Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Monday, February 21, 2011

Hello Isnin!

Aku terlelap sudah tadi..
Tapi signal untuk wajib ke tandas tiba- tiba mengejutkan aku dari mimpi..
Lalu kini, aku tidak dapat tidur..

Aku on kan laptop..
Aku buka laman Fesbuk..
Seharian aku bermain dengan Fesbuk..
Mengemas kini Fesbuk dan mendelete benda- benda yang meremehkan dan tidak perlu ditayangkan secara berleluasa..
Sudah malu untuk menjadi orang gile glamer..hehe!
Tapi macam- macam post merepek plak aku tulis..huhuhu..

Nanti jam 3 petang aku kena attend kursus..
Waktu mendaftar dari jam 2- 4 petang..aku mengambil keputusan untuk pergi kul 3 petang..
Kursus selama 6 hari..
Harap ada keseronokan semasa disana..
Kalau ikutkan, aku benci aktiviti camping nih..
Bagi ah aku dengar orang bersyarah lama- lama, aku tak kisah..
Tapi bercamping dan aktiviti kawad kaki..memang bukan aktiviti kegemaran..
Tulah, selalu orang cakap 'Jangan benci- benci sangat, nanti benda yang dibenci tu ah yang datang'..
Hmmm...aku redha..

Wednesday, February 16, 2011

Sekilas ku teringat...


Hmm..mencium bau badan sendiri yang masam ni memang mengasyikkan!
Hhaha! Berpeluh- peluh dari pagi tadi membikinkan aku menjadi ceria sekali..
Aku pun keliru dari mana datangnya ke 'excited' an aku pada hari ini...huk3

Sampai sekolah memang awal la pagi nih..
Awalnya tak la banyak, dalam 5 minit je..
Perjalanan ke sekolah rasa sangat seronok..
Alhamdullillah...

Aku terus menuju ke kantin
Wow! Pagi tadi, makcik kantin masak dengan sungguh sedap sekali..
Aku menjadi gembira lagi sekali kerana dapat makan..
Syukurnya, aku masih ada selera..
1 kegembiraan lagi bukan?

Lepas tuh,loceng pon berbunyi..
Krinnnnggg.....aku masih kat kantin..
Dengan selamber makan depan guru besar..
heheh!
Kegembiraan dan rezeki juga bukan?
Hahha!

Masa mengajar pun dah tiba..
Lepas makan kena bersenam..
Pagi tadi waktu PJK..
Aku ajak budak- budak men badminton..
Sesekali tergelak kerana aku punye style men memang memalukan...
Para penonton berkata 'Alamak!, cikgu tak dapat amik bola lah..'..;p
hahha! aku gelak lagi...
Sesekali aku nampak riak wajah anak murid aku yang lelaki- lelaki itu tersipu malu kerana kebanyakan penonton ialah penonton perempuan yang comel2 sekali..
Budak dari arus perdana..
Hati tersenyum sendiri..
Itu adalah rezeki juga bukan? Hmm..

Lalu aku pon meninggalkan anak murid aku bermain- main dan memantau geng bola jaring buat latihan..
Saje mengacau dan memberi pandangan..
Aku jadi penyokong kepada geng kumpulan yang just dijadikan sebagai bahan latihan...
Membantu pasukan utama dalam berlatih..
Aku suka ah kat budak pempuan name Wardah..
Die men WA (wing Attack)..
Die paling kecik dan comel..
Aku bagi ah tips supaya bila wisel dibunyikan, die mesti laju2 meluru ke depan dan Center harus mengambil peluang itu..
Wardah cepat belajar..dan seringkali nengok muka aku bila die memerlukan jeritan aku..
Awak shomeelll la Wardah!!

Sesudah itu, loceng berbunyi lagi...
Maka, aku pun meluru laju ke kelas...
Masuk kelas masak air..
Bikin air teh..
Minum lagi..
Buat keje sikit..
Boring sudah lepas itu!
Maka, aku pun amik komik Ujang..
Bergelak ketawa di dalam hati..
Kegembiraan tercipta..
Lepas tu, ngah syok membaca...
Sambil itu,radio Malaysia Johor berkumandang lagu - lagu lama..
B4 tu de lagu Bila Bunga Dipetik Orang ah!
OMG~ i teringat kat sumbody..hu3
Then, terdengar GB mengetuk pintu...
Membuka kasut...
Huh! lalu mematikan radio laju2...dan menjemput GB duduk..
Silakan cikgu..hehhe!
Lama juga GB bual- bual ngan aku..
Kisah yang tak perlu aku dengar pon terpaksa aku dengar..
Takpelah, janji aku nampak as pekerja yang manis dan ok di mata GB..hu3
(jangan jadi penentang GB)..nanti bini GB aim dan boleh jadi bahan mengata..
Aku penat dengar cite orang mengumpat..selalu jadi orang tengah..UNIVERSAL..
Agaknya, muka aku, muka pendengar orang bercerita..hu3
Takpelah, at least ade juga pengetahuan am aku..

Aku bertolak dari sekolah dalam lebey kurang jam 2.30..
Arini kena pos barang untuk kekasih hatiku..haha!
Owh my luv!! (bikin kontrobesi sikit)...hahha!
Then, lepas tuh..
Aku kena parking kete kat area pasar..
Ops, ade lori sampah ah...
Aku selalu bertemu lori gemuk tuh..
Mase g sekolah dulu- dulu memang akan terserempak ah dengan die..
Tiba- tiba hon berbunyi!
'Adik! u punye lampu kete tak off!'...
hahha! yelah uncle..i lupe mau off..tadi hujan lebat kat Bunut...hehhe!
Lepas tu uncle tu cakap ape ntah..rajin dia mau cakap- cakap ngan aku..
Aku just senyum dan cakap 'TQ uncle!'..dan sempai melambai ke arah dia yang berkedudukan lebih tinggi di dalam lori sampah..die driver...
Mereka yang bekerja dalam lori sampah tu semuanya ceria...
Walaupun pekerjaan mereka itu bergelumang dengan bau busuk dan jijik untuk didekati..

Hmm..aku bermuhasabah diri..

Tuesday, February 15, 2011

Love it..!

" Love is like playing the piano. First you must learn to play by the rules, then you must forget the rules and play from your heart."

Friday, February 11, 2011

Parik Betak on the future!

Anak- anak murid aku memang agak slow if aku swoh menulis dan membaca.
Kadang- kadang langsung takda fokus..
Tulis memang tulis, tapi bercompang- camping..
Caca marba tulisan mereka..
Semuanya nak cepat siap...laju-laju..

Jadi aku bikin satu projek seni untuk meningkatkan fokus mereka ke arah sesuatu yang positif..
Kebanyakkan anak murid aku lebih berfokus kepada benda- benda yang aku sendiri tak pernah terlintas untuk memikirnya..dan aku pun tak tahu apa jawapannya..

Pernah satu hari mereka tanya aku,

'Cikgu, apa rokok yang tembakaunya kat luar?'..

Apa? Aku serius tak tahu..lagipun aku tak pernah nak tau pasal jenis- jenis rokok..

Ada pula sorang mencelah.

'Cikgu, jangan dengar apa yang dia cakap tuh'..

Hmm..aku pun diam jela...
Lepas seketika, baru aku tau..
Huk3 Jawapan yang menggelikan perasaan..
Itu yang anak murid aku master??

Sebab tu aku bikin projek kraf..biar diorang sibuk dan fokus sikit.
Bukan dapat halang 100% dari berfokus ke arah negatif..
Namun, sedikit sebanyak banyak benda yang aku leh korek cerita dengan dorang masa ngah bikin kerja..
Dorang rajin ajak aku berbual..
Jadi dalam bual- bual, dapat ah aku selit- selitkan nasihat..
Tugas aku lebih dari seorang cikgu..mebi macam kakak ah..hahaha!
Semakin hari, memang aku semakin rapat dengan dorang..
Yang paling membanggakan! Murid- murid aku dah jarang ponteng sekolah..
Hari- hari semua datang!!
Si kaki ponteng dah jarang nak ponteng!!

Projek kali ini adalah projek mendirikan pekan Parit Betak..
Jadi mereka harus membikin model bandar mereka..
Belom siap 100% lagi..
Tapi ok ah..
At least aku dapat menarik perhatian semua mereka..
Lagi- lagi perhatian si Samsul!
Die tu paling susah nak bikin kerja..

Nengok ah hasil kerja anak murid aku..
Dorang ni suke betul dengan artis..
Leh letak pic Maya Karin tuh kat bangunan dorang..
Suka hati kamu ah...



Thursday, February 10, 2011

Ole-ole...Ricky Martini!

Kali ini aku mau menulis tentang pengalaman aku as cikgu Pendidikan Khas sehingga hari ini..
Mungkin ramai yang tidak tahu ape yang cikgu PK ni buat..
Kalau nengok apa objektif PK ni...macam mudah je bila ditulis..:

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang:
  • berkemahiran,
  • berhaluan,
  • berupaya,
  • beriman,
  • berdikari,
  • mampu merancang dan menguruskan kehidupan
  • serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Benda alah ni ah yang aku kena jawab masa interview SPP kelmarin..
Dalam banyak- banyak, cuma leh jawab berkemahiran, berpengetahuan agama dan berdikari..
Aku tak sebut ah perkataan mampu merancang dan menguruskan kehidupan tuh...pasal aku mengcombinekan benda tuh dalam satu perkataan 'berdikari'..
Tapi berkali- kali pakcik yang interview aku tuh geleng kepala..
Lantas aku hanya mampu tersenyum...Hahaha!
Akhirnya, dia bercerita pula dengan aku..
Berbual- bual..hahha!
Dia juga turut membuka buku nota dia, dan memberi tahu aku all da jawapan...
Jawapan seperti di atas tuh ah..

Besarkan amanahnye?
Rasa-rasanya, mampu kah cikgu ini memenuhi semua yang dipinta oleh falsafah yang direka oleh manusia ini. Sedangkan diri cikgu pon belom tertanam baik dan tumbuh dengan suburnya..
Seronok benar mereka dengan begitu panjang dan dengan ayat yang puitis..

Bila membaca arahan nazir dan kementerian yang mau macam- macam..
Aku kadang- kadang ada juga rasa downn...
Sampai bila aku sanggup berhadapan dengan anak- anak murid aku tuh..

Macam ada kawan- kawan aku yang kat sekolah lain..
Dorang banyak teman seperjuangan...
Aku?
Hahha!
Namun, tu bukan perkara besar..

Bayangkanlah, ada 1 hari tuh..
Aku tersengguk- sengguk time mengajar anak murid aku membaca..
Adoi!!

Tapi hati sikit terubat pasal, ada beberapa anak murid aku mengalami perkembangan yang baik..
Boleh sudah membaca walaupun tidak selaju mereka di kelas normal..
Walaupun suara aku agak rock dan serau- serau sengau..
Dorang paham juga..

Pekerjaan aku ni mungkin tak seseronok dan seglamor PTD, jurutera, arkitek, dokter dan job yang lain yang hebat...dan orang akan cakap 'wow!'...
Tapi, itulah hakikat..tak semua kita akan dikurniakan darjat 'wow!' ini...

Aku banyak belajar tentang nilai kemanusiaan dengan pekerjaan aku ni..
  • Tentang kesilapan kelahiran
  • Tentang keibubapaan
  • Tentang pembantu pejabat
  • Tentang pekebun
  • Tentang kerani
  • Tentang perancang majlis

Banyak ah...!
Aku jadi insaf..
Kenapa ada mereka diluar sana yang mendiskriminasikan seseorang yang lain kerana status mereka..
Banyak dah aku jumpa..
Dari yang perempuan...sampai ah lelaki...
Yang perempuan tuh PTD...berterus- terang dengan seseorang yang dia memang tak boleh ah nak kawan ngan aku..
Suka atilah..Aku pon sedar, kita tak sama taraf...
Aku pun tak boleh menyalahkan dia..

Kadang- kadang, bukan sengaja untuk mendiskriminasikan...
Kehidupan kita dan cara kita grow up memang berbeza..
Masing- masing ada pendapat masing- masing..
Cuma aku bertuah, sebab Tuhan beri aku tontonan dengan jelas..

Namun, adakah aku akan sedar selalu?
Atau satu hari nanti aku mula mengeluh setiap masa..haha!
Owh Tuhan, berikan aku kekuatan dan permudahkanlah segalanya..



Gambar kat atas tu diambil time tengahari..
Tugasan mengajar aku dah selesai..
Cikgu Nasir pula meneruskan tugasan dia..

Namun, aku still ade tugas..
Wawa dan Fikri takmo masuk kelas cikgu Nasir..
Aku keletihan, lalu terpaksa duduk mengawasi mereka..
Dah aku melepak ditepian batu..
Kebetulan cuaca amat panas..
Aku plak, tengah merasa kesedihan time tuh..
Jadi bila lepak luar..
Rase seronok dan tenang sedikit..
Kesian aku nengok Fikri..
Die berlari meluru ke arah aku bila aku duduk kat batu tuh...
Seolah- olah menumpang kasih sayang..
Wawa pula, boleh berebut dengan Fikri..haha!
Lalu moment itu aku sisipkan dalam blog aku..





Wednesday, February 9, 2011

Batman lagi? Kochikame mane???


Hari ini aku berasa sangat malas mau berbuat apa- apa..
Seperti hilang arah tujuan..haaha!
Funny tau!

Neway pada hari ini..my fren yang tak pernah berhubungan dengan aku sangat setelah mendirikan rumah tangga tiba- tiba menghubungi aku..

Betapa kejinya aku, aku leh reply pesanan ringkasnya dengan berkata 'Hey Noli, kau mesej aku ke?'...hahha!
Yelah, secara tiba- tiba setelah sekian lama..dia mesej aku..

Dipendekkan cerita, rupa- rupanya die kata die mau sampaikan salam seseorang..
Seseorang tu adalah kawan kepada kakak dia.
Dan telah bermesej dengan kakak dia supaya mengenen-ngenenkan aku dengan seseorang tuh..
Kawan aku yang gembira terlebih- lebih..
Lalu memberikan no telefonku kepada seseorang, tanpa memikirkan apa status aku..
Dia kata, aku masih single dan memang sesuai dengan seseorang tuh.
Seseorang tu katanya, sudah lama patah hati..dan bila ternampak aku, dia boleh terbuka hati..

Wow! Menakotkanlah...
Fobia pun ada..
Boleh percayakah? haha!
Budaknya memang aku pernah nampak before nih..
Walaupun tak pernah berkata- kata..
Kami pernah ah berbalas senyuman..

Tini??? mesej seseorang yang tidak kukenali..
Memandangkan henpon aku kebelakangan ni sunyi sepi..
Maka aku dengan rajin mereply..

Sapa??..

Nak tau die jawab apa?

'I'm Batman....bla-bla'..

Aku jumpe Batman lagi ke?

Aku pun menjawab...

hahaha! ' I'm Winnie!'..

Terlalu rajin aku melayan...
Lepas tu ada ah beberapa mesej aku ngan die..
Die ada ah seseorang tuh..

Budaknye memang muka jambu dan cute..
Kulit putih mulus..
Awek yang sesuai ialah awek yang jambu...

Time mesej2 tuh..
Die juga memanggil ku Winnie..
Salah aku juga meloyar buruk dengan mengatakan nama ku Winnie...

Kesimpulan perasaan aku hari ini...
Menyesal menggunakan nama Winnie tuh...
Sebab hanya 1 Batman je boleh panggil aku Winnie!
hahah!

Owh..kenapa kenal banyak sangat Batman..
Aku mau Kochikame!!

Sunday, February 6, 2011

Perlakuan sebelum tidur..be happy!

Mereka sedang happy!

Adoi..
Tiba- tiba aku hati aku terasa sebak dan pilu dan sikit terasa..
Mesej yang boleh aku akhiri ialah dengan..

'Xpayah buat ape2..hahah! Asalkan u gembira b4 tidur'..

Walaupun aku tertinggal perkataan 'u' itu..haha!

Memang itu yang aku harapkan untuk dia..bergembiralah.
Bukan untuk dia seorang, malah untuk sesiapa saja yang ade disekeliling aku nih..

Sebab aku juga mau balasan seperti itu, aku mau orang merasa gembira bila berkawan, bersahabat, bersama, beranak muridkan, bersaudara, beranak angkat kan, dan pelbagai lagi ber dengan aku yang mana ianya masih dalam lingkungan talian perhubungan yang mesra dan menyenangkan hati semua pihak...

Untuk B....i hope u selalu happy...!
Dari jauh ku pohonkan kemaafan ye...(geli ah!, lagu raya plak kuar) hahah!

Wassalam...

Nota hujung minggu..

Aktiviti hujung minggu yang pernah aku lakukan sebelum ni! TQ JKR!

Hampir seminggu lamanya aku bercuti di bulan Februari..
Memang langsung aku tak sentuh buku Rancangan Pengajaran Harian..
Huh!

Masa banyak dihabiskan dengan melakukan research di Fesbuk..
Hahaha!
Keseronokan still tercipta bila ada fesbuk.
Kira rasa macam pergi berjalan- jalan ah juga...
Melawat kawan yang kat Kedah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan sebagainya..
Melihat kawan- kawan yang berada di luar negara juga!

Makan dan minum dan tidur dan bermain adalah rutin seharian aku di kala cuti ini..
Sesekali rasa mau melakukan aktiviti yang berfaedah..
Tapi apakan daya, tahap kemalasan aku membuak- buak..

Namun, kisah dedaunan hijau itu kadangkala menghantui aku...
Aku jadi keliru..wawawa!
Owh Tuhan, berikanlah aku kehebatan dalam mengawal kebencian..
Mengapa aku diselitkan didalam hal remeh ini..
Sedangkan aku memang tanpa halangan berminat dalam pertalian itu dan sedia berkongsi apa saje..
Hasilnya sekarang, aku rasa mau menyembunyikan diri dan bermain cak- cak..haha!
Takot dan fobia..

Owh semalam, seronok juga bila dapat panggilan telefon dari seseorang..
Ketawa dan khabar berita dari dia memang menyenangkan..
Terima kasih ye..!Miss u!

Aku dalam mood:Tak sabar mau pergi ke sekolah dengan pakai baju kurung biru yang baru dijahitkan..!




Friday, February 4, 2011

Tahun Baru Cina with da Cutest!


Ya, Tahun Baru Cina diraikan di Mc Donald Bersama Fahmi, Tiara dan semestinya Arshad.
Sudah berhari- hari aku cuti..Baru semalam aku kuar berjalan- jalan..
Berjalan menghiburkan adik Arsyad Mirza..

Berat juga budak kecik ni time didukung...
Tapi hepi ah jugak..
Bila masuk kedai- kedai yang buka, ramai je adik- adik salesgirl yang bertanyakan..
'Ini anak akak ke?'..huk3
Of coz la bukan...~ anak sedara saje..

Ni nama dia Fahmi.. Adik kepada Faiz.. Dia kebetulan ada kat rumah, maka aku pun ajak ah dia jalan.. Kesian nengok dia..

Acad memang manje sangat!.. Tapi aku punye lapisan bawah mata memang obvious nampak..wow!

Si Anje yang gemok! Selagi aku tak bawak makan bendalah ni, selagi tu ah mulut die bising.

Si Acad ni, dibagi susu leh plak ketawa- ketawa... Dah meleleh susu.

Kesian Fahmi, tak pasal- pasak kena bawak bekas susu baby...

Jumaat Februari


Selamat hari Jumaat.
4 February 2011.

Semasa aku ngah menaip post ini..
Suasana kampung masih suram..
Sunyi je..
Ada ah sesekali bunyi kereta..

Mereka- mereka semuanya lena tidur..
Paling seronok bila nengok Acad yang berambut pacak itu sedang tido dengan pelbagai gaya.
Memang shummel itu budak....!

Rumah aku agak meriah hari ini..
Amin, adik aku dari Key Ell balik!
Bersama dengan isterinya...hehe!
Kesian juga dengan adik aku tuh...
Nak kawin tapi duit tak ade..
Mengingat aku pada lagu 'nak kawin tapi duit tak ade'...
Kalau ah aku boleh tolong...nak jugak aku tolong...
Kira aku juga ada ah penyumbang kepada pembikinan sebuah masjid..haha!
Nengok ah macam mana if ade rezeki.

Mengingat kejadian semalam..
Agak menterujakan bila ade produksi bikin drama kat kampung aku..
Entah apa yang menarik tentang Kampung Sawah yang sentiasa panas ini..
Hot n hot...
Cuma time hujan je tak hot..
Tak pasal- pasal Ajoy anak cik Amah tu dapat jadi pelakon tambahan..
Sebagai tokey kedai makan..
Hahhaa!
Tahniah Ajoy..!

Semoga Jumaat hari ini akan seronok untuk dinikmati..



Tuesday, February 1, 2011

Pagi 1 Februari 2011

Pagi- pagi aku nengok kalendar...
Owh...sudah bulan Februari lah...
Mengimbau kenangan tahun lepas...aku sengaja merajinkan diri membelek- belek fesbuk..
Apa yang berlaku pada 1hb Februari 2010.
Ya...sesungguhnya banyak kenangan tercipta ketika itu..
Ada yang mau aku ingat dan ada yang aku biarkan saja berlalu...haha!

Jadi, masa tahun lepas...tema 1 Februari 2010 aku ialah Rindu Aku, Rindu Kamu..
Hahaha! Seronok masa tuh..


1 Februari 2011..
Semasa aku sedang menulis ini,
Aku mendengar sepatah- sepatah perbualan jiran aku dan anak dia dengan nada berbaur marah dan kecewa kerana dek anjing telah memasuki kawasan beranda rumah mereka..

Entahlah, sampai bila harus berlaku keadaan sebegini..
Semalam anjing- anjing peliharaan jiran sebelah aku ni telah mengotorkan rumah jiran depan, hari ini dia berehat pula kat rumah jiran sebelah aku...
Rumah aku padang rumputnya agak luas, jadi toilet plak untuk anjing- anjing tuh...
Nak ditegur jiran aku ni, takot marah dan tak terima...
Bersabar sajalah kami semua ni...
Semalam ada 1 uncle tu dah datang ke rumah owner anjing tuh..
Nengok kan je la apa tindakan owner anjing tu nanti..
Tapi aku jamin, takkan ada perubahan..

Hari ini, pagi- pagi jugak aku menjadi penipu!
Seronok ke tak? Entahlah...tak pasti..
Member yang ajak g kursus nikah tu memaksa- maksa aku...
Aku dah cakap tak nak dengan nada manja...
Tapi berkali- kali dirayu, aku terus terus bikin terkejut bahawa aku ade agenda pada hari kursus itu dijalankan...maafkan aku!

Itulah yang berlaku pada awal pagi 1 Februari 2011..
Kesengkangan masa yang melampau menjadikan aku rajin menulis blog..
Adik- adik masih tidur..
Aku nak join gak, tapi tak larat dah mau tidur..
Dah tak biasa...aku tak biasa....hu3