Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Friday, August 28, 2015

Dasyatnya....memang merobek.

Hari ini memang hari yang mencabar untuk aku..
Mesyurat di JPn memang bukan sesuatu yang indah..
Hari ini juga jalan banyak tutup, tempat parking banyak ditutup..
So.....
Memang dasyat...
Lagi dasyat dari parking kat Pantai Dalam...
Cari parking saja dah amik masa 40minit.. pusing- pusing kat area tu, ditambah dengan salah masuk lorong dan denai- denai kota..
Jika anda memang seorang yang panik, memang balik ke rumah adalah jalan terbaik..
Mungkin pihak yang berwajib perlu memikirkan solution yang sesuai..
Rasa aku, sudah tiba masa JPn tu di ubah kedudukannya... pindah ke tempat yang lebih luas..sebab kawasan JPn tu memang kawasan padat dengan agensi- agensi kerajaan...ditambah pula dengan kawasan taman rekreasi yang orang- orang nak pegi jogging pagi buta.. kat situ space dah diambil.. JPn adalah tempat yang confirm ramai orang pergi setiap hari...
Dah tiba masanya, pihak berwajib tinjau 'Putrajaya' tompek esey berkojo....

Peace!!


Thursday, August 20, 2015

Lagi 10 minit, berhenti jam 10.10.

10 almost 10...
ops tiada kaitan...cuma nak abadikan yang lagi 10 minit jam 10 malam aku baru nak memulakan coretan blog angan- angan kosong ni,,hehe!

Hari ini hari yang agak penat untuk aku...
Dari Johol ke Kuala Pilah,
Dari Kuala Pilah ke Rembau,
Dari Rembau ke Kuala Pilah,
Dari Kuala Pilah ke Johol semula...
Abis jugalah 3 takuk minyak kereta..hmmm

Hari ini aku bawa anak murid untuk persediaan tarian.. persediaan mengenal pentas.
Bawa naik Axia aku..budak- budak nampak happy sebab dorang kata macam naik roller coaster.. haha! maklumlah, jalan- jalan kat N9 ni memang berliku-liku..
Dulu memang loya- loya la, sekarang dah biasa.. Siap marah kat kereta yang asyik dok brek time selekoh.. buget diri ni teror bebenor bawa kereta dilaluan berliku..
Jujur aku katakan, aku lebih mahir jalan Kuala Pilah ni dari Che Faizal..haha!

Semoga anak murid aku berjaya menimba pengalaman nanti...
walaupun mungkin saingan sengit, sebenarnya mereka dah berjaya pun..
bukan senang nak keluar dari kepompong diri..
tapi bukan mudah- mudah untuk aku kuarkan mereka dari kepompong tu..
Banyak dugaan dan cacian aku dapat..nasib ada juga kawan yang memahami..
Dugaan tu datang dari hati yang busuk dan bermuka- muka..
Susah kalau ada orang macam tu, semoga Allah beri jalan dan lindungi diri ku ini..haha!

Banyak aku korek sarang tebuan untuk dapatkan madu..
Bukan mudah, lagi- lagi bila berdepan dengan permaisuri babi yang perasan madu dari permaisuri lebah  tu dia yang punya..
Permaisuri babi tersebut juga mempunyai banyak hulubalang yang amat keji lagi lahanat....yang terdiri dari kalangan yang terdekat..dengan harapan, title hulubalang diRaja akan dicapai satu hari nanti.
Aku mungkin boleh buat bodoh dan diam...tapi sakit hati ini bila nengok anak murid aku masih berada di sarang, dan tiada apa memori indah yang mereka dapat kutip.
Doakanlah permaisuri babi tersebut sedar diri dan insaf dengan apa yang dia buat.
Title keagamaan yang dia pegang, langsung jadi jijik bila terlekat pada namanya..
Astagfirullah....haha!
Aku mencarut....

Sampai 1 tahap, carutan itu perlu...sebab memang keadaan tu tak layak untuk cakap yang baik- baik. Lagi- lagi pasal permaisuri babi..

Siapa permaisuri babi?
hahah!
Biarlah....aku cuma jalankan tanggungjawab aku.
Bagi pengalaman yang indah dan pengajaran hidup yang bermakna..