Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Saturday, April 9, 2011

Rase nak lempang orang!

Arini dalam sejarah aku menangis- nangis macam budak kecik minta tolong abah sebab sakit gigi...
Dah pergi ke klinik pagi tadi..tapi memang nasib aku tak baik!
Dah ade patient yang menunggu...dan patient tu bikin treatment sampai jam 1230 dan pukul 1 kelinik tuh tutup!!! memang tiada masa untuk merepair gigi ku!

Aku pergi keluar dari klinik dengan langkah longlai..
Jururawat tu kata aku kena datang ari Isnin!

Hari ISNIN?????
Memang tidak ada masa untuk ituuuuuu!
Kenapa?
Kenapa?????

Sebab aku kena pergi kursussssss lahhhhhhhh....
Adoi..
Mau tak mau kena tunggu sampai JUMAAATTT!!

Benci!
Benci!
Benci!
Benci!

Semua makanan aku tak boleh makan!
Tengok n tengok je!
Aku sakit hatiiii!

Lapar n lapar!
Aku menangis terlolong- lolong!

Tiara asyik ketawakan aku je!
Lepas tu tanya...

'Sakit ke Tini???'

Kalau dah nangisss...
Memang ah sakit!!!!

Bermacam- macam aku cuba!
Makan pil!
Makan panadol...
Tak makan nasik!
dan letak GAMBIR SARAWAKKKKK!!!
Pahit sangat benda alah tuhhhh...
Pahit dan pahit....
Owh tuhan..
Ampunkan dosa ku...!!

Monday, April 4, 2011

Games Brooke!!

Kenal tak anda pada James Brooke?
Barangsiapa yang selalu menghayati Sejarah pasti akan mengenali dia..
Nama James Brooke mesti akan terpahat baik didalam memori.

James Brooke merupakan Raja Putih Sarawak yang pertama. Ini bermakna dia pernah memerintah Sarawak pada satu ketika dahulu. Dilahirkan di Coombe Groove berhampiran Bath, England pada 29 April 1803.

Kebijaksanaan, kegeligaan dan kebolehannya mengambil kesempatan dalam menakluki Sarawak jelas memberitahu kita bahawasanya, dia memang mempunyai azam dan ikhtikad yang kuat dalam mendapatkan Sarawak daripada tangan Sultan Brunei ketika itu.

Namun itu kisah James Brooke yang bijak menggunakan kebijaksanaannya untuk mendapatkan negeri Sarawak yang kaya dengan hasil buminya.

Kini muncul satu lagi 'James'..namun bukanlah James..
Aku mengelarkannya sebagai 'Games Brooke'..hhahah!
Kebijaksanaan, kebolehan dan kegeligaan dia didalam menakluki Bubble Island memang amat dikagumi..
Tahniah Games Brooke!

Games Brooke dilahirkan di Semenanjung Malaysia sebelah Pantai Barat pada 16 April 1983.
Pada 16 April 2011 ini genaplah umurnya 28 tahun. Dan pada hari itu akan tercatat satu lagi sejarah negeri Sarawak, dimana akan diadakan Piliharaya Umum bagi negeri Sarawak pada hari itu!!

Lihatlah betapa ada melodi sinonimnya di antara Games Brooke dan James Brooke!
Hhaha! Dan tidak terlampau juga jika aku menyatakan bahawa Games Brooke juga boleh ku gelarkan sebagai Raja Putih kerana dia memang putih dari aku!! hahah!
Hebat betul dia main game!!





Sunday, April 3, 2011