Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Wednesday, June 30, 2010

Wawa!

Peace teacher ! (wawa mmg pgil cikgu, teacher!. Ikot mood dia ah)


Kulit Wawa lebih tampak licin dan bersinar!


Wawa begitu kusyuk!


Wawa dengan kace mate hitam!

Hari ni aku berjaya buat wawa pegang pensil dan melakukan lakaran mengikut dot dot dot.. Dia mau belajar lah!

Before ni..die hanya suke melihat dan bermain menyanyi ala- ala AF dengan Fikri..

Wawa seem very happy! Me also lah..hahaha!
Nasir pon kagum melihat Wawa sebegitu... Semoga Wawa terus ada semangat untuk belajar..!

Sunday, June 27, 2010

Sun Sun Sun~



Your heart is a sun
Joy its stars
Faith a moon, shining in your darkness..
.
~Terri Guillemets

Thursday, June 24, 2010

Wednesday, June 23, 2010

Patut gembira atau patut bermuhasabah diri?

Hari ini aku mengajar tentang Kemahiran Hidup.
Sepatutnya aku melakukan aktiviti- ativiti amali yang meliputi kemahiran- kemahiran pengurusan diri.

Namun apabila memikirkan akan kepelbagaian tahap perkembangan kognitif anak- anak murid, aku hanya memilih untuk melakukan aktiviti cantum dan tampal.

Tema: Molly Doll

Sebelum mengajar, aku menyuruh mereka bangun dan mengangkat kaki sebelah dan suruh mereka membayangkan apa yang berlaku jika mereka tiada sebelah kaki.

Pastu bayangkan bagaimana mereka tanpa kaki??

Pastu bayangkan mereka menjadi orang buta, aku suruh mereka pejamkan mata dan cuba berjalan.

Pastu aku juga suruh mereka melihat kesemua jari jemari mereka tidak kiralah jari mereka cantik dan runcing mau pon jari mereka gemok dan pendek..hehehe!
Aku suruh mereka bayangkan jika 1 of jari mereka tiada dan cuba memegang pensil untuk menulis..

Banyak respon yang mereka beri. Aku terima semua pendapat mereka.
Kenapa aku mengupas isu anggota badan ni?
Supaya anak murid- murid aku akan lebih menghargai diri mereka. Kebanyakan mereka adalah mat- mat rempit yang selalu aku nampak menaiki motor sesuka hati dijalanan dengan mengabaikan keselamatan mereka. Selain itu aku mau mereka menjadi seseorang yang menghargai pemberian Tuhan. Walaupon mereka dikategorikan OKU namun masih banyak yang mereka harus bangga dengan diri mereka!

Aktiviti menampal dan lengkapkan tubuh Molly

Tujuannya:
  • Mempertingkatkan perkembangan motor halus mereka dengan menggunting, menampal dan mawarna.
  • Belajar mengenal huruf dengan mengeja apabila melabelkan bahagian- bahagian tubuh.
  • Meningkatkan kreativiti.

Namun, ade sesuatu yang bikin aku merasa 'hmmmmm'...
Aku suruh namakan doll mereka sendiri dengan kekreatifan mereka sendiri.
Saja aku suruh mereka berfikir..
Tapi hasilnya:



Molly dinamakan Melayu dengan nama Kamisah: nama nenek ku..hahaha! Suratan atau kebetulan?

Perlukah memilih nama cikgu sendiri? Aiyoo...

Monday, June 21, 2010

Saturday, June 19, 2010

Siaran Ulang Tayang ke gerai Syed dan Syarifah..













Kisah Amid Tonggeng...

Selepas mintak roti canai telur, Osman oder nasi Lemak!

Mereka 2 orang budak gempal dan gemuk yang sudah kekenyangan!

Osman tunjuk peace!

Aku yang baik hati, memberikan air teh aku kepada Osman..Bimbang dia terbegik!



Muhammad Luqman Hakim Bin Mohd Sarpan!

Kenapa title blog nih tajoknye Amid Tonggeng?
Hahahah!

Sebab, nenek asyik cakap jumpe ngan Amid Tonggeng je..
Sikit- sikit Amid Tonggeng..
Kenapa nama die Amid Tonggeng?? Aku pon tak tahu kenapa..
Tak reti ah mau bikin andaian yang bukan- bukan... Amat berdozaaa!

Ekceli, nilah lawatan mingguan yang tanpa ku duga..
Pagi- pagi dikejotkan mak untuk menghantar nenek ke IPD..

Ada ape ke IPD?

Amik cek atok..cek saguhati sempena menjadi pejuang pada zaman darurat dulu- dulu..

Sebenarnye, atok ada lapor diri 5 tahun lalu..bila ada iklan dalam paper yang mengatakan sesiapa yang pernah berkhidmat pada zaman sebelum kemerdekaan sila melapor diri..
Saguhatinya,5 tahun kemudian (2010)..ato pon dah takde..

So, beberapa hari sebelum majlis pagi tadi, ada ah beberapa orang polis datang ke rumah mencari Murat Bin Shukor.. di sebabkan atok takde, maka si polis mencari pewaris.

Jadi pewarisnya ialah nenek saya Kamisah binti Murat.

Aku, Tiara dan Osman dengan hati yang separa girang menemani nenek..
Sampai di IPD Pontian pada jam 8.30 pagi.

Huh! orang dah ramai..bertongkat- tongkat, berpapah- papah, bersorong- sorong, berpimpin- pimpin...

Aku bawak Tiara dan Osman yang berlapar- lapar..hahaha! Aku pon lapar gak sebenarnya..

Lepas daftarkan nenek as pewaris Murat, aku pon bawak ah adik- adik manje aku g makan.
Kat tepi laut Pontian, tempat aku dan guru besar penah bersarapan..

Osman oder roti telur, aku dan Tiara oder nasi lemak..
Opss... Osman oder nasi lemak gak lah!
Wah! Perut die amat hebat kerana boleh memasukkan begitu banyak sarapan pagi!
Dia menjadi perhatian penebar roti canai yang berdekatan dengan kami..
Tersenyum- senyum si penebar melihat Osman makan!

Kul 10.30 pagi, aku patah balik ke IPD..
Majlis baru stat..
Huh! Aku terpaksa parking kete jauh...Nak parking depan umah pegawai..tapi kena halau dengan polis trafik..kwang2..
Disebabkan takut nenek tak pasan name arwah atok, aku dengan rajin berdiri disebelah nenek.. Macam pak jaga..Aku berdiri berjam- jam.. Macam patung..
Disebabkan kepatungan aku, ada sorang polis menyapa aku..aku pon berbual- bual..
Anggap dia macam pakcik yang harus dihormati..hormati orang tua!
Lama- lama sembang, dia minta no telefon aku.. adoi..
Takpelah, aku bagi je..sebab dia siap mengetest kesahihan telepon aku di situ juga..dia kata mana tau aku ade durian kat kampung, leh ajak dia..huh! takda durian!
Sori uncle polis, sampai disitu saje perkenalan kita..huhuhu! Bukan saya perasan bagus, tapi memang tak bape minat ah..dun like it..kawan lokasi ok..xde lebih dari lokasi...ha3

Lepas berpenat lelah menunggu, akhirnya nama atok dipanggil.
Amat lega.. Jam dah menunjukkan hampir pukul 1.

Tiba- tiba ada seorang akak cina mengejar aku dan memanggil dengan penuh bersemangat..
Dia kata 'Adik, u tau tak itu cek u tak boleh amik. Olang mati tak boleh ambil itu wang. U kena tanya, macam mana mau kasi cash.. u punya kes sama dengan i..'

Uh..baru je nak balik..ade plak hal len..
Lepas berborak- borak dengan akhirnya, aku dapat 1 JAWAPAN

Cek tu waris pon tak boleh ambil..
Adoi....hahaha! Kenapa ah polis tak bagi maklumat yang betul..

Apa pengajaran dalam cerita arini?

1. Setiap apa pekerjaan yang mau kita bikin. Kita harus mencari dan memahami setiap maklumat dengan terperinci.. Supaya kita boleh memberi maklumat yang betul kepada masyarakat. Aku suka dengan cara Bun Bunny.. Dia banyak mengajar aku pasal keperluan mengambil tahu akan maklumat- maklumat yang berguna untuk keperluan diri sendiri.. Bukan setakat melepaskan batuk ditangga.. Last2 sendiri yang malu kemudian..

2. Jika ada event yang sebegini. Tidak perlulah membawa begitu ramai orang yang suka makan dan minum.. aku bingung bila Tiara asyik mintak air je. Haus! Haus! Haus!

3. Kena buat muka yang paling tak mesra langsung supaya tidak ada orang yang ajak bual- bual..

4. Aku belajar pasal kepelbagaian polis..rupa- rupanya ada polis sukarelawan.

5. Aku berkenalan dengan AMID TONGGENG! Kawan- kawan nenek dulu- dulu! cet!

Friday, June 18, 2010

Gud bye Kuala Lumpur..

Seminggu dah aku berada di Kuala Lumpur..
Kenapa Kuala Lumpur menjadi destinasi? Tak Terengganu ke, Sarawak ke...
Sebab buget belom merelakan aku ke tempat yang lebih jauh..
Namun begitu sempat jugak aku berjalan ke utara atas belas ihsan seseorang yang melihat aku yang sangat excited! hahaha! tq very much Bun Bunny!

Nway, banyak sangat memori yang Kuala Lumpur simpan..
Kalau dibuat buku, memang boleh bengkok jari yang lurus dan boleh kurus jari yang gemokss..

Ada rezki aku datang lagi ke Kuala Lumpur..
Masa yang seminggu amat berharga dan bermakna sangat untuk aku walaupun hanya berbaring di dalam rumah.. ye! itu lah nikmat yang aku mau, berbaring dengan sesuka hati dan tanpa menyakiti mata yang memandang.. Nikmat yang sesekali aku inginkan..

Derhakakah aku pada kampung halaman ku sendiri??
Owhh...tak siapa boleh menilai kerana hanya aku yang tau..hahaha!

Thursday, June 17, 2010

Mencari teman yang perfect?


Ade sesuatu yang bikin aku tiba- tiba mau menulis pasal isu mencari teman yang perfect nih..
Kesimpulannye, aku rase inilah jawapan aku untuk sumbody yang menilai aku dengan penilaian yang amat rigid dan betul- betul mengikut landasan yang telah agama dan nilai norma masyarakat Melayu di Malaysia tetapkan..

Walaupun dia berhak menilai orang len, die kena sedar yang orang len pon menilai dia...hahaha!

Nway, aku tak marah pun dengan dia..biarlah dia..mungkin itu cara dia untuk mendapatkan kegembiraan dan cara dia untuk memberi panduan kepada rakan- rakan karib dia untuk memilih calon isteri..hi3

If dia ada terbaca blog aku nih, ada sesuatu yang aku nak bagitau iaitu;

Love isn't finding someone perfect, its learning an imperfect person perfectly

Selamat Jalan Bro!

Before you talk...

'Before you talk about what you want - appreciate what you have

Niatnya mau membaca artikel tentang Malayan Union sebab lama sudah aku melupakan kesemua nota- nota sejarah yang pernah aku belajar dan aku suke mase zaman sekolah dulu- dulu..

Tapi, tiba- tiba aku terbaca satu ayat yang menariklah,,
'Before you talk about what you want-appreciate what you have'

Ehhmm..hargai apa yang ada..baru aku sedar, banyak benda yang ada disekitar aku sebenarnya amat berharga untuk aku..tapi kadang- kadang aku lupe dan sembrono dalam menggunakannya..haha..

Monday, June 14, 2010

Aduhai anak muridku...wali ben..




Aduhai..
Sebelum aku terlupa pasal kejadian yang mencuit hati aku nih..laju-laju aku coretkan dalam blog aku nih..supaya bila aku bace 10 tahun akan datang, aku leh ingat balik memori aku dengan anak murid aku nih..

Kisah aku bermesej- mesej dengan anak murid ku yang bernama samsul wali ben..hahaha!

Aku:
Sape ni? Tak kenal.

Samsul:
Alah cikgu, saya kenal cikgu.

Aku:
Tak kenal.,bye2.

Samsul:
Saya kenal cikgu. Cikgu Kartini.

Aku buat bodoh..aku ngadu kat seseorang..aku buget ni pakcik- pakcik tua kat sekolah aku..salah faham.

Samsul:
Cikgu Kartini, sila balas.

Aku jadi marah sebab berani dia suruh aku balas.. Dia siapa..

Aku:
Siapa ni? Kenapa nak suruh balas. Suka hati sayalah.

Samsul:
Saya samsul lah cikgu..

Hahahah! Nasib baik ah aku baik hati nak layan, Anak murid upernye..

Aku:
Owh kamu Samsul. Dah makan?

Samsul:
Jangan makan ah cikgu.

Ait,..die tak bagi aku makan. Kenape? sebab aku gemok ke? Aku tanye die balik.

Aku:
Kenapa?

Samsul:
Kita borak lah cikgu.

Adoi..mengajak aku borak plak,.. Aku memasang strategi untuk meloloskan diri.

Aku:
Borak dengan cikgu? Lebih baik awak pergi nyanyi karoke. Lagu Wali ben. Nanti naik sekolah, cikgu nak suruh awak nyanyi. Boleh?

Samsul:
Boleh nani (die tak reti eja nyanyi)

Aku:
Ok bagus. Cikgu ade hal ni. Nanti kite mesej- mesej lagi k.

Samsul:
Ok cikgu.

Aku pun lega..tiba-tiba ade bunyi mesej lagi.

Samsul:
Cikgu, saya di Johor baru.

Aku:
Owh, ok. Jaga diri awak baik- baik ye. Cikgu ade hal ni. Nanti kite mesej- mesej lagi k.

Samsul:
Ok cikgu. Nanti saya nani (salah eja nyanyi)

Samsul:
Cikgu kat mana?

Aku:
Kuala Lumpur.

Samsul:
Ok. SELAMAT JALAN BRO

Adoi..tergelak sekejab aku.. Ade ke patot endingnya selamat jalan bro..mana lah anak murid aku belajar nih..brorey marantika kah aku??

Teruskanlah....

Dis song selalu aku dengar time nak pegi sekolah..
So, ni kire tema lagu sekolah aku..

Aku sudah rindu untuk mengajar..hi3
Tapi Rancangan Pengajaran sebulan aku tak buat lagi..adoi...

Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali

Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan

Reff :
Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah

Kau begitu
Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhan mu

Back to reff.
Hoo.. Hooo
Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu
Teruskan lah… teruskan lah

Everly Brothers, Dream Dream Dream~

Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream
When I want you in my arms
When I want you and all your charms
Whenever I want you, all I have to do is
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream

When I feel blue in the night
And I need you to hold me tight
Whenever I want you, all I have to do is
Drea-ea-ea-ea-eam

I can make you mine, taste your lips of wine
Anytime night or day
Only trouble is, gee whiz
I'm dreamin' my life away

I need you so that I could die
I love you so and that is why
Whenever I want you, all I have to do is
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream
Drea-ea-ea-ea-eam

I can make you mine, taste your lips of wine
Anytime night or day
Only trouble is, gee whiz
I'm dreamin' my life away

I need you so that I could die
I love you so and that is why
Whenever I want you, all I have to do is
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream

FADE
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream

Bila si Tini lapar..


Lapar.. Adakah itu petanda aku memang pelahap dan sentiasa ingat untuk makan je.

Mengikut teori Maslow manusia ada 5 keperluan utama:

1. Keperluan Fisiologi
2.Keperluan Keselamatan
3. Keperluan Kasih Sayang Dan Kepunyaan
4. Keperluan Penghargaan Kendiri
5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri

Bila aku lapar, aku memerlukan makanan..Makanan adalah keperluan fisiologi manusia. Ianya berada di rangking no 1..
Namun begitu aku akui.. kadang- kadang aku memenuhi keperluan fisiologi aku tu dengan melampaui batas.. Hasilnya, jadilah aku.. Si Tini yang gemokss.

Aku memang suka makan dan tak cerewet dalam memilih makanan..

Waktu- waktu yang menyebabkan aku terasa sangat mau makan:
1. Bila lapar sangat.
2.Bile bendera merah diistiharkan.
3.Bila aku rase sedih.
4.Bila aku rase tensen.
5.Bila aku menjadi kosong.

Sebab tuh, aku sangat mengharapkan individu- individu disekeliling aku faham kenapa aku selalu makan. Bukan niat untuk menggemokkan badan. Tapi dengan makan, itulah ibu kepada kepuasan setiap kejadian- kejadian yang sedang berlaku dan akan berlaku pada diri aku.


Wednesday, June 9, 2010

Tuesday, June 8, 2010

Ketawa kita tak sama..


Ketawa kita tak sama..
Dulu aku pernah bertanyakan satu soalan kepada seorang rakan yang umurnya lebih kurang umur mak aku...nama die Maria (bukan nama sebenar).
Status dia sekarang ialah single dan masih lagi anak dara..ramai rakan- rakan penyibuk aku suwoh aku tanye kat dia..nape sampai sekarang dia masih membujang...
Secara jujurnye, aku paling tak suka bertanyakan soalan sebegini kerana bimbang menyakiti hati orang.. Tetapi soalan ini juga pernah membelenggu di kepala aku kenapa dia memilih untuk hidup membujang...
Soalan yang sudah aku tanyakan itu, bukanlah berbunyi begini: 'Kenapa cik Maria tak kawin lagi??'...
Memandangkan cik Maria ni suka berbual- bual, maka 1 hari tu.. dia tanye.

Cik Maria:
U kenapa tak pernah tanye why i tak kahwin lg?

Cik Tinni:
I tak suke ah cik Maria..Sebab i rase tu soalan yang sangat personal dan i rase i tak layak nak tanyelah...

Cik Maria:
Hahaha! Oklah, I cerita kat u sesuatu... Sebenarnya, bukan i tak pernah jumpa lelaki dalam hidup i.. I ada seorang lelaki yang memang i sangat suka pada dia.. i ni pon bukan jenis yang mudah jatuh cinta.. Nama lelaki tu Zul.. Dia memang baik, tapi i hanya dapat lihat dia dari jauh. I stop suka kat dia selepas dia dah berkahwin..
Kemudian, selepas i bekerja i ada lah berkawan- kawan gak.. Satu hari tuh, i kononnye ada ah kuar dating ngan sorang mamat nih..Tak silap i die bekerja as photographer kat satu newspaper.. Tempat kitaorang dating kat Pizza Hut..area Setapak.Tempat yang kita lalu tadi..u ada pasan tak?

Mase kejadian tu, kami memang dalam kereta dan melalui jalan yang dikatakan oleh cik Maria.

Cik Tinny:
Owh ade...pasan2..ok pastu ape jadi cik Maria?

Cik Maria:
Pastu i kuar ah dating..kak Ella yang beria-ia suwoh i pergi dating tuh.. I pon kuar ah... Tapi, lepas je dating dengan die, i rase i dah tak boleh nak teruskan berkawan dengan dia.. Kawan- kawan biasa leh ah..

Cik Tinny:
Kenapa? ceh! Sungguh memilih ye cik Maria ni??

Cik Maria:
Bukanlah, i rase ketawa kami tak sama..susah nak explain kat u.. One day mebi u akan faham bila u melalui fasa i nih..hahahah! I rase i tak tau ape yang die ceritakan dan apa yang dia ketawakan..tak masuk langsung dalam line i..

Cik Tinny:
Mamat tu direject pasal ketawe tak same je ke?

Erm..lebih kurang mcm tu ah dialog aku ngan cik Maria nih...

Aku pernah berfikir yang cik Maria ni terlalu cerewet ah dalam memilih pasangan hidup.. ketawa tak sama pon leh jadi isu..

Namun akhirnya, aku faham apa yang dimaksudkan oleh cik Maria... Pernah aku berkenalan dengan sorang mamat ni lepas aku dikecewakan, mula- mula aku rasa bangga sebab dengan mudah aku mengorat mamat ni..hahaha! Nak tunjuk kat ex aku bahawa 'kumbang bukan seekor' dan kata seorang lecturer yang bebelkan stdent die (mase tu aku kat luar kelas tunggu clas prof tu abis) 'patah tumbuh ilang bergantilah clas.i tak mau nengok ada antara u all frust tertonggeng2, bunuh diri coz of putus cinta'.

Kesian gak kat mamat tuh..Tapi aku takmo menipu die lagi..dia berhak untuk mendapatkan cinta ikhlas.. Aku terus terang je kat mamat tuh.. Memang takde langsung cela ade kat mamat tuh..aku sendiri yang rase yang aku memang tak layak untuk dia..dia berhak dapat yang lebih baik, cantik dan sesuai dengan dia..Bila dengan dia, baru aku paham apa maksud cik Maria tuh 'ketawa kami tak sama'..

Perlukah ketawa yang sama dalam 1 perhubungan?

Sebenarnya memang betul.. Perhubungan yang aku tekankan disini bukan perhubungan cinta semata- mata... Perhubungan ni sangat luas..

Namun begitu, kadang- kadang kite kena sedar yang semua orang tak perfect.. Setiap individu tu ade kekurangan dan kelebihan masing- masing. Terpulang bagaimana untuk kita menilai dan melihatnya dari sudut yang baik.

Untuk aku sendiri, aku lebih suka pretend semuanya positif walaupun dalam pemikiran otak aku ni banyak pemikiran yang jahat dan negatif belaka sebab aku ni hanya lah manusia biasa yang ada perasaan curiga, marah, suka dan macam- macam lagi.

Bila cerita bab cintun..aku dah maafkan beberapa ex aku yang pernah meninggalkan aku dengan beralih arah ke bunga yang len sebab aku paham frasa 'ketawa kita tak sama'.. lagipon aku rase lebih banyak kegembiraan yang aku dapat lepas berputus dengan mereka.. yang tumbuh, tumbuh lebih cantik dan menarik..hi3 walaupun aku tak pasti dia suke ke duk kat dalam vase aku.. vase aku simple je, takde corak dan lilitan emas pon. hahaha!

Semua kegembiraan boleh tercipta sebenarnya..semuanya bergantung pada diri sendiri dan aku sendiri selalu mengingatkan pada diri aku, hidup ini amatlah singkat. Kecapilah kebahagian semaksimum yang boleh..

Tapi aku selalu bimbang bila aku nak mencipta kegembiraan mengikut hati, aku leh bikin orang len menjadi sakit hati. Oleh itu, aku kena belajar untuk berfikir sebelom bertindak. Walaupun ianya bakal menjadikan aku bukan aku sebenar. Bila usia sudah meningkat, aku harus menjadi seseorang yang bersesuaian dengan usia.

Wah! Menjadi seorang yang amat berkata- kata aku malam nih..hi3 Ok..kena stop.

Tuesday, June 1, 2010

Kenangan Lampau...







Bongkar punye bongkar...jumpe pic lame lah..macam- macam cerita disebalik setiap pic nih.. Rindu dengan wajah- wajah saya yang lama...nampak lebih segar berbanding sekarang...huhu!

Kegagalan yang ingin ku hebohkan...

Ini dia result yang ditunggu tunggu...Failed...huk3
Takpe lah...dah takda rezeki....
Ada peluang mau gak try lagi...
Pagi mase exam tuh, aku basah kuyup..
Patut aku dah paham signal pagi tuh...dah tentu hujan..tak payah ah sebok2 pegi..
Dah ah payung tertinggal dalam taxi..
Kasut rosak..
Pastu leh plak terkentut- kentut pasal minum susu lembu..
Apepun..pengalaman yang berharga untuk aku..ianya menyedarkan aku tentang bersyukur dengan nikmat yang ada..dan menghargai apa yang ada disekeliling kita.. benda yang bukan milik kita, biar jelah..

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia

Pendidikan khas Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan melalui:

1.Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah
pendengaran.
2.Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid
berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Tempoh Belajar
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah
enam (6) tahun.

Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah
adalah lima (5) tahun.

Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di
mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah
mengikut keperluan murid berkenaan.

Sekolah Khas

Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya



Kurikulum Program Pendidikan Khas

Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif.

Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa.

Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas

Semua pelajar pendidikan khas mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia kecuali mereka yang mengikuti kurikulum alternatif.

Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu:
* Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil
Kemahiran Malaysia, dan
* Kursus Seni Lukis dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan
Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.

Program Pendidikan Pemulihan Khas

Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan IPP3M (Instrumen Penentu penguasaan 3M). IPP3M terbahagi kepada IPP3M 1 (bagi kegunaan murid tahun 1) IPP3M 2 (bagi kegunaan murid tahun 2) dan IPP3M 3 (bagi kegunaan murid tahun 3).
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara 'withdrawal'.

Proses Pendaftaran Kanak-Kanak ke Program Pendidikan Khas

Prasekolah
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:

berumur tidak kurang dari lima (5) tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Pendidikan Rendah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah:

berumur 6+ hingga 14+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan, dan
boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma.
Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

Pendidikan Menengah

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah:

berumur 13+ hingga 19+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.
Pendidikan Teknik dan Vokasional

i. Sekolah Khas
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

ii. Program Pendidikan Khas Integrasi
Masalah Pendengaran

Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru
Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah
Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor
Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak
Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan
Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas
Ditubuhkan pada Tahun 1999 bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran kepada ibu bapa dan murid-murid berkeperluan khas setempat.

Pusat ini bersifat saling lengkap-melengkapi kepada agensi-agensi yang berkecimpung dalam hal-hal yang berkaitan dengan keperluan khas.

Antara perkhidmatan yang disediakan:- Khidmat audiologi

Kelas bahasa isyarat
Aktiviti terapi

Kaunseling ibu bapa
Perpustakaan permainan
Bahan rujukan.








SINGKONG DAN KEJU

” Singkong Dan Keju “

Kau Bilang Cinta Padaku
Kalau ku Bilang Pikir Dulu
Selera Kita
Terlalu Jauh Berbeda

Parfum Mu Dari Paris
Sepatu Mu Dari Italy
Kau Bilang Demi Gengsi
Semua Serba Luar Negeri

Manakah Mungkin Mengikuti Caramu
Yang Penuh Hura-hura

Korus
aku Suka Jaipong Kau Suka Disko
Oh Oh Oh Oh
aku Suka Singkong Kau Suka Keju
Oh Oh Oh Oh
aku Dambakan Seorang Gadis Yang Sederhana
aku ini Hanya Anak Singkong
aku Hanya Anak Singkong

Bile berada dijalan yang sesat...

Ucu aku selalu pesan...bila sesat, kembalilah ke pangkal jalan...
Erm...kembali ke pangkal jalan...Cik Umi pun cakap benda yang sama..Kalau sempat U-turn, bek u-Turn awal- awal...
Tapi hakikatnya, ada banyak benda yang susah untuk di u-turn kan...bile ingat kisah lampau, kadang- kadang terasa, memang takmo lah ade kat jalan tuh..hahaha!

Arini aku pergi meeting kat PPD Pontian...for da 1st time dalam hidup aku...
Tak pernah mimpi mau ada urusan di sana... aku sesat 2 kali....kena U-Turn pon 2 kali...
Bukan salah aku...dan juga bukan salah siapa...signboard PPD tu agak tersorok...susah nak nampak..aku parking elok je kat bawah pokok pauh pastuh...

Sampai-sampai je..aku terus cari bilik Siantan..terus masuk dan bagi salam... Wah! Tak kenal langsung mereka- mereka...tapi dengan selamber...salam mereka dan cakap hye!...akak tu dh kenal aku, die kata aku gulfren baru cikgu Nasir..hahaha!

Tak disangka, leh jumpa cikgu lama...Cikgu ERT..honestly, aku tak suke masuk kelas cikgu tu dulu....tapi disebabkan dia cikgu aku, aku pun bersalaman ah...borak punye borak, upenye dia dapat masuk pendidikan khas atas sebab pertolongan Cikgu Hood...cikgi BI aku...dh jadi pegawai PPD pon...tu dia senang nak tukar- tukar.. bini dia pon dia letak kat prasekolah..

Macam-macam memori lama terbongkar balik...ingatkan dah lupus dari kepala...hahaha! Sebenarnya, susah nak hapus memori- memori tuh...kadang- kadang kite pretend macam dah lupa, hakikatnya langsung tak lupa..penipu! penipu! penipu! Menyampah...

Semalam entah mengapa aku rajin untuk pergi ke mesyuarat perlantikan ahli Puteri UMNO dan Putera UMNO yang baru....ntah tibe- tibe nama naik sebagai Setiausaha...
Adoiyai...Macam dah sesat jalan...hahaha! Kena U-Turn tak? Bila fikir- fikir, best gak join- join politik nih.. Lagipun leh ah aku menambahkan aktiviti- aktiviti seharian aku...namun, sejauh mana penglibatan aku...nengoklah jelah camne..

UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia~!