Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Wednesday, December 29, 2010

Sejarah Harimau Tampan

Yer..pada hari ini terlakar lagi satu sejarah Malaysia kerana berjaya merangkul kemenangan pada kejohahan Piala AFF Suzuki 2010..

Maka, sebelum datangnya hari esok..iaitu 30hb Disember 2010..aku rasa mau mengabadikan sejarah ini didalam blog aku pada tarikh yang sama dengan kemenangan yang dicipta.

Sejujurnya, aku kurang berminat untuk melihat aksi-aksi ketika perlawanan bola sepak berlangsung. Lagi- lagi kalau Malaysia yang bermain..pasal aku tak boleh terima kekalahan di mana, selalu je Malaysia kecundang. Tadi pun aku nengok mase separuh masa kedua.. Tu pun selepas aku repair antena tv berkali- kali.. Harap je dekat dengan pencawang TV Gunung Pulai..
Hampeh..tak jelas langsung...

Walaupun tadi kaler itam putih, nampak jugaklah kehemseman players Malaysia.. Agaknya, kalu clear tadi..memang leh bikin aku bermimpi ah kot..hahha! Geli..
Saje je..bukan excited sangat pun..Aku dah tak minat sangat dengan aktiviti meminati dengan fanatik ni..
Sebab otak aku dah diracuni oleh kata- kata mak..
Mak cakap ape?

Dulu, aku minat sungguh nengok racing kereta F1 tuh.. Aku paling minat Micheal Schumacker..sanggup aku tunggu depan TV berjam- jam..mebi mak geram nengok aku berbaring dengan gembira, maka die pon berkata ' hey tini! stoking busuk die pon kau tak dapat ah!'..huk3
Hmmm..semakin selalu diperkatakan begitu..maka, terbantutlah keminatan aku itu.
Jadi, sekarang..aku cuma just mau mengambil tahu..
Jika ada kemenangan...aku tumpang gembira..

Apapun.. Tahniah la kepada pemain- pemain Malaysia..
Pengorbanan anda semua untuk negara amat dihargai..


Macam emsem je player no 8 tuh..

p/s:
Waktu ketika ini, aku juga sedang mendengar ceramah abah kepada Mahera..Nak tergelak aku..Pasal abah leh melabel- label kitaorang kepada beberapa kategori.
.Gelak- gelak gak..tapi aku mesti dapat gak tempiasnye..macam biase ah..time ending aku punye part..

Mahera: Kategori Mentel.
Tiara: Kategori Malas.
Mak: Kategori Gian Bercakap.
Aku????
Aku kategori Macam Budak- budak...hahah!
Suke ati abah ah..abah gak yang cakap 'walaupun kau dah 25 tahun, kiteorang masih anggap kau macam budak- budak lagi'...hhmm!

Saturday, December 25, 2010

BSN Kekejian


Boring sungguh apabila melalui keadaan seperti ini..
Berjumpa dengan mereka yang kononnya mau berkawan sahaja..

Dipendekkan cerita, aku beli la Simpanan Premium BSN ni sebab tadi akak tu sebok panggil dan aku try la cuba..memandangkan ianya berbentuk simpanan dan ada rezeki menang..

Entah mengapa semasa melalukan proses penyempurnaan boleh pula internetnye problem..
Maka kata akak yang proses tu kena ah tunggu..disebabkan masa dah suntuk dan aku xmau mak menunggu aku lama di pejabatnya.. Aku cakap, len kali ah aku amik..kat BSN Pekan Nanas dan akak tu setuju..

Before tu lama dah aku menunggu dan terpaksa berbual- bual dengan depa..aku malas nak berbual- bual sangat. Boleh pulak aku berjumpa dengan satu pakcik yang aku kenal kat Permatang Duku..dia boleh cam aku pasal SUARA aku..dia kata ' Ni cikgu Kartini kan?'..
Mulanya kata dia tak cam, bila dengar suara baru dia cam..Alah pakcik tu jual insurans..memang ah kenal.. Kat kaunter tu yang jaga ada 2 orang lelaki dan sorang perempuan.. Habis identiti aku terbongkar..

Tiba- tiba time magrib ada orang call..aku kat uma nenek mase tuh..Jalan- jalan nengok Arsyad Mirza.. Pemanggil tu kata boleh ke cikgu amik aku punya sijil kat depan KFC Pekan sebab dia mau balik JB dan lalu depan KFC..aku fikir- fikir boleh aje..Sebab malas juga mau ke BSN tanpa apa- apa pegi tanya kat kaunter amik sijil. Lainlah kalu ade resit. Ni kena terjah. Aku pon setuju.

Tapi bro tu lain macam la, leh mesej aku swoh aku jangan panggil encik. Dan bersungguh untuk memberikan juga sijil yang bernilai hanya RM10..dan sudah menunggu di depan KFC sebelum sempat aku menghantar mesej. Dan aku ni jenis seorang yang tak mau mengecewakan orang lain secara terus menerus..Bukan apa, mebi dia memang bersungguh dan ada rasa tanggungjawab ke atas aku as customer dia.. Aku beritahu kat mak, dan mak bagi. Tiara temankan aku. Dan aku menuju ke KFC.

Sijil sudah diambil. Maka sampai disitu ah urusannya..

Namun ianya tidak tamat lah..
Bro tu leh hantar mesej salam perkenalan plak..
Bahasakan diri dia abang2..wat da hell!
Siap cakap dia suka nengok aku cakap, dan tersenyum..sebab kelakar..ape tu??

Hello...secara jujurnya..memang susah aku mau memanggil panggilan abang itu..
Agak liat lidah aku..serius...banyak bro2 aku panggil encik2 saje..
Ex boyfren aku pon aku tak panggil abang..Aku panggil manje, bb, cyg..haha! Geli juga apabila mengenangkan panggilan sebegitu..last2 kecundang jugak..hahha!
Tapi aku suka memanggil abang aku abang..pasal dengan dia je macam best panggil abang..hahah! Lidah sendiri boleh lembut..Serius jujur aku cakap..

Malam ni aje, ade 4-5 mesej dari bro tadi..cakap sudi ke tak nak kawan..
Salam perkenalan la..
Tidur dah ke..
Hello..urusan saya dah abies dengan encik

Pengajaran pada arini:
  1. Janganlah terlalu bermuka manis wahai Tini..Layan orang cakap..Mesti orang ingat awak ni mudah sangat didekati dan perempuan caca marba yang boleh dibuat main geli- geli.
  2. Tak payah ah layan- layan promoter- promoter tuh..kalu nak beli, beli kat kaunter sudah..
  3. Urusan bank harus dibuat di bank dan bukan di KFC. Berhati- hatilah.

Namun begitu, ini semua bukanlah masalah yang besar. Aku boleh mengubahnya dan pilihan memang ada pada aku..
Alhamdullillah aku selamat dan aku anggap ini semua pengajaran dalam hidup.
Rambut orang sama hitam, tapi hati lain- lain.. Jangan biar orang ambil kesempatan terhadap pakej diri yang mudah orang dekati.. Memang aku mudah didekati, tapi bukan semua yang boleh aku jadikan kawan dan aku mahu kawan dengan rela hati. Jadilah si jinak Merpati..Nampak mesra, tapi bila dah dekat.....LARI!!!!

Mungkin orang cakap aku ni perasan sebab mebi bro tu nak kawan biasa aje. Tapi, aku yakin semua dari kita, tak banyak mebi sedikit ada dikurniakan satu deria yang memberitahu samada benda tu ok ke tak. Dan kali ini aku rasa benda yang aku lalui tadi adalah sesuatu yang merepek..Maka tindakannya ialah lari sejauh- jauhnya......sebab tak rugi pon..cuma geli jela..hahah!

Thursday, December 23, 2010

MOTOR SHOW - KUALA LUMPUR INTERNATIONAL

3-12 DECEMBER 2010 PUTRA WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR MALAYSIA TICKET NUMBER: KL 153214

Ulasan tentang malam itu:

  1. Boleh tahan menariklah..
  2. Berjalan jauh, jalan yang bergelombang-gelombang.
  3. Ada sungai.
  4. Banyak kereta cantik dan juga tak cantik.
  5. Banyak perempuan cantik juga.
  6. Banyak cameraman.
  7. Ada jumpa Pierre Andre!.
  8. Masuk peraduan, tapi tak dapat pon..memang tak pernah memenangi cabutan bertuah pun.
  9. Tak dapat amik pic sangat pon sebab malu nak kuarkan henpon murah.
  10. Dapat beg kaler putih dan tin Honda.
  11. Abang yang belanja tiket. Tapi abang nampak tak hepi malam tuh..die mengantok gaknye..cian abang.
  12. Makan macam- macam lepas balik nengok show..
  13. Suke nengok gelagat orang- orang..kadang- kadang rasa geli nengok karenah mereka yang punyai hobi mengsnap pic..buget teror..hehe! Tapi tak bek ah geli- geli..
  14. Terima kasih la kat abang sebab bagi pengalaman ini!
Mau amik kete yang kat belakang tuh..tapi dah jalan terjauh sangat. Harap pakcik yang pakai kacamata dan berbaju kotak- kotak itu tidak perasan.huk3

Tayar dia pon aku tak mampu beli.

Ni lah Pierre Andre..Memang sama muka dia macam dalam tv..

Cantikkan kete kuning tuh! Aku kebetulan berada dibelakang enche ini.. Tiba- tiba aku macam mau menghasilkan kesenian meng'snap' pic..hi3 Ade yang besar, ade yang kecik..

Tuesday, December 21, 2010

Menyampah..Hhaha!

Hari ini aku tido dengan lena sekali..
Ini kerana aku ditemani Patrick yang sangat comel sekali..
Dulu- dulu aku selalu suke Sponge Bob..tapi sekarang aku sudah beralih arah cintaku kepada Patrick..semoga Patrick akan terus bahagia didakapan ku! cewahhh! biarpon harganya taklah semahal beruang berbulu putih...dan secomel beruang berbulu putih...namun Patrick juga menjadi pilihan..walaupun purutnye buncit!! buncit! buncit dan buncit!
So syomellll la kamu Patrick! kamu suke kan aku peluk?? hahah!
Hepp! jangan jawab pasal nanti leh bikin aku lari!

Seronok bile dah balik ke kampung halaman sendiri..
Berkunjung ke rumah kawan- kawan baik yang berkahwin..bulan ni banyak jugak lah aku pergi wedding! seronok melihat mereka di pelaminan..tapi aku tak suke bile memikirkan akan kepenatan di hari majlis..
Ayu sempat memberitahu, best tini kawin..dah dapat diam terus! hahha!
Aku senyum jelah sambil cakap woow! hebat kamu!

Perkahwinan memang indah..
Ikatan sah yang memboleh semuanya menjadi halal dan memenuhi fitrah manusia..(selagi tidak melanggar hukum syarak)
Bila perjalanan yang betul dari awal perhubungan, InsyaAllah perjalanan seterusnya akan menjadi betul dan akan mengikut landasannya..
Namun jika ada musibah mau pun ujian sedarlah sebenarnya Allah tau akan kemampuan setiap hambanya..

Hari ini besday Jamal..Jamal yang aku kenali sejak aku berada di tahun pertama lagi..
Orangnya pendiam, tak banyak cakap..aku rasa, kalau aku jumpa dia memang tak banyak dia cakap..macam berkomunikasi secara dalaman je..
Dia kata dia jawa..tapi dia pandai cakap bahasa banjar! wow! memang hebat kamu!
Bahasa yang semakin hari semakin pupus..heeh!
Semoga Jamal akan terus sukses dan kebahagiaan akan sentiasa menyelubungi dirimu k!

Semalam, aku dapat result pasal interview stupido..
Alhamdullillah..aku lulus..
Kalau la aku jadi tuan haji aritu, memang aku dah kasi gagal orang macam aku..
Tulah, dah namanya rezeki dari Allah..maka haruslah kita tidak memikirkan perkara- perkara buruk @ remeh yang belom tentu terjadi pada masa hadapan..
Sebab, mau tak mau..terpaksa juga dihadapi!...
Hidup memang misteri!

Friday, December 17, 2010

Bayanganmu Menjelma lagi..


Bayanganmu menjelma lagi..

Penatlah mau memikirkan masalah ini..
Tak ditolong, keluarga sendiri..
Tapi, aku ni dah macam ape la pulak..
Bila memikirkan masa depan budak kecik tuh..aku jadi serba salah..
Ke hulu ke hilir aku..

Tanpa segan silu, aku meminta pertolongan seseorang yang katanya cakaplah if apa-apa yang dia boleh bantu..kawan,macam ni lah kawan..membantu disaat memerlukan..

Ini dia talian hayat yang menyayat hati..hahah!
Biarlah,as long aku tak macam orang Thailand yang bergondong- gondong membawa beg ke hulu hilir..

Inilah kisah, bayanganmu menjelma lagi..

Artikel yang menarik!

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_01.htm

Menangkis stigma lembam




LEBIH 25 tahun lalu, ketika berada di sekolah rendah, Ar Sarly Adre Sarkum berdepan cabaran getir berbanding kanak-kanak seusianya. Di sekolah, dia dilabel sebagai pelajar lembam kerana kesukarannya membaca dengan lancar.

Bukan itu sahaja, disebabkan kekurangan itu, dia menjadi pelajar yang kurang digemari dan sering menjadi mangsa buli. Dia sering tertanya-tanya apakah kekurangan dirinya sehingga perlu berhadapan dengan situasi sedemikian sepanjang tempoh usia yang mentah itu.

Ketika menghadapi peperiksaan pula, Sarly mengakui terpaksa menghafal untuk lulus. Saat Sarly mengimbas kisah zaman sekolah rendahnya, dia cuma dapat membaca dengan lancar apabila berada dalam darjah dua.

“Waktu itu saya semakin menyedari kekurangan saya namun langsung tidak mengetahui puncanya. Maka disebabkan itu, saya berusaha dua kali ganda berbanding pelajar lain untuk cemerlang.

“Sekiranya pelajar lain mengulangkaji pelajaran selama dua jam, saya pula memerlukan sehingga empat jam kerana saya banyak menggunakan teknik menghafal untuk memahami subjek-subjek yang saya pelajari,” katanya.

Mengimbas kehidupan persekolahannya ketika berada di tahun lima di Sekolah Rendah Wellesley di Pulau Pinang, Sarly memberitahu dia perlu bersaing dengan pelajar Cina yang merupakan kaum majoriti di dalam kelas terbaik yang didudukinya.


SARLY bukan sahaja berjaya mengatasi masalah disleksia yang dihidapinya, bahkan melanjutkan pelajaran ke menara gading dalam bidang seni bina.


“Hasil kerja keras dan ketekunan mengulangkaji pelajaran, saya mendapat tempat kedua di dalam Penilaian Darjah Lima peringkat negeri.

“Pencapaian itu mendapat perhatian Kementerian Pendidikan yang kemudian menawarkan saya peluang menyambung pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK),” katanya yang kini berusia 34 tahun.

Keazaman untuk berjaya tidak pernah luntur dalam dirinya. Sejak di MCKK sehingga menyambung pengajian peringkat Sarjana Muda Seni Bina (B.A Architecture) di Universiti Liverpool, United Kingdom (UK), Sarly sentiasa optimis demi mencapai cita-citanya menjadi seorang arkitek.

“Perancangan asal saya untuk menyambung pengajian peringkat sarjana di UK tersasar apabila saya diminta pulang ke Malaysia pada tahun 1998 apabila ayah saya disahkan menghidap barah otak.

“Alhamdulillah, kami sekeluarga berjaya melalui saat getir itu dan ayah disahkan sihat selepas menjalani pembedahan. Sehingga kini, tanda pembedahan di dahi ayah sentiasa mengingatkan saya akan detik itu,” katanya yang menyambung pengajian yang tergendala di Universiti Sains Malaysia (USM).

Kepulangan Sarly ke tanah air tidak sia-sia. Dia bukan sahaja berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang, bahkan USM telah mempertemukannya dengan isteri, Noorhanisham Husin, 30, yang dikahwininya pada tahun 2002.

Hasil perkahwinan itu, Sarly dan Noorhanisham dikurniakan dua cahaya mata iaitu Irdina Sofea, 6, dan Muhamad Adam, 3.

Kehadiran cahaya mata Irdina Sofea rupa-rupanya membuka satu cerita baru dalam hidup Sarly kerana hanya selepas itu lelaki tersebut mengetahui kesukarannya memproses ilmu di sekolah dulu adalah kerana dia adalah penghidap disleksia.


KANAK-KANAK disleksia menghadapi masalah untuk mengenal huruf. - Gambar hiasan


“Saya hanya mengetahui saya menghidap disleksia selepas Irdina didiagnos penyakit sama.

“Bezanya, dahulu saya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya tetapi anak saya kini mendapat kelebihan kerana dia mendapat rawatan serta pendidikan khas untuk kanak-kanak sepertinya,” ujar Sarly yang menghantar anaknya mendapat pendidikan khas di Pusat Disleksia Ampang, Kuala Lumpur.

Kerjaya arkitek

Sarly kini adalah arkitek dan Pengarah BDA Architects Sdn. Bhd. dan merupakan ahli termuda di dalam Pertubuhan Arkitek Malaysia. Dia juga merupakan sukarelawan untuk Yayasan Ar-Raudhah di Gombak.

“Sasaran saya dalam kerjaya ini adalah bagi menaikkan nama arkitek Malaysia di mata dunia. Agak mengecewakan ketika ini kerana negara lebih mengagungkan arkitek dari luar sedangkan arkitek Malaysia juga bertaraf antarabangsa.

“Saya berharap pada masa akan datang akan ada pertandingan dianjurkan supaya pemilihan arkitek untuk sesuatu projek berdasarkan pertandingan yang adil,” katanya.

Dalam pada itu, antara hasil rekaan seni bina pasukan Sarly yang dibangunkan ketika ini termasuklah inovasi bangunan baru kampus USM Pulau Pinang, kompleks stesen minyak Petronas Taman Tun Dr. Ismail, Monorail Pulau Pinang, pembangunan semula Lebuh Buckingham, Pulau Pinang dan Pusat Angkasa Negara di Banting Selangor.

“Saya tidak menjadikan kekurangan saya sebagai punca kegagalan tetapi ia menjadi aspirasi saya untuk berjaya dalam bidang yang saya ceburi,” katanya.

Disleksia

Disleksia berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘dyn’ bermakna susah dan ‘lexia’ bermakna tulisan, ia bukannya satu penyakit. Disleksia merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak iaitu membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa.


KELUARGA bahagia Sarly, (dari kanan) Adam, Noorhanisham dan Irdina Sofea.


Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan. Malah sebahagian daripada orang yang terkenal juga mempunyai disleksia.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia atau mendapatkan nasihat daripada Jabatan Kebajukan Masyarakat untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

Duit kertas anda berlubang-lubang? Dimakan anai- anai??

Di sini aku mau berkongsi pengalaman yang baru aku dapat tadi..
Seronok dapat mengecapi pengalaman ini..
Kerana duit lubang- lubang yang ala- ala roti kirai ini ada beberapa yang aku dapat pelajari.

  1. Menggunakan mesin ATM di CIMB BANK
  2. Menggunakan perkhidmatan menukarkan wang di bank
  3. Mengenal bas dan tahu berapa tambangnya

Bab menggunakan mesin
Semua orang tau boleh kasi masuk duit guna mesin tuh.

Menggunakan perkhidmatan menukarkan wang di bank
Ha..ni ramai orang tak tahu..bagaimanakah cara- caranya.
Mudah saja..

Jika wang anda mengalami kerosakan seperti berlubang- lubang, lusuh, tukar warna dan yang sewaktu dengannya yang mana anda rasa memang kedai takmo terima duit anda, usahlah anda malu atau gusar. Pergilah ke mana- mana bank yang terdekat.

Macam aku tadi, aku g kat CIMB Bank yang sebelah SOGO tu je..

Tapi kata dia tadi, tak semua wang boleh ditukar. Wang yang boleh ditukar:
  • Nombor sirinya masih ada.
  • Gambar Yang Di Pertuan Agong masih ada.
  • Dan juga, garisan jalur perak yang ada pada duit anda.
  • Mengikut budi bicara pegawai bank yang anda jumpa. Bergantunglah. Ada yang cerewet dan malas nak ambil kisah. Tapi yang penting, bank boleh melakukan urusan pertukaran wang rosak.

Mengenal bas dan mengetahui tambangnya.
Rupa- rupanya ada 2 bas yang lalu depan umah makcik aku ni..U 224, U 223..
U 223 je ke stesen LRT. U 224 aku tak pasti sebab aku dah dihalau secara baik tadi.
Tambangnya, cuma RM1..

Walaupun, aku agak malu kerana terpaksa turun, tapi aku tetap berterima kasih pada pemandu kerana memberitahu aku maklumat sebenar dan bercakap dengan baik.

Pemandu bas U 223 juga seorang yang funny. Aku tanya berapa tambang bas? Di menjawab, selepas tawar menawar, dari RM 10 jadi RM 1 je.. Selepas itu, aku agak mau ketawa besar tadi pasal, aku rase bro U 223 tu x reti lagi mau bawak bas.. Masa kat selekoh, die tak pandai lagi mau agak jarak dan memusingkan stereng bas pada waktu dan darjah pusingan yang sesuai. Hasilnya, dia telah memakan jalan orang lain dan sebelah tayar bas naik ke divider dan terhenjut- henjut ketika mau turun semula ke jalan raya..hahha! tu dia, tawar menawar!

KL..Kukup Laut or Kuala Lumpur?

Semalam anak murid aku call..
Die memberitahu akan perkhabaran tentang dirinya yang kini sudah menjadi orang bujang!

Dia tanya, aku kat mana? Aku cakap aku kat KL..
Dia leh cakap Kukup Laut ke cikgu? Ceh! Aku dipermain- mainkan..aku pun tak terfikir dia akan sekreatif begitu..Secara jujurnya, aku lebih banyak ke KL-Kuala Lumpur berbanding ke KL- Kukup Laut walaupun KL- Kukup Laut tu sebenarnya lebih dokek dari umah den!

Yer, macam- macam aku bikin di KL ni..
Tapi benda yang paling ketara yang aku bikin ialah tidur dan bangun tidur sesuka hati aku..
Seronoknye..tapi, tak seronok juga bila dah 2 minggu macam ni..Rindu pula nak balik rumah dan bergaduh- gaduh dengan semua orang..sibukkan diri..dan merasai bahang kepanasan Kg.Sawah!..

Aku cakap kat abang aku..Kg.Sawah memang panas..walaupun duduk di dalam rumah.. Tapi dia gelakkan aku, ketawa sambil matanya menjadi sedikit kecil dan tahi lalatnya ke atas ke bawah..hahhah! Weh abang! If ade peluang datang ke Kg. Sawah..Rasalah kepanasnya k..haha! Nway, kerja style Fina yang abang ajar, akan ku praktikan sendiri nanti...sebelum ni..memang tak reti ah guna mesin tuh..hahah! Umur dah 25 tahun tuh..hu3

Namun, KL memang seronok untuk berbelanja..maka, kenalah simpan wet yang cukup untuk berbelanja..

Antara agenda yang aku buat di KL- Kuala Lumpur pada percutian kali ini:

  1. Hantar Ayuni dan tunggu Ayuni selama sejam di Kondo One Plaza..berdepan dengan UNITAR, belakang Balai Polis Dang Wangi.
  2. Pergi balik ke hentian bas Bukit Jalil, beli tiket Ayuni dan hantar Ayuni dan kembali semula ke Sentul dengan segera kerana belum mandi.
  3. Berjumpa dengan sahabat baik semasa di Universiti Malaya, Siti Masnita dan Mardiah Abdullah. Seronoknye..
  4. Bertidur-tiduran mengganggu Ita di rumahnya, Pantai Dalam.
  5. Berjumpa dengan abang aku yang baru aku tau rupa- rupanya dia adalah seorang penyanyi! Dan dia mungkin akan convert kerjayanya untuk menjadi pramugara MAS. Disamping untuk bertukar cawangan ke Cawangan Jalan, tapi sebelum tu mau ke KADER dulu katanya. Mana- manalah abang..asalkan u tak tensen dan menghisap rokok yang diletakkan di bawah timbunan kain buruk.
  6. Pergi wedding kat Hotel Singgahsana..makan memang sedap..aku duduk betul- betul depan penyanyi..(aku juga rupa- rupanya duduk di sebelah penyanyi)!.
  7. Shopping kat Chow Kit..Borong semuanya..aku balik ni nak jual beg. 3 beg RM100 je..aku beli, belas2 ringgit je..Gila murah..ade rezki aku mau buka kedai serba serbi..jual2 handbag, selipar, dompet, tudung2...memang leh untung kalau laku..
  8. Makan- makan dan makan- makan...
  9. Pergi ke pameran kete..dapat tin Honda je..he3 Tapi jumpe Pierre Andre tuh..wow!
  10. Jumpa Caca! Dia mau jadi polis..gerak- gerak Khas..Gud Luck! May Allah Bless u!
  11. Dan lain- lain..hehhehe..penat nak taip dah..

Senyuman manisku di Mid Valley! hahah!

Friday, December 10, 2010