Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Friday, March 28, 2014

Getah- getah malam..

Aku baru siap mengemas rumah..
Kenapa malam- malam hari baru nak mengemas..
Jawapan adalah kerana my Raja Gopal dah pergi bekerja..
Dan....dia dah tak sebok menyerakkan rumah..

Berek polis lama yang aku duduk ni serba serbi klasik dan semua kelengkapan memang zero..
Maksud aku dari segi peralatan elektrik..lampu kalimantang, kipas syiling, plug..semuanya takda..
Orang lama yang pindah, angkut sekali semua barangan tu..
Aku pun heran, apasal la suka sangat amik harta kerajaan..

Jadi 2 3 hari ni, Faizal terpaksa menukang dan menyerakkan rumah..gerudi sana, gerudi sini..
Off elektrik...dan on elekrik..
Maka, time dia buat kerja, aku pun buat kerja la..
kerja aku ialah berlingkar di lantai seperti dugung kekenyangan..
Aku tahu Faizal mesti sakit hati nengok aku bersenang lenang..
Lepas tu dia dengki, dia sengaja tak alas lantai ngan surat khabar time menggerudi dinding...
Saja dia menambahkan kerja aku..
Aku sengeh jela, sambil jeling- jeling dan biarkan dia mengotorkan lantai..
Berdebu, hitam dan bersepah..

Now, dah siap kerja aku..
Sapu, mop dan lap..
Aku nak test juga serakkan rumah...tapi malas ah..nanti muncung plak abang polis tuh..
Pembersihlah sangat...
Nasib la dia tak terlalu pembersih macam husben kawan tu...siap raba papan penyandar katil time nak tido..
kalau berdebu, mampus kena marah kawan aku tuh..
Wah!! sangat takot..
Betullah, Allah hanya mentakdirkan sesuatu pada kemampuan kita...
Belajarlah redha dan bersangka baik..

Tadi kami nengok rumah area Senawang...
Mak oi harga!
Memang melambung- lambung..
Tapi andai ada rezeki kami...dapatlah rumah tu..
Bolehlah untuk tempat berteduh..

Cuti seminggu macam tak cuti aku rasa..
Setiap hari ada je benda kena bikin..
Ops..malam ni baru ingat kena update e-operasi..
Terhegeh- hegeh nak bikin..
Aritu masa sampai negeri ni, semua data aku hilang..
Hebatkan permainan orang- orang atasan yang bikin konspirasi..
Haha!
Ish...tak baik la aku ni..bersangka buruk pulak..

Esok Acad Mijan my baby londot nak datang Johol..
Hope dia happy...!!

Sebenarnya aku nak abadikan 1 benda..;


Masa aku belek- belek intenet tadi..boleh plak ada iklan pasal tudung ni..
Ada ke orang beli design getah dibawah leher ni ek..
Mangsa fesyen jugalah..
Rasanya tak perlu kot bergetah-getah bawah leher tu..
Nampak canggung..lagi- lagi buh brooch yang macam janggut tu..
hehe! maaflah, aku memang pelik sikit dari orang..
Harap, janganlah keluarga terdekat pakai tudung ala- ala ni..kasihan..
Rasa macam boleh bikin lastik..
Atau fungsi getah dibawah leher tersebut adalah untuk memecahkan lemak bawah dagu dengan bikin senaman lastik setiap 1 jam..haha!

Ala, saja je aku mengomen..
kot la orang ni terbaca pasal komen aku..Mungkin dia akan membuat design dengan lebih simple, elegen dan mampu milik..yang penting tutup auratnya..

Ok..stop..!



Tuesday, March 25, 2014

MH370 dan ceritanya kepada aku..

Hari ini cuaca mendung..
Semendung emosi yang menyelubungi rakyat Malaysia dan juga mereka yang terlibat...
Semuanya masih lagi dalam keadaan misteri yang berangkai- rangkai..
Begitu banyak cerita tercipta berdasarkan point MH370..

Bukan mudah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada insan yang kita pernah sayangi..
Andai diberi peluang untuk memilih jadual hidup, pasti mati itu memang tiada dalam senarai..
Tetapi makhluk yang hidup pasti akan mati, cuma jalannya dan masanya berbeza- beza mengikut takdir yang tertulis..
Berdebar untuk memikirkannya...

Sepanjang kehilangan pesawat MH370 ini dilaporkan.. aku buka banyak laman web yang mengaitkan pesawat tu..
Ada yang menakotkan..
Ada seperti memberi harapan...
Ada yang menunjukkan sesuatu..
Entahlah....

Ada 1 blog tu, kisah dari seorang remaja muslimah yang selalu dapat alamat dari mimpinya.. katanya kelebihannya itu sudah didapati sejak dia kecil lagi.. dan memang selalunya mimpi dia akan menjadi kenyataan.. Hanya keluarga yang memahami kerana lepas je mimpi dan dapat alamat, dia mesti share ngan keluarga dia.. Dia jadi takut dengan kelebihan itu, namun dia tidak boleh menolak untuk menerima kelebihan tersebut.. dia insan terpilih.. Menurut ceritanya dia pernah mimpi tentang pesawat yang terhempas, dan pesawat tu tak akan ditemui..
ni link blog dia : Mimpi Solehah Sebelum Pesawat Hilang
Wah! jujurnya aku takut dengan mimpi dia.. Sebab tu Allah tidak memilih aku untuk mendapat alamat- alamat yang tentang bakal terjadi.. Mesti aku tak boleh nak kawal diri kalau aku berada di tempat insan- insan yang terpilih tu..

Lepas blog tu, ada lagi 1 blog yang menakutkan untuk dibaca..
Termenung jugalah aku... membayangkan macam- macam...
Analisis dari blog ni lagilah mengupas luar dan dalam setiap kisah..
Untuk percaya atau tidak...biarlah masa yang menentukan..
Ni link blog dia..: Blog merungkai analisa diluar jangkaan..Brado Kapak
Kata dia, Malaysia akan mendepan sesuatu yang lebih besar kelak..
Ya Allah...hanya Engkau yang maha mengetahui..jauhilah aku dan rakyat Malaysia dari musibah yang kami tak mampu kami tanggung...

Mungkin musibah MH370 adalah 1 hikmah besar kepada umat Islam supaya kembali ke landasan yang sepatutnya..
Memberitahu aku supaya membaiki diri untuk menjadi manusia yang berbuat baik dan perbaiki diri selagi diberi peluang...
Ya Allah...terima kasih..
Aku ni terlalu- lalu lalai... Mementingkan dan memifikirkan benda yang sebenarnya tidak perlu difikirkan sehinnga lalai menambah amalan baik..
Allahuakbar!!

Tadi pagi lepas Faizal kuar g keje, aku pun baringlah depan tv..sambil nengok apa yang terhidang..
Mata tetiba jadi layu....tapi dalam samar- samar layu tu tv sedang memainkan bacaan Al- Quran..
Aku antara dunia nyata, dunia mimpi...(tido)...hu3
Tapi ada 1 part dalam bacaan tu, mata aku ni tiba- tiba terdorong untuk terbuka dan baca maksud ayat...
Aku ingat surah tu kata, buat baik kepada ibu bapa, orang miskin... senang cerita buatlah baik..
Lepas tu aku hilang...tiba- tiba aku bangun tidur...
Sambil aku masak, aku teringat ayat tu..
Sambil aku mandi, aku teringat ayat tu..
Ayat dari mana ek..
So aku google...

Ayat dari surah Al- Baqarah..Ayat 83

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya..

Surah dan tafsir..

hu3....sangat takut...
Adakah aku dah cukup baik belum kepada ibu bapa??
Adakah aku dah cukup baik dengan kaum kerabat aku?
Adakah aku pernah berbuat baik dengan anak- anak yatim dan miskin?
Cakap perkataan yang baik- baik?
Solat 5 waktu pada waktunya...
Beri zakat...
Simple je pembelajaran aku pada hari ini...tapi aku memang belum buat dengan sehabis baik pada semua yang ada dalam perjanjian tu..tidak setia!

Allah maha mengasihani..
Dalam ketiduran dan keterjagaan..
Aku diberikan pelajaran ini...

Thursday, March 20, 2014

Kerana sayang....Orkid

Inilah antara kegembiraan yang menyulami rencana kehidupan aku...
Mengambil gambar dan emosi yang asli terpancar..tanpa perlu berlakon seminit dua untuk fokus kehadapan kamera..
Sangat asli!

 ADIF

 DANIEL

 HISYAM

INTAN

Thursday, March 13, 2014

Matahari 2014

IKHRAM -9

ABIRAH - 12

LOGANAYAGI  - 12

MOHD HAFIZ - 12

 FIKRI - 10

NAJWA  - 12

ALEYA MAISARAH - 10

MOHD HAFIZ -12

FAHMY - 11

MUHD MUAZZ  -9


Saturday, March 8, 2014

Rajinnya!

Mengecat konon..
Hari ini hari Gotong - royong Perdana SK..M
Aku ditugaskan untuk setelkan bahagian dokumentasi..
Itupun tahu lepas aku cek buku program pagi tadi dan aku tak dapat buku tu semalam..
Kelakarkan...
Malas nak ulas isu ni..hahaha!

Tapi aku buat aje apa yang aku suka..
Janji, gb tahu aku datang buat kerja..
Aku bertugas dalam bilik gerakan...bilik meeting...
Dasarnya dah diberi kuasa untuk design dekorasi bilik..
Malangnya, dah kita duduk dalam komuniti.. Maka terlalu banyak idea yang timbul..
So, as junior...aku dan Safwah hanya layankan aje...

Monday, March 3, 2014

Sipian Awal March

Pejam celik dah bulan March rupanya..
Alhamdulillah...aku bersyukur dengan segala ujian dan rezeki yang dibentangkan kepada aku..
Namun sebagai manusia biasa, sesungguhnya aku memang tidak pernah puas dengan apa yang diperolehi...

Aku masih berada disekolah tatkala ini..
Masa beginilah aku mengambil peluang untuk mengisi masa aku yang aku senderi yang punya..
Ya...kenapa aku lambat pula balik sekolah...
Sebagai seorang pendidik tugas kami bukan hanya ada pada jadual waktu, biasalah kerja lebih masa..
Kerja lebih masa yang tiada pun imbuhan 'overtime'...
Nampak macam kerja 'half day', realitinya... kami juga seperti penjawat awam yang lain..haha!
Itulah kerjaan manusia, terlalu banyak menilai dari luaran..
Eh...manusia tu aku juga kan?
Hmm..aku ni pula bermasalah terlalu banyak menilai disebalik kejadian...alam yang tersirat..
Entah betul atau tidak, bergantung kepada kepercayaan diri sendiri..

Dalam bulan 3 ni aku kena stay lebih kat sekolah sebab nak melatih murid bola jaring..
Ya, menjadi jurulatih yang letih..haha!
Of coz lah penat, bila sampai rumah memang lepaklah rasanya..
Nak baring merehatkan diri macam susah juga nak buat sebab akan terfikirkan kerja- kerja rumah..
Kerja melayan orang rumah pula..
Kerja masak, kemas dan korea!!
Korean Show memang hantu la...
Hiburan mereka memang menghilangkan segala rasa streess..
Serius..setelah seharian bekerja, nengok je drama korea rasa gembira lain macam..
Untuk segera bertemankan korea, laju- laju aku pergi ke dapur dan mencipta menu untuk santapan my Raja Gopal..kih3.. ampun ..walaupun hero korean memang kacak, syukurlah kerana masih ada Raja Gopal yang sudi menemani tidur malam ku (kadang- kadang je sebab dia punya kerja macam- macam jadual)..hangit juga la kadang..tapi kadang lega sebab aku boleh melayan korea sesuka hati..
Ya Allah! memang besar sungguh kekuasaan mu..kau memberi sesuatu mengikut kesesuaianku..
Semoga aku terus menjadi hamba yang bersyukur..

Aku nak cerita sikit pasal pengalaman duk kat tompek orang ni..
Haha! kalau dulu aku asyik nampak lembu je..sekarang ni lembu susah nak nampak...
Sekarang ni aku akan banyak nampak kerbau dan kambing je..
So shomel lah makhluk Allah tu..
Aku gembira..
Keadaan tempat sekarang ni memang terlalu klasik..hahah!
Susah untuk aku merewang..
Serba serbi jauh..
Lepas tu sekarang aku kena minta izin..
Kalau dulu, jalan dulu baru minta izin n dah minta izin siap- siap kalau jumpa dengan Raja Gopal..
Sekarang ni, aku memang banyak duk umah jelah..
Ada kawan- kawan ajak jalan kuar, aku setuju aje..
Tapi aku terpaksa bagi jawapan ala klise je bunyiknya selalu..hmmm
Padahal Raja Gopal tak bagi kuar...
Sampai sekarang ni aku masih ke sekolah pakai kasut buruk dan menyakitkan kaki tau tak..
Nak tunggu dia bawa aku time off memang susahlah nak jumpa..
Kalau dia off aku plak tak off..
Hmm...
Moga hati dia lembut nanti..
Aku memang suka merayap sorang- sorang sebab puas aku dapat barang yang aku suka..
Macam hari tu terpaksa aku beli kasut Bata yang menyakitkan kaki dan pinggang..
Sebab memang dah takda pilihan..
Bukan berlagak, aku memang tak boleh pakai kasut sesuka hati.
Mungkin kaki aku dah terbiasa dengan sesuatu yang selesa dan simple..macam biasalah rega dia memang ah mahal sikit..tapi sangat berbaloi.. dah banyak kali terkena kalau beli kasut yang biasa, memang jangka hayat tak lamalah kasut tu..
Nanti cuti seminggu aku nak chow balik kampung! yahooo!!
Seronotnya!!

Sekarang baru aku tahu,

Hujan emas ditempat orang, lagi best hujan batu dinegeri sendiri..!

Hmm..alhamdulillah Rumah 1 Malaysia mak dan abah dah mula dibikin..
Maafkan akak mak dan abah, hanya itu yang mampu akak tolong..
Untuk sediakan banglo akak memang tak mampu..
Terima kasih sebab melindungi akak selama ni..
Walaupun rumah kita buruk dan kecil, akak gembira menjadi salah seorang penghuni syurga dunia tu..he3
Terima kasih kepada Raja Gopal sebab tidak menilai saya berdasarkan rumah kediaman yang mak ayah saya tinggal..

Ok! Nak stop...solat Zohor dulu before latih budak!
Aku bakal jadi Puteri Gopal pasni...dah mula gelap....................memang gelap pun/..;p

pic syiok sendiri!