Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Saturday, August 27, 2011

YahoooO!!


Tatkala orang lain sebok melakukan persiapan Hari Raya, aku pula sebok memalaskan diri..hahha!
Tahap kemalasan yang meninggi- ninggi telah menerjah ke dalam diri aku..

Ya Allah jauhkanlah diri aku ini dengan sikap malas yang berleluasa..

Ekceli, waktu ini di hadapanku terletak beberapa buah fail yang besar..
Yer..kerja sekolah..hahah!

Itulah akibat jika kerja sekolah tidak dilakukan dengan jayanya ketika di sekolah..
Aku pun bingung memikirkan kerja sekolah ini.

Masa aku mula datang ke sekolah tuh..
Memang tiada sistem fail yang sistematik..
RPI untuk kanak- kanak??? Langsung tiada..
Penyelaras aku langsung tak buat apa- apa..hahah!
Now..akulah boya tatkala kelas karam dilautan..
Masalahnya, boya ni tak cukup angin..maka, daya apungan yang ada amatlah buruk..ahaha!
Belum dimasukkan angin dengan banyak dah disuruh mengemudi perenang baru...hahah!
Wow!!
Dahlah suasana suram...kawan tak ramai...hiburan disekeliling pun tak banyak...
Setiap hari ak mesti tanamkan sesuatu untuk aku terus mengemudi arus...
Bluekk!!

Ni tiba-tiba mesej ditelefon berbunyi ah..
No maxis aku.
Katanya...

DIKESEMPATAN INI SAYA MOHD AZNAN BIN SU....MAN PEGAWAI PENGANGKUTAN JALAN NEGERI JOHOR MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA SAHABAT YANG MEMANDU KENDERAAN. TIDAK KIRA DI MATA SAHAJA DESTINASI YANG DITUJU. RANCANGLAH PERJALANAN ANDA....BLA-BLA..PANJANG LAGI..TAK LARAT NAK TULIS..

Tapi siapa Aznan ni? Aku tak kenal pun..nombor dia pun aku save..ke dia memang hantar mesej kat semua pengguna jalan raya...tapi yang best dari JPJ ah...setau aku..tak penah kenal lagi dengan orang JPJ...kalau ada pun..time amik lesen dulu..tu pun pegawai penguji...apa pun. agak seronok dapat mesej hari raya! hahah!

ok..nak stop menulis blog dan meluahkan perasaan ni...
nak sambung bikin kerja...!! Yahoooo!!

Thursday, August 25, 2011

Nama saya Mardiana...haha!


Esok sudah hari Jumaat..
Aku rasa agak teruja untuk pergi ke sekolah kerana lama sudah tidak ke sekolah..
Duduk di P.Koo beberapa hari..
Setelah selalu keluar sekolah..tiba- tiba rasa penat nak kuar..

Macam malas je nak handle menda- menda tuh...lama sangat...4 hari 3 malam..
Letih ah..

Namun pada kali ini aku menyimpulkan program yang dianjurkan agar menarik dan memberi pengetahuan yang berguna..
Ada belajar sembelihan, menyempurnakan jenazah, pertandingan nasyid dan pelbagai..
Yang paling best handle bubur lambuk!!
Ekceli program-program yang dianjurkan tu sedikit sebanyak banyak menambahkan ilmu pengetahuan.
Cuma part yang paling aku lemah ialah bila tak cukup tidur..
Menciks...macam ada kakak tu leh plak dia kata dia tak boleh tidur..hmm...agak kesian...

Ni dia kumpulan aku..Kumpulan Syaaban

Aku dilantik untuk menjadi mentor kepada satu kumpulan ni..
Mentor?? hahah! Aku bukan minat pun..tapi aku jalankan juga tanggungjawab tu sedikit sebanyak..
Bila berkenalan dengan mereka yang dibawah seliaan aku..aku rasa agak bertuah dapat mengenali mereka..
Aku tertarik dengan beberapa pelajar perempuan yang bertudung labuh dan berjubah..
Sejuknya mata memandang..tutur bicara dia pun agak menyenangkan hati..
Hmm..apa aku mau komen ni??
Sebenarnya, keindahan memang ada pada mereka yang menutup aurat dan mempunyai ciri- ciri muslimah yang sejati..
Mungkin mereka tak secantik macam Rafida (Kasih Alia), Wardina, Azizah Ariffin ataupun Irma Hasmie..
Tapi, ada sesuatu yang tidak aku dapat jelaskan dimanakah kecantikan mereka...
Ianya terlalu sukar diperkatakan jika melihat pada pandangan pertama..hehe!
Semoga mereka akan terus dilindungi Allah..

Yang membanggakan aku..
Group dibawah seliaan aku leh menang nasyid..hahha! tak sangka..ekceli..aku tak membantu mana..just bagi kata- kata perangsang dan sediakan apa yang mereka mau..
Aku tak macam mentor len..siap berlatih- latih dan test power..
Aku just cakap..buat lah sesimple dan semudah kamu..
Tak perlu canggih- canggih..yang penting kamu kerjasama dan enjoy!
Alhamdulillah...Berjaya dorang tunjukkan aksi yang diluar jangkaan aku...hahah!
Yelah...hidup ni kalau ada benda yang mudah kenapa mesti kita mesti rumitkan..

Hmm..Masa program tu juga..ada aktiviti mengacau dodol..
Owh...lamanya tak merasai kehangatan api kacauan dodol..
Hmm! Seronok..lagi- lagi bila nengok bro Hitam!
Hehehe! Manis ah bro Hitam tu...;p
Ekceli..aku just suka je berbual ngan bro tuh...sebab aku rasa dia unik..
Tak semua lelaki aku suka nak kawan...kalau tegur- tegur biasa leh ah..
Ish..tetiba nak tulis pasal ciri- ciri lelaki yang senang aku nak kawan..
Aku ni rasanya macam minat nak kawan kat lelaki yang:
  • Tak banyak cakap..senyap je. (seronok nengok riak muka yang senyap dan seronok bila nengok dia banyak cakap secara tiba- tiba.Hahah!)
  • Pandai buat kerja..(laju je buat apa- apa..nampak macam tak pandai..tapi pandai..kira tak pukul canang ah)..
  • Cool (susah nak explain..hahaha!)
  • Senyuman yang unik!! (nampak macam tak senyum..tapi senyum)!
Opss..
Bluerkk..tetiba cerita pasal lelaki yang suka aku nak kawan..hahah!
Dah! Stop..tapi saja aku nak cita kisah bro Black ni kat blog aku..dia mengingatkan aku kepada seseorang lah..haha!

Apapun..hari ini aku dah menunaikan janji untuk membelikan kuih muih raya nenek..
Lega rasanya..kalau tak asyik bising je..
Aku memang takda masa..ni petang tadi baru ada masa..
Entahlah..harap nenek puas hati..kesian gak nengok nenek..

Esok sekolah!
Tak sabar rasanya nak tau apa kerja- kerja yang kena aku buat..
Tadi Nasir dan bagi hint-hint..yahoo! Banyak kerja yang buat!
Baru tak makan gaji buta..!

Ulasan tajuk:
Kenapa aku buat tajok nama saya Mardiana..
Ekceli ni ah nama samaran aku bila ada orang yang tak dikenali menanyakan nama aku dan nampak mencurigakan...hahah!
Banyak kali ah aku guna..
Aku kan kadang- kadang macam suka- suka je orang nak ajak bual..
Macam masa aku bungkus bubur lambuk kat Dewan Jubli tu..ada pakcik sebok- sebok interview aku...aku jawab je nama aku Mardiana..haha!
Bro Black ngah cedok bubur men mata je ngan aku..diam..tak cakap apa..macam tu ah style dia..
Padahal pakcik tu nak bual ngan dia..dia leh buat bodoh..
Bila pakcik tu blah je..dia senyum dengan sweet dan cakap..hey Yam!...hahah!
Nengok..orang takda baru nak bising..cet!
Tu je..

Saturday, August 20, 2011

Ado kawan den..


Ado kawan den..
Namo dio..Benjamin Button..
Berasal dari kutub Utara..

Ado kawan den...
Namo dio...Heleda Muncinin..
Berasal dari kutub Selatan..

Hehehe! Eh..tetiba den macam dah terpengaruh dengan hasil penulisan ada kawan den tuh..
Guna nama watak Omputeh belako..

Takdolah..begini ceritonya..
Agak seronok menjadi orang tengah- tengah ni..
Mendapat info, memberi info dan mentafsir info sesuka hati..
Entah betul atau tidak info tuh..
Dengan ceritanya si Heleda Muncinin ni suka kat Benjamin Button ni..
Lepas tu Benjamin Button ni kata, 'den tak suko kat dio'..haha! terror Benjamin ni kecek negori Sembilan..
Tapi berdasarkan cerita Heleda Muncinin ni...Benjamin Button ni memang suko ah kek dio..
Cuma dia sajo jual mahal...nak tunggu Benjamin ni berkata- kata..
Benjamin ni plak..macam main teka- teki..Ado sumber kato, dia suko kat Heleda..
eh..suko pulok...
Alamak, dah masuk loghat Kelate pulok..hahaha!

Ehmm..poning palo den..
Ikot demo ah nak buek guano..
Jika suka sama suka..apa salahnya berterus- terang..ye dop? heheh!
Lamo dah cerito ni...hampir setahun juga ah...even aku ni tak termasuk dalam filem tragis cinta tiga segi ni, kadang- kadang watak aku terselit sikit..
Alah, watak tambahan dimana...aku akan menaiki bas dan berjumpa dengan driver bas..
Scene yang aku kena lakunkan ialah scene bertelefon dengan driver bas...ok tak???
Ok sangat!
Bluekkk!!

Tak sabar nak nengok kesudahan cerita Benjamin Button dan Heleda Mucinin ini..
Saja aku abadikan di dalam blog aku ni kerana nak jadi watak sampingan..Seronok jugak..!
Bluekekkkeek...

p/s: Cerita di atas adalah rekaan semata- mata..tiada kaitan samada dengan yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia.

(Aku sedang menunggu seseorang muncul dihadapan pintu dan senyum lalu mengatakan 'Hye Sayang'..hehee! takotnya..)

Sunday, August 14, 2011

Dendam Jiwa

Ya Allah..
Air mata aku ni senang betul nak gugur..berjurai- jurai terhempas di pipi aku yang tidak licin langsung ni..begitu banyak lekuk- lekuk...
Setelah sekian lama terbuku di hati, aku terus meluahkan apa yang aku rasa.
Penat sudah menyimpannya didalam hati sanubari ku sebagai seorang anak.
Lega betul..tapi aku rasa macam tak payah puasa pun takpa..
Entah semenjak kebelakangan ni aku rasa ada sesuatu yang hilang dalam jiwa aku..
Kenapa aku macam ni..tak seronok langsung..
Ini bukan masalah cinta remaja mahupun cinta gembira..
Ini masalah jiwa..
Jiwa yang serabut...bikin aku lost...
Agaknya, banyak sangat kelalaian yang aku buat kepada Tuhan..
Rasa sangat..
Tapi kenapa aku tak move..still kat tempat yang sama..
Membiarkan diri terus dibakar dengan dosa- dosa basah dan kering..

Entahlah, aku rasa takda magnet yang menarik aku..
Aku sangat kesal dan sedih..
Semuanya diselimuti dengan kesedihan dan kenegatifan..
Ada saja yang tak kena..

Ya Allah...
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah,
jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah
jika jauh, dekatkanlah.



Wednesday, August 10, 2011

Merdeka Ramadan



Hello..Salam Ramadan..
Alhamdulillah..bertemu lagi aku dengan bulan Ramadan pada tahun ini.
Lama sungguh aku tidak menghapdate blog yang suram muram berwarna hijau..
Ala- ala garden and menyerlahkan kejiwaan wanita..hehe!
Yeke?? Bluekkk...;p

Ini tahun kedua aku berpuasa sambil mengajar..
Hmm...macam- macam konflik berlaku..
Tapi itu aku jadikan cabaran..ekceli..ni hari ke3 aku konon- konon merajuk..haha!
Susahnyalah mengajar kanak- kanak istimewa ni..
Pendekatan yang macam mana lagi harus aku gunakan..
Kebanyakkan mereka sudah 'bujang' sebelum usia..hmmm..
Geram di hati ni..pelbagai kaedah aku guna..tapi, aku kena faham..kalau tidak kerana kekurangan pada diri mereka..taklah mereka masuk ke kelas pendidikan khas tuh.

Tapi melayan karenah Wawa memang mencabar setiap hari..

Nengok ni..gedik tau kecik ni amik pic..

Aku pun tak pasti..aku ni cikgu ataupun kakak ataupun ibu angkat ataupun bibikss...hahha!
Namun, aku taklah merasakan ianya satu bebanan..macam best plak layan ahli syurga tuh..
Fikri pun sama..makin besar lah dia...setiap hari aku cuba memberikan sesuatu untuk dia..
Arini aku ngolok dia cakap..ekceli mana ada dia cakap..
Dia cuma wat bunyi...aaaaaa ah! aaaaaaaa~ aaaaaaaaaaa~~~~ ah~mak mak mak makk..
hahah! dia suka ah aku wat bunyi macam tuh..siap datang kat aku terus nak salam..
ececeh!!

Hari ini ada orang penerangan datang..
Sempena bulan kemerdekaan depa lancarkan kibarkan jalur gemilang di sekolah- sekolah..
Ekcited budak- budak..
Si kecik Wawa pun dah pandai kuar kelas sendiri..dah tak payah ajak aku..
Tu ah perkembangan terbaru dia, berdikari..suka aku nengok..
Masa pelancaran tu dak- dak dibagi bendera, key chain dan juga note kecik yg tulis 1 Malaysia...
Aku harapkan..adalah semangat sayangkan negara itu dapat diterapkan..
Kesian kerajaan kena kuar modal banyak untuk supply bendera-bendera dan menda- menda lain..
Sepatutnya, jika kita sayangkan negara...tak perlu harapkan bendera free...sendiri beli ah...
Nengok tadi, cikgu- cikgu berebut nak key chain dan bendera- bendera letak kereta..
Aku wat bodoh je..tapi ada rezki...orang yang bertugas tu datang sendiri bagi kat aku..
Key chain plak, tukang kebun tolong rebutkan untuk aku...aku dah cakap aku takmo..dia beria- ia nak bagi...kesian kat kak Som..dia dah angkat tangan dari tadi..siap panggil nama cik nit..cik nit..huk3 Aku dah suwoh bagi kat kak Som..cik Nit nak gak bagi sama ku...aku amik jelah..

Bendera tu aku bagi kat Wawa sebab dia excited nak kuar tadi..tapi dia tak dapat bendera pasal dah abes ah bendera...
Sejak minggu lepas aku disuruh nyanyi lagu tanggal 31 tuh..suka betul Wawa..
Yang jelas dia cuma leh nyanyi part Merdeka..
31 bulan lapan 57, hari mulia negara ku merdeka! merdeka! (wawa:eedika!)..hehe!
Tu lah proses pembelajaran untuk Wawa..more kepada komunikasi...alhamdulillah semakin jelas dia cakap...yang paling best kadang- kadang mak dia lak tanya aku, apa dia cakap?? hahah!
Hari ni...Wawa buat hal..dia takmo balik ngan mak dia..
Dia nak balik dengan Igu Nini....best betul nama aku..nak buat nama glamer ah..
NINI CARLINA...wah! hhahah!
Memang sanggup si kecik tu tunggu aku..sampai jam 1.20..
Sampai je umah..dia leh takmo turun..sian mak dia..kena angkat..leh plak dia selitkan kaki bawah seat...adoi..menangis- nangis sebut nama nini..hahah!

Hmmm..
Semenjak bulan Ramadan yang mulia ni..
Belum pernah aku pergi layan bazar- bazar Ramadan..
Bukanlah menjadi insan yang eksen..namun, aku tidak terasa mau pergi..
Bayangkan...kesianlah kepada mereka- mereka yang terpaksa membeli makanan kat bazar..
Pesanan untuk mereka:
'Kamu, kalau ada masa..Baliklah awal ke rumah..Masak nasi sendiri...Goreng Ayam or telur pun ok!'...kenapa aku cakap sebegini??

Kalau aku balik sekolah tuh..seawal jam 2 petang peniaga bazar dah tayangkan makanan dia..Siap dah bungkus..Agaknya pukul berapa ah dia masak semua?? Lepas tu kita makan jam 7 setengah malam!

Aritu, pernah aku nampak sorang mamat tu sebok bancuh air..walhal masa tu baru jam 12 tengahari..bancuh kat gerai tepi jalan lagi..orang patut tunggu ah pas semayang Jumaat..aritu ari Jumaat...aku hanya menggelengkan kepala dan tersenyum..

Tapi, boleh saja jika mahu beli makanan di bazar- bazar..
Kalau nak beli, nengok dulu keadaan..jangan terpaksa dek nafsu mata...
Kesian perut kita..

Ada beberapa hari lepas, kitaorang adik beradik baru pas ketawakan mak..
Mak selalu terpedaya dengan kata kawan- kawan dia..
Ada kawan dia kata ada 1 pakcik tu jual nasi bariani..beras panjang..beli kat Singapore bagai..
So abah aku memang peminat nasi bariani tuh...
Jadi mak aku excited beli..nasib beli sebungkus..kesian nengok abah..nak jaga hati bini..dia makan ah gak..pastu mak tanya..sedapkan bang??? hahah! Aku diam je...wat- wat tak pasan..
Abah diam je angguk- angguk..
Sekali mak aku rasa sendiri..dia terdiam sekejab..
Lepas buka dan time lepak- lepak baru cita pasal nasi bariani terbuka..
Kesimpulannya...kureng..indah khabar dari rupa..ahahha!
Tapi takleh nak judge nasi tak sedap..citarasa kan lain-lain...

Hmm...arini dalam sejarah...
Aku pergi ke klinik desa kampung aku..
Lama sungguh aku tak naik bangunan tuh..
Since aku sekolah rendah ah..
Arini aku naik..
Sebab...bawak acad mutakss wat pemeriksaan untuk baby- baby..
Adoi..belum sempat masuk umah..abah dah suwoh bawak si kecik..
Tunggu aku balik upernye...
Arini acad kena timbang, ukur kepala, ukur panjang..hi3
Kekok aku..nurse kata mana mak dia??
Nurse tu tau famili aku yang jaga..yela, dia nurse kampung..mesti dia tau all da cerita..lagipun dia pasan acad..dia penah nengok mak acad time berpantang kat uma nenek..
Tapi tu hanya isu enteng!..aku just nk cite, pengalaman konon- konon seorang ibu yang balik keje tergesa- gesa ke klinik bawak anak..bukak baju baby, pampers..pakaikan balik..soal jawab ngan nurse..hahaha! Adoi...kerana acad..

Saban hari banyak menda baru yang dipelajari..
Seronok kalau menda tu kena dengan jiwa..
Jika tak kena...memang mengantok ah nak bikin..Bluekkk~~