Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Tuesday, December 31, 2013

I Love You by Joanna Wang

Peluang sekali je..

Kisah terungai..ha3
Betul apa kata hati aku mengenai bekas penyelaras tempat aku mengajar hari tu..
Kisah yang klasik lagi magis..
Taklah terlalu magis pun..tapi agak melucukan dan aku hanya mampu mengucapkan alhamdulillah..segala yang berlaku memang ada hikmah disebaliknya..

Sebelum ni aku ada mention pasal kenapa penyelaras tu mukanya macam unhappy bila jumpa aku..
Semalam aku pergi ke sekolah..
Bual punya bual, dapatlah aku merungkai kisah disebalik wajah masam dia..
Tapi kerana dia lah aku dapat penempatan di sekolah tu..

Cerita bermula begini, dia bergaduh dengan suaminya..sehingga ke tahap mahu berpisah..
Maka, dia mengambil keputusan untuk balik ke Perak tanah tumpahnya darahnya..
Dia pun isilah egtukar..dalam proses mendapat keputusan tu dia dan suaminya telah kembali bersatu kasih sayangnya..
Tiba masa keputusan egtukar tu keluar..
Permohonan pindahnya diluluskan..dan tempatnya aku yang ganti..
Bila keluarnya keputusan tu, dia jadi bingung..lalu atas nasihat kawan- kawan dia pun pergi ke Putrajaya (Kementerian Pendidikan Malaysia) untuk membatalkan permohonan pindahnya..kira dia merayulah..
Malangnya KPM sudah membuat keputusan muktamad..rayuannya tidak dilayan dan aku pun dah sampai ke sekolah tu..huk3
Aku rasa bersalah juga pasal aku macam menutup peluangnya untuk kembali ke sekolah tu..
Padanlah kawan- kawan dia rasa lain macam..
Tapi ada juga kawan- kawan sana cakap, jangan rasa bersalah sebab ini semua rezeki dan bukan salah aku pun..
Risik punya risik..hanya ada 10 sekolah di Kuala Pilah ni yang ada Pendidikan Khas
Tak banyak sekolah.. 5 di sekolah menengah, 5 di sekolah rendah..
Kira aku ni memang bernasib baik sangat- sangat..

Jadi, apa yang terjadi pada akak tu?
Dengarnya akak tu minta untuk jadi guru biasa sebab dia asalnya memang guru bahasa tetapi convert ke pendidikan khas sebab dia ada anak istimewa dulu..
Sekarang dia sedang bercuti tanpa gaji..

Betullah kata orang..
Peluang yang berharga tu selalunya datang sekali je..
Kalau kita lepaskan memang susah nak dapat balik peluang tu..
Kalau hati kita ni rasa, kita patut grab peluang tu, kita patut grab..
Kalau tak sepanjang hidup kita akan dibelenggu dengan penyesalan yang sukar nak diceritakan..
Tapi penyesalan itu jika diambil dari sudut positif,ia akan jadi sebagai satu pengalaman yang berharga..
Dan kita kena belajar redha dan ikhlas..

Kelas aku tu gatal- gatal la lantai dia..
PPM 2...tapi lantai gatal..aku mampu tersenyum jelah..
Takpe, aku buat sendiri nanti untuk kelas aku..aku suka..ha3
Seri Setia memang masih best untuk persekitaran sekolah...hmmm..ha3

Ok..
Memandangkan esok dah 2014..
Ini adalah penutup penulisan 2014 aku..
Cerita yang klasik..
Aku sedang berehat didalam berek..
Ditemani televisyen berjenama AIWA..
Faizal pergi ke Kuala Lumpur untuk jaga perhimpunan membantah kenaikan harga barang..
Baguslah orang Malaysia, buat perhimpunan macam rakyat Thailand..
Asal tak suka je, buat perhimpunan..
Susah nak cakaplah..
Aku belum lagi nak cerita pasal politik ni..
Ku doakan moga Malaysia ni aman, dan akan lahirlah pemimpin yang berfikiran geliga..
Kurangkan hangin, tambahkan ketenangan...!


Friday, December 27, 2013

Hariku Hari Ini

Pengalaman di tempat baru..

Apa ya aku nak cerita pengalaman aku pertama kali datang ke sekolah baru..
Bermacam- macam rasanya..
Buat pertama kali aku berada dalam meeting sekolah yang agak bersistem berbanding sekolah lama.
Sebenarnya walaupun sekolah lama macam takda dokumentasi yang baik, tapi perjalanan sekolah masih lagi membanggakan..
Isu hari ini ialah isu key in data PBS..
Aku baru nak tahu pasal PBS sebab kelas aku kat Johor tu, kami langsung tak guna PBS..
Keliru dan band yang diklasfikasikan untuk anak murid langsung tidak menepati untuk sesetengah murid..
Sebenarnya agak sukar untuk melakukan sistem penilaian PBS untuk murid Pendidikan Khas sebab mereka pelbagai masalah dan kelainan...
Apapun, aku dah berkenalan dengan beberapa orang guru..kebanyakan mereka dah tahu nama aku sebab masa meeting awal, mereka dah diwar-warkan tentang kedatangan seorang cikgu dari Benut..
ada seorang cikgu tu sangat menunggu aku kerana dia berasal dari Simpang Renggam..
sangat menunggu kah? haha!
Ekceli, ada 4 orang guru baru yang bertukar ke sekolah tu.
Persekitaran yang mendamaikan..
Sekolah yang berada di atas bukit..
Mendamaikan..aku disajikan dengan kehijauan alam semesta..chewahh!

Aku ditugaskan untuk menjadi guru Bahasa Inggeris..
Ok...ekceli sangat malu sebab tiba- tiba sahaja jadi AJK Panatia Bahasa Inggeris..
My English dahlah sangat bad..
Hua3
Ada plak program sekolah yang mahu melibatkan aku..
Yang lagi best ialah mungkin akan membantu murid peperiksaan dengan kelas tambahan..
Wah! layakkah aku?
Oh my English!!
Tadi dalam meeting tu, cikgu yang terlibat ada cakap..budak darjah 3 sekolah tu standard bacaan English dorang masih tahap Kindergarten di Singapura..
Aku rasa itu masih pencapaian yang baik..
Cikgu kena selami murid, budaya dan persekitaran Singapura dan Kuala Pilah memang berbeza..
Bukan semua orang Kuala Pilah dilahirkan sangat cerdas perkembangan bahasa Inggeris mereka..
Begitu juga budak Benut dan Pekan Nanas.. Lain..
Aku pula boleh tercakap.. 'saya rasa ok lah tu pencapaian mereka'..sambil tersenyum dan cakap anak murid saya kat sekolah lama lagi lebih teruk dan cakap 'cikgu dah ajar mereka dengan baik. jangan risau!'
Adui! 1st time meeting boleh ya argue senior..haha!
Rasanya kalau nak compare English aku dengan murid primary 1 Singgapura, lebih better dorang kot.. hua3
Susah nak cakap lah...
Padang kehidupan yang kita semua lari dan lalui, masing- masing tak sama ratalah..
Ada orang berlari di padang yang cantik rumput dan permukaan..maka mudahlah larian kehidupan mereka..
Ada orang berlari di padang yang nampak cantik rumputnya, tapi sebenarnya ada lekukan tersembunyi/nyata, maka tanpa sedar kaki pun tersadung dan menghalang larian itu..
See...
Apapun, aku salute la pada cikgu- cikgu Bahasa Inggeris sekolah tu..memang menyeronokkan masuk ke ahli jawatankuasa yang happy go lucky!
Mereka memang nampak kesungguhan..
Diakhir meeting, dia cakap.. jalankanlah tanggungjawab.
Tapi based on sekilas cerita dorang tadi, sebelum ni Pendidikan Khas tak terlibat pun dalam program dorang..
Sebab dorang kata bukan meminggirkan, dorang segan...
Hmm?...
Aku kenal cikgu English tu..dia ada tadi..aku menggantikan dia..dia akan berpindah..
Aku ada berbual sikit..tapi diwajah dia..ada sedikit macam unhappy lah..
Mungkin dia sibuk, atau ntahlah... tak suka aku kot..
Bukan dia sorang k..cikgu- cikgu PPKI yang lain pun..macam hambar je..ha3
ke perasaan aku je?
Selalunya pemerhatian aku tak pernah salah...kah3
Tapi PPM ok..aku dah beramah mesra..
Mungkin mereka sukar nak terima orang baru kot..
Apa pun, aku tak sabar nak jumpa anak murid..!
Ada 18 orang!
GPK Pendidikan Khas aku ok..dia ada cerita macam- macam tadi ngan aku..
Lelaki dengan perempuan senang sikit..
Perempuan dengan perempuan ni memang susah sikit lah..
Nengoklah macam mana nanti..
Tapi cikgu perempuan dia tak macam cikgu- cikgu pendidikan khas kat Johorlah perangainya..
Kami ni walau tak kenal mana, tapi muka mesra lagi..
Senyum, happy..jadi taklah canggung..
Kawan- kawan aku tadi, adoi..muka layu la..
Alamak! aku dah komplen...

Lagi 1 aku nak komplen..
Ada ustazah JQAF tu, dia baru juga sampai ke sekolah tu..
Tapi dia dah pergi meeting awal la..
Boleh dia main henpon time guru besar ngah cakap..
Hairanlah aku..
Kenapa begitu ya?
Langsung tak hormat orang..
Aku sempatlah menjeling apa yang duk sibuk dia nengok apa..
Nengok fesbuklah..
Sibuk duk komen pic kahwin dia...
Rasanya dia sedang sibuk jawab tahniah diatas kehamilan dia..
Aku?
Tak hamil- hamil lagi ke?
haha!
Ada juga tanya dah ada anak ke belum?
Aku jawab belum ada..he3
Belum rezeki aku..

Aku dah biasa dengan soalan yang macam tu..
Bukan aku tak kisah, tapi apakan daya aku..
Anak belum lagi dianugerahkan untuk aku..
Mungkin aku terlalu banyak dosa, dan Allah sedang membimbing aku untuk menghapuskan dosa- dosa aku supaya aku lebih sedar disamping mengharapkan keredhaanNya..
Wah! panjangnya..betullah tu..
Setiap pasangan mahukan zuriat apa..
Agaknya, mesti ex boyfren aku rasa lega tak kahwin ngan aku..sebab rugi je kahwin dengan perempuan yang susah nak bagi keturunan..haha!
Alhamdulillah..itulah hikmah putus cinta dengan aku..
Kesian kat suami aku..
Sabarlah abang..doalah banyak- banyak...
Kita masih boleh berusaha..chewaahh!!
Lagipun kita masih nak kenal siapa kita..
Dulu kita memang berkawan, tapi terlalu banyak topeng yang kita berdua gunakan..
Ni dah duduk sama, 1 persatu kebusukan diri terserlah..
Tapi, 1 je saya nak bagitahu abang..

'Terima kasih sebab sudi jadikan saya isteri abang..'
'Saya tahu abang boleh pilih perempuan yang jauh lebih baik daripada saya..'

Ala...dah cerita bab cintan cintun pulak..
Aku sangat rindu kat Acad sebenarnya..
Aduhai..nangis!!






Saturday, December 21, 2013

Kenangan semalam

Oh semalam ku terbenam
Di lubuk asmaraku
Yang jauh ku kembara
Jauh perjalanan
Jauh destinasiku
Namun tidak kesampaian
Ke arah tujuanku...

Lagu inilah yang sedang berkumandang dan menjadi radio kepada jiran- jiran..
Jam menghampiri pukul 2 pagi..
Ya..jam 2 pagi..
Meriah suasana..
Jiran aku sedang menzahirkan kegembiraan mereka yang menerima 2 orang menantu baru dalam keluarga..
Tahniah aku ucapkan..
Semoga majlis akan berjalan dengan baik dan perkahwinan yang dibina akan sentiasa mendapati keberkatan Illahi..

Aku masih belum mahu melelapkan mata..
Perut ku sangat kenyang..
Aku makan nasi lemak 2 pinggan tadi..
Banyak betul aku makan...ditambah dengan secawan milo panas..
wow!
Brother yang amik oder tu pun tersengih melihat aku yang pantas mengorder 1 lagi set nasi lemak..
Nasi lemak yang Kulai tu memang agak sedaplah..dia kurang rasa lemak..lebih kepada rasa halia..
Rasa macam antara nasi lemak dan nasi ayam..

Singgah kedai tu pun kebetulan sebab dah lapar sangat..
Aku bawa mak dan adik- adik pergi JPO tadi..
Mak belikan hadiah jam Swatch untuk adik..
Hadiah bersempena kejayaan dia mendapat 8A dalam PMR 2013
Tahniahlah untuk adik bagi kejayaanmu..he3

Mahera dan aku ni memang ada beberapa persamaan.
Memandangkan dia suka mengejek aku..ada beberapa perkara yang dia mewarisi daripada aku..haha!
Ya! kami sama- sama mempunyai wajah yang banyak jerawat dan berbatu- batu..
Lepas tu gigi kami juga mempunyai susunan yang kurang teratur.
Aku ingat lagi...dia suka cakap gigi aku macam buku yang sedang dibuka..
Gigi dia plak macam buku- buku yang sedang disusun dengan bertindih- tindih..
haha!
Selalu dia cakap..kenapa kau muka tak lawa ada boyfren?
Ha3 orang lawa je ke yang layak adik boyfren?
hmm..aku nasihatkan kat adik aku..baik dia berkawan- kawan je.. tak payahlah try- try nak ada feeling cinta kat seseorang dulu..belum tiba masanya..
adik masih ada banyak pilihan lagi...
dan satu lagi yang adik kena tahu.. hati manusia memang senang berubah..
Ala malaslah merepek tentang menda ni..lucu aje..

Sekarang dah 21hb 12 2013
Alhamdulillah..

Hari persekolahan akan tiba lagi..
Aku berdebar juga nak menanti hari itu..
Mesti kena kenalkan diri kat perhimpunan..
Lagi sekali..aduhai..malu..

Nak trylah..

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Selamat pagi warga SK TUNKU MUNA..
Baiklah ..
Nama cikgu Kartini Binti Abidin
Saya berasal dari negeri Johor Darul Takzim
Saya guru Pendidikan Khas
Selamat berkenalan ya! (senyuman harus seiring semasa memberi ucapan)


Haha!
Oklah kot ucapan ringkas tu..
Segan wooo..
Harap cikgu tak tercacul-cacul..
Maklumlah,cikgu selalu salah sebot..OKU juga cikgu ni..;p

Tuesday, December 17, 2013

Milah Milah Pilah....

Post yang lepas ada mengatakan sekolah baru aku tu namanya sempena nama Sultan yang sekarang...
Mak oi! bila aku baca balik ayat aku tu, nampak sangat aku ni bodoh sejarah dan pengetahuan am..
Seganlah macam ni...

Apalah Tini ni..
Nama sekolah tu diambil sempena Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Muna... yang pada masa itu bergelar Tunku Muda S..rting sebelum memegang gelaran Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Aku tak boleh tulis full nama sekolah tu...sebab ni adalah laman sesuka hati untuk aku membebel sendirian..
Tak mahu pisang berbuah dua kali...orang cari SK Seri.... orang jumpa blog aku..
Lepas tu abis tercerita..hehe!
Tapi tak kisahlah...
Bukan aku cerita yang buruk sangat..lagipun aku tak mention nama individu yang terlibat secara terang- terangan...

Sekejab aje dah 17hb 12 2013,
Menandakan cuti sekolah hampir tamat..
Entah bagaimana persekitaran tempat kerja baru ni..
Adalah menarik atau lebih merumdumkan jiwa..
Kuala Pilah..bandar yang jauh berbeza dengan bandar tempat asal aku..
Struktur bangunan, keadaan jalan...masih lagi ada kesucian yang terlihat..
Disepanjang perjalanan ke sekolah..
Aku akan menikmati kehijauan hutan dan rimbunan pepohon...
Liku- liku jalanannya memang mencabar stereng..haha!
Suasana sudah mengantuk seawal 8 malam..
wah! berbeza sungguh...!

Berbeza itu memang harus ada apa...
Baru tahu mana yang bagus mana yang mengancam..
Kalau takda beza, takdalah pilihan..
Kalau takda pilihan, alam akan kesunyian, manusia akan akan sibuk menghasilkan perbezaan!

Friday, December 6, 2013

Gelombang Selesa

Alhamdulillah...
Hari ini keinginan aku untuk berpindah ke persekitaran baru dimakbulkan Allah
Lokasi sekolah adalah betul- betul di bandar Kuala Pilah..
Nama sekolah adalah nama yang bersempena dengan nama Sultan yang sedang menaiki tahta Negeri Sembilan sekarang ni..
Semoga aku boleh menyesuaikan dirilah dengan sekolah baru ni..
Tapi betul ke dapat sekolah ni?
Kalau dalam online memang la dah confirm dapat, apa- apa hal kena tunggu surat dulu...
Selagi takda surat, aku tak boleh terus terjah ke sekolah tu.

Ramai yang bertanya,
Tak sedih ke tinggalkan Wawa?

Hmm..
Memanglah sedih..
Budak kecik tu lama dah berdampingan dengan aku..
Lagipun aku yakin, budak tu takkan la merindui aku sangat-sangat..
Faham- faham jela...lagipun aku dah sediakan persekitaran yang selamat untuk menghadapi gelombang perpisahan macam ni..

Bab menghadapi gelombang ni memang aku dah lama mengadaptasikan dalam kehidupan seharian aku..
Sukar untuk aku menerangkan menggunakan bahasa mudah..haha!
Tapi, hasilnya tidaklah terlalu meranapkan jika gelombang itu hadir..
Walaupun aku harus akui yang hasil gelombang tu tetap meninggalkan kesannya tersendiri..

Sesungguhnya,
Aku langsung tidak bermimpi atau berangan untuk jadi cikgu kat Kuala Pilah..
Sebenarnya, Kuala Pilah tu bukanlah terlalu asing untuk aku..
Dulu masa aku kecik, Mak Ita aku duk kat Kuala Pilah tu..
Pernahlah aku duduk setengah bulan kat sana..

Kini,
Jika tidak ada aral melintang..
Aku datang lagi ke Kuala Pilah..
Kalau dari Balai Polis Johol..
Jaraknya adalah 22km untuk sampai ke sekolah tu..
22.km
Jarak yang nak kata jauh, tapi taklah jauh sangat..
Cemburu pula bila dengar kawan-kawan dapat area2 rumah aje..haha!
Nengok? betapa tidak bersyukurnya aku..
Tapi ini adalah hadiah yang terbaik Allah bagi untuk aku..
Beza banyak woo dari sekolah lama..
50 dan 22..hu3

Aku tidak boleh menulis nama penuh sekolah aku kat blog ni..
Bimbang aku tertulis benda yang merepek dan boleh mencemar pandangan insan plak..

Sedih pula untuk berjauhan dengan famili..
Tapi ini juga sesuatu yang baik..
Sebab puas dah aku menyakiti hati famili aku selalu..
Haha! maklumlah...aku ni memang kaki gaduh dengan mak aku..
Ada je tak kena di mata mak aku..
Ahh! malas nak cerita..berdosa pula..
Dahlah malas nak minta maaf kekadang..
Tapi, mak aku nampak gembira aku dapat move..
Syukurlah..
Itulah matlamat aku..aku yang cari sejak kian lama..
Memberi ruang untuk insan tersayang dan membiarkan aku merasai kesan gelombang..

Tapi gelombang itu telah memberikan berita gembira kepada pasir yang lama mahu aku teralih dari tapak gravitinya..
Tahniah sudah mendapat pasir yang lebih berkilau dan bersinar..
Aku gembira untuk pergi merasai rezeki Allah yang lain..
Aku sedang belajar untuk menikmatinya sehinnga aku sedar yang sebenarnya aku memang gembira dan layak...!