Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Saturday, December 15, 2012

Aris kirim salam...!!

Telefon ku berdering dengan nyaring dan bergetar- getar ibarat dijangkiti penyakit Parkinson...!
Owh..abah ku menelefon..

Yes abah...
Why u call me?

Takde ape...
Abah cuma nak sampaikan pesanan Aris...

Aris??
Aris Ariwatan kah?

Bukan..Aris abang bengel yang agak manis mukanya..hehe!

Sebenarnya, Aris menservis kereta aku @ kereta abah..
Banyak yang diservisnya..
Maka harga servisnya mestilah banyak juga..
Abah cakap dekat RM5OO...
OK...

Sebelum ni..dah kena RM600 kerana temperature naik..

So, dah seribu lebih disini..

Tu yang aku ingat..

Ni ekon dia masalah lagi..

Maka kena servis ekon lagi..

Aduh...

Takpelah, asalkan hati abah hepi melihat aku menggunakan kereta dia...
Akan aku harungi jugalah..
Walaupun aku tau macam- macam risiko yang mungkin dihadapi..
hahaha!

Cepatnya dah nak hujung tahun...!!
Kalendar baru pun dah dapat...!


Malam Bunga Kertas

Malam ni..semua orang dah tido awal..
Cuma aku yang tak tido- tido..
Mengantuk..tapi hati tak tenang..

Rajin pula aku menulis sesuatu di blog yang sendiri baca ni..

Bukan kerana rajin sangat..tapi aku rasa macam ada sesuatu yang mengganggu fikiran..
Bukan sekali dua...tapi menda ni dah jadi banyak kali..

Kadang- kadang..
Aku cuba kuar dari kotak yang mengelirukan itu..
Tapi aku memang tak boleh keluar..

Huh!

Ya Allah..kurniakanlah aku nikmat yang satu itu...

Amin..

Friday, December 14, 2012

Takdir Sendawa

Sendawaku rasa durian..
Buerkk...kenyang sangat...
Angin durian memenuhi mulut ku waktu ni..
Adoi..
Tapi bila orang dah bagi dan kupaskan...tak sampai hati nak tolak..

Kadang- kadang, pengorbanan itu adalah untuk kebahagian orang lain..

Macam Malaysia yang kalah dengan Thailand malam tadi..
Pengorbanan yang menggembirakan untuk pihak yang lain..

Apapun..memang bukan rezeki dan jodoh.. :)
Hidup ini memang akan berlaku ketidakadilan kadang- kadang..
Namun, paksakanlah diri untuk meredhakan dan memaafkan semua yang berlaku..
InsyaAllah, akan muncul juga hikmah kegembiraan di perjalanan kehidupan..

Wednesday, December 12, 2012

Abang Dan Sebenarnya.......


Suara dia memang seksi..
Dan aku pun suka lagu ni..
Sering ku dendangkan waktu dulu...
Oh bulan.....enggan melayan diriku lagi...
Pabila air mata membasahi pipi..
Ku enggan berpura- pura ku bahagia.
Ku akui cemburu mula menular dalam diri..
Pabila kau bersama yang lain..
pam param...pam param..

Cerita Morrie

Malam ni cuaca sangat nyaman dan sungguh sejuk..
Kampung sawah sunyi sepi..
Hanya kedengaran bunyi cengkerik yang menyanyi dengan penuh kegembiraan..
Sesekali angin mendengus dengan pantasnya..
Membuatkan anak rambut terasa seperti melambai- lambai dipermukaan pantai dahi..hehe!

Ok..
Dah lama aku nak tulis cerita novel yang aku baca ni..
Cuma malam ni je macam ada sedikit kelapangan dada dan fikiran..
Adinda ku Arsyad Mirza dah tidur..
Maka boleh la aku menulis di permukaan laptop ini dengan tenang..
Bukan apa..budak kecik ni memang pantang nampak laptop..
Dipaksanya aku untuk on slot kegemaran dia..
Slot bananana..........
Boboiboy..aduh.

Novel yang aku baru je beberapa hari abis baca ni tajuknya ialah Tuesday with Morrie..
Wikipedia Tuesday With Morrie
Ehm...
Sepanjang perjalanan aku dalam novel ni..
Beberapa kali aku menangis dan melelehkan air mata bila baca..haha!
Lepas tu aku stop untuk rehat..
Entah kenapa, novel ni boleh bikin aku cry..
Sedih atau terharu atau sedih memang...
Aku macam berada dalam novel tu la..
Adoi..

Kalaulah aku boleh berjumpa dengan seorang guru yang macam Morrie..
Memang sesuai sangatlah rasa..
Sebab dia mengingatkan aku pada seseorang..
Seseorang yang boleh bercerita/ bergaduh dan aku boleh berkawan dengan dia..
Haha!
Dan aku juga membayangkan jika aku tua macam Morrie nanti..ada tak anak murid aku nak lawat??
Entahlah...
Senang cerita...apa yang Morrie bagi nasihat kat Mitch tu..memang ada benarnya..
Isu kemanusiaan dan kasih sayang yang agak mendalam..
Kalau rasa nak nangis..bacalah novel ni..
Kalau rasa diri ni teruk..bacalah novel ni..
Kalau rasa kita tak bertuah, bacalah novel ni..



Thursday, November 29, 2012

Dedi Long Leg...

Okey..
Akhirnya...abis juga baca novel ringkas yang bertajuk Daddy Long Legs..
Hua3...
Novel yang ditulis oleh Jean Webster..
Daddy Long Legs Wikipedia

Kira ok ah novel ni..
Penulis seperti membawa aku pergi ke dalam dunia penulisan dia..
Sedikit anganan terbit tatkala tiba di plot yang menterujakan..
Seronoklah juga..

Apapun..tak rasa rugi berada dalam dunia khayalan novel ni..
Ada juga bait- bait falsafah kehidupan yang aku dapat...cewah!

Dunia ini penuh dengan kebahagiaan, cukup untuk semua orang, sekiranya mereka berpuas hati dengan apa yang muncul dalam hidup mereka. Rahsianya adalah bersikap lebih terbuka dan fleksibel.




Tuesday, November 27, 2012

Angin November..

Alhamdulillah..
Aku sudah genap 27 tahun..
Syukur kerana Allah masih lagi memberi nikmat rezeki yang pelbagai..
Umur, kesihatan badan, gigi, makanan, semangat...
Subhanallah..banyaknya rezeki yang diberikan..

Pagi -pagi lagi aku mendapat panggilan telefon dari seseorang yang memang rapat..
Kehadiran dia sebagai kawan ,mentor dan juga pengkritik memang juga satu rezeki yang Allah bagi kepada aku..
Medium penyampaian dan perluahan maklumat yang berguna banyak aku dapat daripada dia..
Semoga Allah terus membiarkan hubungan kami ini dengan penuh keberkatan dan dilimpahi rahmatNya..
Jujurnya, ini adalah hadiah yang berharga untuk aku tatkala umur aku mencecah 27 tahun..

Kadangkala aku selalu memikirkan..
Kenapa aku tak dapat itu,, tak dapat ini, dapat benda yang tak disukalah..macam- macam lah.

Sesungguhnya..rungutan aku itu sebenarnya adalah rungutan seorang hamba yang melupakan Tuhan Nya..
Kalau aku mengingat Allah..tiada fikiran jahat dan rungutan itu bukan?

Kerana Allah tahu apa kemampuan aku, dan apa amalan yang bersesuaian untuk membuatkan aku lebih mengingatiNya...

Bila berbual dengan kawan aku tadi..
Aku berfikir panjang sejenak...
Sambil aku membasuh baju, memasak...banyak yang aku fikirkan..
Aku insan yang lemah...masih banyak yang kena belajar...
Aku sedih, aku gembira..aku luahkan..
Tapi apa yang aku dapat bila aku luahkan kepada insan yang berjanji menyayangi aku?
Hanya biasa- biasa saja...
Sesungguhnya...ketenangan dan luahan hati itu akan lebih berjaya bila kita ingat Dia..
Ya...Ingat Dia..aku merasakan ada sesuatu kekuatan itu tadi..
Ku ambil Yassin..aku baca..
Ya Allah..tenangnya..
Lepas tu....aku tiba- tiba ngantuk..
Tidurlah aku...
Mataku terbuka lagi...
Banyak pahala aku harus kutip..
Token..token..token...

Faizal minta rebuskan jagung..
Jujurnya...aku tak pernah pun siang jagung mentah tu..haha!
Aku ingat bahawa aku masih dipinjamkan otak dan ingatan..
Refresh kembali saat- saat makan jagung rebus mak dulu- dulu...
Aku pun ambil parang...aku siang jagung- jagung tuh..
Ku buang kulit- kulitnya..tapi taklah sampai bogel..kira cun jugalah jagung aku tadi..

Lepas tu, Faizal nak makan nasi..
Kutip lagi token- token...haha!
Aku masak ikan masak kari...
Dia kata len kali masak kari kepala ikan plak..
Ok..Jujurnya..aku memang bukan peminat kari..hua3
Bila tak minat agak sukar untuk memasaknya bukan...?
Jadi...alkisahnya..aku menonton satu filem Indonesia tadi..Brownies..
Walaupun orang- orang urban Malaysia ni menyampah dengan filem Indonesia katanya..sebab macam benci filem Melayu la..ish..bersangka buruk plak..haha! Astagfirullah..
Ok..sambung cerita Brownies ni..
Apa kaitan dengan kari aku?
Macam ni...dalam filem tu ada mengisahkan seorang perempuan yang sangat minat dengan brownies..
Tapi percubaannya untuk menghasilkan brownies yang sedap macam seorang mamat ni bikin mesti berakhir dengan kegagalan..
Last- last dia datang juga cari mamat tu..walaupun ego dia mengatakan kenapa perempuan mesti terhegeh- hegeh cari resepi kat lelaki tu..
Bila dia jumpa lelaki tu..resepi brownies yang dibagi tu sama je dengan resepi yang dia selalu buat..
So, perempuan tu tanya, kenapa brownies dia pahit. tapi mamat tu punya tak pahit?
Lelaki tu jawab kira macam ni la bunyinya..
"Kita kena buat bukan untuk kita rasa, tapi untuk orang lain yang rasa''...
Ehmm..macam tu la lebih kurang..
Agak dalam maksudnya..
Tapi agak seronok menonton cerita tuh..

Ok..lepas makan kari dengan nasi..
Faizal main- mainkan aku..dia tanya mana lempeng pisang? mana pengat pisang?
Ekceli aku teringin sangat nak makan pengat pisang..2 hari lepas aku beria- ia beli pisang tu kat jalan Johol..
Lepas tu beli kelapa parut la bagai..
Macam nak masak aritu gak lah..
Aku beli aritu gak sebab kebetulan kami kat luar..
Nanti bila dah balik..mesti malas nak keluar..
So, tadi juga aku bikin lempeng pisang...
Maka, hilanglah ejekan itu nanti..hhaha! mungkinlah..
At least, ada token lagi disitu..InsyaAllah...layan suami la katakan..hahah!
Sedap makan lempeng pisang panas- panas....!

Begitulah...
Serba serbi kisah aku pada hari ini..
Aku menulis kat blog aku ni bukan nak bagitau aku asyik ke dapur aje.
Cuma just coretan suka- suka aku..
Kadang- kadang bila baca balik coretan lama memang macam kelakar je..
Hhaha!
Macam budak- budak..haha!
Hari ni adik ipar aku wish besday..
'Kak..dah 27 tahun ni perangai jangan macam budak- budak lagi'..
You see???
My adik ipar cakap macam tuh...jujur kan dia?
Yelah, siapa lagi nak tegur kalau bukan saudara kita..
Maknanya, dia mengambil berat tentan aku...
Semoga Allah akan merahmati dia..Amin~

Apapun..terima kasih kepada teman- teman yang sudi mengucapkan selamat hari lahir, selamat hari jadi, happy besday...he3
Maknanya...itu adalah rezeki yang Allah bagi..aku masih diingati..he3
Alhamdulillah...

Cepatnya! Jam hampir ke pukul 2 am..
Semoga hari esok akan penuh dengan ke berkatan Illahi untuk aku, dia, mereka dan semua umat di muka bumi ini!!

besday card for me!! cute!!



Mbak sedang tayang kad cute!! tq for the sender..;)


Thursday, November 8, 2012

Takdir

Julia..
Cerita yang agak dapat menarik perhatian aku..
Sebab suka nengok Nabila Huda berlakon..maka aku mengikuti drama tu dari minggu pertama hingga minggu terakhir..

Jalan cerita yang memberitahu bahawa kita mesti menghormati takdir dan menerima takdir yang diberikan sekiranya sudah tidak mampu untuk menanggung keperitannya..
Kena redha...he3


Selalu aku menyedapkan hati aku dengan ungkapan.. 'jangan bersangka buruk dengan Allah'..kalau sesuatu takdir yang berlaku ke atas diri aku ni, takdir yang bukan aku impikan..

Maka setiap kejadian yang berlaku dalam hidup ni kadang- kadang memang bukan takdir yang kita minta..

Selalunya, sesuatu perkara yang dibenci dan tidak disukai akan menjadi takdir..
Namun, kita hanya manusia..
Boleh berdoa..merancang..dan seterusnya menerima takdir yang dizahirkan untuk diri kita..

Hari ini takdir aku ialah menjadi juruacara..
Takdir itu telah menyebabkan aku tersasul cakap..perkataan jemput jadi jempit..

Dijempit, yang berusaha....En.Kurrr Bin Mahhh untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan acara..
Kata Mc Warhead kesilapan aku tu sebab ketulahan kerana mengejek nama guru besar...aha!
alah Pang Chin Fei yang baca buletin utama tu pun leh salah cakap ape..haha!

Jadi disini...apa yang aku nak tekankan ialah..
Setiap perbuatan baik atau jahat yang kita lakukan...mesti mendapat balasan..
Tulah..kadang kita tak sedar..

Mampukah kita berdepan dengan balasan itu?
Tu sebab ada pepatah mengatakan..
Buat baik berpada- pada, buat jahat jangan sekali..
Buat baik pun belum tentu dapat balasan yang baik sangat..
Maka, bersederhanalah kita...

Seronok menjadi juruacara..
Walaupun tempat duduk aku dibelakang pentas..dalam stor..haha!
Kalau dulu masa zaman sekolah, mana pernah cikgu bagi aku kesempatan jadi juruacara..
Macam gah je nengok pengawas pegang mikrofon..hua3

Apa pun..
Aku gembira sebab dapat menggembirakan anak- anak murid aku....
Dorang dapat hadiah hari ni..
Aku bagi dorang hadiah sama rata..
Pencil case..(aku suka pencil case)!
Buku cerita..
Pencil,
Pemadam,
Pembaris...
Gembira sungguh mereka naik ke pentas..
Budak yang tak pernah dapat hadiah masa duk kat arus perdana tu pun dapat hadiah..
Pengalaman naik ke pentas..
Ekceli, aku tau ape perasaan bila tak dpat hadiah time sek dulu..
Rasa kecik je hati ni.
Tapi akhirnya dapat juga aku naik pentas bila dapat segulung ijazah..!
Sebelum tu, aku dapat hadiah time dapat hadiah cemerlang STPM..
Kira dalam hidup aku ni..beberapa kali je naik pentas amik hadiah..haha!


Warga SK. Seri Setia 2012!!


Cuti sekolah nak mula..
Apa program ye..
Ehm.....langkah makin panjang atau pendek erk? ....


Tuesday, October 16, 2012

HeY Dis Dis Nus..

Seronok hari ni sebab akhirnya aku dapat penjelasan akan kenapa perlu LINUS dalam Pendidikan Khas..
Taklimat dan ucapan Penolong Pengarah Bahagian LINUS pendidikan khas KPM memang memberi impak..
Kalau tak aku pun blur kenapa dibuat LINUS tuh..
Lepas tu ada la penerangan pasal DISLEKSIA..
Memang dulu tak tau la apa tu DIKSLEKSIA yang sebenarnya..
Bila dah masuk dunia pendidikan khas ni..baru la tau sebenarnya apa semua- semua tuh..
Dunia yang kurang orang awam dan cikgu awam tau..
Bila ada kesempatan bertanya, banyak jugalah aku bertanya..
Seronok bertanya..dapatlah jawapan..
Harapnya dapatlah aku sambung belajar satu hari nanti..

Bila dah masuk tahun ke 3 mengajar, baru aku rasa muncul semangat tu..
Rupanya banyak strategi pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan yang aku cipta disekolah tu salah..haha!
Mengaku dengan jujur dan ikhlas..
Tapi sekurang- kurangnya aku dah buat jalan kecil..susur- susur disemak yang tebal..
Mengharapkan penebas asing dan muda yang tebas..haha!
Harapnya aku terus diberi semangat...ceh!
Macam bersemangat sungguh aku ni..

Tapi dengan kehadiran pembantu di sekolah..memang lain la..
Spirit tu lain..kurang stress...memang membantu mengawal emosi..
Aku hepi...haha!
Cuma, sekolah aku jauh la..
Kadang rasa berat betul nak memandu balik uma..
Jauh...
Adoi...

Hari ni aku cari seseorang yang kebelakangan ni aku mimpi- mimpi..
Saja mesej dia..pelik la juga..rajin jumpa dalam mimpi..
Kira last aku jumpa dia ialah 29 Oktober 2011..
Dah dekat setahun..
Dalam mimpi tu tak bual- bual pun, hanya dikejauhan..haha!
Mesti dia takut dan seriau bila aku cerita..
Tapi aku pun rasa hairan...kerap jumpa dia didalam mimpi..
Harap dia tak takut..aku biarkan jela mimpi tu datang..
Mimpi mainan tidur ape..
Moga dia sentiasa sehat dan bertambah ceria..
Rasanya dia ngah bahagia sekarang..
Semoga dia gembira..dapat jumpa dia pun kira 1 anugerah..
Bagi aku semangat untuk keluar dari kepompong daun pisang..haha!
Cerah gelap masa depan kita pun tak tau..
Tapi aku yakin dia akan punyai masa depan yang cerah secerah kulitnya..hehe!

Ehm...cuti sekolah hampir tiba!!
Rasanya apa ek nak bikin..
Taknak bikin rutin yang sama..buhsang...
Tapi banyak keje sekolah kena bikin sebenarnya..
Nikmatilah cuti sekolah ni dengan sebaiknya Tinny!


Thursday, October 11, 2012

Semilir Pagi

Semenjak ada pembantu murid kat sekolah, aku rasa stress aku kuranglah ckit..
Syukurlah..
Walaupun macam kekok..tapi agak seronok kerana persekitaran kelas yang bersih dan kemas..
Aku seronok..
Boleh menumpukan kepada aktiviti pengajaran yang lebih baik..
Walaupun terasa kemalasannya..hehe!

Kiranya adalah kawan untuk berbual..
Dan yang paling seronok..aku dah dapatkan tv untuk kelas dan opis aku..
Yuhuuu!
Aku kan peminat tv..bila ada tv rasa lebih syok...
Walaupun tv tu cakap sorang- sorang, sekurang- kurangnya aku ada teman...
Harapnya, aku dapat meningkatkan semangat bekerja untuk mencari rezeki yang halal dan berkat..
Rasanya macam kurang berkat la gaji aku..sebab asyik kena repair kereta rosak aje..haha!

Rosak memanjanglah kereta aku..
Kalau dah tak leh handle..memang kena amik 1 kereta baru tahun depan..
Sebab aku jalan jauh setiap hari..
Tapi bila je cakap nak beli, mesti bapak aku cakap kereta dia baik lagi bagus..
Dengan riak muka yang macam mengharapkan aku menggunakan kereta itu..
Adui...aku serba salah...
Tapi aku kena fikirkan diri sendiri..

Aku bingung..
Orang lain yang bimbangkan keselamatan aku berbanding orang terdekat..haha!
Aku tau kereta tu masih ok..
Tapi dia dah lama..banyaknya la kena repair..satu persatu dia tunjukkan kerosakkan dia..
Seronokkan bila pergi ke bengkel..?
Minggu ni aje...aku dah pergi 3 kali..
Macam merindui boyfren yang busy bekerja di bengkel..

Ni kereta tu kena tukar absorber yang bahagian depan..
Dengan getah apentah..
Aku nak gelak bila mekanik tu terangkan kat aku..
Mekanik tu baik memang, dia cakap pi la tukar kete baru..kesian kat aku gaknya..
Tapi dia kata ok je kalu jumpa dia tiap- tiap minggu..
Ceh!! 
Kadang terpaksa aku berbual- bual panjang dengan dia sambil nengok dia repair kereta..
Indahkan? haha!
Sampai macam- macam kisah tercerita..sampailah ke cerita peribadi dia..

Entahlah, sampai bila aku akan menimba pengalaman dalam menyelesaikan masalah kereta..
Busan kekadang..
Tapi yang paling best bila leh datang sekolah lelambat sebab kereta rosak..ahhaha!

Cerita kereta...entah bila akan selesai..
Kereta dan emosi..
Cerita belakang tabir yang sukar untuk aku terjemahkan..

Apa yang aku cari?
..........
Entahlah..macam ada benda yang masih aku belum dapat dan merasa kepuasannya.
Setiap hari aku cari...
Kosongnya...
Kadang terasa kebencian..penyesalan..

Namun syukurlah kerana Allah masih meminjamkan aku pelbagai nikmat didalam dunia ni..
Walaupun kereta rosak, tapi Dia beri aku jalan untuk bayar benda tuh..
Kesihatan..
Pekerjaan...
dan beberapa kebahagiaan...



Monday, October 8, 2012

Kuntilanak Ngantok!


Hahaha!
Eyebag yang dabel- dabel..
Rambut yang syetel- syetel..
Tidolah tini.......
Selamat Malam 8 Oktober..

Sunday, September 30, 2012

Matilah kau mati..!




Mawah merah yang ku cium
Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatku tak karuan

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku

Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku

Reff:
Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan

Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia

Berharaplah

Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku

Astagfirrullah...
Itulah ungkapan yang mampu aku ucapkan..

Menarik nafas panjang..
Mengeluh sendirian..

Semoga ada sinaran ultra merah yang terpancar untuk diriku..
Aku kaget melalui semua ni..

Kebencian yang susah diceritakan..

Kepuraan yang terbit dengan sendirinya..

Bukan ini kesudahan yang aku pinta..

Seronokkah dia menggunakan aku?

Berani betul...

Dugaan yang memeritkan ini akan cuba aku lalui..

Fokus pada yang perlu..

Pergilah kau mati! pergilah...
Aku bukan boneka atau pun pembantu peribadi kau.. Sialll!!

Wednesday, September 19, 2012

Sudah jatuh cinta..dicubit- cubit sayang!!

Susah jatuh cinta......
Susah jatuh cinta......
Nyanyian dalam hati...hehe!

Arini berlaku lagi episod yang melucukan + episod terharu..

Eh..betul ke aku bagi episod tu macam tuh? huk3

Ekceli..
Arini aku tersadai sekali lagi , entah untuk berapa kali aku pun lupa nak kira..
Kereta aku telah mengalami demam yang sangat panas...
Terkejut sungguh hati ini..walhal sudah ku cek airnya berkali- kali sebelum memulakan perjalanan..
Memang bukan rezeki, dia demam lagi..
Walaupun aku sempat berhenti sebelum dia pengsan..tapi aku tetap tidak dapat menyelamatkan hati dan saluran ususnya..hampeh!.. kena RM400.. mano nak cekau?? haha! adoi...
Sebenarnya, ianya terjadi kerana usus utama mengalami barah tahap 4 tanpa aku sedar...
Tub- tub...ianya bocor..lalu airnya meleleh..

Kali ni lokasi tempat kereta ku berehat ialah di kawasan yang jauh dari umah orang..
Sunyi sepi...
Aku menjadi kaget sebentar sebelum menelefon bapa ku..
Jam menunjukkan pukul 7.00pagi..ye aku lambat lagi arini..
Aku biarkan kereta ku tenang dan sejuk..ku buka bonet depan..
Kasi angin..
Tiada siapa yang mahu berhenti melihat kereta tua ku...yela..dorang kena kerja..aku faham tu.
Tapi rezeki aku, ada la budak perempuan ni berhenti..barangkali dia tau aku perempuan..dan dia tak mau bersendirian..sempat dia menolong aku mencarikan air..
Terima kasih adik..semoga rezeki Allah akan terus mencurah untuk kamu..amin~

Sedang kereta sudah mula sejuk, ku tuang la air ke dalam saluran yang sepatutnya..
Tapi still tak penuh- penuh..sekali cek..tu yang tau ususnya dah bocor..haha!
Aku pun telefon ah abah..suruh datang..bagi kete mak..aku nak g sekolah..
Lama juga ah menunggu kereta abah sampai..tunggu mak aku bersolek, mandi...
Last- last 8.15 baru dorang sampai..lama juga la adik tu teman aku..
Tengah tunggu- tunggu...ada la 1 pakcik berenti..dia tanya kenapa...
Aku pun cerita la sumer...dia ada la nengok cikit..
Memandangkan dia dah tau aku dah telefon abah,...dia pun minta izin pergi keje..
Terima kasih juga kat pakcik prihatin tuh..hehe!
Memang tak boleh dibantu pun..sebab hanya yang pakar yang leh godeh kerosakan kereta aku tuh..
Aku pun pergi sekolah..sampai kul 9..
Bestkan?? haha! malu seh..

Tadi masa nak balik uma..
Aku nampak kereta aku tersadai lagi..
Entah kenapa air mata aku berlinangan dengan laju...
Mengalir...
Aku sedih nengok dia sorang- sorang..
Kata dah amik! Tipu ah mekanik tu...
Tipu..dia ingat aku dah balik sekolah..
Tapi dia tak tau aku lambat balik arini..
Sampai ati korang biarkan kereta aku sorang- sorang tanpa teman kat kawasan yang seram tuh...
Aku harap..esok pagi kereta aku dah diangkat...

Adoi...
Banyak betul kenangan yang kereta tu bagi kat aku..
Aku hanya mampu tersengeh setiap kali dia meragam..
Aku macam layan baby manja..
Ceh!!

Kenapa aku tak tukar kereta baru??

Soalan tu sukar untuk aku jawab..
Selagi hayatnya masih ingin bersama aku...akan ku temani dia..
Dia takkan menodai cintaku...kerna dia lah yang saban waktu menemani aku..
Ke utara, selatan..
Malah dia lebih banyak mendengar cerita aku..
Peneman dan pendengar yang setia...
Terima kasih sayangku...JCE ^7^9



Monday, September 17, 2012

Bisikan Hati




Bisikan Hati

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatan ku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati

Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang dimana gerangan
Tiada berita ku dapati
Hanya ingatanku dimasa yang lalu

Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap har jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji

Monday, September 10, 2012

Aziz Ammonia

Huaaargghhhh!!
Mengantoknya...mataku kuyu...kena tido awal..
Esok nak kena bangun pagi!!
Sebab aku terpilih untuk jadi pengawas peperiksaan UPSR..
Aku kena jaga kat SRJKC. Yu Meng, Sanglang Pontian..
Yu Meng...! ye..sekolah cina..hehe!
Olang Malaysia juga...

Aku bertugas dengan 2 orang lagi olang Malaysia..
Tapi aku lupa la nama dorang..hehe!
Kiranya pusat periksa tu 3 orang yang jaga..
Calon periksa plak cuma 5 orang..hahah!
5 orang sahaja..
Ketua aku beberapa kali pesan swoh aku dah jumpa dia jam 6.30 pagi depan bilik kebal..
Adoi...semoga Allah mudahkan pemanduan aku dikala pagi..
Amin~ haaha!

Eh, tetiba plak teringat Aziz..
Anak murid aku..ahaha!

Arini aku bawa anak- anak murid aku belajar kat bawah pokok kat hujung padang..
Saja bawa anak murid yang terlalu aktif tuh..
Energy dorang yang duk dalam kelas tuh ibaratnya macam air gas yang digoncang- goncang didalam botol..
hahah!

Arini belajar pasal Sains sikit..
Aku cuma ajor pasal manusia memerlukan oksigen, dan tumbuhan memerlukan karbon dioksida..
Sebab tu aku bawa dorang kat hujung padang..kononnya nak suruh dorang berfikir macam mana tumbuhan tu hidup..haha!
Tinggi sangat la objektif aku arini..
Tapi aku cuma tekankan pada : manusia memerlukan oksigen dan tumbuhan memerlukan karbon dioksida..

Lepas dah cerita- cerita, suruh dorang amik tumbuhan bagai..
Aku pun soal setiap seorang..
Memang susah dorang nak ingat istilah- istilah tu sangat..

Tanya punya tanya...
Sampailah turn Aziz..

'Aziz, manusia perlukan..........?'

'Oooksigen, cikgu'

'ok, tumbuhan perlukan.......?

'Karrr karbon dioksida cikgu'..

'Ok..'..

Memang habit aku akan tanya soalan yang sama lagi..maka,

'Aziz, manusia perlukan......?

Aziz terdiam..tengok muka aku...tersengeh- sengeh..
Aziz dah lupa...haha! lupa..
Aku panggil..

'Aziz...apa jawapan??..."
Padahal baru je aku tanya soalan tuh..belum suruh dia duduk pun..ha3

Aku ulang balik soalan..

'Aziz, manusia perlukan.....???'

Dengan lajunya Aziz jawab.... 'Ammonia, cikgu!!'

Ya Allah...hanya tuhan je tahu perasaan aku masa tuh..
Setau aku takda pun aku nyebut perkataan Ammonia tu sepanjang aku ajor..
Aku tak mampu nak tahan ketawa...
Terpaksalah aku ketawa...
Dan aku denda Aziz lari keliling tiang gol..haha!

Tapi aku gembira dengan pencapaian dorang arini, sebab sebelum balik uma, aku tanya apa yang dorang belajar arini..
Dorang jawab..

Oksigen dan Karbon Dioksida! hehe!

'Ammonia..'??

....Akan ku beri tajuk post kali ni dengan... Aziz Ammonia...heheh!




Friday, September 7, 2012

Jamuan Hari Raya 2012

Syawal kali ni..kami tak pergi marhaban rumah ke rumah.. 
Macam tahun lepas- lepas..
Banyak menda nak difikirkan sebelum pergi marhaban ni..
Jadi aku buat keputusan nak adakan jamuan aje..
Jamuan untuk anak- anak murid..
Lagipun, aku macam fobia lagi lepas menguruskan Marhaban sekolah..haha!
Tahun ni Marhaban sekolah dilakukan mengikut style aku..haha!
Seronok bila menukar cara orang lama..
Banyak sangat komplenkan..jadi..aku as penyelaras...kena buat ikut kertas kerja aku..jadual aku..
Dorang ni banyak sangat komplen tentang masa..
Macam- macam cakap..bila aku wat..leh aje menda tu disetelkan..tetap pada masa dan orang rileks..santai..

Pagi- pagi aku datang je...Wawa dah lama tunggu aku datang..
Kesiannya...terus kejar aku..Nini Nini Nini..
Dia pakai baju kurung ungu..suka betul dia..

Maaf, kepada guru- guru lain jika Pendidikan Khas tak dapat jemput semua orang makan..
Menda ni di buat secara kecilan aje..hahha!
Kesian aku nengok cikgu Nasir..dia pagi- pagi da termenung sebab dia rasa bersalah tak dapat jemput cikgu lain..ahha!

Aku pun tak berani nak jemput semua sebab makanan agak terhad..
Kami ni bertukar juadah je..
Ada yang bawa ketupat palas, nasi impit, rendang, kari, mee hoon....macam- macam la..
Tapi sikit jela..

Harini aku dengan selamber, pergi pinjam projector sekolah..nak karaoke lagu raya kat kelas konon..hehe! 
Yang aku pelik, punya la kedekut akak E'on (bukan nama sebenar) tu dengan projector sekolah..
Masa aku ngah bawa, 'Ni, ni yang kat makmal erk?'..'nak buat ape?'..'nape pakai ni?' tanya ulang- ulang...dalam ati aku..nak mampussssh ke??? haha! jahat betul la aku ni..
Dengan muka senyuman.aku pun jawab 'ah kak..ni yang Sir bagi..kenapa? nak guna ke?'..time ni gak dia nak guna konon..
Padahal ada lagi 1 projector..
Kenapa sibuk nak tau? 
Kan menda ni semua bahan bantu ngajor..orang lain pun pakai ape..
Kenapa? Pendidikan Khas tak layak??? 

Astagrfirullah...kenapa aku bersangka buruk ni?? haha! udahlah....

Tapi kesimpulannya, sangat berpuas hati dengan murid- murid..
Sebenarnya, dulu sebelum aku masuk sekolah ni..
Nasir penah nak bikin makan- makan ni..tapi bila harinya tiba, semua budak tak bawa..lupa..
Pendidikan Khas...pelupa tu biasalah..haha! tu Nasir agak macam menda ni tak jadi arini..
Tapi kerjasama ibubapa kali ni sangat baik la..Alhamdulillah..
Siap ada bagi wet rayo lagi..



Oh! Fikri tak pakai baju raya sebab tak sempat nak pesan kat nenek dia..Tapi ok jela..takda masalah pun..

Punya degil si Aiman kembar tu..berani dia peace kat kepala aku...Memang patut kena cubit...Tapi kehadiran kembar di kelas aku..memang wat aku rasa tercabar la kadang- kadang.. Dia punya energy lebih dari orang lain.. Tak pernah aku nengok dia duk diam.. Semua anggota bergerak.. Tu kadang aku paksa dia kemas kelas...biar ilang tenaga sikit..

Nengok..bukan banyak pun makanan...tadi ada lebih sikit je.. Segan nak jemput reramai..

Ni sesi perbincangan antara Cikgu Siti dan Cikgu Nasir, bincang tentang konflik yang dialami oleh cikgu Siti..Cinta terhalang, cinta terhangat di Kampung Permatang Duku..haha! Biasalah, kalau dah bergewe dengan orang kampung..memang la heboh...orang nak amik tau..Sian gak cikgu Siti...Dia kata banyak cerita tentang dia tersebar, ada yang baik ada yang tak bek..disampaikan oleh kak E'on and Kak E'ti..haha! Nama watak yang saja aku bagi..Alah, aku cakap jangan percaya sangat la Siti..Kadang orang tu konon nak menyampaikan cerita dari orang lain, tapi sebenarnya 2 in 1, dia nak tau cerita sebenar dari ko.. Tabahlah Siti! Jodoh tu rahsia dan misteri!! 



Wednesday, September 5, 2012

Pisang buruk yang berguna

Arini aku nak respon pasal isu terhangat dalam dunia perguruan dikala nih...
Memang la hangat seperti cili...nampak merah dan menyala-nyala..
Kisah Liyana Adnan si jurutera yang mengomen kerja cikgu dan melakukan macam- macam perbandingan dan juga kisah si Komeng yang juga seorang jurutera yang penah menerajui dalam pembinaan Penang Bridge lagi, yang juga mengomen guru- guru zaman sekarang..haha!

Mula- mula je baca...ada terdetik juga dihati..macam sikit geram la..
Tapi...lama- lama rasa macam kelakar pun ada..
Rupanya, masih ada yang perasan kerjaya cikgu nih..
Banyak cuti dan gaji besor..wah!! haha! besor, besor, besor!!
Alhamdulillah..

Ini semua adalah cabaran buat guru- guru..
Biarlah apa mereka nak kata..
Walaupun kerja kita tak segah dan kencang seperti mereka..lakukan sajalah apa yang ditugaskan..
Memang berbeza guru dahulu dan guru sekarang..
Memang orang akan nampak banyak guru muda yang kurang produktif..
Tapi pernah tak kenapa guru macam lemau je kadang?? Malas aku nak cerita..haha!
Tapi pendapat Liyana tu ada betulnya untuk sesetengah guru..

Tapi juga....Liyana tu sebenarnya tak payah nak tulis macam tu sangat..Sebab menda tu akan berlaku kat mana- mana je sektor pekerjaan..hatta menjadi seorang tukang sapu pun!

Contohnya, pengalaman aku sendiri..biasa je aku dengar makcik cleaner kat sekolah tu salahkan member dia yang lain sebab tak buat kerja..padahal dia pun tak buat kerja...mana pernah dorang mop kelas pendidikan khas aku...aku dan anak- anak murid aku gak buat..malas nak membising- bising.. kalau bising akan ada hati yang terluka..kita ni hidup bermasyarakat, selagi menda tu leh di uruskan sendiri..try la buat..jangan wat hal sangatlah, sebab ada 1 masa nanti memang kita kena minta pertolongan mereka..

Macam kat opis mak aku plak.. ada pemandu tu punch card je..tapi lepas punch dia pergi memandu bawa kekasih gelap dia..wah! untunglah, kerja pun leh dating- dating...

Lepas tu masa kat kilang dulu, ada budak gemok...dia jadi supervisor tau..takda kelulusan pun..tapi sebab dia orang Cina..dia leh jadi supervisor..dia marah orang lain swoh pakai kasut, tapi dia tak pakai kasut.. Wah! untung la jadi orang Cina tuh..gaji lebih plak tu dari orang Melayu..operator Cina dan operator Melayu gaji tak sama woo..ada beza...

Jadi, aku rasa tak payahlah nak terasa sangat dengan Liyana Adnan tu..
Memang cikgu untung pun..Haha!
Mungkin niat dia mau menyedarkan cikgu- cikgu..cuma penulisan dia agak keras..Biasalah, dia jurutera..bukan pakar bahasa..

Tak semua cikgu macam dia cakap...
dan tak semua jurutera macam Liyana Adnan...hehe!

Ni la cikgu! pergi sekolah amik gambar je.... bukan nak ngajor!! haha! 


Tuesday, September 4, 2012

Menggosok gigi!!


Hahaha!
Bajet je aku gosokkan gigi acad..padahal masa kecik dulu selalu malas gosok gigi..
Bila dah sakit baru terhegeh- hegeh nak gosok, nangis- nangis minta tolong kat abah..
Kenapa abah?
Yela, memang abah je rajin layan aku time sakit gigi..haha!

Sorry ye acad..!!
Yenyen kena gosok gigi yelloisy acad sebab nak biar acad nampak emsem je dgn gigi yg ok..
Acad ni manja sangat!!

Monday, August 27, 2012

Post semalam tanpa internet...


26 Ogos 2012
Malam ni malam yang sunyi dari biasa..
Warga kota mula meninggalkan kampong halaman…suasana hari raya di kampong kat Johol ni mula hilang ditelan masa yang memerlukan semua manusia meneruskan rutin harian yang seperti biasa..

Aku masih belum tidur..semenjak seminggu kat berek polis ni.. memang hampir tiap- tiap malam aku akan keseorangan.. kalau siang pula..aku banyak menghabiskan masa dengan menonton tv..haha! masak dan makan… 

Oh ye…semenjak aku berpeluang untuk menggunakan dapur dan barang sesuka hati…banyak juga menu masakan yang terhasil dari air tangan aku ni..hua3… menu yang biasa je…yang paling best..akhirnya…aku tau camne mau masak kuey tiaw sup kegemaran aku  Sebelum ni aku hanya mengharapkan Cik choman jela yang masak untuk aku..hua3.. Betul kata mak..kalau nak masak sedap, kena selalu makan makanan sedap… 

Terima kasih kepada Faizal sebab dia telah membelikan dapur gas yang bernama WINCOOK.. Haha! Memang kebetulan atau takdir ya di situ? Ye…memang ada nama WIN kat situ… Nanti aku uploadkan pic dapur tuh..eley..nak upload konon..hua3..

Ni dia dapur WINCOOK!! haha!


Kenangan Hari Raya 2012,
Tahun ni kenangan tak la banyak sangat…
Tapi kenangan yang sikit tu banyak juga yang baru… untuk pertama kalinya aku beraya ditempat yang asing bagi aku..26 tahun aku beraya di Kampung Sawah… tahun ni aku beraya di Pekan Johol.. Hua3 tiada siapa yang aku kenal..hanya la Faizal.. dan keluarganya.. 

Aku ni tak reti memasak, mujur la Faizal kerja malam raya…maka aku ni dipaksa olehnya untuk teman dia kat berek…haha! Aku nak je duk uma mak dia..tengok cne gaya masakan dan suasana tempat orang.. Lagipun, kena la jaga air muka..takmo la dilabel as perempuan yang suka curi tulang.. emmm… entahlah…butakan mata, pekakkan telinga.. Kenapa mesti fikir yang bukan- bukan kan? Hahaha! Realitinya…memang aku ni pemalass….hak3!

Tahun ni baju raya aku cuma ada sepasang je..kaler hijau.. Tu pun 1 jer baju yang aku rasa berkenan mau pakai.. Simple dan mudah dibawa ke mana- mana.. simple la pada aku… Aku ni agak sedikit cerewet bab pakai baju kurung ni.. Aku suka memang baju kurung…tapi tahun ni baju readymade banyak yang mendukacitakan.. Aku puas dah pakai baju yang made in Thailand tu..  Puas aku mencari- cari, akhirnya aku jumpa la baju hijau tuh kat Sogo.. Walaupun harganya agak mahal…aku beli jela..sebab aku suka… ha3

Cerita tentang baju atau benda yang kita suka ni…aku belajar sesuatu tentang istilah suka.. 
Benda yang kita suka ni..belum pasti dapat membahagiakan dan menceriakan kita… 

Dalam memang maksud aku ni.. 
Tapi aku tak berani nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati dan minda aku ni sebab aku bimbang ianya menjadi suatu doa dan aku percaya tentang karma.. wow! 

Yela..macam balasan la.. so, apa kata aku belajar pula untuk bersangka baik walaupun sangat perit untuk aku laluinya.. Eleh…ayat dramatis la pula.. Tapi aku ingat pesan mak..walaupun mak selalu ajak aku gado…sekarang dah kurang la gadonya.. Mungkin kerana aku dah mula ‘matang’ dalam melondehkan suasana yang tegang..ehmm… apa pesan mak? Mak kata lepaskanlah benda yang kita suka dengan ikhlas kalau ada orang lain yang memerlukan… 
Dulu aku just amik menda tu as ‘oh, macam tu ke mak? Oklah…semoga orang tu happy dengan pemberian barang yang aku suka’.. Lepas tu aku mula lokek dengan barang/ benda yang aku suka… aku mendahulukan semua yang aku suka dan memastikan apa yang aku suka tu aku punya…
Banyak juga benda yang aku suka- suka buat, lepas tu aku yang merana berendam air mata bila mendapatkan kesannya..
Kesimpulannya, jangan suka- suka untuk suka sesuatu.. jangan selalu berbuat suka-suka je.. Suka ataupun suka- suka belum tentu mendatangkan pulangan yang mampu kita tanggung untuk seumur hidup ini… Pengalaman masa lalu banyak memberi pengajaran untuk aku.. Suka untuk aku melupakan…tapi ‘suka’ itu telah sebati dalam minta dan hati.. Oh! Sudahlah…

Sudahlah aku melepaskan semua yang terbuku… ceh! 
Tapi hari raya kali ni aku berpeluang jumpa Cik Umi.. Bukan senang untuk dapat sejarah tu tau… memang kebetulan dia ada di Melaka..maka aku pun memaksa si Faizal bawa aku berjumpa cik Umi.. 
Terima kasih Faizal..hehe! 
Walaupun pada hari tu, aku demam dengan agak teruk.. Bukan suka- suka nak demam, tapi memang demam… Demam rindu dengan Bogard.. Kak Yenyen sangat rindu adik tau… Muuuuahhhhhhhh!!!!!  Percaya atau tak, aku leh nangis nak tinggalkan Bogard…huk3 Nanges yang berjuraian laju tau tau.. Memang la aku suka nanges..tapi susah untuk aku nanges sebab manusia atau insan.. Besa aku nanges sebab meratapi nasib diri je…hi3

Esok dah Ahad..Yahoo!! aku dah leh balik Johor..berjumpa dengan Bogard dan akan kembali ke sekolah pada hari Isnin.. Untuk minggu depan..aku agak sibuk kerana aku ditugaskan untuk mengepalai aktiviti wajib sekolah..iaitu aktiviti Marhaban.. 
Nak tak nak..layankan jela.. Sebenarnya, ramai yang berat nak join Marhaban ni..sebab memang ganggu hujung minggu dan 1 lagi kekangannya ialah bila banyak sangat ‘kepala’… 
Masing- masing tunjuk taring..banyak yang takmo aktiviti ni diadakan..termasuklah aku ni..haha! tapi nak jaga hubungan baik dengan senior- senior..beralah jugalah… Malas nak cerita kekangan dan benda- benda problema dalam melaksanakan marbahan ni..dari sebelum, semasa dan selepas..semua ada problema sebenarnya.. Tapi butakan mata, pekakkan telingan dan jalankan kaki tangan..hehe! Gud luck Cikgu Nini..  Nasib aku dibantu sikit- sikit oleh Cikgu Siti.

Cikgu Siti..he3 Dia sekarang tengah berbunga- bunga duri di hati.. Sedang dilamun cinta dengan seorang anak tokey kampong Perma Dukus.. Memang untunglah.. Sebab lelaki tu katanya bakal mewarisi harta kekayaan ayahandanya yang banyak… Tanah berekar- ekar dan rumah sewa berbuah- buah… dasyat tau…hehe! Untunglah cikgu Siti..
Tapi, dalam untung tu..dia sedang dalam dilema kerana keluarga dia macam takleh terima lelaki tu sangat.. Sebab lelaki tu seorang duda.. dan bukan kerja gomen..bukan jurutera, bukan cikgu dan senang cerita bukan kategori berkolar biru la.. Mak bapak mana yang takmo sesuatu yang terbaik buat anaknya.. Siti selalu Tanya, tak boleh ke duda?  Dulu memang Siti menolak mamat tu.. tapi lepas Siti kenal, Siti suka la plak.. Dulu dia cakap ngan aku takmo- takmo..last- last dah tangkap cintan giler.. siap  baju raya sama kaler… rega RM 200 lagi lelaki tu belikan..hehe! 
Siti bagitau semua kat aku.. Aku dengar jela..
Tapi pada aku…status duda atau janda tuh..bukanlah status yang keji.. 
Ramai yang melabel status tu macam sesuatu yang kurang enak…
Belum merdeka lagi pemikiran orang ni kadang- kadang… 

Senang cerita, kalau dah jodoh memang jodohlah.. 
Cerita pasal salah jodoh ke tak.. tu urusan Allah dan ketentuannya.. Nasiblah.. 
Soalan jodoh ni pernah aku dengar kat tv.. Ada satu wanita tu tanya kat Ustaz..
Soalan dia berbunyi macam ni la sikit- sikit.. ‘Pak Ustaz, apakah yang dikatakan jodoh? Lepas tu ada ke jadi jodoh yang salah??’…
Jawapan pak Ustaz tu senang je.. Jodoh (konteks perkahwinan je ni tau) tu ialah bila sudah berlaku aku terima nikahnya- berlaku akad.. bila sudah tiada jodoh, akan berlakulah perpisahan..terlerailah ikatan suami isteri itu.. Lepas tu bila dia bertemu dengan yang lain, namanya dia bertemu jodoh sekali lagi.. Jodoh tak da yang salah, yang benar.. Macam tu la jawapannya.. Maknanya, usah la kusutkan fikiran sangat… 
Tapi dia kata, kita boleh berdoa… Mintalah apa yang kita mahu… Istiharah… He3 aku tak pernah buat istiharah.. teruknya.. Terlalu yakin…suka buat benda suka- suka..hu3 mungkin aku kena buat istiharah juga 1 hari nanti..erkk..

Oklah…
Aku dah ngantuk..
Kena tidur.. Sebab esok kena bangun pagi sediakan air teh susu…. Aku dah pandai buat air teh susu!!! Lebih sedap dari mak aku bikin..haha! Belajar dari pengalaman… Nasib aku tak kena buat air carrot susu kan?? ha3  yela tu tini…merepek tak habis- habis…


Thursday, July 26, 2012

Result Induksi!





tahniah untuk diri sendiri....terima kasih kepada pemberi lulus..
aku still in mud malas time exam aritu..
jawab pun merepek meraban..
asemen dia pun aku wat tak sampai 11 muka surat...cover je cantik..haha!(cantik ke?)...;p
apapun..syukur...
moga aku akan diberkati Allah dalam bidang pekerjaan sekarang ni..
walaupun tadi kat sekolah..aku rasa naik hangen nak menguruskan pelajar yang tiada adab sopan...
teruklah bila nak uruskan pelajar yang latar belakang yang macam tuh..
aku tak mau dia pun terjerumus dalam lembah yang orang lain pandang enteng..
tapi aku hanya orang lain...mungkin Allah ada sesuatu yang lebih best untuk dia..amin~

Monday, July 23, 2012

Pemburuan Lissa...

Ramadhan muncul kembali..
Alhamdulillah...aku masih diberi peluang untuk merasainya..

Jika diceritakan tentang pengalaman puasa aku sejak dari kecil...memang banyak menda busuk dan mahung menyelubungi pengalaman puasa aku..haha!
Ponteng puasa...biasa je aku buat..
Macam- macam alasan..sampai mak aku pujuk- pujuk pun aku dah tak leh tahan..bila dah berbuka, bukan dapat KFC pun..rugi je..terburu- buru sangat...

Terburu- buru...
Apakah yang dimaksudkan dengan terburu- buru? Tergesa- gesa kot...nak cepat je...tanpa berfikir panjang..kadang ada yang untung bila terburu- buru...tapi banyak yang tak untungnya bila terburu- buru ni..

Contohnya macam tadi..ada kereta Wira..terburu- buru keluar dari simpang...
Then ada kereta Toyota baru yang juga terburu- buru memandu kerana mengejar bantal dan tilam dirumah melalui jalan utama..

Syukur!!, Allah masih memberi aku peluang untuk hidup lagi..
Nasib brek kereta aku masih berfungsi...kalau tak..memang confirm aku akan menyondol kereta Wira tuh..
Habis beg laptop aku tercampak ke depan...
Printer aku yang berat tu pun leh tergolek maut ke bawah tempat kaki..
Mahu aje aku memaki si pemandu Wira...namun...aku malas...bukan dia dengar pun..
Hanya mendengus kasar di dalam hati aje..

Hari ni..aku tak mengajar...
Aku ditugaskan menjadi MC untuk program bulan membaca..
Mak oi...lama benar program ni nak habis..
Rasanya...lepas ni aku nak guide budak- budak lak la untuk jadi MC...
Lebih bagus rasanya...
Sediakan teks dan biar mereka menjadi host untuk program dorang..aku just menjadi pemantau dan bahan rujukan..kan suara kanak- kanak lebih best berbanding suara Cikgu Tininini ni...hahha!

Seronok juga jadi cikgu ni..
Dunia dipenuhi dengan kanak- kanak aje...
Dari kecil hinggalah ke pencen, InsyaAllah...

Cerita pasal pekerjaan ni..
Aku teringat akan pertemuan aku dengan seorang wanita yang aku rasa dia memang agak tabah mengharungi kehidupan ini...
Aku jumpa dia di dalam keretapi...
Nama dia Lissa...

Lissa, nama yang pada aku se'cute' dengan tuan empunya nama..
Aku buget gegurl tu student uitm yang kat segamat tuh..
Sapa tau...andaian ku meleset sangat...

Mula- mula, lepas dia duk sebelah aku..aku wat bodoh jela....malas nak berkata- kata..
Kang terover peramah la plak..
Tapi...ntah camne...Lissa tu menegur aku..
Dia tanya la aku mau pergi mana...then aku terangkanlah mana tujuan aku...

Bual punya bual...abis terbongkar semua pasal umur, pekerjaan, duk mana..nak pegi mana...haha!
Yang pasti Lissa bukan student seperti yang aku teka..
Yela dengan susuk tubuh yang kecil..gaya yang santai..

Siapakah di Lissa?

Lissa...rupanya dia dah berumur 25tahun..
Bukan student pun...
Ntah kenapa...banyak benda tentang dirinya dia cerita kat aku ni..

Aku mula just angguk- angguk je banyak..
Malas nak amik tau sangat-sangat...sebab takut la orang tak selesa..
Banyak aku sengeh je..

Tetiba dia cakap...dia sebenarnya dah kahwin..
Tapi dah divorce..
Terbeliak sekejab mata aku...reaksi aku memang macam terkejut- kejut gitu..
Memang terkejutlah pun..
Dia kata..kita orang perempuan ni memang kena berdikari..jangan bergantung sangat dengan lelaki..
Tapi...zaman sekarang macam ramai lelaki yang tumpang gantung kat perempuan ape..hehe!
Bukan apa...dia kata jangan jadi macam dia...bila suami ceraikan..dunia memang gelap lah..
Tak terlintas difikiran kenapa dia leh jadi macam tuh..
Based on cerita dia lagi...dia kata agak lama untuk dia pulih balik..
Ni pun baru je dia nak pulih balik..
Nak pergi bekerja semula...demi menyara anak lelaki dia yang baru berusia setahun..
Lissa ni diceraikan masa dia ngah pregnant 3 bulan..
Kejamnya suami dia..
Aku hampir menitiskan air mata masa dia cerita...
Gila ah...kenapa aku yang nak cry...teruk betul..

Dipendekkan cerita...
Dia pun cerita kenapa dia cerai dengan suaminya..
Kesimpulannya ialah kerana cinta tiada restu...hua3

Tu lah...sehebat mana cinta dan sekuat mana melawan kehendak pemberi restu, akhirnya kecundang juga..
Lissa kata dia dan suami dia takda masalah mana..
Biasalah gado-gado manja...
Tapi suami dia macam tersepit di antara parents dan isteri...
Jalan keluar macam buntu katanya..
Masuk campur keluarga buat rumahtangganya menjadi rumit..akhirnya penceraian berlaku..
Dengarnya..parents suami dia tak suka Lissa kerana Lissa ni bukan golongan terpelajar...setakat SPM je..
Bapa mertua dia macam engineer kot...ada master lagi..
Si suami Lissa ni plak..memang budak pandai..spm A berderet..
Tapi keinginan berumah tangga lebih membuak- buak dari nak belajar..
Lissa kata...dia tak kisah suami dia nak belajar dan dia bekerja..tapi suami dia plak tak mau kuar dari uma keluarga sebab suami dia 2 beradik je..
Panjang ah cerita dia..macam- macam gak jadinya..
Tapi kata dia..sekarang ex suami dia dah larikan diri ke Perak..
Sebab terlalu banyak kenangan di Kuala Lumpur..
Pasangan yang masih menyayangi...tapi kehendak semasa memaksa mereka berpisah..
Pada aku bukanlah parents ex suami dia tu kejam...cuma mereka nak yang terbaik untuk anak mereka kot..ntahlah..

Aku ceritalah kat Faizal...
Dia diam je...last- last dia cakap ape tau...' Kenapa sibuk- sibuk masalah orang?. Biarlah dia..'..
Eh....teruklah...
Kita nak cerita apa yang kita dengar kat ketepi..tapi gitu je dia jawab..
Sungguh tak sporting lor...

Tapi..tadi kan aku nak cerita pasal kerja.
Aku ingat kisah ni just ada kat drama Melayu..
Tapi ni memang realitilah..
Lissa kata...dia sekarang kerja waitress je...tu pun part time..
Aku pun terfikir...cukup ke gaji dengan keje part time then duduk kat kl..
Kuala Lumpur...

Dia pun rajin cerita...seolah- olah dapat tau apa dipemikiran aku..
hahaha! dia kata saya memang amik job part time je..sebab dia gak amik part time job untuk jadi model..
Dia kata kalau kumpul- kumpul banyak la juga gaji dia..
Dia jadi pelayan kat kelab golf..
Dan yang agak aku sikit terkejut bila dia explain kenapa dia keje part time je..
Dia kata kalau minta keje tetap kat tempat golf tu..dia kena wat keje yang dia tak nak buat lagi..
Dia tanpa segan silu..dia kata..dia penah jadi bartender..Dia takmau buat..tapi kena buat sebab memang keje kat kelab golf tu kerjanya kena sume rasa..rotate..
Dia takda pilihan keje lain, kelulusan pun tak tinggi..
Kalau melayan orang dengan hantar air je takpe..tapi dia kata kalau customer suruh minum arak tu..dia kena ah minum...
Huh! aku kaget..
Masih terngiang-ngiang suara dia.. 'Abah dah meninggal cepat kak..adik- adik nak sekolah...terpaksalah saya mengalah'.. Kehidupan memaksa dia..

Semoga Allah memberikan Lissa sinar kebahagiaan suatu hari nanti..
Berilah dia suami dan keluarga yang saling menghargai dan penuh dengan kebahagiaan..
Semoga cita- citanya untuk mendapatkan kerja yang lebih baik akan dimakbulkan..
Dia sempat cerita yang dia nak belajar sambil kerja...
Katanya..dia buat semua demi anak dia..dan emak dia.
Samada itu nasib, takdir atau pilihan...aku harap Lissa masih bersemangat untuk meneruskan kehidupan..
Terima kasih kerana menyedarkan aku bahawa AKU NI LEBIH BANYAK UNTUNG dari beberapa bahagian sudut kehidupan..
Kadang- kadang cerita orang ni bukan untuk sibuk- sibuk..tapi sebenarnya ia mengajar kita untuk lebih menghargai apa yang ada...

Tren dah berhenti..
Aku kena turun..
Semoga kau bahagia nanti dik!! InsyaAllah

Alhamdulillah....





Thursday, July 5, 2012

Lost or tsoL?

Malam ni aku rasa energy aku agak berlebihan dari biasa..
Tak mengantuk pun walaupun jam dah dekat kul 1 pagi...
Perut kenyang betul ni sebab baru lepas makan nasi yang berlaukkan ayam masak cili padi yang ku reka sendiri..haha!
Walaupun ku campak- campak..hasilnya taklah mengecewakan..cuma terlebih pedas..pedasnya..
Dengan makan nasi..baru rasa lengkap nikmat kehidupan hari ni..
Hujan lebat melanda kampung sawah..seronoknya rasa...
Alhamdulillah...

Esok dah hari Khamis..
Nak pakai baju batik or baju pendidikan Jasmani??
Esok kena tolong handle erobik budak- budak..
Ada ke aku ni dorang cakap leh men erobik?
Joget- joget ala ayam mengepak dengan acad bule ah..
Aku layankan jela esok..segan plak nak men erobik depan anak- anak murid yang seramai 175 orang tuh..pandai- pandai ah dorang blaja ikut cd yang kementerian edarkan..
Aku ni ada masalah nak hafal pergerakkan sikit..jalan pun leh jatuh terkadang...
Tu belum kira berapa kali aku senggol kaki abah kalau pagi- pagi...
Aku bukan setakat guru pendidikan khas malah aku juga merasakan aku pun macam budak pendidikan khas..haha!
Bermasalah kadang!

Beberapa arini aku masih mencari mud kegembiraan nak pergi kerja..
Kenapa aku makin malas aje..
eee...malasnya..selekeh..
Walaupun dah makan makanan tambahan yang akak sekolah jual..aku rasa bukan makin semangat..aku makit hangit aje adalah..
Mana dia sumber semangat aku yang dulu- dulu tu ah???


Hilang...hilang macam citer The Lost Valentine...

Citer ni aku nengok ari Ahad kelmarin..
Berjurai- jurai air mata aku..haha!


Tabahnya wanita itu menunggu suaminya dan dia hidup pun kerana semangat orang dicintainya..
Dia hidup dengan coretan- coretan, lagu- lagu tema percintaan mereka..surat dan gambar...
Selepas terpisah bertahun- tahun..akhirnya mereka bertemu kembali..pertemuan yang menyayat hati..
Hanya cebisan tulang je yang balik..
Aku nangis part bila tau..part keranda suaminya diusung dan dia menunggu di kerusi.

Penantian dia selama ini akhirnya terjawab..
Tapi filem ni memang menggambarkan indahnya percintaan makcik tuh..best la aku rasa...hehe!

Aku tak boleh lama- lama melayang blog nih..
Ada kerja yang menanti..
Aku harapkan esok hari yang gembira dan penuh barakah akan mengelilingi aku..
Aku tak boleh terus menerus melayan mud bodoh ni..

Entahlah..
Mungkin ada sedikit kefedupan yang menghantui aku disekolah..
Bosan la nengok kerenah yang bukan- bukan..
Guru besar, kawan- kawan semua suruh buat sesuatu dengan Fikri..
Dorang suruh cadangkan Fikri ke PDK..memang layaknya Fikri di sana..
Tapi apakan daya..pendidikan itu hak semua kanak- kanak..
Dorang leh pergi mana- mana dorang suka..haha!
Dah termaktub dalam akta ok..
Maka..kalau itu pilihan ibu bapa nenek dia..aku tiada hak untuk buat keputusan..
Kalau pendidikan itu tak setimpal dengan kehendak ibu bapa nenek..maka..jangan salahkan aku..
Aku tak mampu nak tumpu perhatian untuk dia seorang..
Ramai lagi anak murid yang kena polish dan gilap dan repair..
Maaf sekali lagi..itulah perkataan yang aku sering ucapkan kepada ibu bapa nenek pelajar jika apa yang mereka harapkan..aku tak mampu nak buat..
Kini..baru ku sedar...tugas guru tu bukan mudah walaupun orang cakap tugas guru semudah ABC...
Ni A separuh pun susah..haha!
Apapun..aku kena cuba memberikan apa yang dipertanggungjawabkan..walaupun hasilnya bukan 5A,lulus UPSR dan pelajar terbaik sekolah..

Eh..udahlah..hehe!
Merepek sudah..
Aku nak cerita pasal The Lost Valentine tu bena...
Emsemlah pelakon yang berlakon dalam filem tuh..
Ekceli..aku pun nak jadi macam watak perempuan reporter tu..
Aku nak jadi reporter tau dulu..
Tapi tak dapat la.huk3
Tulis dan memberi laporan untuk diri sendiri udahlah..
Selamat Malam..




Monday, June 25, 2012

Hari ini aku ke sekolah!

Bila baca paper arini..macam- macam kisah manusia yang berlaku di luar disana..
Secara kebetulan..ada la beberapa isu macam lebih kurang berlaku kat sekolah aku aje..

Salah satunya ialah kisah pocong.
Pocong!
Tadi masa perhimpunan rasa sedih sekali nengok murid tahun 4 yang berlakon menjadi pocong masa program Qiamullail sekolah tempoh hari..
Guru disiplin sekolah punyalah mengamuk..maka dipanggil budak tuh dan dipakaikan semula dengan baju pocong yang digunakan olehnya malam tuh..
Kenapa la budak- budak ni suka sangat nak jadi hantu?
Teringin sangat ke badan dibungkus macam tuh?
Aku langsung tak ketawa...serius aku jadi meluat dan sedih..
Walaupun kanak- kanak ni memang banyak dunia imaginasi...tapi kenapa nak jadi hantu pocong?
Ceh!
Yang aku sedih..budak tu nampak slow dan macam 3 suku je..sebiji macam Amir Raja Lawak tuh..
Geli seram aku..

Secara keseluruhan...arini agak seronok mengajar..
Arini subjek pendidikan seni visual aje..
Buat kupu- kupu guna corak tangan..
Agak seronok...kelakar nengok murid- murid punya corak tangan..
Ada kurus..ada yang gemuk..
Aku cakap ok je..tak kisahlah kurus gemuk tuh..
Tapi arini tak dapat nak ajor Fikri sebab......dia berak...
Sungguh busuk baunya..
Adoi..
Patutnya...dia kena ada toilet training..dia boleh dididik sebenarnya..
Semuanya kena mula dari rumah..ni nak cakap atau bagi signal nak berak pun tak pandai lagi..
Bila dicakap dengan parents/ penjaga..dorang tak mau terima..
Hasilnya.....ntahlah,,,Allah maha Mengetahui..
Aku hantar je dia balik rumah.,
Since aku baca surat pekeliling tu..aku jadi lega banyak..
Pekeliling memang power!!

Guru tidak boleh merotan..
Guru tidak boleh memberi denda yang memalukan kepada murid seperti berdiri di atas kerusi, berdiri dihadapan kelas, berlari keliling padang dan sebagainya...
Guru tidak boleh berleter! Menyindir...Sentuh murid..
Hahaha!
Senang cerita....guru pergi sekolah...mengajar je..
Kalau langgar pekeliling....guru boleh naik mahkamah!! hahah!
Tu sebab aku tak nak tolong Fikri basuh berak lagi...mana leh sentuh murid...;p
Apa tugas guru?? ....

Apa pun..
Sebenarnya...
Aku naik fedap dengan 1 perkara tuh...
Menganggu emosi lah..
Semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk melalui semuanya..
Hanya Dia yang tau apa yang terbaik untuk aku..
Bila dia tau aku boring...dia bagi aku ngantuk..
Bila dia tau aku lapar...dia bagi aku rezki makanan dengan tetiba..hehe!
Alhamdulillah...

p/s: Mana leh lupa...! Tipu................