIA TICKET NUMBER: KL 153214

Ulasan tentang malam itu:

  1. Boleh tahan menariklah..
  2. Berjalan jauh, jalan yang bergelombang-gelombang.
  3. Ada sungai.
  4. Banyak kereta cantik dan juga tak cantik.
  5. Banyak perempuan cantik juga.
  6. Banyak cameraman.
  7. Ada jumpa Pierre Andre!.
  8. Masuk peraduan, tapi tak dapat pon..memang tak pernah memenangi cabutan bertuah pun.
  9. Tak dapat amik pic sangat pon sebab malu nak kuarkan henpon murah.
  10. Dapat beg kaler putih dan tin Honda.
  11. Abang yang belanja tiket. Tapi abang nampak tak hepi malam tuh..die mengantok gaknye..cian abang.
  12. Makan macam- macam lepas balik nengok show..
  13. Suke nengok gelagat orang- orang..kadang- kadang rasa geli nengok karenah mereka yang punyai hobi mengsnap pic..buget teror..hehe! Tapi tak bek ah geli- geli..
  14. Terima kasih la kat abang sebab bagi pengalaman ini!
Mau amik kete yang kat belakang tuh..tapi dah jalan terjauh sangat. Harap pakcik yang pakai kacamata dan berbaju kotak- kotak itu tidak perasan.huk3

Tayar dia pon aku tak mampu beli.

Ni lah Pierre Andre..Memang sama muka dia macam dalam tv..

Cantikkan kete kuning tuh! Aku kebetulan berada dibelakang enche ini.. Tiba- tiba aku macam mau menghasilkan kesenian meng'snap' pic..hi3 Ade yang besar, ade yang kecik..

Tuesday, December 21, 2010

Menyampah..Hhaha!

Hari ini aku tido dengan lena sekali..
Ini kerana aku ditemani Patrick yang sangat comel sekali..
Dulu- dulu aku selalu suke Sponge Bob..tapi sekarang aku sudah beralih arah cintaku kepada Patrick..semoga Patrick akan terus bahagia didakapan ku! cewahhh! biarpon harganya taklah semahal beruang berbulu putih...dan secomel beruang berbulu putih...namun Patrick juga menjadi pilihan..walaupun purutnye buncit!! buncit! buncit dan buncit!
So syomellll la kamu Patrick! kamu suke kan aku peluk?? hahah!
Hepp! jangan jawab pasal nanti leh bikin aku lari!

Seronok bile dah balik ke kampung halaman sendiri..
Berkunjung ke rumah kawan- kawan baik yang berkahwin..bulan ni banyak jugak lah aku pergi wedding! seronok melihat mereka di pelaminan..tapi aku tak suke bile memikirkan akan kepenatan di hari majlis..
Ayu sempat memberitahu, best tini kawin..dah dapat diam terus! hahha!
Aku senyum jelah sambil cakap woow! hebat kamu!

Perkahwinan memang indah..
Ikatan sah yang memboleh semuanya menjadi halal dan memenuhi fitrah manusia..(selagi tidak melanggar hukum syarak)
Bila perjalanan yang betul dari awal perhubungan, InsyaAllah perjalanan seterusnya akan menjadi betul dan akan mengikut landasannya..
Namun jika ada musibah mau pun ujian sedarlah sebenarnya Allah tau akan kemampuan setiap hambanya..

Hari ini besday Jamal..Jamal yang aku kenali sejak aku berada di tahun pertama lagi..
Orangnya pendiam, tak banyak cakap..aku rasa, kalau aku jumpa dia memang tak banyak dia cakap..macam berkomunikasi secara dalaman je..
Dia kata dia jawa..tapi dia pandai cakap bahasa banjar! wow! memang hebat kamu!
Bahasa yang semakin hari semakin pupus..heeh!
Semoga Jamal akan terus sukses dan kebahagiaan akan sentiasa menyelubungi dirimu k!

Semalam, aku dapat result pasal interview stupido..
Alhamdullillah..aku lulus..
Kalau la aku jadi tuan haji aritu, memang aku dah kasi gagal orang macam aku..
Tulah, dah namanya rezeki dari Allah..maka haruslah kita tidak memikirkan perkara- perkara buruk @ remeh yang belom tentu terjadi pada masa hadapan..
Sebab, mau tak mau..terpaksa juga dihadapi!...
Hidup memang misteri!

Friday, December 17, 2010

Bayanganmu Menjelma lagi..


Bayanganmu menjelma lagi..

Penatlah mau memikirkan masalah ini..
Tak ditolong, keluarga sendiri..
Tapi, aku ni dah macam ape la pulak..
Bila memikirkan masa depan budak kecik tuh..aku jadi serba salah..
Ke hulu ke hilir aku..

Tanpa segan silu, aku meminta pertolongan seseorang yang katanya cakaplah if apa-apa yang dia boleh bantu..kawan,macam ni lah kawan..membantu disaat memerlukan..

Ini dia talian hayat yang menyayat hati..hahah!
Biarlah,as long aku tak macam orang Thailand yang bergondong- gondong membawa beg ke hulu hilir..

Inilah kisah, bayanganmu menjelma lagi..

Artikel yang menarik!

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm

Menangkis stigma lembam




LEBIH 25 tahun lalu, ketika berada di sekolah rendah, Ar Sarly Adre Sarkum berdepan cabaran getir berbanding kanak-kanak seusianya. Di sekolah, dia dilabel sebagai pelajar lembam kerana kesukarannya membaca dengan lancar.

Bukan itu sahaja, disebabkan kekurangan itu, dia menjadi pelajar yang kurang digemari dan sering menjadi mangsa buli. Dia sering tertanya-tanya apakah kekurangan dirinya sehingga perlu berhadapan dengan situasi sedemikian sepanjang tempoh usia yang mentah itu.

Ketika menghadapi peperiksaan pula, Sarly mengakui terpaksa menghafal untuk lulus. Saat Sarly mengimbas kisah zaman sekolah rendahnya, dia cuma dapat membaca dengan lancar apabila berada dalam darjah dua.

“Waktu itu saya semakin menyedari kekurangan saya namun langsung tidak mengetahui puncanya. Maka disebabkan itu, saya berusaha dua kali ganda berbanding pelajar lain untuk cemerlang.

“Sekiranya pelajar lain mengulangkaji pelajaran selama dua jam, saya pula memerlukan sehingga empat jam kerana saya banyak menggunakan teknik menghafal untuk memahami subjek-subjek yang saya pelajari,” katanya.

Mengimbas kehidupan persekolahannya ketika berada di tahun lima di Sekolah Rendah Wellesley di Pulau Pinang, Sarly memberitahu dia perlu bersaing dengan pelajar Cina yang merupakan kaum majoriti di dalam kelas terbaik yang didudukinya.


SARLY bukan sahaja berjaya mengatasi masalah disleksia yang dihidapinya, bahkan melanjutkan pelajaran ke menara gading dalam bidang seni bina.


“Hasil kerja keras dan ketekunan mengulangkaji pelajaran, saya mendapat tempat kedua di dalam Penilaian Darjah Lima peringkat negeri.

“Pencapaian itu mendapat perhatian Kementerian Pendidikan yang kemudian menawarkan saya peluang menyambung pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK),” katanya yang kini berusia 34 tahun.

Keazaman untuk berjaya tidak pernah luntur dalam dirinya. Sejak di MCKK sehingga menyambung pengajian peringkat Sarjana Muda Seni Bina (B.A Architecture) di Universiti Liverpool, United Kingdom (UK), Sarly sentiasa optimis demi mencapai cita-citanya menjadi seorang arkitek.

“Perancangan asal saya untuk menyambung pengajian peringkat sarjana di UK tersasar apabila saya diminta pulang ke Malaysia pada tahun 1998 apabila ayah saya disahkan menghidap barah otak.

“Alhamdulillah, kami sekeluarga berjaya melalui saat getir itu dan ayah disahkan sihat selepas menjalani pembedahan. Sehingga kini, tanda pembedahan di dahi ayah sentiasa mengingatkan saya akan detik itu,” katanya yang menyambung pengajian yang tergendala di Universiti Sains Malaysia (USM).

Kepulangan Sarly ke tanah air tidak sia-sia. Dia bukan sahaja berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang, bahkan USM telah mempertemukannya dengan isteri, Noorhanisham Husin, 30, yang dikahwininya pada tahun 2002.

Hasil perkahwinan itu, Sarly dan Noorhanisham dikurniakan dua cahaya mata iaitu Irdina Sofea, 6, dan Muhamad Adam, 3.

Kehadiran cahaya mata Irdina Sofea rupa-rupanya membuka satu cerita baru dalam hidup Sarly kerana hanya selepas itu lelaki tersebut mengetahui kesukarannya memproses ilmu di sekolah dulu adalah kerana dia adalah penghidap disleksia.


KANAK-KANAK disleksia menghadapi masalah untuk mengenal huruf. - Gambar hiasan


“Saya hanya mengetahui saya menghidap disleksia selepas Irdina didiagnos penyakit sama.

“Bezanya, dahulu saya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya tetapi anak saya kini mendapat kelebihan kerana dia mendapat rawatan serta pendidikan khas untuk kanak-kanak sepertinya,” ujar Sarly yang menghantar anaknya mendapat pendidikan khas di Pusat Disleksia Ampang, Kuala Lumpur.

Kerjaya arkitek

Sarly kini adalah arkitek dan Pengarah BDA Architects Sdn. Bhd. dan merupakan ahli termuda di dalam Pertubuhan Arkitek Malaysia. Dia juga merupakan sukarelawan untuk Yayasan Ar-Raudhah di Gombak.

“Sasaran saya dalam kerjaya ini adalah bagi menaikkan nama arkitek Malaysia di mata dunia. Agak mengecewakan ketika ini kerana negara lebih mengagungkan arkitek dari luar sedangkan arkitek Malaysia juga bertaraf antarabangsa.

“Saya berharap pada masa akan datang akan ada pertandingan dianjurkan supaya pemilihan arkitek untuk sesuatu projek berdasarkan pertandingan yang adil,” katanya.

Dalam pada itu, antara hasil rekaan seni bina pasukan Sarly yang dibangunkan ketika ini termasuklah inovasi bangunan baru kampus USM Pulau Pinang, kompleks stesen minyak Petronas Taman Tun Dr. Ismail, Monorail Pulau Pinang, pembangunan semula Lebuh Buckingham, Pulau Pinang dan Pusat Angkasa Negara di Banting Selangor.

“Saya tidak menjadikan kekurangan saya sebagai punca kegagalan tetapi ia menjadi aspirasi saya untuk berjaya dalam bidang yang saya ceburi,” katanya.

Disleksia

Disleksia berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘dyn’ bermakna susah dan ‘lexia’ bermakna tulisan, ia bukannya satu penyakit. Disleksia merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak iaitu membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa.


KELUARGA bahagia Sarly, (dari kanan) Adam, Noorhanisham dan Irdina Sofea.


Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan. Malah sebahagian daripada orang yang terkenal juga mempunyai disleksia.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia atau mendapatkan nasihat daripada Jabatan Kebajukan Masyarakat untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

Duit kertas anda berlubang-lubang? Dimakan anai- anai??

Di sini aku mau berkongsi pengalaman yang baru aku dapat tadi..
Seronok dapat mengecapi pengalaman ini..
Kerana duit lubang- lubang yang ala- ala roti kirai ini ada beberapa yang aku dapat pelajari.

  1. Menggunakan mesin ATM di CIMB BANK
  2. Menggunakan perkhidmatan menukarkan wang di bank
  3. Mengenal bas dan tahu berapa tambangnya

Bab menggunakan mesin
Semua orang tau boleh kasi masuk duit guna mesin tuh.

Menggunakan perkhidmatan menukarkan wang di bank
Ha..ni ramai orang tak tahu..bagaimanakah cara- caranya.
Mudah saja..

Jika wang anda mengalami kerosakan seperti berlubang- lubang, lusuh, tukar warna dan yang sewaktu dengannya yang mana anda rasa memang kedai takmo terima duit anda, usahlah anda malu atau gusar. Pergilah ke mana- mana bank yang terdekat.

Macam aku tadi, aku g kat CIMB Bank yang sebelah SOGO tu je..

Tapi kata dia tadi, tak semua wang boleh ditukar. Wang yang boleh ditukar:
  • Nombor sirinya masih ada.
  • Gambar Yang Di Pertuan Agong masih ada.
  • Dan juga, garisan jalur perak yang ada pada duit anda.
  • Mengikut budi bicara pegawai bank yang anda jumpa. Bergantunglah. Ada yang cerewet dan malas nak ambil kisah. Tapi yang penting, bank boleh melakukan urusan pertukaran wang rosak.

Mengenal bas dan mengetahui tambangnya.
Rupa- rupanya ada 2 bas yang lalu depan umah makcik aku ni..U 224, U 223..
U 223 je ke stesen LRT. U 224 aku tak pasti sebab aku dah dihalau secara baik tadi.
Tambangnya, cuma RM1..

Walaupun, aku agak malu kerana terpaksa turun, tapi aku tetap berterima kasih pada pemandu kerana memberitahu aku maklumat sebenar dan bercakap dengan baik.

Pemandu bas U 223 juga seorang yang funny. Aku tanya berapa tambang bas? Di menjawab, selepas tawar menawar, dari RM 10 jadi RM 1 je.. Selepas itu, aku agak mau ketawa besar tadi pasal, aku rase bro U 223 tu x reti lagi mau bawak bas.. Masa kat selekoh, die tak pandai lagi mau agak jarak dan memusingkan stereng bas pada waktu dan darjah pusingan yang sesuai. Hasilnya, dia telah memakan jalan orang lain dan sebelah tayar bas naik ke divider dan terhenjut- henjut ketika mau turun semula ke jalan raya..hahha! tu dia, tawar menawar!

KL..Kukup Laut or Kuala Lumpur?

Semalam anak murid aku call..
Die memberitahu akan perkhabaran tentang dirinya yang kini sudah menjadi orang bujang!

Dia tanya, aku kat mana? Aku cakap aku kat KL..
Dia leh cakap Kukup Laut ke cikgu? Ceh! Aku dipermain- mainkan..aku pun tak terfikir dia akan sekreatif begitu..Secara jujurnya, aku lebih banyak ke KL-Kuala Lumpur berbanding ke KL- Kukup Laut walaupun KL- Kukup Laut tu sebenarnya lebih dokek dari umah den!

Yer, macam- macam aku bikin di KL ni..
Tapi benda yang paling ketara yang aku bikin ialah tidur dan bangun tidur sesuka hati aku..
Seronoknye..tapi, tak seronok juga bila dah 2 minggu macam ni..Rindu pula nak balik rumah dan bergaduh- gaduh dengan semua orang..sibukkan diri..dan merasai bahang kepanasan Kg.Sawah!..

Aku cakap kat abang aku..Kg.Sawah memang panas..walaupun duduk di dalam rumah.. Tapi dia gelakkan aku, ketawa sambil matanya menjadi sedikit kecil dan tahi lalatnya ke atas ke bawah..hahhah! Weh abang! If ade peluang datang ke Kg. Sawah..Rasalah kepanasnya k..haha! Nway, kerja style Fina yang abang ajar, akan ku praktikan sendiri nanti...sebelum ni..memang tak reti ah guna mesin tuh..hahah! Umur dah 25 tahun tuh..hu3

Namun, KL memang seronok untuk berbelanja..maka, kenalah simpan wet yang cukup untuk berbelanja..

Antara agenda yang aku buat di KL- Kuala Lumpur pada percutian kali ini:

  1. Hantar Ayuni dan tunggu Ayuni selama sejam di Kondo One Plaza..berdepan dengan UNITAR, belakang Balai Polis Dang Wangi.
  2. Pergi balik ke hentian bas Bukit Jalil, beli tiket Ayuni dan hantar Ayuni dan kembali semula ke Sentul dengan segera kerana belum mandi.
  3. Berjumpa dengan sahabat baik semasa di Universiti Malaya, Siti Masnita dan Mardiah Abdullah. Seronoknye..
  4. Bertidur-tiduran mengganggu Ita di rumahnya, Pantai Dalam.
  5. Berjumpa dengan abang aku yang baru aku tau rupa- rupanya dia adalah seorang penyanyi! Dan dia mungkin akan convert kerjayanya untuk menjadi pramugara MAS. Disamping untuk bertukar cawangan ke Cawangan Jalan, tapi sebelum tu mau ke KADER dulu katanya. Mana- manalah abang..asalkan u tak tensen dan menghisap rokok yang diletakkan di bawah timbunan kain buruk.
  6. Pergi wedding kat Hotel Singgahsana..makan memang sedap..aku duduk betul- betul depan penyanyi..(aku juga rupa- rupanya duduk di sebelah penyanyi)!.
  7. Shopping kat Chow Kit..Borong semuanya..aku balik ni nak jual beg. 3 beg RM100 je..aku beli, belas2 ringgit je..Gila murah..ade rezki aku mau buka kedai serba serbi..jual2 handbag, selipar, dompet, tudung2...memang leh untung kalau laku..
  8. Makan- makan dan makan- makan...
  9. Pergi ke pameran kete..dapat tin Honda je..he3 Tapi jumpe Pierre Andre tuh..wow!
  10. Jumpa Caca! Dia mau jadi polis..gerak- gerak Khas..Gud Luck! May Allah Bless u!
  11. Dan lain- lain..hehhehe..penat nak taip dah..

Senyuman manisku di Mid Valley! hahah!

Friday, December 10, 2010

Sunday, November 28, 2010

Exam:periksa!

Hari ni, mase ngah gosok baju..
Tibe- tibe:

Assalamualaikum...

Aku pon menjawab...Waalaikumsalam...aku pon toleh ke arah tingkap..Owh rupa- rupanya kawan Mahera...kawan sekelas..Aku tak pasti siapa nama dia...tapi aku pernah dengar cerita pasal die..
Die ni suke bercakap..dan cara bual pon style orang tua...
Mase UPSR aritu dikatakan..dia tak amik exam..
Malas katanya..sebab dia mau bagi peluang kawan- kawan dia yang lain..hahah!
Aku suspek budak ni ada masalah pembelajaran..tu pasal dia tak g amek exam..n cikgu pon tak hairan..

Budak tu: Akak mana Mahera?

Aku: Dia ada kat uma nenek..

Budak tu: Dia buat ape kat umah nenek?

Aku: Saja dia mau jalan- jalan gak nya..

Budak tu: Akak ni gosok baju nak pergi mana?

Aku:Nak g orang kawin..umah kawan akak..

Aku pon masuk bilik jab..g cari tudung aku..aku kuar balik..aku ingat dia dah takda..

Budak tu: Akak nak pergi orang kawin kat mana?

Aku: Kat kampung seri gambut..tau tak?

Budak tu: Tau...eh, akak belajar kat mana?

Aku: Akak dah tak belajar..dah kerja...

Budak tu: Owh..dah kerja...cikgu ke?

Aku: Ait, tau plak akak cikgu..

Budak tu: Tau lah..Almahera cakap..

(tapi tadi dia tanya aku belajar kat mana< aku kompius. samada aku salah bagu jawapan ke??)..hahha!

Pastu dia sambung:

Budak tu: Akak, bagus tau jadi cikgu..Saya mau jadi polis...

Aku: Owh...mau jadi polis..tapi akak dengar aritu adik tak amik exam kat sekolah ?..

Budak tu: eh! saya amik exam ah kak...

Aku suspek die tak tau makne exam..so aku tanye soalan len..

Aku: Ade amik periksa?

Budak tu: Takda! Periksa saya tak amik...saya amik exam je...

Ahahha! 2 kali dia ulang..aku pon malas mau membetulkan..dah dia bersungguh2..
Aku pon angguk2..

Budak tu: Ni akak nak pergi orang kawin dengan siapa?

Aku: Ngan kawan akak lah..

Budak tu: Owh...akak kenapa tak kawin lagi?

Aku: Ait! Nape tanye? Belom ada jodohlah...

Budak tu: Belom ada jodoh? Owh...nanti kalu dah ada jodoh kawinlah akak..Tak payah tunggu lama- lama...Akak pon dah kerja jadi cikgu..

Opsss..aku terpinga- pinga...dia ni kat sekolah takmo belajar...exam tak amik...tapi bab menasihat...mak oiii! kalah orang tua...

Aku pon tak tau mau mengklasfikasikan budak ni bermasalah dari sudut apa..
Mungkin dengan bakat yang ada, kita boleh menjadikan dia seorang wartawan yang berjaya ataupon seorang penceramah bebas yang terkenal..Keberanian dia amat ketara...hahha!

Kesian ah dia..tapi sebenarnya aku tau..budak tu memang diklasfikasikan sebagai kanak- kanak yang berkeperluan khas..dari sudut bermasalah pembelajaran..
Kenapa dia tak ambil peperiksaan tempoh hari mungkin disebabkan dia memang tak boleh mendalami pembelajaran di arus perdana..aku faham situasi dia..dia terumbang- ambing di sekolah pasal tiada kelas pendidikan khas kat SK KG Sawah tuh..
Harap dia akan dapat bimbingan dari sumber yang sepatutnya nanti..
Semoga awak berjaya ye budak..!
Perbualan bersama awak petang tadi memang menyeronokkan..!

Wednesday, November 24, 2010

Heepi Besday Suria.Fm!


Gedebak gebdebuk...hari Khamis sudah..
Seronok juga dikala cuti sekolah..
Banyak masa kat umah..tapi masih memikirkan kerja- kerja yang perlu dibereskan..
Tapi mual juga jika mau difikir- fikirkan..
Namun, tagline 'fikir-fikirkan dan selamat beramal'..mematikan semangat untuk membuat selamber bodoh...
hahhah! Takde kaitan langsung..

Kemeriahan suasana majlis perkahwinan semakin terasa..
Dirian khemah tersergam tegak dicelahan kawasan lapang bersebelahan rumah..
Kanak- kanak berlarian sesuka hati..
Hilaian tawa kanak- kanak, orang dewasa kadang- kadang memecah kesunyian..
Wah! Lama aku tak merasa kemeriahan hari perkahwinan jiran sebelah..

Bila mengimbau kembali zaman kanak- kanak..
Akulah antara kanak- kanak yang akan menyumbang akan kemeriahan suasana kenduri..Hahhaa!
Memandangkan aku ni cucu sulung, maka memang menjadi kebiasaan aku akan diusung ke mana saja..nenek memang suka bawa aku...dari Singapura sampailah paling jauh kat Klang...tu jela paling jauh..Klang..hehe!

Ada satu scene yang masih aku ingat..
Mase tu ade satu nenek tuh ngah mengayam ketupat..dia kata aku mesti kena pandai anyam ketupat pasal kalau nak kahwin kena pandai anyam ketupat..
Aku pon bersungguh- sungguh belajar pada hari itu..
Akhirnya! Sampai hari ini pun aku tak pandai menganyam ketupat!...hahha!
Memang lembab..

Hari ini, hari yang penuh dengan peristiwa yang mengejamkan..
Depan mata aku seorang perempuan dipukul- pukul..namun aku tidak berdaya kerana aku juga seorang perempuan dan aku memikirkan akan keadaan sekeliling...
Depan mata aku juga, aku leh melihat si anak cakap perkataan babi ke arah ibunya dengan penuh kebanggaan...hu3
Aku pon jahat jugak..namun, untuk mengatakan babi pada ibu aku memang tak tergamak..berdosa!

Dimana silap, mengapa jadi begitu?? Aku pon tiada jawapan..

Entahlah..aku pon tak berani mahu menghukum manusia..
Mungkin dengan itu dia mendapatkan kegembiraan dia..Manusiakan pelbagai..

Bukan aku mau berpeluk tubuh dan biarkan semua yang berlaku..
Tapi aku pon perlu bermuhasabah diri..
Namun begitu, bantuan akan cuba aku bagi selagi aku mampu..

Kehidupan memang suatu yang misteri!
Entah apa yang aku kena hadapi esok2 hari..
Mau semua yang menggembirakan hati..tapi itu bukan kehidupan if semua benda menggembirakan hati...
Kadang perlukan irama rock..
Kadang perlukan irama dangdut..
Kadang perlukan irama joget..!
Tapi jangan lupe irama nasyid!

Lagi 1, pengajaran yang aku dapat hari ini ialah..
Ilmu..kita dituntut untuk terus mencari ilmu dan mendalaminya...
Tapi, bukan ilmu yang menyusahkan diri dan orang disekitarnya..
Ilmu yang menyusahkan itu ialah ilmu hitam @ ilmu syaitan..
Akhirnya, diri sendiri terkulai....nyawa orang lain turut tergadai..

Penatlah...aku nak cepat2 pergi berlibur!...hahaha!

Tuesday, November 23, 2010

Drop my water face loh...

Baby yang aku pelok!

2 3 hari ni..aku sebok membawa baby ke klinik Pekan Nenas untuk pemeriksaan tahap Sakit Kuning yang dihidapi baby...

Alhamdullillah, semakin hari tahap kekuningan semakin turun..
Baby pon tak banyak meragam..
Aku ni selaku penjaga baby sementaralah...mak dia tak dapat g klinik pasal tak larat mau jalan..
Aku pon suke gak pasal leh peluk- peluk dan dukung baby..hahaha!

Esok aku kena bawak baby lagi..nurse kate, sampai bacaan 7 baru tak payah g klinik..
Hope esok oklah..

Tadi aku mintak ubat cuci jahitan ngan nurse..pasal mak baby pesan..dah abis ubatnye..
Maka aku pon pergilah ke farmasi..
Banyak kali aku tanye ngan nurse tuh...nurse ni pon satu, cakaplah ambil kat farmasi..
Farmasi kat mana...bagitau ah lengkap2..aku ni dah ah tak pernah g bahagian klinik ibu mengandung dan kanak- kanak tuh..memang takde pengalaman langsung...
Memang banyak ah benda baru yang aku jumpa..

Di farmasi...
Aku letakkan kertas yang ada nama ubat kat dalam peti yang disediakan..
Fuhh! banyak yang aku kena tunggu...
Hujan dah ah lebat...sore akak yang jaga tuh plak lemah lembut..
Memang tak dengar ah nama-nama pesakit yang turnnye perlu amik ubat..
Peliklah aku...macam mau derma mikrofon je..pasal, banyak pesakit atok2 tua...nenek tua...
Kesian..
Aku pon berdiri ah betul2 kat tingkap kaunter ubat tuh..kat sebelah die..pasal aku takot tak dengar..
Memandangkan sore aku kuat..aku leh tolong akak tuh panggilkan name- name orang plak..
Cikgu buat kebajikan di klinik..ceh! Tapi beberapa nama jelah..sehingga nama aku terpanggil..
Ops...bukan name aku lah..name ibu baby...hik3 Nur Ida Ayuni..sedapnye name tuh..hhaha!

Ape yang membuatkan insiden drop my water face nih??
Ni lah, tengah aku tunggu nama dipanggil..leh plak aku jumpe supervisor kilang aku..
Kilang mane?? Kilang Ban Soon ah..Yang aku penah keja beberapa hari kemudian lari...
Pergh...senyuman tak berlagu tadi..hahha!

Apple: Haiya...
Aku: Hai!...

Dua- dua membeliakkan mate...hahaha! Masing- masing senyum..

Apple: Haiya..malulah...
Aku: Hik3...(Aku bengang..leh plak aku jumpe amoi ni kat cni...aku ngelak-ngelak leh plak jumpe)

Sebelom dia tanye aku bukan- bukan, aku pon ubah tajok..

Aku: Apa bikin sini? hahah! Lama lo tak jumpe...u masih same ye...
Apple: Bawa mak saya...
Aku: Mana mak kamu??
Apple: Itu, baju hijau...
Aku: Owhhh....

Keadaan menyelamatkan aku..nama mak amoi tu dipanggil..
Perbualan terputus...Heheh!

Tapi aku malu memang ah...aku minta kerja dengan baik..patotnya..aku benti dengan baik..taklah jadi malu mcm nih..

Walaupun gaji tak dibayar, tapi sepatutnya memang perlu kita melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan cara baik..tak kiralah pekerjaan apa pon..sebab kita punya adat dan peraturan..walaupun ianya sesuatu yang boleh menyakitkan atau memalukan kita..sebab adalah lebih memeritkan bila malu itu datang dikemudian hari..

Biar berdepan dahulu dan malu..jangan kemudian hari baru malu..sebab malu di kemudian hari takkan ilang malah sememangnya ianya sentiasa boleh membikinkan kejatuhan water face yang berlarutan..huk3..cet!

Saturday, November 20, 2010

Kelahiran!



Nama:????
Tarikh Lahir:19 November 2010
Tempat Lahir:Hospital Daerah Pontian
Jantina: Lelaki

Sengeh sendiri..



Kazen aku baru dapat baby boy..
Bertambahlah ahli keluarga dan nenek dah ade cicit..cicit pertama dia..

Tadi dorang cakap baby tuh lapar..kena minum susu..
Susu badan mak dia tak cukup..
Tapi belum ade susu...kena la beli..

Macam biasa, tugas aku hanyalah driver...
Makcik aku pon suwoh aku ah pegi pekan..

Aku pun pegilah pekan dengan segera..
Berhenti di sebuah farmasi...

Orang yang bekerja di farmasi tuh member sekolah aku lama..
Disini aku mau titipkan perbualan aku dengan dia..

Tini: Awak, ade tak jual susu untuk baby yang baru lahir?

Dia: Owh, farmasi ni takde sangat ah susu bayi..Yang ada ni sikit-sikit je..tu pun susu soya.

Tini: Owh yeke? kat mana erk yang ada jual susu baby banyak- banyak ni?

Dia: Kat Jalan Sawah tu ada tini..kat situ macam- macam ada..Semua alat kelengkapan baby.

Tini: Erm..yeke? ok, thanks...

Dia: Kau ade pergi tak tunang Suri?

Tiba- tiba die bertanyakan soalan yang lari dari topik.

Tini: Takdelah..die tak jemput aku pon..heheheh! Nantilah kalau die kawin baru aku datang..

Dia: Yeke tak jemput? kan kawan- kawan kita gak..

Tini: (Aku sengeh jelah)...takpelah..takde kan susunya..aku try cari tempat lainlah..

Dia: Ni kau mau belikan susu sape ni? Sapa bersalin?

Tini: Owh, sepupu aku..die baru lahirkan anak kelmarin...

Dia: Kau bila lagi?

Tini: (aku sengeh dan senyum panjang) Nantilah. belom ade rezeki aku lagi..nengok anak sepupu dulu..

Dia: Yelah, kau ni calon pon belum ada kan?

HHhHahah! Dia cakap macam dengan nada belagak dan serius..bukan dalam suasana lawak..
So belagakss ah minah ni..mentang- mentang ah dia dah bertunang...

Tini: Takpelah kau dulu ah..jangan lupe jemput aku nanti..k, aku balik dulu erk..

Semoga kau cepat kawin dan dapat anak lekas erk kawan! Jaga ah calon suami kau tu baik2..hi3

Thursday, November 18, 2010

The Killers - Smile Like You Mean It

Romeo and Juliet The Killers

Mula-mula tak kenal pun The Killers nih.. Macam bising musicnye.. Tapi dah abang aku suwoh dengar pasal aku suwoh die dengar lagu dangdut aku, maka aku pun berbesar hati mendengarnye! Bestlah abang! Lagu ni akan aku dengari ketika tensen mendengar jawapan partner sekolah yang merepek meraban tatkala aku sedang serius..
Amaran:Jangan bermain tatkala Tini serius..pasal Tini pon boleh ikot main! hahha! Sudahnye, keje tak siap!

Wawa mendapat hadiah!

Ye! Anak murid ku mendapat hadiah..!
Terima Kasih kerana bagi cikgu peluang memberikan sedikit kegembiraan kepada Wawa ye..
(Walaupun sebenarnya aku pon tak tau lah sama ada anak- anak murid aku ni betul- betul gembira.Tapi aku percaya yang mereka masih mempunyai perasaan!)

Erm...wanginye saya!


Sedang bersapu- sapuan tadi...terasa macam ada bau wangi melingkari suasana...
Owh...bau aku upernye...he3
Perasan...tapi memang wangi pon...sebab baru pas mandi dan bersyampoo..
Tapi, cane mau mengekalkan kewangian itu?
Bila bangun pagi,habit aku, nengok cermin, senyum dan mengurai2 kan rambut dan mencium rambut aku! Bau Pantene~
Alhamdulillah..aku masih lagi berpeluang untuk bernafas! Keindahan tercipta di waktu pagi!

Monday, November 15, 2010

Tahniah Almahera!


Ok! Akak mau ucapkan tahniah kat adik sebab adik dapat keputusan yang baik!
Hope adik terus berjaya dan jangan jadik belagakss sangat..
Pasal hadiah jam Swatch tuh...nanti ah akak beli...belom sempat mau ke kedai lagik...
Sabar ye!

Ehm, tahniah di atas penganugerahan pelajar terbaik keseluruhan!
Sori coz tak dapat teman adik amik hadiah tadi macam mase pertama kali adik naik ke pentas mase adik kat prasekolah 6 tahun lepas..! hahah!
Malu akak adik tarik- tarik baju akak atas pentas mase tuh....! hahah! ok! Gud Luck adik!

Saturday, November 13, 2010

Gula-gula


Hampeh..beg aku yang beli di Danau Kota sudah rosak zipnye...
Sekejab je riwayat dia dengan aku..
Tu kadang aku kesal membeli barangan ala- ala...

Sudahnya..ke tempat pembuangan sampahlah tempat dia..

Terpaksalah aku mentransferkan barang- barang aku..


Aku jumpe sebiji gula-gula..
Aku tersenyum sendirian....bergenang ckit air mata ni..

Gula- gula itu plastiknya berwarna putih dan ade sedikit kebiruan..

Gula- gula itu adalah pemberian daripada seorang murid prasekolah kepada aku..

Menjadi kebiasaan, aku memang akan ke bangunan prasekolah bila aku rasa aku mau mencari kegembiraan dan melayan karenah kanak- kanak dan saling mengusik dan menggeletek mereka..shomelnyer mereka..


Mase sedang bergurau- gurau dengan budak- budak tuh..

Tiba- tiba aku rase aku dipeluk dan punggungku di tepuk..pokk!


Ouchh! Sape ni tepuk punggung cikgu??
Hehehe!

Sayalah cikgu...
Owh..noty erk?? Aku pon mencubit pipi dia dan menggeletek die..

Mase tuh dia ngah pegang beg dia pasal kena ready nak g dewan..bawa beg sekali..
Aku nengok die kemas- kemaskan zip beg die..

Pastu aku nampak die bukak zip beg dia bahagian depan..


Nah cikgu! Ni untuk cikgu...
Erm...5 biji gula- gula... Dia bagi aku 5 biji..
Aku bukan suka gula- gula..tapi memandangkan kesungguhan dan senyuman ikhlasnye tu..

Aku jadi cair..aku pun ambil la sebiji..

Cikgu ambil 1, yang lain awak simpan ye?


Dia senyum dan memasukkan kembali ke dalam beg dia..

Bukan cikgu tak sudi ambi semua, tapi cikgu mau awak makan juga!
Makan untuk men petang, untuk malam, untuk esok..atau bila- bila sajer..


Kenapa aku tak ambil semua gula- gula??? Sebab..aku kenal keluarga dia..
Aku pernah buat lawatan..

Tak jauh pon dari sekolah..

Dia bukan orang senang...rumah pon rumah bantuan..
Atok dia yang bela dia..
Ayah dan mak kadang- kadang je ada kat rumah...
Tapi kesungguhan dia mau bagi aku gula- gula bikin aku tersentuh..


Walaupun aku bukan guru yang mengajar dia..
Kalau lalu depan kelas aku..tak lekang senyuman dia untuk aku..hhhhaha! Inilah kanak- kanak.. Mereka memang penuh dengan senyuman dan kegembiraan..

Baru- baru ni dalam mesyuarat, ada dibentangkan pasal projek anak angkat untuk murid UPSR..

Nama anak- anak angkat dan ibubapa angkat (guru) dah disenaraikan..
Aku dah ada anak angkat..fuyoo..hahah!

Anak angkat aku ialah kakak kepada budak yang bagi gula- gula kat aku lah..

Nama kakak dia tu termasuk didalam list 'Murid yang masih belom menguasai 3M dan memerlukan latihan khas'..

Hmmmm...bagi aku murid- murid khas erk..mentang-mentanglah aku cikgu khas..
Takpelah..memang itu pon yang aku harap kan..semoga aku mampu membimbing 'anak angkat' aku..at least dapat lulus dalam UPSR.. sape tau kan???

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tau kan..

Ku Sayang Padamu - Junainah M Amin

EFFA RIZAN - RASA HATI

Lagu yang rancak dan amat menarik tatkala kereta melungsuri ladang nenas yang sunyi!

Karoke:Mariah Carey - My All

Karaoke:Top Of The World By: Carepenters with lyrics

Karaoke:Everly Brothers- All I Have To Do Is Dream (with lyrics )

Karaoke: Unbreak my heart

Friday, November 12, 2010

Cemburu..


Petang yang syahdulah..
Tibe-tibe hati jadi sayup dan agak cemburu selepas melihat sesuatu..

Ooh! Die ke? Atau die? Atau yang mane satu? Hmmmm..
Senyuman pun tak mampu aku lorekkan sendiri kat bibir...hahaha!

Semoga bahagia erk..;)
Jealousy, the best motivation for revenge...

Friday, November 5, 2010

Cerita Kain...

Insaf...

Al Qisahnye..
Arini aku pergi mengambil baju yang aku tempah di kedai Nyonya Jelita Jalan Sawah..
Baju berwarna hijau..cantiklah di mata aku..Hahha!

Dengan excited, aku pon mencuba lah baju itu...
Opss..
Ok la kot...
Hahaha! Baju tu memang ikot shape body lah.. mcm too ketat..
Macam tak sempurna la aku rase..haha!
Cerewet nyer...tapi baju tu masih boleh dipakai..

Aku pon cuba lah kain die..
Ehmmm..aku tergelak sendiri lah..
Tunjuk kat mak..huk3
Mak kan tukang jahit..
So, memang banyak tak kena di mata die..
Tu kadang aku malas mau hantar mane2 tailor..

Pastu dengan tak sedap ati die..
Die pon mengambil pisau dan gunting lah mengote semula ken aku..

Dalam sedang mengote tuh..

Ada suara yang membeliakkan mata aku..

'Sebenarnya, kain tu boleh aje dipakai.. Saje mengengada nak cakap tak sedap lah apelah..
Ade orang tu kain pon dia tak boleh pakai..Nak tau kenapa? Sebab kaki dia takde..die teringin mau pakai kain macam orang lain...'

Dush!! hahhaha! tu lah kata- kata abah cantik..

Aku ngan adik cantik..tersenyum..
Yelah, kadang- kadang manusia memang selalu menokok tambah permintaan mereka..
Sedangkan, ada kalanya yang terhidang tu memang sudah memadai..
Manusia memang tak pernah berpuas hati dengan apa yang dia ada..

Aku insaf sekejab..ermm..
Bolehkah aku mendidik hati aku untuk rasa bersyukur dengan nikmat dan rahmat yang ada??

Wednesday, November 3, 2010

Stupido!

Interview yang stupido..
Tapi interview kali ni aku lebih tenang dan tak sejuk2..
Cuma masalah aku ialah tak tau mau meluahkan apa yang aku tau..
Boleh blur depan tuan interviewer tadi..
Aku jawab tak ikot skema jawapan pada buku dia..
Aku jawab secara menyeluruh dan merangkumi semua..
Padahal soalan die senang je...

Apa itu pendidikan khas?

Leh aku blur..
Aku jawab secara menyeluruh..di mana jawapan aku ialah kanak- kanak yang tidak boleh belajar di arus perdana..pastu aku bagi ah penerangan..
Tuan tu leh cerewet, mau ayat dalam buku sebiji2..
Aku ni plak ada masalah menghafal...hahaha!

Ahahha! Bodoh sungguh aku..
Aku lupa mau sebut kanak- kanak pekak, bisu dan buta..
Huh! bodoh berbatu- batu.
Kalau diberikan 10 kanak- kanak yang ada buta, bisu, pekak dan normal memang aku tau lah pendidikan yang sesuai dengan mereka..sebab jelas2 mereka memerlukan pendidikan Khas..
Ni di suruh jawab dalam bentuk ayat..so bodoh ah aku..leh blurrrr...hahah!
Tawakal la...if kena lagi tview..pergilah..

Rase- rasenye.. ni semua mesti sebab angau dengan dak kecik yang nama adam..
Yang cakap ngan aku semalam..
'Jaga diri baik- baik, jangan nakal-nakal tau..lebiew...' hahah!
Eh! salahkan adam plak..die takde kena mengenalah...

Ceh! tulah..kesimpulannya aku seorang yang belom lagi menjiwai dunia pekerjaan aku sekarang..
Yang dinamakan dekat di mata, jauh di hati..

Tuesday, November 2, 2010

Kenangan aku bersama Blue...


Blue itu biru
Biru itu blue..

Kaitan apakah blue dengan saya??

Ye saya adalah antara guru penasihat rumah sukan berwarna Biru..baru cek nama ada mase mesyuarat ari Jumaat..

Hari ini hari pertama saya melatih murid- murid bersama rakan- rakan yang lain..
Ke semua murid pendidikan Khas yang boleh dipercayai untuk bersama rakan- rakan lain di padang saya bawa dan paksa cikgu Nasir bersetuju dengan saya..
Inilah yang dinamakan integrasi!
Pada mulanya, mereka diasingkan..tapi selepas saya memberi penerangan, guru Penolong Kanan HEM terus bersetuju!
Bukan apa, saya dilantik menjadi guru penasihat, takkanlah anak murid saya terpaksa saya abaikan..kenalah saya bawa mereka bersama- sama saya..sebab itu adalah tanggungjawab saya..
Lagi pun inilah platform yang baik untuk saya memperkenalkan pendidikan Khas dan pendidikan Khas tidak akan di pandang enteng di dunia sekolah arus perdana.

Tadi balik je rumah..rasa amat penat..
Lame dah tak bersukan..berlari- lari anak..berseronok di padang dengan memakai pakaian sukan..
Saya dengan cikgu Siti je yang excited pakai baju sukan...cikgi2 lain, pakai baju kurung ke padang..he3 kami plak yang rase janggal pasal, lain dari kebiasaan yang tak boleh kita biasakan..

Bile penat saya tertido..dan tiba- tiba teringat zaman sekolah rendah.
Saya dulu memang aktif bersukan..lompat jauh, dekat, lari..memang suka...
Dan saya baru teringat..saya juga adalah murid yang ditempatkan di rumah Biru!
Hahah! Adakah ia satu kebetulan atau takdir??
Saya benci kaler biru..tapi banyak juga Biru yang melekat dalam kehidupan saya..
Biru mata hitam ku! hahha!

Tapi, saya berasa amat seronok arini pasal dapat pergi ke padang dan berlari- lari..
Nengok kanak- kanak berlari ke sana sini bikin hati seronok..
Satu persatu kenangan zaman persekolahan muncul di benak fikiran..
Hargailah kenangan yang lampau..kerana satu hari nanti ianya berguna untuk diri sendiri..
Saya teringat cikgu sekolah rendah saya..
Mana lah dia sekarang..cikgu Samsul Hashim..
Dia amat hensem bila ke sekolah..tiap2 hari saya akan tunggu dia didepan pintu untuk melihat kemachoan dia bermotosikal RXZ..hahaha!

Owh cikgu! Semoga cikgu sehat dan gembira disamping keluarga tercinta!

Monday, October 25, 2010

Aku masih fobia....

Teruknya fobia aku nih..
Takot melintas jalan...

Tadi g bandar Pontian...
G hantar cikgu Siti g stesen bus Pontian..
Esok dia mau interview..Good Luck ye Siti!

Lepas tuh, aku plak masih berharap mau mencari tukang kasut..
Hampeh! kedai tu tutup lagi..

Aku mencari- cari lah kedai yang sesuai untuk aku beli kasut kat Pontian tuh..
Ehmm..memang tak jumpe..
Lantas terfikir akan kedai Bata..
Lalu aku parking di tepi jalan..
Opss..aku salah..kedai Bata di seberang jalan..
Memandangkan aku sudah terparking, aku letak jela kete..malas mau u turn..pasal agak jauh mau U- Turn lah..

Aku parking betul2 depan kedai Emas Chinta..
Baru aku pasan, ade kedai emas Chinta di Pontian..

Lepas gores kad parking..
Aku pon kunci kete dan bersedia untuk melintas...
1, 2, 3 lintas! Macam itik aku lari anak..dengan baju kurung..

Lepaslah fasa pertama..
Fasa kedua..kena lintas lagi..
Tadi toleh belah kanan je..
Ni kena toleh ke kiri plak..
1,2, 3...lintas! opss..tak jadi lintas..ade kete..
Rehat jab..tunggu semua ok..

1,2,3...lintas! opss..tak jadik lagi..adoi..
Last2 aku jalan depan sikit..dekat ngan trafic lite..
tunggu lah lampu merah..baru dapat lintas..

Maka aku pon pergi ke kedai Bata..
Kedai tu je aku percaya untuk memilih kasut..pasal kedai2 len memang bikin aku agak curiga..

Kecewa...tiada yang menarik hati..
Lalu...
Aku pon melangkah dengan langkah yang longlai..
Alahai, susahnyelah mau carik kasut..

Kena lintas lagi...macam biasa..memang lama lah aku nak lintas..
Tapi kali ini aku bernasib baik kerana ada pemandu yang baik hati, yang dapat melihat ketakutan aku melintas..

Hey! Memang fobialah...dulu aku ok je mau lintas- lintas ni..
Fobia ni selepas aku mengalami peristiwa yang menyayat hati aku sendiri..

Mase tuh aku darjah 5..
Budak darjah 5 dah ade kelas tambahan..setiap ari Sabtu..
Pagi tu aku bangun seperti biasa..ari Sabtu kelas mula jam 8.30pagi.

Masa baru bangun tido tuh..aku teringat aiskrim Coklat kedai Mamat.
Jadi aku fikir, aku mau beli mase odw g sekolah..
Kat kepala memang ingat aiskrim tuh je..

Aku pon kuar umah seperti biasa..
Dari jauh aku dah nampak kedai Mamat..
Aku pon berbasikal dengan bersungguh..mau aiskrim!
Tiba masa, aku kena melintas..
Aku toleh ke kiri, ke kanan. ke kiri lagi..
Aku pon lintas...tiba2 aku jatuh dah..tudung melindungi mata..aku pon tak tau apa yang jadi..
Haha! Tau- tau..aku nampak 1 abang dan 1 atok jatuh..aku pon jatuh..aku nengok beskal..beskal pon kemek sejuta..
Serius aku tak sedar ape yang jadi..
Pastu aku ingat, ade pakcik hantar aku balik umah..
Abang dan atok tu pon pergi uma aku..
Jumpa abah..abang tu nampak takut..kesian dia..
Dia bagi abah RM100..tapi abah cakap tak payah..pasal bukan salah dia.
Abah suruh abang tu balik..harap atok tu tak ape2..kesian la atok tuh..
Aku pon serius...tak pasan langsung moto abang tuh..

Abah bawak aku spital..
Aku ingat lagi, lutut aku kena ketuk..
Ntah ape ntah lagi die cek..tanye ade sakit ke tak..
Memang takde ape yang sakit pon..
Aku tak cedera apa- ape..
Cuma luka pada lutut sikit..

Sejak aritu aku takut melintas.
Aku jugak belajar mengawal nafsu makan aiskrim coklat
Kedai Mamat pon jarang ah aku kunjungi..dah takde pon kedai Mamat tuh..
Tak sangka kejadian 14 tahun lalu..masih mencederakan aku..
Sebab tu aku melintas macam itik..pasal aku takot memang!
Dah biasa la bila orang ketawakan aku melintas..
Masa duk Pantai Dalam tuh..mase keje JKR..selalu je mamat- mamat yang melepak tepi jalan ketawakan aku..hhaha! Pedulik ape aku..

Ehmm..bila nengok kasut takde..
Aku pon baliklah..
Tapi kedai emas Chinta memanggil2 aku..heheh!
Kakiku melangkah laju masuk ke kedai Chinta..

Hello! hello! Takda orang jaga lah?
Beberapa saat kemudian...ada seorang aunty keluar..
Ye amoi mau apa? dia tanya..
Aku pon cakap...mau earing aunty.
Dah lama mau earings lah..pasal earings aku hilang sebelah..

Aunty tu tanya aku cikgu ke?
Eh! Aunty tu tau ah aku cikgu..padahal aku dah bukak nametag..
Aku pon senyum..ye aunty! Mana tau??

Tau lah! Aunty tu cakap..ye ah je aunty tuh..hehhe!
Dia kata keje cikgu bagus..mesti keja baik2...
Aku cakap terima kasih je..lalu memilih sepasang anting- anting!
Untuk pertama kali, aku membeli barang kemas emas!
Hati suka..pulang dengan senyum masam manis..
Aku pilih yang simple je..kecik je..

  • Ni cincin idaman aku..ada rezki mau beli!!


Thursday, October 21, 2010

Mampukah kita punyai hati seperti dia?

Mereka yang didalam pic ini adalah kanak- kanak Khas yang bersekolah di SMKDMYS..
Sekolah lama aku..

Kanak- kanak yang mendukung tuh berbangsa Cina dan mempunyai masalah pembelajaran. Kategori lambat dan sedikit terencat.

Kanak-kanak yang didukung pula berbangsa Melayu dan menghadapi masalah penyakit SLE..
Otot- ototnya semakin hari semakin lemah..begitu juga dengan pandangannya..

Mereka berdua amat akrab dan saling bantu membantu..
Makan bersama.
Main bersama.
Malah ke tandas pon kanak- kanak Cina ini akan membantu kanak- kanak Melayu itu..

Kehidupan memang misteri..mampukah kita punyai hati seperti mereka???

Tuesday, October 19, 2010

Mulan - Aku cinta Kau dan Dia..Ringtone tepon aku


Seawal 5 pagi bungi tepon aku yang berringtone Mulan Jamela telah mengganggu mimpi buruk aku..

Cik U... telah mengecal aku..
Panggilan pertama...aku tak jawab..
Namun panggilan kedua pula yang menyusul..

Malaslah mau angkat..tapi memandangkan aku dah menggangu orang lain tido..
Maka aku pon angkat dan menjawab dengan selamba..
Aku pn lupa ape aku cakap dengan dia..
Dan aku cuma igt dia cakap sori sebab marah aku..
Dan ketawa dengan ceria memberitahu keadaan die di sana yang sedang berada di ofis dan jam sudah pukul 7..
Aku a'ah kan aje..dan cakap minta maaf..tu je aku ingat..
Pastu aku cakap ok bye2..dan selamat buat kerja..
Jahat sungguh aku..
Tu lah..kadang betul gak ape yang orang dulu- dulu cakap terlajak kata badan binasa...
Tapi aku pun kena sedar gak..aku ni pon bukan sempurna..
Tapi maaflah..aku dh sedar siapa aku..
Lebih baik aku menjauh..
Aku yakin..lama kelamaan ingatan kat aku mesti takde punye..

Tadi lepas mengajar..
Aku cek henpon lagi..
Dia call lagi...ade 2 miscall..
Mebi die tak senang dengan kata- kata dia semalam
Kata- kata yang ibarat menghina aku..
Aku malas nak mesej die n tanya y call aku..
Biarlah..

Apa2 pun..semoga dia bahagia disana dan akan terus berdampingan dengan kawan- kawan baiknya..dan pride die terus bersinar macam sang suria..!



Monday, October 18, 2010

Apa erti kawan?

Oh kawan...
Benda yang easy jadi crazy!
It's ok..for me u juz one of my fren..not more than that..
And like my mum said...fren not always will be with u forever!

So, like pepatah Malay...buat baik berpada- pada, buat jahat jangan sekali..
Hehehe!
U choose to be like this way..not me...hehe! Take care my fren..

Satu pagi yang indah..
Aku ada dapat satu msg..
Then msg tu ajak aku chating..
Aku tak dapat mau chating, pasal aku kena pergi melawat sepupu ku yang meninggal kerana kemalangan..


Dalam msg tuh..endingnya "Have a nice day cik Kartini Abidin"

Then i reply " U too Cik U... K..... bin M... S...."
Hahah!

Tibe2 ade datang lagi msg..
Dgn ada unsur- unsur kecewa coz aku salah eja...
Dimana sepatutnya U jadi O..
Then aku send lagi msg...
Salah jugak eja..hahaha! Hantar jauh tuh..ke oversea..
Siap maaf2 lagi..

Then..
Die rep..tp aku tak dapat mau rep..
Kredit abes..

Then
Aku send kat facebook..
Nama betul die...

Tiba- tiba,
Hari ni..die marah pasal tulis kat wall die.
Hahaha!

Semua kerana pride! Pasal kawan- kawan die akan baca dia cakap..
Just tulis nama je kot..
Fine..terlalu hebat kah die?

Hahhaa!

Sudahlah..
Kerana itu kau nak marah dengan aku..
Lain kali, if rase- rase pride kau jatuh bila kawan ngan aku..
Jangan kawan..
Aku pon tau...kau apple juice dan aku just kopi o kampung.
Kau keturunan raja-raja, aku keturunan orang biasa..
hahhaa!

Boleh blahh! Aku pon sedar ah aku asal dari mana..ko tu asal dari golongan korporat..
Aku rase..antara kita dah tiada apa- apa hutang..
Pasal raya hari tu kite dah bermaaf2 an dan kau sendiri cakap kau pon menggunakan aku..
Takpelah..tanx for everything...
Pergilah kau dengan juice2 ko..Gud Luck!
And hari ini baru aku paham tentang erti 'kawan' di sudut mata kau...Good Bye!

Sunday, October 17, 2010

Malas mau bikin RP!


Malas mau bikin RP...
Jam dah 11.40..
Idea takde..
Hahaha! 2 hari cuti...buat ape?
Nengok tv sesuka hati je...
Esok mau bangun pagi!
Kenapa mesti ade RP???
Aku ni dah la tak suke menulis..huk3
Nanti mau cari CD Tamil or gusti..biar anak murid nengok..

Objektif: Kanak- kanak dapat mengasah bakat untuk menjadi pelakon ataupun ahli tinju ataupun ahli gusti.

Pengetahuan sedia ada: Mahir bergaduh dan mahir menipu guru..hahah! (reality)

Leh guna tak agak2??

If tanya aku..aku setuju..
If tanya orang lain..mesti banyak komentarnya..

Tepuk dada tanya selera!

Bila aku diingati bersama Tamil...('',)

Cerita Tamil memang best kalau mau melayan..!

Thursday, October 14, 2010

Berdetak Jantung ku!

Berdetak jantungku!
Minta maaf abang Waja...
Kerana Wira aku terpaksa menyusahkan abang Waja!

Aku ni pemandu yang masih dalam pemerhatian lagi.
Hari ini hari pertama aku merasakan jantung aku betul2 berdetak detip time memandu..

Alkisahnya aku memotong kete Wira depan aku kerana terlalu perlahan..
Mana tau tiba- tiba dia signal kanan..
Aku dah pusingkan stereng 35 darjah ah!

Nasib aku sempat break sikit pasal if mau memotong kena speed ckit..
Yang lagi best belakang aku ade kete Waja yang agak hampir.
Aduh!
Agak menakotkan..
Takot terhentam Wira yang mau belok ke kanan
Aku pusing kembali ke arah kiri..
Aku benci ko Wira!
Selalulah ko men signal lambat- lambat..

Tapi nasib aku masih lagi baik..
Kalau tak..ntah la apa yang jadi..

Perjalanan yang jauh ke sekolah saban hari memang menemukan aku dengan pelbagai ragam dan karenah manusia.

Maafkan aku abang Waja.Harap tiada dendam antara kita!

Wednesday, October 13, 2010

Terpikat pada suara dia...EREN - TAKKAN PISAH

Takkan Pisah

sayang aku ingin berbicara kepadamu tentang apa yang tengah aku rasakan
ada apa, ada apa katakanlah semuanya
ku kan dengarkan duhai cintaku

bila nanti orang tuamu meridhoi dengan
apa yang ku rasakan padamu
semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
begitu pun orang tuaku

kau takkan tinggalkanku
takkan pernah, sayangku
janjimu janjiku untukmu

reff:
takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di surga

jangan kau pergi tinggalkan aku
bawa aku ke mana kau mau
janji ku padamu
jiwa dan ragaku mati pun ku mau



Tuesday, October 12, 2010

Kegembiraan Jam


Cerita jam lagi ke cikgu Tinny?
A'ah..

Kenapa?
Kerana hari ini cikgu Tinny berasa sangat puas hati dengan pencapaian anak murid die.

Alkisahnya, pada hari ini aku berasa sangat gembira dengan pencapaian anak murid- murid..

Mereka semua dah pandai nengok jam lah!

Puas aku mencari key untuk mereka..

Maklumlah bukan senang untuk memahamkan mereka bahawa if jarum panjang kat nombor 1 maknanya minit ke 5..kat nombor 2 minit ke 10..begitu la seterusnya.


Bukan senang mau tacle minat murid- murid aku nih..
Kalu tak minat, memang mereka akan sambil lewa je..

Memandangkan background dorang yang aku kaji2 before nih, aku dapat satu cara bagaimana mau masukkan minat mereka ke dalam subjek- subjek yang aku ajar..

Minat- minat tu aku gunakan bergantung pada subjek dan perkara lah..
Macam isu jam ni, aku gunakan minat yang satu nih..

Cuba teka? Apa yang dorang minat? hahaha!

Kereta? Betul..tapi belom tepat.

Lori? Betul..tapi belom tepat gak..

Duit?
Betul...tapi belom tepat lah u!

Ok lah..saya bagi jawapan erk?
Jawapannya ialah teman wanita!

Erm...kecik- kecik lagi sudah punya angan- angan mau ada teman wanita kn? Apa lagi jika anda sudah 28 tahun..kan2? hi3

Aku cakap kat anak murid..


'Jika awak mau ada teman wanita yang setia, awak mesti menepati masa. Sebab, perempuan tak suka if awak lambat g dating tau..Jadi, awak mesti tau nengok jam'..

Tapi, ada jugak yang menjawab..


'Saya nengok jam nombor je cikgu..Yang pakai jarum ni tak main lah'..

Huh! Apa ek mau jawab? hahaha!


Aku jawab,


'Cikgu suka lelaki yang pakai jam yang ada jarum tuh..Baru nampak bijak dan macho.. Boyfren cikgu pakai jam yang ada jarum tau..'..Hahha! Lagipun perempuan selalu pakai jam yang ada jarum.Cuba awak bayangkan bila tiba- tiba teman wanita awak mau test kehebatan awak nengok jam? Jam jarum plak tuh..ha? cne? cikgu takde nak tolong...??'

Hehhee! Tergelak besar mereka...

Tapi setelah aku mengulangi key2 untuk bikin mereka paham...
Nampak juga hasilnya arini..alhamdullillah...

Semoga mereka akan sentiasa ingat kat aku bila mereka nengok jam berjarum.Itulah kegembiraan aku..


Ingatilah sesuatu yang bermakna! Carilah sesuatu yang menggembirakan hati!

*Aku rase malu nengok Gulatis pasal aku penah jatuh kat ctu depan Batman..hahha!

Monday, October 11, 2010

Pukul 3 petang!


Cepat betul masa berlalu..
Hari ini dah 11 Okt0ber 2010..
Alhamdullilah aku masih lagi diberikan kenikmatan sebuah kehidupan..(ayat novel);p

Masa aku kecik dulu, aku selalu memikirkan apa yang akan berlaku bila 10 tahun akan datang?
Adakah aku akan bekerja sebagai minah kilang?
Adakah aku akan hanya bergoyang kaki duduk di rumah?
Adakah aku akan hidup lagi didunia?
Kesimpulannya, tak siapa yang mampu menjawab tentang masa depan..
Segala rahsia hanya yang Maha Kuasa saja yang tahu..

Sekarang sudah pukul 3 petang..
Aku baru balik dari kerja 45 minit yang lalu..
Seronok bila dapat balik dari kerja dan akan pergi semula bekerja pada keesokan hari..
Segala rutin tampak sama...mengajar subjek yang sama dan berjumpa pelajar yang sama saban tahun..

Hari ini aku ajar anak murid aku tentang jam.
Bagaimana mahu melihat jam..
Aku sangat suka mengajar mereka tentang jam..
Sebab aku sangat suka jam! Sekarang jam yang setia pada aku hanya jam yang bernama Seiko..
Mak hadiahkan semasa aku mau pergi exam SPM..namun, result yang buruk aku bagi kat mak..
Ampun ye mak!
Dari kecik mak dan abah dah ajar aku bagaimana mau berkawan dengan jam..
Namun, aku hanya suka mendampingi jam bukan menghormati 'masa'..kekasih kepada jam...
Aku tak mampu bermadu dengan masa..hhaha!
Tapi attitude seperti itu harus aku ubah..! Sebelum ini aku selalu terikot dengan budaya lambat dan tidak menghormati masa, namun seseorang telah mengajar aku tentang perlunya menghormati masa..

Masa itu emas...
Memang masa itu emas..
Malah lebih berharga dari emas..tak boleh dijual ataupun dipulangkan kembali..
Namun adakah aku memanfaatkan semua masa yang diberi dengan baik?
Macam tidak je..macam banyak membuang masa...
Aku paling benci dengan ungkapan 'andai dapat ku undurkan masa'..
Semua tu perkataan yang tak bertamadun...pasal memang jelas masa tak boleh kembali..
Tak perlu perkataan andai itu sepatutnya..
Boleh melihat masa lalu..tapi bukan menyesalinya kerana takde faedah untuk kita meratapi kekesalan lama...begitu dengan kegembiraan yang lepas-lepas..
Kalau kita berjaya pada masa lepas, belum tentu kita juga akan berjaya pada masa depan..
Semuanya memang tidak sama!

Sebenarnya, aku tengah hot ngan adik aku..
Ade ke patut die suruh aku kemas barang- barang die..tudung sekolah yang die longgok2..
Pastu cakap aku kena kemas...adoi..
Adik, kemaslah sendiri..kalu ko tau kemas.taklah rumah berselerak..
Kalu aku yang kemas..konfirm2 esok pagi ko tanya aku mane barang ko..
Aku malas dah...kecewa dh aku melayan ko.
Bukan tak biase ko marah- marah pasal ko tak jumpa barang ko..
Aku kadang malas nak masuk campur..tapi aku layankan aje pasal aku takmo menaikkan kemarahan orang tua..

Fine! Aku kemas dan esok selamat mencari harta karun erk..

Melalui situasi ini boleh tak aku guna 'andai aku leh undurkan masa, malas aku nak jaga ko mase kecik dik..bancuh susu..ajar ko melukis'??
Tak boleh kan? Pasal memang takda maknanya pun..
Tapi sebenarnya, perasan tak bahawa bakti dan ilmu yang dicurahkan sebenarnya adalah pahala untuk bekalan kita bila bertemu Pencipta kita nanti..berapa banyak yang dapat tidak tahulah, pasal dalam berbakti tuh pasti ade disulami dengan perasaan durjana. Macam apa aku rasa sekarang..haha!

Dah..aku dah meluah dan memuhasabah diri sendiri..

Kesimpulan, aku peminat jam tapi bukan madu kepada masa..hahha!

Friday, October 8, 2010

Sambungan Isu 7 eleven..

Tadi aku mengodeh kembali album2 lama..
Rindu dengan zaman keriangan yang sesuka hati..
Aku tersenyum berbunyiklah bila teringat satu cite nih..tiba- tiba je..lalu aku mengutuskan untuk mencoretkan isunya di blog ala- ala aku nih.
Isunya sama dengan isu yang aku ketengahkan di 7 eleven tuh..

Mase zaman kolej dulu..aku ni player hockey untuk kolej kesayangan aku..
Memang semua geng baik dan rapat aku men hockey gak. Merekalah yang menjadikan aku jatuh chinta pandang ke 5 kat hockey..

Bila musim SUKMUM,kami ni akan giat berlatih..
Sehinggalah lewat malam kadang-kadang...berlatih digelanggang bola keranjang je tapinye..
Bila time game betul, kena men kat 4 kali ganda besar gelanggang bola keranjang..

Dalam membuat latihan saban malam tuh..pelbagai perkara manis dan lucu berlaku..
Tak kurang jugak perkara yang membikin hati panas..

Namun cerita aku kali ini mungkin berbaur lucu, mungkin juga berbaur kebusukan hati..
Bergantung kepada pemahaman masing- masinglah...i don't care!

Aku ingat lagi, ade satu malam tuh..macam biasa lah..aku, mcma dan ita turun ke gelanggang..
Member- member len pon ada...kami ni takda coach yang rasmi..tapi ade lah jugak lah coach, fellow kolej kami gak.
Tapi dia ni jarang turun..So, dia mengamanahkan tanggungjawab dia kat satu mamat ni..
Namanya aku rasie kan jugak...dak fak sastera..

Jadi selalu lah die turun untuk melatih kami..
Tapi aku, Mcma dan Ita selalu gelak je bile buat latihan..pasal dak laki ni lucu ah..
Dia mcam tegas, tapi tegas tak bertempat..
Macam bagus jer...macam die hero je..
Time buat latihan tuh, aku nengok Mcma leh tercongok dan macam terkesima nengok mamat ni..Mase tu mamat ni ngah bagi tips2 kat Mcma..Aku diam jela..
Tapi aku pelik, pandangan mata Mcma memang lain...gaya sotong die macam terserlah betol..

Tiba masa, latihan pun tamat.
Kami kepenatan naik blok..Nasib dapat floor bawah sekali..Rezeki..
Time duk borak- borak..Mcma bersuara..

Mcma: Tini..Lan tu tak gosok gigi ke?

Aku: Bakpo mu oyak gtu?

Ita dah gelak- gelak macam kuda..aku pon ikot gelak lah..

Mcma: Nak muntah lah aku nengok..mu tak nampok ko?

Ita gelak- gelak lagi..takde perkataan yang mampu di ucap..

Aku: Mane ah aku nampok..Mu jah yang kecek dekat ngan dio..

Mcma: Mu tahu...gigi dia kuning pahtu taik gigi melekat..tebal pahtu...buke kuning lagi..oren dah..

Lantas kami bertiga ketawa mengilai2...memang geli bila membayangkan...

Mcma sambung lagi,

Mcma: Guano die buleh ade gewe? Gewe dak medic plak tuh..

Setelah ketawa dengan banyak Ita menyampuk:

Ita: Ma, aku nampak jugak gigi Lan tu tadi..hahah! aku baru nak bagitau mu..hahha! geli betul. Melekat sekali..

Aku: Hhhaaah! Padan aku nampak Ma nengok Lan pelik..

Mcma: Holah..aku takleh mau konsentret..Guano lah..payah benar ke gosok gigi?

Tapi sebenarnya, aku ada nampak gak..Namun selepas pandangan pertama, aku mengalihkan pandangan ke tempat lain..Bila berbicara aku akan berpaling ke arah lain..

Malam itu dan hari seterusnya, kami akan gelak dan tersenyum sejenak bila nampak si Lan..hahah!

Kerana kerak gigi....respek kami kepada Lan terus punah..hhahaha!
Kepada tini, gosoklah gigi anda!
Biar gigi tak rata, berlapis- lapis...tapi takde lekatan..
Sayangilah harta yang dipinjamkan tanpa perlu dibayar di mana- mana bank setiap bulan.
Saya tak pasti berapa kos gigi palsu di pasaran sekarang. Namun saya percaya kos rawatan memang mahal.