Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Wednesday, February 18, 2015

Permata biru ku..

Kenapa murid sekarang banyak yang mengada- ngada?

Selepas hampir 2 bulan menjadi guru rancangan makanan tambahan...
aku rasa,

gembira untuk memberikan kegembiraan kepada murid yang benar- benar menghargai rezeki yang mereka dapat...kebanyakkannya terdiri daripada murid pendidikan khas.. walaupun mereka tidak sempurna seperti anak arus perdana, mereka amat menghargai setiap rezeki yang mereka perolehi..
Murid pendidikan khas memang layak dapat makanan tambahan..
Oh, skim untuk anak OKU ni dapat semasa zaman pemerintahan Dato Najib..kira baru jugalah..
alhamdulillah...kerana kerajaan banyak membantu golongan OKU ni...
Rancangan Permata Datin Rosmah juga menjadi antara penyumbang yang besar dalam dunia pendidikan khas Malaysia, buktinya tertubuhnya pusat Permata Kurnia negara, khas untuk anak Autisme amnya..

Dan sebenarnya, Permata juga banyak menyumbang kepada pembangunan perkembangan kanak- kanak  di Malaysia..
Kadangkala, kita kena melihat sudut kebaikan seseorang...aku percaya setiap dari manusia pasti ada kebaikan tersendiri..
Rasa sakit hati bila ada pemimpin dari 1 parti tu tulis suruh memansuhkan Permata Negara..
Ni link tu :Kak Rara yang belum rasa yang orang rasa..
Permata Kurnia ini sangat diperlukan oleh keluarga OKU, biarlah ianya diperluaskan diseluruh negara.. Kewujudannya tidak salah, cuma mungkin ianya perlu diaudit supaya jelas kepada rakyat yang nak menengoknya...

Kenapa banyak peruntukkan untuk program Permata?
Hanya orang yang mengalaminya sahaja yang memahami...
Macam anak saudara aku, dia disahkan ada mild Autisme.. Kos untuk bayaran bulanan di sekolah swasta yang khas untuk Autisme adalah lebih kurang RM750/ month.. kalah yuran universiti.
Negara kita masih kekurangan pakar dalam dunia Pendidikan Khas ini. Kos untuk pendidikan bagi anak- anak istimewa ini memang mahal kerana perlukan kepakaran yang khas dan tidak semua mampu terjun ke bidang ini..
Kami di sekolah pun belum cukup ilmu sepenuhnya..
Macam pusat asuhan Permata, ianya juga banyak membantu keluarga yang berpendapatan sederhana. Kosnya lebih murah berbanding pusat jagaan diluar sana..
Jadi, kalau nak cari salah orang, kena lihat juga keadaan sekeliling kita..
Ada orang sangat memerlukan..

Pause...(nak sambung buat kerja rumah...bilik ni dah terlalu panas......haha)

11.30 malam ..

Nampaknya demam batuk dan selsema aku dah makin pulih..
Agak melegakan..
Tetapi kesian kat Faizal sebab dia plak terkena jangkitan itu..
Tu lah siapa suruh share cawan ngan aku..kononya sakit bersama, baik bersama..haha!

Ok hari ini hari yang agak sedih..
Kerana WTF akhirnya telah dijual..maafkan aku kerana menjadi tuan yang tak berguna..
Sebenarnya bukan suka- suka nak jual, tapi dek kerana kondisinya yang agak merbahaya telah menyebabkan kami terpaksa menjualnya..
Saat- saat dia dilepaskan semacam ada sesuatu perasaan yang tidak terungkap..sedih yang amat..
Meleleh air mata jernih aku..
Aku dah la memang chengeng....Faizal diam je..tapi aku rasa, dalam hati dia turut rasa kesedihan tu..
Dia sempat berpaling sekali ke arah WTF masa kitaorang tinggalkan dia..
Masa tu macam boleh nyanyi lagu Aris Ariwatan..



Entah kat mana dia malam ni..bawah langit atau bawah bumbung..
Sesungguhnya, jasamu amat kami kenang...
Bila kita sudah jatuh sayang dan cinta memang agak sukar untuk melepaskannya..
Kenangan yang ada, akan sentiasa terpahat di minda dan hati..
Mungkin kita akan bertemu lagi satu hari nanti, tetapi kita bertemu sebagai kenangan dan tiada apa- apa hubungan yang mungkin terjalin..
Kalau ada exam peningkatan prestasi, aku harap akan ada soalan karangan "Saya sebuah......."...haha!
Nanti aku nak buat karangan tajuk "Saya sebuah kereta hitam yang ditinggalkan"..
Apapun, terima kasih WTF kerana telah berbakti dengan cemerlang semasa berada dibawah jagaan kami..
Kau dan Toyota JCE terlalu baik dan istimewa dihati..

Ini pic terakhir dia....sob sob sob......adoi.

Ni pix masa aku follow dia dari belakang, nak hantar ke kedai....

Hmm...nak abiskan post arini dengan lagu..
Takdir yang menentukan....


Moga WTF bahagia bersama kekasih barunya nanti..
Siapa pun dia, harap dia akan jaga WTF dengan baik..






Saturday, February 14, 2015

Tragedi Februari

Badan rasa lemau je sejak 2 3 arini..
Selsema dan batuk melanda...
Walaupun aku ada sinus yang agak kronik tapi demam selsema dan batuk- batuk ni lagi menduga mental dan fizikal..
Sakit tekak time batuk sampai rasa nak kena pegang leher bagi release sakitnya..dah ok..datang balik.
Nak masuk dapur untuk memasak pun aku malas..
Sakit hati nengok papan pemotong dan pisau..
Tapi disebabkan fikir perut suami aku gagahi juga la..
Tapi arini aku dapat perlepasan dari masak sebab suami aku nak ajak balik Jelebus..
Pagi- pagi da wasap suruh kemas apa yang patut...macam biasalah, aku memang belum kemas lagi..
Terasa nak mencoretkan sesuatu di dalam blog aku ni..
Bukan apa, bila duduk sorang- sorang ni terasa ingin berbicara..walaupun tiada sapa yang akan memberi respon..

Minggu depan dah stat cuti tahun baru Cina..
Murid aku tersangatlah gembira...
Gembira bukan main lagi.. ari woo cuti..
Tapi lepas tu boleh tanya, nant naik cuti nak pakai baju apa cikgu..
Penat aku jelaskan...tapi nak buat macam mana, dah tugas cikgu bagi pemahaman kek anak murid..
Sebenarnya mereka excited nak pegi buat aktivti kat Kg Lonek..
Lonek hahaha...ok..takmo komen how unik the kampung name..eceh...takda yang funny pun..
Cuma kadang teringat lawak kuning akak- akak yang sedang stress dengan kerja di sekolah..
Mungkin ramai netizen akan cakap : eh, kalau tak suka buat kerja itu ini, berenti jadi cikgu,..tak payah la nak komplen2..
Wow! kalau macam tu boleh tak saya cakap : kalau tak suka cikgu marah anak puan/ tuan, boleh tak puan ajar sendiri anak puan/ tuan kek umah...haha! Tak pun, cakap macam ni ; kenapalah tuan/ puan lahirkan anak..kan dah susahkan puan nak fikir cikgu tak buat kerjaan...ahahaha!
Ini just catatan peribadi je..
Bukan nak menuding apa- apa..
Sebenarnya, cikgu- cikgu kat Malaysia ni nak semua anak muridnya berjaya dalam apa jua lapangan..
Melayan karenah ibu bapa yang macam- macam bukanlah tugas hakiki guru- guru..
Tapi itulah yang kebanyakan ibu bapa buat..
Pembelajaran anak-anak perlukann gandingan semua pihak..
Rasanya, tidak keterlaluan kalau aku cakap kadangkala cikgu lebih kenal anak- anak murid dia dari ibu bapa murid tersebut..
Jangan cakap ibu bapa sibuk mencari rezekilah, ibu bapa miskin lah..itu semua macam tidak berpijak pada bumi yang nyata..

Bulan Januari kelmarin, kerana tindakan aku minta ibu bapa bayar sumbangan yuran telah menyebabkan salah seorang bapa terasa hati..katanya beliau telah dimalukan..haha!
Siapa suruh tak bayar wang sumbangan...2 tahun ok... cuma RM80.. katanya malu sebab aku minta depan orang ramai..masalahnya dia sorang je terasa, cikgu len minta juga..takda pun terasa..
Masa tu nak bagi wang bantuan RM100 yang kerajaan bagi..nasib guru besar tak marah aku, sebab guru besar memang giler duit sikit..haha!
Tapi kesan dari kes itu, anak murid aku tu mendapat perhatian yang sewajarnya dia dapat..
Kalau dulu dia tak pernah diberi keizinan untuk join apa- apa program..sekarang, dia dah dapat keizinan..kesian dia..
Bapa murid ni sebenarnya sebelum ini tidak pernah memberi kerjasama yang baik dengan guru kepada anak istimewanya..
Anaknya pergi ke sekolah pakai baju tak basuh, baju renyuk, gigi tak gosok, beg tak bawa, pensel tak da, kuku panjang hitam, time pjk tak pakai baju pjk..berbeza layanan dengan anak dia yang berada di kelas normal..yuran anak yang kelas normal bayar 2 minggu sebelum naik sekolah lagi.haha!
Takkan hal kat umah pun cikgu nak pantau...cikgu mana tak geram nengok anak murid diperlakukan macam tu..
Jangan cakap 'mungkin parent tu ada masalah tersendiri'...baiknya..haha!
Sebenarnya, kerajaan faham apa yang ibu bapa OKU ni rasa..sebab itu bantuan bulanan RM100++ diberi..tak payah pakai wet parent pun takpe..
Ngan sumbangan tu lah, sekolah akan aturkan pelbagai program untuk mereka..

Disebabkan perbuatan kejii aku yang tanya nak bayar wang sumbangan ke tak, akhirnya bapa yang tak pernah bagi kerjasama tu datang ke sekolah untuk bincang tentang anak OKU dia tu menghadap guru besar dan dia dibasuh semula..
Tujuan asal nak bagi aku malu, tapi nasib GB malukan dia balik..hahaa!
Takpelah aku dapat nama buruk, yang penting anak murid aku dapat yang terbaik..
Niat aku bukan untk memalukan sesiapa..

Tulah masalah parents di sekitar KP, NS ni..haha!
Tak boleh di sentuh langsung anak mereka..
Rupanya, banyak cikgu dah kena ngan parents area KP ni..
Jadi last- last cikgu buat kerja cikgu jela..namun pada ibu bapa yang ok, biasanya anak mereka memang cemerlang dari ibu bapa yang suka membesarkan hal kecik...haha!
Tapi kesimpulannya, jangan main- main ngan orang KP..haha! sikit- sikit jumpa GB, sikit- sikit repot kat PPD...haha! tak pernah rasa diri salah..
Kalau kita cuit dia tak boleh, kalau dia cuit kita, melenting-lenting..haha!
So, pengajaran untuk aku....kat sek tu buat berpada- pada jela..
Padanlah akak- akak len tu aku nengok dorang macam kisah tak kisah kalau anak murid buat hal..sebab mereka tau, memang tak boleh sentuh sensitiviti ibu bapa ni..hahaha! buat yang terbaiklah..
Lain padang, lain belalang..
So, kenalah aku belajar..
Untuk memecahkan satu ruyung bukan mudah..
Macam aktiviti luar kelas untuk anak PPKI, aku yang pelopornya..
Kalau sebelum ni, murid PPKI langsung tidak dibenarkan naik ke tingkat atas..
Kesian anak murid aku, just lalu lalang kat bawah je..
Yela mungkin sebab bimbangkan anak murid yang agresif, tapi aku kan degil..aku bawa juga..haha! Siap ajar budak hantar register kat pejabat.Tapi nengok keadaan murid la..
Bila budak dah biasa, mereka takkan tertanya- tanya..
Yang jadi bahaya, bila sifat ingin tahu tu di sekat..last- last dorang nak try sendiri..
Allah akan jaga mereka dan aku..in shaa Allah..

Ok..dah pukul 2...kena stop..
Nak ready balik kampung.. jadi gadis jelebus..haha!

Rindu dorang!