Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Monday, January 31, 2011

Bersama pelakun..


Kesejukkan petang ini memang mencengkam keringat kepanasan..
Hujan yang turun memang tidak berhenti
Namun ia berhenti seketika, berhenti memberi peluang kepada manusia untuk memenuhi keperluan yang tergendala dek kerana air yang turun dengan mencurah- curah...

Wah! ayat bahasa Melayu persis ayat novel karangan dulu kala lah..haha!
Namun aku gembira dengan menulis..
Sekurang- kurangnya apa yang terbelenggu di fikiran dan di dalam hati dapatlah aku lepaskan..


Ada 1 member aku ni, beria- ia ajak aku pergi menghadiri kursus nikah kat Pontian hujung minggu nanti..
Kena RM120..
Aku malu nak bagitau mak..mintak pendapat mak..
Aku sebenarnya memang tak mau pergi lagi kerana belom masanya..
Kalau mau pergi, lama sudah aku pergi..
Masa kat UM dulu ramai kawan-kawan ku ajak..
Namun masa tuh, aku bertegas tak mau pergi dengan memasang impian bahawa aku akan pergi bila tiba masanya nanti..

Member aku tu beria- ia ajak aku..
Aku pun terpengaruh sebentar kerana kononnya bila tiba masa tak payah aku sibuk- sibuk..
Tapi masa ngah mandi, aku berfikir dan berfikir lalu aku memutuskan aku tak mahu pergi..
Aku pon mintak pendapat kat member aku yang lain, die kata pergi jelah..
Tapi setelah berdiskusi dengan dia..dia pon cakap tak perlu ah aku pergi..hahah!
Selepas aku menceritakan tentang perbualan aku dan kawan ku itu...

Kawan aku tu macam agak sedikit belagak..
Mentang- mentang dia nak kawin die leh memperkecik- kecikkan aku..
Aku ingat lagi dia kata:
  1. ' Tini, jom ah g kursus nikah.. T senang ko.. Walaupun umo 30 belum tentu kau kawin'
  2. 'Aku kena kawin ni, boyfren aku nak aku sangat pasal aku 'market' '
  3. 'Kau kena pergi jugak Tini pasal aku takde kawan' Aku just menemankan dia..
Huh...'market' sungguh kawan aku tu kan..
Pandai die mengumpan aku..

Aku bukan mau bersangka buruk.. Tapi kadang- kadang kita kena sedar diri..
Jadi memandangkan aku belom ade 'market' dan belom tentu umur 30 tahun aku kawin maka, aku memutuskan untuk tidak pergi..hahaha!

Macam- macam kisah berlaku..
Aku hanya tersenyum dan mendiamkan diri..
Sesekali aku bernyanyi time die bercerita..hahaha!


Nasihat untuk diri sendiri, tak perlu ah mengkomplikatedkan kehidupan yang singkat ini.
Disekitar kita ni, begitu banyak pelakon dan cuba mengambil kesempatan.
Oleh itu, berhati- hatilah
.

Pengalaman sendiri, aku pernah juga menjadi pelakon di dalam sebuah perhubungan singkat.
Namun aku mengalah dengan situasi itu kerana tidak mahu mengecilkan hati insan lain walaupun risikonya sangat besar.
Berita terbaru tentang insan itu, dia sedang berbahagia dengan yang lain. Syukur!!
Jadi aku berharap jangan la aku berjumpa dengan pelakon- pelakon yang jahat dan kejam!
Hahaha!

Tapi kadangkala tidak perlu la dengan kejujuran yang melampau...
Jalan yang terbaik ialah dengan menjadi diri sendiri dan tidak perlu menyibuk dengan kehidupan orang lain kerana masing- masing ada jalan sendiri..
Betulkan lubang di jalan anda dahulu sebelum betulkan jalan orang lain.
Terokailah negeri yang anda dilahirkan dan ditempatkan sebelum terokai negeri orang lain...
Apa- apa pun terima kasih kepada dia yang memberi signal bahawa jalan yang aku nak lalu tu, ada pokok tumbang dan kena lalu jalan lain...




Sunday, January 30, 2011

Bergelak ketawa sambil menutup mulut..


Hari ini, layan 1 lagi filem Indonesia..
Filem ini dibintangi oleh Maria Ozawa...

Secara keseluruhannya, agak terhibur juga dengan filem ini berbanding cerita Diperkosa Setan itu...
Memang agak 'bersetan' cerita semalam tuh...

Aku ngan adik- adik leh tergelak suka time scene Mi Yao Bi kat tempat game...Memang lucu walaupun buduh lawaknye...

Apa- apa pun, cerita ini boleh memang menghiburkan..
Santai dan tak perlu berkata- kata nista sepanjang cerita berjalan...hahah!

Maria Ozawa memang cantik!

Saturday, January 29, 2011

Takotnya....tapi nak ketawa!


Hari ini aku dan adik- adik menonton wayang.. Wayang kat laptop je...hahaha!

Cerita ini adalah cerita yang paling 'babeng' ah di nengok...! hu3

Nak kata sangat takot...takot jugak kadang- kadang.
Nak kata kelakar..memang banyak kelakarnye...
Sepanjang perjalanan cerita, kami adik beradik terus bergelak ketawa..
Muka hantu tu langsung tak menakotkan, menggelikan ade ah..hahah!

Tapi apa yang aku suke, si Marsha (heroin) dalam filem ni dapat bersama- sama Andre akhirnya..

Memang tampan jugak si Andre ni..Hahaa!
Huuu...ganteng....hahah!
Dan si Marsha ni pon chantek sangat...kulitnya putih mulus..cemburu jugak rasanye..haha!

Apapun, kesimpulannya cerita ini memang sesuai sekadar untuk hiburan. Masa yang banyak, terluang dengan penuh gelak ketawa dan kata- kata nista...hahah! Adoi....

Friday, January 28, 2011

Bila si dia mengganggu....


Sejak pagi, hujan turun dengan lebatnye...
Seawal 6.30 pagi aku sudah meredah hujan dijalanan...
Angin, air dan lopak- lopak tebal mengiringi perjalanan ku ke sekolah arini ini..
Biasanya aku leh sampai sekolah dalam 45 minit...
Tapi arini, perjalanan mengambil masa sehingga ke 1 jam suku minit...
Tatkala memandu, kadang- kadang hati tersentuh melihat ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah dengan berbaju hujan menaiki motorsikal...
Aku memotong dan cuba menjarakkan ruang kepada yang lebih besar tatkala sedang berselisih...
Aku pastikan tiada lopak air yang boleh menjadikan aktiviti merenjis secara horror terjadi....
Kemudian, aku juga bersimpati kepada lembu- lembu yang kehujanan dan kebasahan...dan semestinya kesejukkan...dia tak boleh berteduh di bawah pokok berhampiran kerana tali pengikat pada lehernya menjadi halangan....
Bersyukurnya aku...

Hari ini, hampir seharian aku duduk kat makmal komputer...
Ulang- alik ke kelas mencari data..
Lepas tu, rehat bagi anak murid makan...

Masa semakin suntuk...hari Jumaat tempoh persekolahan pendek..
Kenapa orang atasan selalu minta sesuatu dengan memberikan pesanan pada hari ini dan dihantar pada esok hari??? Selewat- lewatnya esok hari..
Takpalah...itu aku masih boleh maafkan kerana kita mesti menjadi sesuatu yang luar biasa dan selalu berkata 'Boleh!!' tanpa ada keraguan dihati dan penuh dengan kebanggaan...

Gedebak- gedebuk, kerja aku siap pukul 1..
Semua guru dah balik umah...
Tinggal aku dan kete mak bersendirian di bangunan pendidikan khas..

Pukul 1.05 petang aku sudah berada di jalan raya..
Sunyi sepi...
Hujan semakin lama semakin gelap...
Angin bertiup kencang...
Siaran radio menjadi kelam kabut..
Sesekali jumpa abang Giant di jalanan...
Abang Giant sangat slow, jadi dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim...
Pedal minyak di tekan lebih dari biasa....ennnnnnnnggggg...
Lega, abang Giant di belakang...

Sampai je dirumah..
Aku nengok Acad...
Main- main...makan kuih..
Salin baju...
Tiba- tiba nset berbunyi..
Mak Acad suruh hantar anak die pergi umah nenek pasal die nak nengok Acad.
Mak Acad ada kat kampung.
Begitu juga kawan- kawan mak Acah dan suami tersayang mak Acad...
Entah mengapa aku merasa tiada mood untuk beramah mesra dengan mereka semua..
Barangkali aku terbawa- bawa dengan kisah- kisah sebelum ini..
Entahlah...
Acad tiada kat umah...berderai- derai air mata Tiara...

Aku pun menghabiskan masa dengan menonton TV...
Lama- lama aku rasa mengantuk..
Sebelum mengantuk sempat aku bye2 kat mak, abah dan Tiara..
Diaorang g keluar...berjalan- jalan..
Aku penat...jadi malas nk join...

Selimut tebal ku tarik,
Semua tingkap aku tutup..
Wah! sungguh indah...

Namun, sedang aku menikmati tidurku..
Boleh plak bunyi tepon uma bertalu- talu..
Biasanya abah atau mak yang cal.
Aku malas nak bangun dari katil dan pergi keluar semata- mata nak jawab call..
Biar ah...kalau mak rasa ada benda penting, mesti dia call henpon aku plak lepas ni..
Kalu orang lain, mesti die call lagi..
Aku biarkan deringan yang pertama berbunyi...lepas tu diam...yeyeye!

Pastu boleh plak kali ke2 deringan tepon tu bising...selang beberapa saat..

Pastu senyap balik..
Pastu! Dia bunyi lagi kali ke 3!

Aku bangun!
Hello!

'Hello, encik nak cakap ngan siapa?'

'Ni siapa?'....pemanggil tu tanye aku balik.

'Encik nak cakap ngan siapa erk?..kalau ada pesanan yang penting bagitau,nanti saya sampaikan'..

'Ni Azhar, Amin ada tak?'

Hello! Ko Azhar@gemok upernye...ko dah tau kan Amin kat KL...
Setau aku, banyak kali dah ko mintak nombor Amin...
Tiara selalu merungut pasal kes ko yang beralasan nak cari Amin, tapi padahal kau nak bual- bual..
Mentang- mentang ah opis ko ade telefon..tak payah ah nak call2 je...!
Tau tak aku ngantuk...
Alasan nak cari Amin konon..

'Amin takde, nape? Nak bagi pesan ke?'..

'Takde ah, saja nak cari Amin. Cane ek mau cari Amin?'..

' Takpe lah, t kite bagi pesan kat Amin yang Encik Azhar call erk'..

'Eh, nombor tepon saya dah tukar tau'...

'owh..takpe.Bagi jela..T bagi kat Amin'..

Aku menulis butir-butir...

' k , bye erk Encik'..

'Eh, nanti dulu...ni siapa yang cakap?'

'Aku Tini, nenek tiri Amin!'...

'owh, ok..terima kasih kakak!'...ceh!

Tapi nombor tepon dia aku salin pakai pensil di atas permukaan kertas yang tak boleh ditulis sebenarnya...hhaha!

Aku ngantok...aku hilang akal sekejab...hati panas......
Semuanya burok....Hahah!

Tidur adalah nikmat kehidupan yang sangat berharga..
Aku bersyukur dapat menikmati tidur...
Selepas ini, aku akan lebih menghormati mereka- mereka yang suka tidur dan sedang mengantuk...!

Tuesday, January 25, 2011

Acad tido macam frog ler...

Balik je rumah..
Dah dengar Tiara mengeluh..
Cakap Acad bile letak ke kat tilam die cry..

Aku ni penat lagi...
Belum sempat ape- ape Tiara dah bagi..
Cume sempat buka tudung dan stoking...

Tapi penat ilang bila dukung Acad dan pelok..tepuk-tepuk..
Lama- lama dia tido di dada ku...
So shumellll..!
Suasana macam ni tak akan berulang lagi...lalu aku abadikan dalam blog!
Masa dimana aku balik kerja, penat, pukul 4, ari Selasa dan 25hb Januari 2011...dan Acad sebesar hari ini!

Macam katak! Cute la adik!

Saturday, January 22, 2011

Kisah Wawa..


Sememangnya aku datang lewat ke sekolah hari ini..
Patotnya aku yang menunggu dan menyambut kedatangan anak- anak murid..
Namun..apakan daya...terlewat berjam- jam hari ini..

Hari ini aku tak mengajar anak- anak murid asas 3M tuh..
Aku ngan Nasir membuat keputusan bahawa hari ini adalah hari yang paling sesuai untuk bentang tikar baru..

Namun bukan pasal tikar yang aku mau kongsi di blog aku arini.

Tadi masa aku kat Bilik KH, Wawa tiba- tiba datang...
Dia panggil- panggil aku dengan gaya manja keanak- anakkan dia..
Tersenyum- senyum..tersipu...
Waktu tu waktu rehat..memandangkan dia dah makan pagi,maka dia tak perlu la ke kantin..

Ramai murid- murid lain sedang leka bermain di depan kelas aku..

Wawa memanggil- manggil aku lagi..

'Ye Wawa..mau apa?'..

'Ala chegu...'..(wawa senyum- senyum sambil memandang ke arah sekumpulan kanak- kanak yang bermain- main di lorong depan kelasku..)

Ye sememangnya aku faham...

'Wawa nak jumpa kawan? Nak main-main ngan kawan- kawan ye?'..

Wawa menggangguk dan tersenyum...Tersipu- sipu melihat 'kawan- kawan' dia...

Kesian Wawa...dia takda kawan..
Anak murid aku yang lain semuanya lelaki..

Murid- murid yang bermain depan kelas aku tu macam tertarik dengan perbualan aku dan Wawa..
Lalu aku memanggil mereka dan meminta mereka 'berkawan' dengan Wawa..
Ye...tanpa segan silu aku memaksa murid- murid itu demi Wawa.
Aku tak sanggup melihat dia keseorangan dan menghampakan keinginannya untuk berkawan dengan yang lain..
Ini juga sebenarnya adalah tujuan Pendidikan Khas Integrasi diwujudkan..

Nasib baik murid- murid yang lain sudi menurut permintaan aku..

Wawa pon segera memakai kasut dan berjalan- jalan dengan sekumpulan murid perempuan yang lain...
Ntah kenapa air mata aku mau turun dengan lebat..hahaha!

Sedihlah melihat keadaan tuh...
Sebab, memang bukan dipinta lahir ke dunia sebegitu..
Perlu meminta untuk mendapatkan hak seperti mereka yang normal..

Dari jauh aku memandang Wawa berlalu dengan kawan- kawan dia..
Antara yang ramai, badan dialah yang paling kecil sekali..

Tapi tak lama la mereka dapat berjalan- jalan..
Sebabnya, aku pun faham...
Wawa bukan boleh bertutur dengan baik lagi...Memang murid- murid tu tak faham ah apa dia cakap..
Aku yang berbulan- bulan dengan dia pun tak faham lagi bahasa pertuturan dia..
Tapi memang dengan kuasa Allah..semakin lama aku semakin faham bahasa pelat dia sedikit sebanyak..
Begitu juga dengan mood dia..
Dan sememangnya aku selalu menjadi penterjemah bahasa Wawa..

Tiba- tiba Wawa masuk dalam bilik aku...
Terus ke katil dan menangis..

'Kenapa Wawa?'

Aku tau kenapa...murid- murid lain tu dah hantar dia masuk ke kelas..hehe!
Wawa sedih...

Wawa merebahkan mukanye ke tilam..
Aku datang dan menarik dia supaya nengok kat aku...
Merah mata dia...Hidung die meleleh hingus...Hahha!

'Meh cikgu lapkan'...
Wawa geleng kepala..
Aku pujuk- pujuk dan mengeletek die..

'Manja eh Wawa ni?. Jom ikut cikgu jalan?'...
Dia bangun dan menadah mukanya untuk dilapkan...

Bila dah nampak cantik, aku pun bawa dia ke kantin dan beli aiskrim!

Sangat menyentuh hati peristiwa hari ini..
Bagaimanalah keadaan Wawa bila dia dah meningkat dewasa nanti..
Begitu juga dengan Fikri...
Dan juga kanak- kanak istimewa yang lain..
Hikmah kedatangan mereka ialah belajar beringat tentang rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Samada kita sedar atau pun tidak...
Namun seperti biasa..aku memang sering lupa...

Warga SK. Seri Setia 2011

Sakit perut, rasa melilit...

22 January 2011~

Aku baru je baik dari menahan kesakitan perut..
Sakitnya membuatkan aku terus terjaga dari tidur!
Berjam- jam aku memaksa benda beracun itu keluar dari tubuhku...
Ketakutan luar yang gelap dan ketakutan cerita Khurafat udah ilang terus..!
Begitu hebat penangan kesakitan itu..

Aku makan ape erk sampai sakit perut...
Memulas sekali..

Kalau masakan mak tak mungkin..
Sebab semua orang ok je..

Ntahlah...tak mau menuduh mana- mana..
Lepas ni, kena fikir dulu sebelum makan..
Sakit perut memang membuat tido tak lena! Mimpi terus tak ada..

Friday, January 21, 2011

Pokka Dot Dot..kaki kakus!


Petang tadi..aku berasa amat kepanasan...
Kg. Sawah selalu mencemburui aku untuk bertiduran dengan senang ati tatkala kepenatan selepas pulang dari bekerja..

Dulu masa aku praktikal kat Seri Petaling..
Lepas je mandi dalam pukul 3, aku terus merebahkan badan dan tidur dalam kegelapan..
Seronok tak terkira, kadangkala selimut ditarik dengan penuh asyik padahal waktu tengahari dan panas terik diluar sana..
Tidur sehingga tak sedar waktu sudah malam!

Seronok ah keadaan ketika itu..
Masa berlalu dengan pantas.
Seawal 6 pagi aku sudah tunggu bas Rapid..
Kadangkala aku terlewat kerana kelambatan lif...
Keletak keletuk! keletak keletuk! Bunyi kasut aku menuruni anak- anak tangga..
Kadangkala aku tersenyum sendiri bila kaki hampir terpelecok..

Masa pergi tu rambut masih basah..
Sampai sekolah je rambut dah kering!

Tapi di Kg.Sawah...semuanya lain sekali..
Jadi aku hanya menghabiskan masa dengan menonton tv dan bermain dengan Arsyad.
Juga bermain internet..

Owh! Tadi petang aku berchating dengan seseorang..
Orang berkaki aku panggil dia..Haha!
Lama aku tak berchating dengan senyuman yang tertarik- tarik..hahah!
Ok la jugak..dapat menghilangkan kebosanan..
Bukan dengan semua orang kita boleh berchating dengan topic- topic yang bodoh dan melucukan..sebab,lain orang lain cara..
Kadangkala takut juga orang menjadi bosan dengan cara kita berbicara..

Namun, perbualan dengan dia adalah perbualan biasa dan ala- ala sitkom komedi saje.
Meluahkan perasaan dan bercerita tentang sekolah...
Tentang Malaysia!

Besok aku kena pergi ke sekolah.
Pasal kena ganti cuti sekolah minggu hadapan..
Jadi minggu hadapan aku cuti selama seminggu!
Seronok bile dengar pasal percutian...
Namun, percutian di rumah memang memenatkan..
Jadi aku rasa, aku mau memikirkan satu aktiviti yang menarik..
Aku harap, member aku tuh dapat cuti panjang!
Lalu boleh la aku mengajak dia berjalan- jalan dan melepaskan kerinduan! Seronoknye...

Aku rasa sekarang, kehidupan aku sama je ..
Semuanya di tahap tengah- tengah..
Suam- suam...
Bila memikirkan aku membuang banyak sangat masa...
Aku rasa, sudah tibanya aku memikirkan sesuatu untuk masa depan..
Bersedia dan mau melakukannya..
Macam menakotkan...tapi sebelum melakukannya aku kena kumpul dulu maklumat- maklumat yang penting..cemburu melihat mereka yang sudah berjaya mendapatkannya! dan ada gambar jubah kenangan!
Aku tak mau jadi macam kawan kaki tuh, dia kata setiap hari- hari yang dia lalui adalah sama!...
Aku tak mau macam tuh..

So, harap aku diperkuatkan hati...
Dipermudahkan segala perjalanan..

Aku gembira dengan hari ini!! hehe!

Sewaktu masa dahulu yang lucu..

Rasanya, masa ni time hari raya..aku ngan sepupu- sepupu aku.. Tepi sekali dari kiri, Tiara..pastu aku, Seri, Inus dan Ros. Depannye, kuih- muih raya!

Lihatlah kehitaman aku! hahah! Itulah baju gaun yang terakhir abah belikan, lepas tu, tiada lagi baju gaun untukku..haha!

Secara jujurnya, aku rindu saat ini..Saat aku masih boleh bermain- main dengan adik aku, Amin. Sekarang ni takdenye boleh berpeluk macam dulu.hahah!

Lupa ah apa nama cat ni. Kalau tak silap namanya Rogocit!..Mati kerana orang sebelah terlanggar. Aku ingat lagi time tu Amin nanges-nanges sampai tertido dan menyumpah orang sebelah. Miss u cat!

Monday, January 17, 2011

I and Frisco!



Lagi 2 ari Arsyad nak masuk 2 bulan..
Sangat pantas masa berlalu kan?..!
Arsyad, kamu shumelll la di mata kak Winwin! hehe!

Thursday, January 13, 2011

Tekak sakit!

Adoi..
Sakitnye tekak.
Bengkak tonsil..
Mau telan air liur pon payah...

Dah bape ari tak baik..
Masuk 3 hari..
Minggu lepas demam biase..
Ni tetiba bengkak tekak plak...

Lama dah aku tak kena bengkak tekak ni.
Last aku kena tingkatan 3..
Mase nak amik PMR..time tu jugak la aku mau kena..

Bila dah kena macam ni..terasa bagaikan lagi indah merawat jerawat batu dari tekak bengkak.
Ni nak mandi pon macam seksa..
Terpaksa ah ke sekolah dengan menyembur banyak sikit bedak Cuticura yang berwarna oren..hahahha!

ST 12 - Biarkan Jatuh Cinta

ST 12 - Saat Kau Jauh (SKJ) (SuperHQ Audio/Video)

Lirik Lagu ST 12 - SKJ (Saat Kau Jauh)

baru sebentar saja
kau bergegas meninggalkanku
rasa rindu padamu
kini bersarang di benakku

cinta itu anugrah
yang tak mungkin mudah ku melepaskannya
walau seribu rintangan
takkan ragu untuk menjalani semua denganmu

reff:
dengarkanlah aku yang setia di hatimu
kehadiranmu sungguh berharga bagiku
maka jangan terlalu lama engkau jauh
jauh di pandangan mataku
se semua rasa curiga ku terhadapmu
semata karna ku takut kehilanganmu
maka jangan coba tuk berpaling dariku
berpaling mengkhianatiku

back to *
back to reff 2x

berpaling mengkhianatiku
berpaling mengkhianatiku
berpaling mengkhianatiku
berpaling mengkhianatiku



6ixth Sense - Maafkanku (offical videoclip)

Penyanyi: 6ixth Sense
Tajuk Lirik Lagu: Maafkanku

Dinginnya dirimu di dalam hidupku
telah mengubah segalanya
tlah ku lewati saatkan lebih hidupku
namun kau masih tak meyakini
diriku yang cuba menghapuskan
mimpi-mimpi buruk yang lalu

Ingin ku berlari
dan mengapai hasratku
apakah kau berlalu pergi
terkapai-kapai aku
inginku membuktikan kejujuranku
kepadamu
dan kini kusedari diriku
masih liat untuk memiliki

c/o
maafkan ku kerna mengingkari janji
yang terpatri dahulu padamu
maafkan ku atas kekurangan
yang ada pada diriku ini..

repeat c/o*



KHATIMAH CINTA 6IXTH SENSE (WITH LYRICS) HQ !.mp4

SUSUN SILANG KATA BY AIZAT

Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan

Tuesday, January 11, 2011

Masalah Romeo dan Juliet

Berbuat masalah..
Serabut kepala aku pagi- pagi nih..
Kenapalah macam ni plak yang jadi..

Kadang- kadang aku pon tak faham apa dia permainan Romeo dan Juliet makcik aku..
Tak pasal- pasal mak aku bising...
Bercakap benda- benda yang tiada kaitan langsung dengan aku..

Aku sejujurnya..
Memang malas nak masuk campur tentang situasi yang menampar seluruh ahli keluarga aku ni...
Kalau ah aku dapat elak...
Laju- laju aku elak...berlari sejauh- jauhnya...
Dan buat tak tahu dengan apa yang berlaku..
Tapi aku tak boleh macam tuh..sesama insan kena saling membantu kan?

Entah kenapa, hati berat sangat nak mengambil tahu tentang kisah Romeo dan Juliet ni..
Makcik aku call aku berkali- kali kat henpon aku..
Tapi laju- laju aku bagi kat Tiara or mak aku..
Aku penat mendengar cerita dan pelbagai andaian...
Dan akhirnya...aku mendapat ending bahawa....
2 x 5..semuanya sama...hahah!

Pasal baby tuh...
Nasib la dia cuma boyfren baru dan bukan tunangan aku...
Jadi, tak perlulah aku berindu-rinduan separuh mati bila dia jauh dari aku..

Sebenarnya..
Aku kesian nengok adik aku..
Tiara..
Tak pasal- pasal dia yang kena jaga malam..
Kul 2..kul 4...kul 6...untuk baby tuh..
Tu kadang- kadang aku yang take over..bukan kadang-kadang...ade la jugak selalu..

Nenek pon same...bersengkang mata..

Mak dan abah aku pon same..

Aku cuma datang time emergency je..

Ni si Romeo dan Juliet tuh datang kampung nengok anak dia..
Lega aku..
Kalau nak amik baby tuh, amik jela terus..
Aku tak nak dia amik 2 minggu, hantar balik Johor 2 minggu..
Begitulah aturan seterusnye..
Sesuka hati...t sape nak amik dan hantar dorang? aku jugak..
Dah la bergaduh- gaduhan bagai nak rak...
Pastu berbaik- baikkan bagai nak rak...
Cne tu?
Drama King kan?
Lakon layarmu hebat, terpukau ku melihat....!

Sebenarnya..
Ada lagi 1 rahsia tersirat yang tak pernah aku cerita kan tentang famili makcik aku nih..
Sampai bila- bila ah aku ingat..
Bila aku ingat semua tuh..aku memang jadi terus- terusan tak mau amik kisah..Hahah!
Tapi biar aku simpan baik- baik rasie nih..
Kalau aku cerita...mau semua orang benci kang...
Sebab hanya aku yang tau..aku jamin..hahah!
Tapi kesimpulan yang aku belajar dari rasie itu ialah...
JANGANLAH BERBUAT JAHAT DENGAN ORANG LAIN..
Kalau orang itu tidak maafkan..
Maka, memang adalah balasan untuk kita..menakotkan.

Monday, January 10, 2011

Queen - I Want To Break Free (Lyrics)

Karaoke: Still Got The Blues - Gary Moore - Cover - Lyrics

Karaoke: Ruth Sahanaya - Keliru

Di lubuk hatiku tersimpan
Ada rasa bimbang
Yang enggan ku ceritakan
Ternyata baru ku sadari
Sirnanya hatimu
Yang engkau simpan untukku

Aku cinta kepadamu
Aku rindu di pelukmu
Namun ku keliru
Telah membunuh
Cinta dia dan dirimu
ohhhh....

Oh... Tuhan
Maafkan diriku
Telah melangkah lubuk
Memberi bimbang di hatinya
Kutahu
Engkau telah berdua
Tak mungkin kurasa
Melepas kasih antara kita

Aku cinta kepadamu
Aku rindu di hatimu (di pelukmu)
Namun ku keliru
Telah membunuh
Cinta dia dan dirimu

Aku cinta kepadamu
Aku rindu di pelukmu
Ingin ku akhiri
Yang telah terjadi
Lamunan membawamu kembali

Engkaupun keliru
Menilai erti cinta kita
Yang kau kira selamanya

Namun ku keliru
Telah membunuh
Cinta dia dan dirimu




Petang- petang yang syahdu ni best la dengar lagu ni..
Tak dapat nak lelapkan mata plak..
Padahal mengantuk..
Baru je nak tido...

'Akak, kucing kenccingg kat tilamm'..

Ceh! Adik kucen yang ku sayang- sayang boleh berkencingan di tilam ku..



Sunday, January 9, 2011

Pisang Goreng Panas Cik Tini!

Lari tajok berbatu- batu nih..hahah!
Takpe..suka ati aku lah..pasal bukan masuk exam pon!
Tatkala aku menaip entry nih..aku bersendirian menjaga si kecik Acad.
Huh! Mendamaikan kerana aku sorang- sorang je kat rumah..sesekali kesunyian menyelubungi best juga..
Acad pon tido dengan lena. Selesa agaknya sebab cuaca tak panas, maka tidaklah dia berpeluh- peluh.

Nengok iklan kat tv, ada cite baru nak di tayangkan..season of the witch tajoknya..
Lama rasenya aku tak menyinggah ke panggung wayang..
Tapi kali ini bukan niat aku mau ke panggung wayang, rasenya azam bulan ni.. dapat gaji mau beli DVD player ah..sekarang banyak jual DVD je..
Hehhe! Azam je baru...

77777..arini dia cakap aku sombong!
Seronokkan dia cakap aku seorang yang sombong??
hahah!
Aku ni bukan ape..seganlah nak beramah- ramah sangat..
Nanti tak pasal- pasal orang cop aku perempuan terhegeh- hegeh..
Padahal aku nak je cari si 77777 tuh..
Tapi segan ah..
Ini adalah azam aku bulan ini..
Menjadi seorang yang sedar diri sendiri..huk3

Esok dah minggu ke 2 ari persekolahan..
Macam- macam aku kena buat..
Tapi takmo ah kasi diri stress...
Maka aku bikin semampu aku lah..
Mana nak tahan..anak murid..jadual waktu mengajar yang full, research lagi..susun atur kelas lagi..tu belom aktviti koko..
Aku suke buat semua tuh..tapi nak buat sekaligus kasi perfect memang tak mampu..
Kecuali ada Doraemon datang membantu..
Kalau ah ade Doraemon..mesti keje aku setel kan?
Hujung- hujung minggu ni aku nak suruh Doraemon hantar aku g men hoki time aku study dulu guna terowong mase..huk3
Tapi mana ada Doraemon..
Tu semua khayalan..
Kenapa tak ada Doraemon di dunia nyata ni???
Pernah tak diantara kita berfikir?
Hmmmm...
Malas nak fikirlah..hehehe!
Tapi gaknye kalau ade Doraemon, mesti ramai yang gembira kan?

Akan ada yang dapat berjumpa dengan kekasih lama semasa sedang hangat bercinta dan berbahagia.
Akan ada mereka yang sempat melakukan sesuatu bagi mengelak kerugian.
Akan ada mereka yang betul- betul menghargai kewujudan insan tersayang disisi sebelum ditinggalkan.
Akan ada mereka yang dapat membelai-belai bulu kucing kesayangan mereka yang mati!
Akan ada mereka yang menumbuk muka musuhnya sebelum musuhnya menumbuk mukanya..
Akan ada mereka yang akan belajar sebaik-baiknya sebelum mendapat result yang burok!
Akan ada yang macam- macam ah...

Namun, hakikatnya..mane ada macam- macam sebegitu...
Yang ada...Amacam? U ok arini? hahah! ;p

Saturday, January 1, 2011

My new boyfren....!



Dia manje!
Dia busyuk!
Dia masam!
Dia emsem!
Dia cantik!
Dialah Arsyad Mirza..~ mmmuah! kak Win sayang adik..hi3