Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Tuesday, June 30, 2015

You can say yes or no, rite?

Diam tak diam dah nak sampai 14 hari Ramadhan menemani dunia..
Sungguh pantas masa berlalu.. berlari tanpa henti dan tidak pernah akan berhenti sehingga sangkakala berbunyi.. walla... bahasa syahdu..

Semakin pantas masa berlalu, semakin pantas juga kerja- kerja ku di sekolah harus ku selesaikan... aiyaaaa... banyaknya kerja..
Rasa kecewa kerana otak kena bikin multiple kerja.. yang fokus utama more kepada kerja yang jauh dari tugasan utama..
Tidak apa yang perlu dikesali.. Jika kita dah berkahwin dengan 'seseorang', nak tak nak kenalah terima baik dan buruk dia.. huk3
Berusaha sebaik mungkin..
Walaupun terpaksa berdepan dengan bos yang....dot dot dot.huk3

Eh..asyik cerita keburukan orang.. ada orang lagi takda kerja.. kena kutip tin2, kertas2 dan kaca untuk menambah pendapatan.. syukurlah aku punya pekerjaan dan berpeluang untuk pergi kerja setiap hari. Ya Allah! amat bersyukur dengan setiap rezeki yang diberi.

Lepas raya kang sekolah akan dikunjung oleh prince of N9. So, memang makin sibuklah.. kedatangan dia memang dialu- alukan.. cuma tulah, gb tu over..suruh menambah benda- benda yang pelik.. aku ni banyak sangat keje.. sampai aku pun tak tahu nak buat mana 1.. tiba- tiba dah pukul 2...  kena balik rumah..hahaa! maka, laju- laju ah aku balik..yuhuuu!!

Tapi kegembiraan masih boleh tercipta..  slot- slot mengajar di dalam kelas aku penuhi dengan nyanyian dan lawak jenaka.. apa salahnya, sesekali hilangkan stress anak- anak murid..

Cerita pasal anak murid, kelmarin ada perjumpaan tiga penjuru. Ibu bapa dan cikgu akan berjumpa untuk membincangkan tentang kemajuan anak- anak. Dalam kelas aku, ada murid baru datang dari Bang.. Dalam kelas aku budak ni takda masalah.. boleh berkomunikasi dengan baik dengan aku, hatta tidaklah aku rasa amat stress.. dipendekkan cerita, ada cikgu subjek lain jumpa aku.. dia suruh aku cakap ngan parents murid ni tentang hasil kerja dia.. cikgu tu bagi 1 petikan surah pendek beserta makna.. tapi hasilnya tulisan yang disuruh salin semula tu tidak menepati contoh yang diberi..so cikgu tu assume murid ni macam ada masalah penglihatan.. tapi, bila aku nengok tugasan tu, aku pun rasa macam tugasan tu.. agak berat untuk budak tu.. So, aku suruh cikgu tu cakap sendiri la.. sebab aku dah belajar dari pengalaman lepas, bila sampai menyampaikan pesanan orang ni, mesti jadi isu.. sebab pesanan ni semuanya boleh mengguris perasaan ibu bapa..huk3 jangan main- main dengan menyampaikan pesanan seseorang.. memang perlu say 'no'!!.. tanx kepada pengalaman.. Seperti diduga, parents tu agak kecik ati.. siap menangis lagi.. Aduh, aku as guru kelas... kaget sebentar..dan aku memujuknya dengan mengatakan anaknya menunjukkan reaksi yang positif semasa pengajaran aku. Memang anak dia sangat ok masa pengajaran aku..

So lepas tu, parent tu send wassap kat group sekolah, minta guru- guru cuba tackle dulu anaknya, sepertimana cikgu Tini buat..muahahaha! Jahanam... statement bahaya sebab....hati manusia kan macam- macam.. seperti diduga, cikgu yang buat parent tu cry pon send mesej kat aku n cakap... dia akan ubah cara dia, tapi takkan sesekali ikut cara aku.. ha???? Ada aku suruh ikut cara aku ke? Aku cakap, eh janganlah ikut cara aku.. cikgu kan beza- beza pendekatan... tulah, aku harap aku ni tidak punyai perasaan yang berbaur negarif.. aku tahu mungkin akan ada cakap- cakap belakang... tapi lantaklah..haha! kata suami aku, buat tak tahu jela... susah kalau keje dengan hati yang macam- macam ni.. Pengajarannya, janganlah menilai orang dengan aura negatif sangat.. nanti makan diri.. prinsip buat kerja sendiri tu amat perlu dan janganlah sibuk masuk campur hal orang.

Ni lah, antara aktiviti yang cikgu Tini ajor.

Belajar sesuatu dari otai. Aku masih perlu belajar.

Cari kegembiraan dengan murid sekali sekala.






Friday, June 12, 2015

Sulur Hitam

Diam tak diam lagi 3 hari sekolah akan dibuka semula.. bermula semesta baru..
Adakah akan ada suasana baru? Masih sedang dinantikan..Setahun setengah aku dah berkhidmat di sekolah tu..
Macam- macam benda baru yang aku belajar..
Yang pasti aku jeles kat Cikgu aku sebab dia dah balik kampung kitaorang kat Pontian.. Tinggallah aku terkapui- kapui di sini...
Nak ajak Faizal, dia kata tunggu pencen.. huh?? hahah!......


Arini aku masak lauk sulur keladi.
Pada aku sulur ni memang sedap.. sape tak yang tak penah makan, baik tak payah belajar makan..sebab nanti anda boleh jatuh cinta dan menda ni susah nk jumpa kat mana- mana pasar..
Ini makanan orang dulu- dulu yang amat memanfaatkan setiap bahagian tumbuhan..

 
Ni bentuk sulur tu..


Ni pula, sulur yang masih di pokoknya..

Dah 3-4 kali juga aku tuai hasil sulur ni.. dapatlah tanam 3 pokok.. agak- agak terdesak takda sayur nk buat masak,boleh la petik. 
Sulur ni aku masak kicap je.. sebab Faizal suka menda ni dimasak kicap.. kalau kat rumah Johor, memang masak kicap juga.. Tapi kawan- kawan, rata- rata cakap sedap masak asam.. mungkin next la aku try.. 

Resepi Sulur Masak Kicap

Beberapa batang sulur yang dibersihkan kulit ari- arinya dan celur sikit.
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
4-5 batang cili padi
sejemput ikan bilis
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
kicap 1/3 cawan (ikut citarasa)
Sedikit air

Tumis semua bahan tumis sampai bau wangi dan warna keperangan..
Masukkan sulur yang dicelur.. 
Masukkan kicap..
Masukkan air asam dan air
Owh..the kicap tu aku guna kicap manis... sebab aku suka manis!
Kalau resepi nenek Milah, dia tambah dengan lada hitam..lagi sedap..

   
Ni lah rupa lauk hitam tu..haha! sesuai dimakan dengan nasi panas. Faizal makan sampai ada nasi tertinggal atas bibir dia.. aku biarkan sampaikan aku rasa puas senyum..haha! Jahatnyalah aku.. Ala, gurau- gurau.







Wednesday, June 10, 2015

Kenangan di kota Melaka..

Alhamdulillah.. dengan izin Allah dapat juga aku menghadiri bengkel mengenali Autisme..
Memang bengkel yang ditunggu- tunggu sebab ramai anak murid aku Autisme..
Memang ilmu yang diberi sangatlah bermanfaat.. Terima kasih kepada JPN N kerana sudi memberikan peluang kepada aku.. 1 daerah hanya 2 orang guru saja yang berpeluang untuk menghadirinya.. Aku insan terpilihm..
Bila update status kat ig... sampai ada kakak cikgu usik aku, kssr aku, Linus aku, Autisme aku..haha! tak kisahlah.. demi ilmu yang bermanfaat aku tak kisah.. Syukur sangat- sangat.. dah la belum ada peluang sambung belajar.. haha!

Masa kat kursus aku duduk disebelah cikgu senior yang amat berpengalaman dan sangat positif.. aku pun tak kenal siapa dia mulanya. Padanlah ramai yang menyapa dia.. rupanya, dia tu guru besor.. guru cemerlang.. dan macam- macam title la..haha! dan dia juga seorang penulis buku.. Aku pernah nak beli buku dia..tapi letak balik sebab aku fikir banyak lagi buku yang aku beli dan belum habis dibaca...
Tapi tadi aku belilah buku dia..dah alang- alang ada kat sebelah..so kuranglah cost postage...

Banyak- banyak bengkel, ni la bengkel yang paling seronok dan menepati masa.. Tak membebel yang bukan- bukan..direct to the point.. aku suka begitu..

Pengalaman belajar di maktab untuk 2 hari terasa amat bertuah... dulu aku mana layak mohon maktab sebab result SPM yang amat memalukan..haha! sangat buruk dan mendukacitakan.. tapi bak kata akak tu, semua perjalanan kita ini sudah tertulis cuma kadangkala ianya tidak seperti apa yang kita rancangkan.. ya, jika tidak seperti yang dirancangkan, jadilah seorang yang tabah dan belajar terima ujian.. huaaaa! susah, tapi InshaAllah, akan ada ganjarannya nanti.

Aku jadi guru adalah berdasarkan tiket degree pendidikan dari Universiti Malaya, universiti yang terkemuka di Malaysia... sejujurnya, aku tak pernah mimpi pun nak masuk universiti. Sebab aku sedar dimana tahap aku.. aku bukan pelajar yang cemerlang.. selalu dapat nombor 7 je.. oh, memang nombor 7 tu nombor bertuah aku sejak dari dulu.. no telefon aku banyak no 7.. haha! 7 tu tandanya aku orang Johor.. JDT,JDT,JDT!! berbalik kepada tidak pernah bermimpi tu,ada cerita tentang itu..cerita kenapa aku yakin yang aku bukan orang pandai...haha! dulu masa cuti sekolah,aku selalu pergi ke Sentul..rumah makcik aku.. makcik aku tu keje di Shah Alam.. Kadang- kadang aku ikot dia jalan- jalan pegi opis dia.. penah sekali dia lalu jalan dalam UM untuk tembus ke jalan yang menghubungkan jalan lain..aku pun tak pasti jalan nak pegi mana.. masuk je pintu gerbang UM tu dia cakap 'Kak,ni UM..kau tak layak masuk sini kan..so lalu jela..'... masa tu aku baru abis SPM.. aku diam jela.. sambil tersenyum.. pastu dia sambung lagi, 'Kalau kau dapat masuk, cik bagi gelang tangan emas putih 1'.. sangat yakin gitu....haha! selepas 3 tahun.. aku layak masuk UM.. ha3
Aku dapat tawaran course yang aku macam minat,tapi tak minat.. aku minat budak.. tapi takmo la belajar tu..aku nak jadi cikgu Geografi dan Sejarah.. minat tu tak penah hilang.. aku nak murid- murid rasa wow bestnya Sejarah.... Berbalik bak kata akak tu semuanya dah tertulis..haha!
UM banyak mengajar aku tentang kehidupan dan bagi pengalaman yang sangat- sangat banyak.. bertitik tolak dari UM lah aku kenal KL dan orang- orang yang menjadi paku pada magnet aku..haha! (kenalan)

Eh..dah cite kenangan silambam plak... haha! tapi apa salahnya mengimbau kenangan lama..

Owh..aku rasa dengan bangga diri aku tadi sebab boleh bawa kereta dalam bandar Melaka menuju ke maktab perguruan.. Aku biasa je memandu ke tempat sibuk,tapi suami aku sekarang dah ajar aku jadi penakut dijalanan..dia macam tak percaya kat aku..haha! dia bagi aku bawa kereta pon sebab aku ada kawan yang boleh ditumpangkan..kebetulan dia pun duduk area JHL.. hmmmm..takut aku merayap..haha! jangan la macam tu Che Pejan.. ;p

 
Inilah akak penulis dan guru cemerlang tu...aku tak tulis nama dia,sebab blog aku ni agak rahsia..so,takot orang google..haha!

 
Ni dapatan yang aku dapat dari maktab.. Etika berpakaian penjawat awam.

 
Ni la antara BBM yang boleh diguna pakai untuk ajar murid guna tandas.


 
Ni kawan- kawan yang sama kumpulan.. 

 
Ni hasil daripada bengkel.. 2 N9 4 MLK. Masa ni ada pegawai lelaki dari bengkel yang snap.. Akak H ingat pegawai tu kawan aku sebab dia kata pegawai tu macam mesra je ngan aku..lain macam.. sikit-sikit cari kau. Haha! kelakarlah, sampai merah muka aku. Mana aku kenal pegawai tu aku cakap.. memang tak kenal pon..nak bergedik pon tak sempatl..hmm mungkin dia senang kot nak menyapa aku @ muka aku ada iras kekasih lamanya.muahaha!! 

 
Bilik penginapan yang aku tak inap.. just amik kunci kerana nak rehat time rehat dan nak solat.. hehe! Germany gitu..

Pengalaman mendewasakan dan juga mengkanak- kanakkan kita.. ;)

Sunday, June 7, 2015

Epok- epok gerutus lagi gratis!

Dari semalam aku teringin makan epok- epok @ karipap.. tapi baru je pegang kentang time tu juga baru teringat bawang merah dah habis.. maka kentang yang dicapai ku lepaskan..sambil tersenyum sorang sebab menjadi pelupa.. hmmm..

Pagi tadi Faizal belikan bawang merah.. 

Pukul 5 petang,tiba- tiba aku teringat impian semalam.. impian nak buat epok- epok.. Sebenarnya, aku memang tak reti buat epok- epok.. lagi- lagi part kelim tepi tu.. ni kali ke 2 aku buat epok- epok.. kali pertama memang gagal..tepung terlalu rapuh dan inti rasa macam terlebih masin.. bagi kat Faizal makan, dia diam je..haha! nak jaga hati aku, dia diam je.. last- last dia cakap,kulitnya tu kenapa macam tu..haha! aku sengih jela..apa nak buat.. padanlah muka aku,dulu aku takmo belaja buat epok- epok ngan mak.. sebenarnya, epok- epok buatan mak sedap.. tak rasa berminyak dan intinya mantap.. Faizal cukup gemar epok- epok yang mak buat.. bila dah penah rasa epok- epok yang sedap,secara automatik lidah akan menilai...ok....aku redha... haha!

So, hari ni aku cubalah lagi buat epok- epok.. jujurnya, inti tu aku buat ikot hati aku je..campak- campak.. asalkan ada bawang merah,bawang putih,kari,ayam..dan lain- lain..ajinamoto takda eh..
Kulit dia pula,aku nengok kat utube..tu pon aku agak- agak je..sebab kat utube bagi sukatan.. aku punya tepung tak sampai 500gram pon..so,aku pon sukat sukati aku.. asalkan ada mejerin,minyak,tepung dan air..aku pun uli dan uli,macam uli doh mainan yang aku buat ngan murid kelmarin..tapi tak la buh pewarna..

 
Ni aktiviti dengan murid.. hitamnya tangan! haha!

Selepas berhempas pulas menguli,menggelek dan mengelim.. akhirnya pukul 7.30 petang baru siap.. untuk 400gram tepung.. dapatlah 17 biji epok- epok yang pelbagai bentuk dan saiz.. arini aku tak pakai acuan, aku kelim sendiri.. 
hmmm..memang lucu nengok epok- epok sendiri..tapi sebab nak makan..aku kena yakin..! haha! 

 
Bentuk kelim yang amat buruk..abah punya kelim epok- epok belum dapat aku tandingi.

Aku sebenarnya jarang sekali nak beli epok- epok yang dijual di kedai-kedai or gerai kuih muih tu, sebab banyak kali dah kena..bila makan epok- epok tersebut terus rasa loya..kulit nampak tak berminyak,tapi bila makan...memang terasa lebihan minyak..so keciwa.. 

 
Epok- epok yang menggerutu kulitnya..haaha! untuk Faizal yang sedang bertugas..mungkin dia sedang kelaparan.. 

 
Untuk aku makan..

Ngah makan ada wassap in.. Katanya sedaplah epok- epok aku arini dan dia dah abis makan..haha! sangat pantas..walaupun panas..

Ok..aku pun merendah diri..cakap epok- epok tu buruk rupa..haha! 

Pembelajaran sepanjang hayat.. Dulu aku tak reti nak kacau doh.. Bila nak buat, mak macam tak berapa nak percaya..so,aku banyak bergantung pada mak.. 
Langsung takda pengalaman. 
Tak pernah duga,dalam silibus Pendidikan Khas ada perkara belajar buat doh.. kalau aku sendiri takda pengalaman, macam mana aku nak ajar murid- murid?.. Nak tak nak,aku kena belajar.. walaupun bukan ajar buat epok- epok, sekurang-kurangnya anak murid ada pengalaman untuk menguli doh.. Bila mereka dah dewasa, mereka boleh mengaplikasikan pengalaman kanak- kanak mereka.. 
Untuk ibu bapa di luar sana, selalulah ajak anak- anak anda untuk buat aktiviti kemahiran hidup di rumah walaupun hanya memotong bawang.. supaya, apabila mereka sudah dewasa,mereka tidak jadi macam saya..haha! dah 30 tahun,tapi masih tak tahu menguli..haha! jangan risau rumah bersepah,tapi risaulah kalau anak- anak tak tahu nak tentang kemahiran kehidupan dan bertahan. 
Pembelajaran sepanjang hayat, pengalaman pula adalah pengajaran yang sangat berharga.



Thursday, June 4, 2015

Ikan Bakar, Bakarlah kau...


Ikan Bakar Bakarlah Kau... Menu pemalas aku hari ni.. Mujurlah Faizal belum tunjukkan taring cerewet dalam makanan.. Tapi dia memang tak berapa gemar makanan berkuah yang banyak.. 
Hari ni Faizal kena pergi bersolat di Kuala Pilah..  Aku suka kalau dia kena bertugas pergi surau kat Kuala Pilah walaupun jauh. Maka bila dia minta nak makan nasi,laju- laju aku pegi dapur masakkan lauk dan nasi. 

Tapi cancel pula tugasan pergi ke surau tu. Tiba- tiba ada kes bunuh diri plak.. So, dia kena uruskan kes bunuh diri plak.. Katanya, yang bunuh diri tu orang asli dan baru berumur 16 tahun. Hmm.. aku kaget bila dia balik umah awal dan terus salin baju. 
Menakotkanlah... semoga dipermudahkan urusannya..

Pahit dan manis..nikmatilah.

Diam tak diam hari Khamis pun memunculkan diri.. Aku masih di Johol, duduk dalam berek.. membesarkan punggung dan melancong via tv.. ke serata dunia aku melancong..haha!

Cuti sekolah..satu acara yang amat ditunggu-tunggu kerana boleh bangun lewat sedikit dari hari biasa..

Tadi ada kenduri doa selamat sempena semuanya selamat.. doa selamat warga Balai Polis Johol.. aku mulanya tak mau join..(saja nak kenakan paku buah keras kat laki aku..) haha! pasal dia tak bagi aku kuar,suruh duk rumah je.. so,bila balai buat kenduri,aku pun cakaplah takmo kuar umah..haha! tapi, takdalah aku buat macam tu..

Hari ni aku buat keje sekolah juga walaupun cuti sekolah..alah,bukan kerja apa pun..kerja buat claim..haha! yela, dah layak buat claim..maka claim jela.. claim masa uruskan data.. best juga handle data daerah ni.. dapat tahu mana sekolah- sekolah yang kosong..siap pegawai tanya, ada sesiapa ke yang mahu tukar..untuk kami yang uruskan data jela..yang lain-lain kena ikut prosedur..
Isu pindah ni memang sensitif bagi guru yang memang sangat berharap untuk dapat pindah dekat dengan insan tersayang..
Mengimbas kembali sewaktu aku mohon pindah dahulu, aku memang nak sangat pindah.. secara lahiriah,aku nak berpindah ikut suami.. memanglah nak ikut suami.. sebab aku tak sabar nak kuar uma pasal dapat merasakan aku ni menjadi bebanan orang tua je.. (perasaan sendiri)..
Bila dah dapat pindah, situasi aku seperti meludah ke langit..haha! hari- hari call kampung nak cakap ngan family..
kalaulah aku bersabar,biar suami aku ikot aku pindah Johor kan best..
Setelah hampir 2 tahun duduk di N9 ni macam- macam pengalaman aku dapat..
Kesimpulannya, N9 tanah adat..memang sesuai sangat jolokan tu..haha! Pandai- pandailah duduk tempat orang..
Memandangkan aku ni dibesarkan di kawasan yang penuh dengan kemudahan, memang rasa stress juga la bila duduk sini.. Serba serbi jauh dan agak mahal.. Paling canggih ada kat sini,tuha Giant..haha! Bolehlah, dah ada DIY kat Giant tu sekarang..
Lepas tu kat sini,aku memang takkan bershoping time cuti,sebab orang memang ramai dan jalan akan jammed.. lagi- lagi jalan KP-SRBN.. dah la berbengkok- bengkok.. Dulu mula- mula mabuk la naik kereta, tapi sekarang dah ok..
Memang nasib aku, dapat tempat kerja jauh- jauh.. kadang lambat sikit sampai sekolah..haha! Bila lambat,mula la si Ramlah tu mengata aku..tapi peduli apa aku..haha! dia uma - sekolah 5 minit aje pon lambat,ada hati nak ngata aku.. Sesiapa yang berjumpa Ramlah ni aku nasihatkan tak payahlah nak layan sangat..nanti hormon jadi tak stabil.haha! Tak pernah aku jumpa karenah orang pelik dan sakit mental..dah rezeki aku barangkali,jumpa orang pelik dan mental.. Tapi tak semualah..ada yang sangat baik.

Cerita pasal orang sakit mental ni, hari ni Faizal ada cerita kisah seorang pesakit mental yang ada dikejiranan kami ni.. Tu pun kebetulan terjumpa pemuda tu sedang membeli kuih ditempat kami minum petang. Kisahnya, ada pembuat batu nisan datang ke kawasan perkuburan nak buat batu nisan,maka pembuat tu pun tanyalah kepada pemuda tu kubur si pulan binti sipulan. Pemuda tu suka berada di sekitar kawasan perkuburan,jadi pembuat batu nisan tu assume yang pemuda tu mungkin penjaga kawasan perkuburan. Bila ditanya pada pemuda tu,pemuda tu kata dia tahu mana 1 kuburnya dan pembuat batu nisan rasa lega sebab tak payah susah- susah nak cari. Maka, pemasangan batu nisan tu pun berjalan dengan lancar. Tiba masa waris datang cek,waris terkejut kerana takda pun binaan atas kubur.. Rupa- rupanya, si pembuat batu nisan tu kena tipu dengan si pemuda tu.. pemuda tu tunjuk kat kubur buatannya sendiri. Kubur olok- olok..haha!
Tapi silap juga la..patutnya waris pergilah tunjuk kat pembuat batu nisan tu. Pemuda tu juga kisahnya, suka duduk atas bumbung..cara dia naik tak tahulah macam mana.. Tapi penah orang kampung nampak dia duduk atas bumbung surau lama..kalau orang yang tak tahu mesti cakap dia tu hantu..haha! Kesiankan.. Pemuda tu katanya adik beradiknya ramai. Semua masuk universiti dan berjaya. Tuhan menguji kesabaran ibu bapa dia.. Moga ada ganjaran yang besar untuk mereka..
Bukan senang nak jaga orang mental ni. Tapi kat kawasan ni memang banyak pesakit mental ke hulu ke hilir.. ada melayu, cina.. Kadang- kadang dorang berjalan boleh sampai ke Sealing. Ada sorang pakcik sakit mental tu,selalu aku nampak dia berjalan. Pakai baju kemeja kemas dan baju dimasukkan ke dalam. Aku selalu tanya Faizal,kenapa tak hantar ke hospital. Dia kata biarlah..pakcik tu tak kacau orang. Memang tak kacau orang,tapi kesian.. Mana ntah keluarga dia.. Yang pasti dia bukan orang asal Jool..dia orang luar. Aku tengok dah haus selipar dia..aku rasa usia dia sekitar 50an.. Kadang aku fikir kat mana la pakcik tu tidur.. pagi dah sampai Sealing..tetiba sampai Air Mwg.. Moga Allah lindungi dia..mungkin dia duduk kat mana- mana uma tinggal kot.. kat sini memang banyak uma tinggal..antara sebab banyak uma tinggal adalah sebab adat.. Sebab memang rumah yang jadi pewaris memang orang perempuan. Buktinya rumah kawan sekolah aku. Aku tanya kenapa tak duduk uma pusaka tu. Dia kata dia orang lelaki.. memang takda hak kalau ikut adat. Masalahnya,kakak dia pon tak mahu duduk rumah tu kerana mengikut suami dan keluarga.. Memang taklah anak- anak yang biasa duk pekan atau bandar besar nak duk kat kampung yang sunyi sepi ni.huk3 perbualan kami terus terhenti sebab dia kata dah adat macam tu..haha! tak boleh nak kata apa.. Bukan kakak dia sorang macam tu,banyak lagi kakak- kakak yang lain yang takmo duduk uma pusaka..

Eceh,sibuk pula aku bercerita tentang harta orang lain..haha! kang terbaca kek orang negri mampuih den..kato den membongak plak..

Kesimpulan post kali ini, jagalah diri sendiri.. pengalaman jadikan pengajaran dan benteng dalam kehidupan. Bersyukurlah setiap masa dan jadilah orang perempuan yang taat pada perintah Allah. Apabila kita ikut segala suruhannya, automatik hidup kita akan selamat. Jangan dikejikan kehidupan orang lain kerana itu tanda kita tidak bersyukur. Kufur nikmat. Hargailah setiap momento yang pahit mahupun yang manis.