Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Sunday, April 12, 2015

Ngeri bertambah seram..haha!

Malam ni, pekan Johol kembali seperti sediakala..
Suasana yang sunyi dan mendamaikan..ewah..
Sebenarnya, jiran sebelah aku ni Cina.. kira jiran la..sebab kedai dia belakang uma aku..
Mak dia meninggal..so, since Jumaat pelbagai bunyi2 an menjelma..
Dari gendang, loceng, muzik dan jampi- jampian..
Menakutkan kadang- kadang.. tapi memikirkan ramai yang berjaga..aku tidur jela dengan lena..

Bulan April, bulan yang sangat sibuk..
Macam event Pendidikan Khas akan berlangsung..
Dan seperti biasa, aku insan yang menurut perintah..
Antara tulang belakang yang amat diperlukan since otai- otai disekolah masing- masing kata tak tahu dan tak mahu buat..
Sampaikan mesyuarat untuk dorang pun aku kena g.. lepas tu bila aku dah glamer dengan kerja, ada juga yang mencemburuinya..komplen macam- macam..nasib ni bukan aku sorang kena, akak- akak yang muda lebih kurang baya aku tu pun kena..haha!
Si Ram Jadam yang PPD kata takkan duk sekolah tu lepas dapat pindah dan takmo g tula yang paling banyak hipokrit dan berlakon..haha! PPD KP tu penipu! Since dorang tipu aku, aku langsung takda respek kat PPD KP tu..kecuali Tuan yang atas sekali.. bila dorang datang sekolah aku, langsung takda respek la kat dorang..haha! pasal aku tau dorang punya kerja tak telus! Bukan 1 yang aku jumpa tak telus..ada lagi 2 3 orang.. kelakor tau tak..haha! macam mana bila duk PPD tak tau prosedur kerja..hairan.........................
Entahlah, sampai bila orang tu nak bersikap macam ni..pandai komplen tapi langsung tak membantu..
Bak kata akak- akak yang kat atas...bersabarlah, bersabarlah...haha!
Memang sabarlah aku ni...terpaksa la layan karenah kebudak- budakan cikgu tua yang takmo pencen tapi menyusahkan orang lain..kalau membantu takpe...tapi komplen dan terus komplen..
Sebagai pengajaran,bila dah tua...ajar lah mana yang betul dan bukan komplen sepanjang masa..
Kelakar kadang nengok cikgu tua yang kat sekolah aku tu...merujuk jabatan aku jela..
Dia punya berlakon buat- buat sibuk tu serius tak boleh tahan...haha!
Nasib baik anak murid ada yang menghiburkan hati...haha!
Astagfirullah.....mungkin ini adalah salah satu medium untuk aku mendidik hati.
Kenapa aku mesti rasa sakit ati sedangkan, pekerjaan aku sekarang ni sudah sangat- sangatlah dikategorikan sebagai bertuah..
Masih ramai yang diluar sana memerlukan pekerjaan..
So, bila kita rasa macam sakit ati kat sekolah tu, fikirlah akan kesusahan orang lain..
Belajar bersyukur dan bersyukur dan kurangkan komplen..

Sebenarnya, aku baru buat sejarah mimpi ngeri Jumaat kelmarin..
Aku nyanyi berduet dengan ex ketua balai polis aku yang dah pencen..
Nyanyi depan orang ramai,.muahahaha!!
Memang tak boleh nak tolak pasal dah announce nama aku kot..depan vip..haha! takkan aku nak malukan dia..
Suami aku punya marah dengan aku....huk3
Sampai tak tegur aku 1 malam..mungkin dia malu gaknya..
Aku ni plak jenis tak tahu malu sangat...lagi- lagi aku memang gian nak berkarok..
Since duduk ngan laki aku, aktiviti tu lama dah aku tinggalkan..
Kira dah jadi haram..pasal nak hang out dengan kawan- kawan pun dia tak bagi..
Cakap kuat pon tak bagi..punya ah jaga status..haha! Kadang aku geram, aku cakap kenapa tak pilih orang bisu je..haha!
Tulah, walaupun dia suami aku. dia masih belum kenal aku macam mana..
Takpelah..nak buat macam mana..
Tapi bila fikirkan yang aku dah langgar pantang yang memalukan dia tu, aku rasa gelisah betul pasal aku dapat rasa yang betapa dia tak redha..kalaulah malaikat ambil nyawa aku masa tu, memang isteri derhaka aku ni..amat rugi bagi seorang wanita yang menderhakai suaminya..
Aku tak dapat nak tolak permintaan ex ketua balai tu pasal, dia n wife dia memang jiran yang rapat ah...selalu bagi makanan. Mak dia yang aku panggil nenek tu setiap ari tunggu aku balik sekolah..
Tak ke sebak aku ni..kadang tak nampak aku, dia tanya mana aku pergi..walaupun dia tak fasih cakap melayu..Es aku tu india...
Tapi aku dah minta maaf kat suami aku...nampak dia marah jab je..dalam maaf tu, aku berjanji takkan karok lagi selagi dia tak izinkan..haha!
Alahai...

Tadi boleh plak kat TV3 pengacara tu nyanyi lagu yang aku nyanyi ngan Uncle Vijay..
Aku diam membisu, buat2 main henpon..sebab dengan lagu tu otomatik aku teringat kisah menakotkan itu!! hahah!


Memang out la vocal aku ngan uncle..tambah lagi dengan slaga India dia..haha! 



Lagu ni terkeluar kegedikan suara aku..hahaha! 

Astagfirullah...aku insaf..