Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Thursday, May 31, 2012

Dunia Kebuayaan!

Lama aku tidak menulis..
Tatkala aku menulis blog ni..suasana sekeliling sangat sunyi...
Waktu ni, aku jadi rindu pada kebisingan dan kekacauan yang ada di rumah..hua2
Itulah manusia..ibarat lari dari mulut buaya masuk ke kandang harimau..

Cerita pasal buaya..
Adakah buaya memang menyeramkan?
Andai diberikan peluang...mau pilih buaya tau kancil?
Mesti rata- rata akan memilih kancil kerana kancil takda gigi yang tajam macam buaya..
Membaham dengan rakus!

Tapi bila kita mengimbau kembali cerita sang kancil dan sang buaya..
Kegagahan fizikal memang dillihat pada sang buaya, tapi kegagahan minda memang sang kancil la yang menjadi juara...

Ada cerita pasal buaya dan isterinya..
Nak cerita ke tak?
Kalau cerita bimbang bikin persoalan yang memanjang- manjang dan memadankan muka pula nanti..

Tak perlulah kot diceritakan..
Si Buaya dan isterinya harus lebih merasa dan menghargai antara satu sama lain..
Kehidupan ini sangat singkat..
Berilah sedikit makanan yang lazat tanpa memburu menggunakan gigi yang tajam..

Inilah yang dikatakan nasib..
Takdir masa depan tak semua tahu..
Undurkan masa...tak mungkin akan terjadi..
Sedarilah diri sendiri..
Senjatanya ialah kekuatan diri sendiri..

Eh, aku tak sabar nak kembali ke sekolah..
Permohonan pindah telah gagal..
Ini kerana Johor masih memerlukan aku dan takdir itu seakan memberikan jalan yang lain untuk aku..
Alhamdulillah...syukur..

Amin...


Nukilan
Kartini Abidin
(eleh, letak- letak nukilan plaksss)
;p
sangat geli lor.......;p


Thursday, May 3, 2012

Hangatnya...

Kepanasan badan akibat berteman laptop yang usang ni semakin melahirkan titisan peluh- peluh kehangitan..
Aku masih lagi di sekolah..menyiapkan asigment yang berminggu udah diberi..
Selalu aku membiarkan aku kecundang dengan masa...huk3..

Aku cermin muka ku di depan desktop..
Wah! berlipat- lipat lah eyeback mata ku ini..
Sesekali memandang ke arah kening yang dicukur mak andam tempoh ari..
Hilang sedikit keaslian kening mataku yang bentuknya biasa- biasa aja..

Masa semakin hampir untuk aku menghadiri kursus induksi..
Adakah aku akan merasa gembira ketika induksi nanti?
Ehmmm......mebi gembira bila tak perlu bergegas ke Benut saban pagi..
Meluncur lajukan kereta sehingga semua kereta yang gah- gah dijalanan abis ku maki..hua3
Maki- maki!!
Ceh! Masih tidak matang aku ini..opss...baru nak masuk umur 27..ececeh...
ke 72? macam 72 je..sebab malas aje nak pergi keje..
Setiap pagi mesti bermenung sambil tutup mata selama 5 hingga 10 minit sebelum selimut tebal aku yang best tu aku campakkan ke arah muka Tiara..hahaha! Padan muka..
Siapa suruh hadapkan mulut demam kau kat akak..tak pasal- pasal akak demam tau tak..
Kalau jadi murid leh ah ponteng...ni jadi cikgu murid..mana leh ponteng- ponteng...malu dengan anak murid..
Eleh..ada anak murid aku kisah aku tak datang sekolah ke? ;p
Paling- paling wawa yang akan merasa kesunyian bila aku takda..

ehemm...sakit tekak aku ni..
Lagu cintan- cintan Saleem sedang menemani aku dikala ini..
Kadang- kadang teringat kenangan cinta lama..
pewittt!
Rindu ku ingin kedamaian..
Ku harap, jangan kau abaikan permata kasih ini..
Alah..jiwangnya..
nak buka radio, radionya susah nak dapat chanel..
Radio zaman dedulus kala...radio yang menemani aku ketika aku masih dibangku sekolah lagi..
Kini bila aku di sofa sekolah..radio tu setia juga menemani aku walaupun tidak memberikan halwa telinga dan usikan manja suara- suaranya..Aku hanya mengenang dia tatkala aku terpandang dia..
Seselalunya, sengaja aku letakkan beg- beg besau aku depan dia supaya aku tak nampak dia..hahaha!
Geramlah..pasal dia takmo dah nyanyi untuk aku..just menemani aku tanpa suara dan bunyian..huk3
Yang lama tetap jadi kenangan, yang baru juga akan jadi kenangan...
Tidak kira lama atau baru..hargailah ketika kita masih mampu untuk menghargainya..
Wah! Tetiba aku menulis ala- ala penulis telenobela yang menjemukan..

Sebenarnya aku tengah menunggu member group send past asgment dia..
Leceh ah bagi lambat- lambat..aku ni banyak kerja nak bikin..
Harap bila dah siap, leh ah print siap- siap...
Keji ah mamat tuh..harap je nak jual emas banyak- banyak..post kat fesbuk macam- macam pasal emas..
'emas' yang induksi ni kau tak bikin lagi..aku malas nak call2 dia..
Dah dewasa kan? anak pun dah ada...
Tolonglah.....................................

Ehm...kehidupan manusia memang penuh dengan variasi..
Akhirnya aku dapat pesanan ringkas dari mamat emas itu..
katanya dia busy bagai nak gila..before jam 12 malam ni dia nak hantar..
Takpelah...memang dia busy agaknya..memang semua orang busy lah..
Menyampah plak kekadang...hahah!

Tetiba teringat cerita ex anak murid aku..
Kisah dia dan keluarganya..
Sedih jugalah..harap dia tabah dalam mengharungi kehidupan didunia ini dan ada lah insan yang baik hati yang mampu membimbing dia ke arah kehidupan yang lebih baik..
Aku mendengar cerita yang emak dia telah ditangkap ketika melakukan projek Ultraman...
Nak tau apa itu projek Ultraman?
Aku pun baru tau harini..anak- anak murid aku ni banyak istilah seni yang aku memang tak pernah fikirkan sebelum ini..ceh!
Ultraman tu sama erti dengan : romen..ultra tu saja menjadi pengcover ayat..!

Berbalik pada kisah anak murid aku tadi..
Bapanya baru je 2 tahun meninggal dunia..
Mak dia tu macam muda lagi..tapi nampak macam dah berusia..maybe ni sebab dia kawin dengan bapa anak murid aku yang tua dah memang...
Kesian makcik tuh kan? katanya projek Ultraman dia dengan orang indon..
Adoi...
Cne la anak murid aku tu nak menghadapi dunia...
Harap kamu tabah yer...
Gunakan apa yang kamu ada ke arah yang lebih baik..
Biarkan apa orang nak kata..cikgu doakan kamu kamu akan sentiasa cekal hati dan tabah menghadapi semua ujian ni k..