Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Friday, March 23, 2012

Mimpi!


Kelmarin aku bermimpi dapat rantai yang berjurai- jurai..
Agak mengejutkan kerana tiada pernah aku mendambakan akan mendapat barang kemas itu didalam mimpi, apatah lagi di dunia realiti..hua3

Aku pun google la apa maksud mimpi tuh..

Perhiasan Jika anda bermimpi mendapat perhiasan emas, intan dan perhiasan lain sebagainya, bermakna akan mendapat pembantu yang istimewa.
Pembantu istimewa? macam mana tuh? adakah tak lama lagi pembantu murid akan sampai ke sekolah aku? Wah! sangat teruja!

Mood: Saban hari menunggu kedatangan pembantu istimewa itu..siapa ya??? hahaha! nerbebisor..

Tuesday, March 6, 2012

Guuuuddd Lucccckkk..!

Nak pakai baju ni...Salikin Sidek punya! hua3

Lamanya aku tak menulis..rasa canggung melihat blog aku ni sepi..hehe!
Ek eleh..buget plaks..

Tapi kebelakangan ni memang agak sibuk sedikit..
Takdalah sibuk giler- giler..kira masih sempat la nak men mesej dan bertandang ke kedai- kedai makan untuk makan sedap- sedap sebelum pulang ke rumah..

Aku dapat anak murid baru..
Nama dia Mawar Zulaikha..
Mawar..nama bunga..cantik tetapi tajam..
Macam sesuai dengan nama dia..hehe!
Yelah..Mawar ni bila cikgu- cikgu arus perdana kena layan..memang la terasa fedup..kira kategori berduri la kan? Duri boleh menyakitkan tau..hua3

Makin bertambah kegembiraan aku..Terasa setiap gaji yang dibayar tu macam bersesuaian dengan kerja..maka kuranglah aku rasa bersalah..

Jujurnya..aku rasa seperti berada di satu kawasan yang penuh manusia tetapi tiada siapa pun perasan tentang aku..tapi dia yang jauh dipulau keriangan, dipandang baik..wawawa!!
Tapi ada sesuatu yang membelenggu tentang kehidupan peribadi aku kini..

Entahlah...apakah kesudahan cerita kisah peribadi aku ni..
Adakah ianya sehebat cerita telenovela atau pun sinetron Indonesia.
Aku nak seperti kisah drama Korea yang penuh warna- warna cute dan ceria..he3

Ada hari tu..ada 1 akak tu telah menilik kehidupan aku based on tarikh lahir..
Macam- macam dia kira..
Dia kata tahun ini akan berlaku macam- macam ke atas diri aku..
Wah! Macam- macam ok..
Berdebar rasa hati..
Aku tak suka sebenarnya dia meramal macam- macam tentang aku..tapi dia tu terlalu peramah sehingga mau mengupas tentang kehidupan aku..
Tapi part yang tak boleh blah..dia cakap dalam genetik aku yang dia kira- kira..aku ni ada nombor 2..maknanya, datuk nenek aku dulu pernah berkahwin lebih dari 1..ok..lebih dari 1..
Secara jujurnya..memang ya..lebih dari 1..
Nenek moyang aku..lakinya 4..
Atok aku..bininya 4 jugak..
Akak tu kata...kalau tak kena kat aku..akan kena kat anak cucu aku..maknanya, ada potensi aku berkahwin lebih dari 1 kali..
Kenapalah akak tu sebok!! Merungsingkan kepala aku aje..
Tapi, aku harus percaya kepada Qada dan Qadar kan?
Hanya Allah yang berkuasa pada segalanya..
Maknanya...sesiapa yang lahir pada 26 November 1985 akan mempunyai sejarah hidup sama ngan aku la ek?? hua3..di situ macam ada banyak tanda tanya..
Tapi part yang paling lucu..
Akak tu kira punya kira..dia kata ada sesuatu pada aku yang tiada pada orang lain..
Aku ada 'pelaris'..wah!
Dia kata bukan diukur pada cantik atau apa-apa..ianya 'sesuatu'..apakah sesuatu itu?? huk3

Tapi apa yang aku mahu luahkan kali ni..aku sedang meniti hari- hari yang penuh tanda soal setiap hari..
Bolehkah aku menepis segala kenegetifan yang diberi secara tidak langsung dan langsung..
Aku bingunglah..
Andai dapat ku undur masa..semua benda aku nak ubah..haha!
Sebab ada perkara yang memalukan yang pernah aku lalui..
Selain malu, benda yang menakotkan juga sering terselit..
Tapi itulah kehidupan kan?
Setiap manusia di uji dengan pelbagai cobaan hidup..
Jangan fikir untung orang lain...kadang- kadang kita kena fikir untung untuk diri sendiri..

Untungnya aku dilahirkan sempurna..
Untungnya aku ada sebuah keluarga..
Untungnya aku jadi guru pendidikan khas..
Untungnya aku jadi kakak!..
Untungnya aku tiada abang dan kakak...
Untungnya aku jadi KARTINI ABIDIN..
Untungnya aku ada kereta JCE..

Wah! banyaknya untung kan? Maka ucapkanlah alhamdulillah..
Berusaha untuk mendapatkan keuntungan diri sendiri walaupun anasir- anasir tak elok telah dihadapkan.
Moga esok aku akan sukses menjadi juruacara kejohanan sukan pendidikan khas!!
Seganlah aku..tapi aku terpaksa terima job itu sebab.....aku ni dikenali oleh cikgu senior tuh..
Adoi..kantoi sebab tak datang time kejohanan sukan daerah benut..
Camne nak datang..2 hari nama aku diletak jadi juruacara..ingatkan pegawai cina yang memandai letak..upernya cikgu senior tuh..
Memandangkan aku nak jaga perhubungan baik dengan senior...maka, aku merelakan suara garau sengau aku ni berkumandang meriah di padang Sk.Benut! Gud Luck Cikgu Kartini!!