Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Tuesday, December 31, 2013

I Love You by Joanna Wang

Peluang sekali je..

Kisah terungai..ha3
Betul apa kata hati aku mengenai bekas penyelaras tempat aku mengajar hari tu..
Kisah yang klasik lagi magis..
Taklah terlalu magis pun..tapi agak melucukan dan aku hanya mampu mengucapkan alhamdulillah..segala yang berlaku memang ada hikmah disebaliknya..

Sebelum ni aku ada mention pasal kenapa penyelaras tu mukanya macam unhappy bila jumpa aku..
Semalam aku pergi ke sekolah..
Bual punya bual, dapatlah aku merungkai kisah disebalik wajah masam dia..
Tapi kerana dia lah aku dapat penempatan di sekolah tu..

Cerita bermula begini, dia bergaduh dengan suaminya..sehingga ke tahap mahu berpisah..
Maka, dia mengambil keputusan untuk balik ke Perak tanah tumpahnya darahnya..
Dia pun isilah egtukar..dalam proses mendapat keputusan tu dia dan suaminya telah kembali bersatu kasih sayangnya..
Tiba masa keputusan egtukar tu keluar..
Permohonan pindahnya diluluskan..dan tempatnya aku yang ganti..
Bila keluarnya keputusan tu, dia jadi bingung..lalu atas nasihat kawan- kawan dia pun pergi ke Putrajaya (Kementerian Pendidikan Malaysia) untuk membatalkan permohonan pindahnya..kira dia merayulah..
Malangnya KPM sudah membuat keputusan muktamad..rayuannya tidak dilayan dan aku pun dah sampai ke sekolah tu..huk3
Aku rasa bersalah juga pasal aku macam menutup peluangnya untuk kembali ke sekolah tu..
Padanlah kawan- kawan dia rasa lain macam..
Tapi ada juga kawan- kawan sana cakap, jangan rasa bersalah sebab ini semua rezeki dan bukan salah aku pun..
Risik punya risik..hanya ada 10 sekolah di Kuala Pilah ni yang ada Pendidikan Khas
Tak banyak sekolah.. 5 di sekolah menengah, 5 di sekolah rendah..
Kira aku ni memang bernasib baik sangat- sangat..

Jadi, apa yang terjadi pada akak tu?
Dengarnya akak tu minta untuk jadi guru biasa sebab dia asalnya memang guru bahasa tetapi convert ke pendidikan khas sebab dia ada anak istimewa dulu..
Sekarang dia sedang bercuti tanpa gaji..

Betullah kata orang..
Peluang yang berharga tu selalunya datang sekali je..
Kalau kita lepaskan memang susah nak dapat balik peluang tu..
Kalau hati kita ni rasa, kita patut grab peluang tu, kita patut grab..
Kalau tak sepanjang hidup kita akan dibelenggu dengan penyesalan yang sukar nak diceritakan..
Tapi penyesalan itu jika diambil dari sudut positif,ia akan jadi sebagai satu pengalaman yang berharga..
Dan kita kena belajar redha dan ikhlas..

Kelas aku tu gatal- gatal la lantai dia..
PPM 2...tapi lantai gatal..aku mampu tersenyum jelah..
Takpe, aku buat sendiri nanti untuk kelas aku..aku suka..ha3
Seri Setia memang masih best untuk persekitaran sekolah...hmmm..ha3

Ok..
Memandangkan esok dah 2014..
Ini adalah penutup penulisan 2014 aku..
Cerita yang klasik..
Aku sedang berehat didalam berek..
Ditemani televisyen berjenama AIWA..
Faizal pergi ke Kuala Lumpur untuk jaga perhimpunan membantah kenaikan harga barang..
Baguslah orang Malaysia, buat perhimpunan macam rakyat Thailand..
Asal tak suka je, buat perhimpunan..
Susah nak cakaplah..
Aku belum lagi nak cerita pasal politik ni..
Ku doakan moga Malaysia ni aman, dan akan lahirlah pemimpin yang berfikiran geliga..
Kurangkan hangin, tambahkan ketenangan...!


Friday, December 27, 2013

Hariku Hari Ini

Pengalaman di tempat baru..

Apa ya aku nak cerita pengalaman aku pertama kali datang ke sekolah baru..
Bermacam- macam rasanya..
Buat pertama kali aku berada dalam meeting sekolah yang agak bersistem berbanding sekolah lama.
Sebenarnya walaupun sekolah lama macam takda dokumentasi yang baik, tapi perjalanan sekolah masih lagi membanggakan..
Isu hari ini ialah isu key in data PBS..
Aku baru nak tahu pasal PBS sebab kelas aku kat Johor tu, kami langsung tak guna PBS..
Keliru dan band yang diklasfikasikan untuk anak murid langsung tidak menepati untuk sesetengah murid..
Sebenarnya agak sukar untuk melakukan sistem penilaian PBS untuk murid Pendidikan Khas sebab mereka pelbagai masalah dan kelainan...
Apapun, aku dah berkenalan dengan beberapa orang guru..kebanyakan mereka dah tahu nama aku sebab masa meeting awal, mereka dah diwar-warkan tentang kedatangan seorang cikgu dari Benut..
ada seorang cikgu tu sangat menunggu aku kerana dia berasal dari Simpang Renggam..
sangat menunggu kah? haha!
Ekceli, ada 4 orang guru baru yang bertukar ke sekolah tu.
Persekitaran yang mendamaikan..
Sekolah yang berada di atas bukit..
Mendamaikan..aku disajikan dengan kehijauan alam semesta..chewahh!

Aku ditugaskan untuk menjadi guru Bahasa Inggeris..
Ok...ekceli sangat malu sebab tiba- tiba sahaja jadi AJK Panatia Bahasa Inggeris..
My English dahlah sangat bad..
Hua3
Ada plak program sekolah yang mahu melibatkan aku..
Yang lagi best ialah mungkin akan membantu murid peperiksaan dengan kelas tambahan..
Wah! layakkah aku?
Oh my English!!
Tadi dalam meeting tu, cikgu yang terlibat ada cakap..budak darjah 3 sekolah tu standard bacaan English dorang masih tahap Kindergarten di Singapura..
Aku rasa itu masih pencapaian yang baik..
Cikgu kena selami murid, budaya dan persekitaran Singapura dan Kuala Pilah memang berbeza..
Bukan semua orang Kuala Pilah dilahirkan sangat cerdas perkembangan bahasa Inggeris mereka..
Begitu juga budak Benut dan Pekan Nanas.. Lain..
Aku pula boleh tercakap.. 'saya rasa ok lah tu pencapaian mereka'..sambil tersenyum dan cakap anak murid saya kat sekolah lama lagi lebih teruk dan cakap 'cikgu dah ajar mereka dengan baik. jangan risau!'
Adui! 1st time meeting boleh ya argue senior..haha!
Rasanya kalau nak compare English aku dengan murid primary 1 Singgapura, lebih better dorang kot.. hua3
Susah nak cakap lah...
Padang kehidupan yang kita semua lari dan lalui, masing- masing tak sama ratalah..
Ada orang berlari di padang yang cantik rumput dan permukaan..maka mudahlah larian kehidupan mereka..
Ada orang berlari di padang yang nampak cantik rumputnya, tapi sebenarnya ada lekukan tersembunyi/nyata, maka tanpa sedar kaki pun tersadung dan menghalang larian itu..
See...
Apapun, aku salute la pada cikgu- cikgu Bahasa Inggeris sekolah tu..memang menyeronokkan masuk ke ahli jawatankuasa yang happy go lucky!
Mereka memang nampak kesungguhan..
Diakhir meeting, dia cakap.. jalankanlah tanggungjawab.
Tapi based on sekilas cerita dorang tadi, sebelum ni Pendidikan Khas tak terlibat pun dalam program dorang..
Sebab dorang kata bukan meminggirkan, dorang segan...
Hmm?...
Aku kenal cikgu English tu..dia ada tadi..aku menggantikan dia..dia akan berpindah..
Aku ada berbual sikit..tapi diwajah dia..ada sedikit macam unhappy lah..
Mungkin dia sibuk, atau ntahlah... tak suka aku kot..
Bukan dia sorang k..cikgu- cikgu PPKI yang lain pun..macam hambar je..ha3
ke perasaan aku je?
Selalunya pemerhatian aku tak pernah salah...kah3
Tapi PPM ok..aku dah beramah mesra..
Mungkin mereka sukar nak terima orang baru kot..
Apa pun, aku tak sabar nak jumpa anak murid..!
Ada 18 orang!
GPK Pendidikan Khas aku ok..dia ada cerita macam- macam tadi ngan aku..
Lelaki dengan perempuan senang sikit..
Perempuan dengan perempuan ni memang susah sikit lah..
Nengoklah macam mana nanti..
Tapi cikgu perempuan dia tak macam cikgu- cikgu pendidikan khas kat Johorlah perangainya..
Kami ni walau tak kenal mana, tapi muka mesra lagi..
Senyum, happy..jadi taklah canggung..
Kawan- kawan aku tadi, adoi..muka layu la..
Alamak! aku dah komplen...

Lagi 1 aku nak komplen..
Ada ustazah JQAF tu, dia baru juga sampai ke sekolah tu..
Tapi dia dah pergi meeting awal la..
Boleh dia main henpon time guru besar ngah cakap..
Hairanlah aku..
Kenapa begitu ya?
Langsung tak hormat orang..
Aku sempatlah menjeling apa yang duk sibuk dia nengok apa..
Nengok fesbuklah..
Sibuk duk komen pic kahwin dia...
Rasanya dia sedang sibuk jawab tahniah diatas kehamilan dia..
Aku?
Tak hamil- hamil lagi ke?
haha!
Ada juga tanya dah ada anak ke belum?
Aku jawab belum ada..he3
Belum rezeki aku..

Aku dah biasa dengan soalan yang macam tu..
Bukan aku tak kisah, tapi apakan daya aku..
Anak belum lagi dianugerahkan untuk aku..
Mungkin aku terlalu banyak dosa, dan Allah sedang membimbing aku untuk menghapuskan dosa- dosa aku supaya aku lebih sedar disamping mengharapkan keredhaanNya..
Wah! panjangnya..betullah tu..
Setiap pasangan mahukan zuriat apa..
Agaknya, mesti ex boyfren aku rasa lega tak kahwin ngan aku..sebab rugi je kahwin dengan perempuan yang susah nak bagi keturunan..haha!
Alhamdulillah..itulah hikmah putus cinta dengan aku..
Kesian kat suami aku..
Sabarlah abang..doalah banyak- banyak...
Kita masih boleh berusaha..chewaahh!!
Lagipun kita masih nak kenal siapa kita..
Dulu kita memang berkawan, tapi terlalu banyak topeng yang kita berdua gunakan..
Ni dah duduk sama, 1 persatu kebusukan diri terserlah..
Tapi, 1 je saya nak bagitahu abang..

'Terima kasih sebab sudi jadikan saya isteri abang..'
'Saya tahu abang boleh pilih perempuan yang jauh lebih baik daripada saya..'

Ala...dah cerita bab cintan cintun pulak..
Aku sangat rindu kat Acad sebenarnya..
Aduhai..nangis!!






Saturday, December 21, 2013

Kenangan semalam

Oh semalam ku terbenam
Di lubuk asmaraku
Yang jauh ku kembara
Jauh perjalanan
Jauh destinasiku
Namun tidak kesampaian
Ke arah tujuanku...

Lagu inilah yang sedang berkumandang dan menjadi radio kepada jiran- jiran..
Jam menghampiri pukul 2 pagi..
Ya..jam 2 pagi..
Meriah suasana..
Jiran aku sedang menzahirkan kegembiraan mereka yang menerima 2 orang menantu baru dalam keluarga..
Tahniah aku ucapkan..
Semoga majlis akan berjalan dengan baik dan perkahwinan yang dibina akan sentiasa mendapati keberkatan Illahi..

Aku masih belum mahu melelapkan mata..
Perut ku sangat kenyang..
Aku makan nasi lemak 2 pinggan tadi..
Banyak betul aku makan...ditambah dengan secawan milo panas..
wow!
Brother yang amik oder tu pun tersengih melihat aku yang pantas mengorder 1 lagi set nasi lemak..
Nasi lemak yang Kulai tu memang agak sedaplah..dia kurang rasa lemak..lebih kepada rasa halia..
Rasa macam antara nasi lemak dan nasi ayam..

Singgah kedai tu pun kebetulan sebab dah lapar sangat..
Aku bawa mak dan adik- adik pergi JPO tadi..
Mak belikan hadiah jam Swatch untuk adik..
Hadiah bersempena kejayaan dia mendapat 8A dalam PMR 2013
Tahniahlah untuk adik bagi kejayaanmu..he3

Mahera dan aku ni memang ada beberapa persamaan.
Memandangkan dia suka mengejek aku..ada beberapa perkara yang dia mewarisi daripada aku..haha!
Ya! kami sama- sama mempunyai wajah yang banyak jerawat dan berbatu- batu..
Lepas tu gigi kami juga mempunyai susunan yang kurang teratur.
Aku ingat lagi...dia suka cakap gigi aku macam buku yang sedang dibuka..
Gigi dia plak macam buku- buku yang sedang disusun dengan bertindih- tindih..
haha!
Selalu dia cakap..kenapa kau muka tak lawa ada boyfren?
Ha3 orang lawa je ke yang layak adik boyfren?
hmm..aku nasihatkan kat adik aku..baik dia berkawan- kawan je.. tak payahlah try- try nak ada feeling cinta kat seseorang dulu..belum tiba masanya..
adik masih ada banyak pilihan lagi...
dan satu lagi yang adik kena tahu.. hati manusia memang senang berubah..
Ala malaslah merepek tentang menda ni..lucu aje..

Sekarang dah 21hb 12 2013
Alhamdulillah..

Hari persekolahan akan tiba lagi..
Aku berdebar juga nak menanti hari itu..
Mesti kena kenalkan diri kat perhimpunan..
Lagi sekali..aduhai..malu..

Nak trylah..

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
Selamat pagi warga SK TUNKU MUNA..
Baiklah ..
Nama cikgu Kartini Binti Abidin
Saya berasal dari negeri Johor Darul Takzim
Saya guru Pendidikan Khas
Selamat berkenalan ya! (senyuman harus seiring semasa memberi ucapan)


Haha!
Oklah kot ucapan ringkas tu..
Segan wooo..
Harap cikgu tak tercacul-cacul..
Maklumlah,cikgu selalu salah sebot..OKU juga cikgu ni..;p

Tuesday, December 17, 2013

Milah Milah Pilah....

Post yang lepas ada mengatakan sekolah baru aku tu namanya sempena nama Sultan yang sekarang...
Mak oi! bila aku baca balik ayat aku tu, nampak sangat aku ni bodoh sejarah dan pengetahuan am..
Seganlah macam ni...

Apalah Tini ni..
Nama sekolah tu diambil sempena Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Muna... yang pada masa itu bergelar Tunku Muda S..rting sebelum memegang gelaran Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Aku tak boleh tulis full nama sekolah tu...sebab ni adalah laman sesuka hati untuk aku membebel sendirian..
Tak mahu pisang berbuah dua kali...orang cari SK Seri.... orang jumpa blog aku..
Lepas tu abis tercerita..hehe!
Tapi tak kisahlah...
Bukan aku cerita yang buruk sangat..lagipun aku tak mention nama individu yang terlibat secara terang- terangan...

Sekejab aje dah 17hb 12 2013,
Menandakan cuti sekolah hampir tamat..
Entah bagaimana persekitaran tempat kerja baru ni..
Adalah menarik atau lebih merumdumkan jiwa..
Kuala Pilah..bandar yang jauh berbeza dengan bandar tempat asal aku..
Struktur bangunan, keadaan jalan...masih lagi ada kesucian yang terlihat..
Disepanjang perjalanan ke sekolah..
Aku akan menikmati kehijauan hutan dan rimbunan pepohon...
Liku- liku jalanannya memang mencabar stereng..haha!
Suasana sudah mengantuk seawal 8 malam..
wah! berbeza sungguh...!

Berbeza itu memang harus ada apa...
Baru tahu mana yang bagus mana yang mengancam..
Kalau takda beza, takdalah pilihan..
Kalau takda pilihan, alam akan kesunyian, manusia akan akan sibuk menghasilkan perbezaan!

Friday, December 6, 2013

Gelombang Selesa

Alhamdulillah...
Hari ini keinginan aku untuk berpindah ke persekitaran baru dimakbulkan Allah
Lokasi sekolah adalah betul- betul di bandar Kuala Pilah..
Nama sekolah adalah nama yang bersempena dengan nama Sultan yang sedang menaiki tahta Negeri Sembilan sekarang ni..
Semoga aku boleh menyesuaikan dirilah dengan sekolah baru ni..
Tapi betul ke dapat sekolah ni?
Kalau dalam online memang la dah confirm dapat, apa- apa hal kena tunggu surat dulu...
Selagi takda surat, aku tak boleh terus terjah ke sekolah tu.

Ramai yang bertanya,
Tak sedih ke tinggalkan Wawa?

Hmm..
Memanglah sedih..
Budak kecik tu lama dah berdampingan dengan aku..
Lagipun aku yakin, budak tu takkan la merindui aku sangat-sangat..
Faham- faham jela...lagipun aku dah sediakan persekitaran yang selamat untuk menghadapi gelombang perpisahan macam ni..

Bab menghadapi gelombang ni memang aku dah lama mengadaptasikan dalam kehidupan seharian aku..
Sukar untuk aku menerangkan menggunakan bahasa mudah..haha!
Tapi, hasilnya tidaklah terlalu meranapkan jika gelombang itu hadir..
Walaupun aku harus akui yang hasil gelombang tu tetap meninggalkan kesannya tersendiri..

Sesungguhnya,
Aku langsung tidak bermimpi atau berangan untuk jadi cikgu kat Kuala Pilah..
Sebenarnya, Kuala Pilah tu bukanlah terlalu asing untuk aku..
Dulu masa aku kecik, Mak Ita aku duk kat Kuala Pilah tu..
Pernahlah aku duduk setengah bulan kat sana..

Kini,
Jika tidak ada aral melintang..
Aku datang lagi ke Kuala Pilah..
Kalau dari Balai Polis Johol..
Jaraknya adalah 22km untuk sampai ke sekolah tu..
22.km
Jarak yang nak kata jauh, tapi taklah jauh sangat..
Cemburu pula bila dengar kawan-kawan dapat area2 rumah aje..haha!
Nengok? betapa tidak bersyukurnya aku..
Tapi ini adalah hadiah yang terbaik Allah bagi untuk aku..
Beza banyak woo dari sekolah lama..
50 dan 22..hu3

Aku tidak boleh menulis nama penuh sekolah aku kat blog ni..
Bimbang aku tertulis benda yang merepek dan boleh mencemar pandangan insan plak..

Sedih pula untuk berjauhan dengan famili..
Tapi ini juga sesuatu yang baik..
Sebab puas dah aku menyakiti hati famili aku selalu..
Haha! maklumlah...aku ni memang kaki gaduh dengan mak aku..
Ada je tak kena di mata mak aku..
Ahh! malas nak cerita..berdosa pula..
Dahlah malas nak minta maaf kekadang..
Tapi, mak aku nampak gembira aku dapat move..
Syukurlah..
Itulah matlamat aku..aku yang cari sejak kian lama..
Memberi ruang untuk insan tersayang dan membiarkan aku merasai kesan gelombang..

Tapi gelombang itu telah memberikan berita gembira kepada pasir yang lama mahu aku teralih dari tapak gravitinya..
Tahniah sudah mendapat pasir yang lebih berkilau dan bersinar..
Aku gembira untuk pergi merasai rezeki Allah yang lain..
Aku sedang belajar untuk menikmatinya sehinnga aku sedar yang sebenarnya aku memang gembira dan layak...!

Saturday, November 16, 2013

Biar gambar berkata- kata...


Tarian kehidupan sekolah....

Diam tak diam...
Sesi persekolahan pada tahun ni dah pun selesai..
Alhamdulillah kerana Allah masih memberikan aku kesempatan dan meminjamkan macam- macam nikmat untuk aku nikmati..semoga Allah akan terus merestui hambaNya ini.. Semakin hari bertambah rezekinya dari pelbagai sudut..

Semalam hari yang amat sedih untuk aku..
Ya...
Aku melepaskan 5 orang anak murid aku..
Terkesan sungguh kehadiran mereka dalam hidup aku ni..
Yela..susah untuk aku ceritakan macam- macam karenah dan asam garam bersama mereka..
Saat aku mahu memberikan ucapan untuk mereka..hanya air mata yang mampu berkata- kata..
Kelakar betullah aku ni..
Kenapa mudah betul air mata ni mengalir...adoi..
Tapi memang sedih la..yela dah bertahun- tahun ak ngan dorang..
Aku rasa lagi banyak masa aku spend ngan dorang berbanding spend masa dengan suami aku..
Haha!

Masa hari Anugerah aritu pun...aku boleh menangis time baca namakan pelajar Pendidikan Khas yang akan move ke sekolah menengah..nasib kawan aku tu faham..terus dia amik mikrophne aku..air mata dah mengalir- ngalir...

Ntahlah kenapa aku memang sayangkan dorang tu..
Kadang perangai bukan baik sangat pun..ha3

Aku doakan mereka semua dapat menjalani hidup dengan positifnya.
Bimbang betul aku,,sebab dorang tu golongan yang amat mudah terpengaruh..
Semoga Allah akan lindungi mereka...

Ok..semalam aku dengar 1 pengakuan yang agak excited ok.

'Tini, sebenarnya akak dah kenal kau sebelum akak masuk sekolah ni lagi'...

What??

hahaha!

'Akak baca blog ko...cikbanjarblogspot..'

Ok....pandai akak berlakon seolah- olah tidak mengenali aku ni ye...ceh!!

Bocorlah rahsia ak kak...segala memori kecintaan, kerinduaan, kehangatan, kepahitan aku, akak dah tau...! hahaha! tapi pandai ek akak berlakon..

Padanlah masa mesyuarat pertama kali kat skss akak tu nengok aku dengan senyum simpul dan oohhnya!

Ceh! Terima kasih kak kerana sudi singgah blog tini... Asalnya nak tahu pasal skss...tapi yang akak tau cuma banyak kisah syok sendiri aku...hahaa!!

Siapa akak- akak yang aku sedang ceritakan ni?

Ok..nama akak ni terpaksa aku rahsiakan dalam blog..sebab dia agak popular di JPN n PPD..
Bukan popular menda horror...tapi dia popular sebab cemerlang..
Dia baru pindah ke skss tahun awal tahun ni..
Kira dia baru tahun pertama kat skss..

Aku suka kawan ngan akak ni sebab dia ada 2 orang anak yang comel.
Selalu bawa budak- budak kecik ni kalau akak tu ada program yang menyebabkan dia tak boleh datang sekolah..
Kalau bawa budak- budak kecik tu, memang taklah rasa sunyi sangat..

Terima kasihlah kak sebab tak bocorkan kat orang lain pasal  blog tini ni..
Blog ni memang untuk bacaan tini time tini rasa nak berangan..
Nak tulis diari dalam buku, tini memang malas nak menulis..kalau menaip ok..

Apa nak buat cuti ni ek?
Banyak keje sebenarnya...
Aku kena handle lawatan tahun depan..
Suka ke budak g lawatan?
Jujurnya...aku suka bawa budak Pendidikan Khas berbanding budak- budak arus perdana.. sebab aku memang cikgu Pendidikan Khas!

Oh..aku lupa nak ucapkan tahniah kepada anak- anak bujang P.Khas aku sebab boleh melakukan tarian Suka Hati depan orang ramai masa hari Anugerah kelmarin..haha!


Kenangan yang tidak akan kembali...aku bangga menjadi sebahagian dalam entiti perjalanan hidup mereka.






JIKALAU ABANG MERINDU

JANGANLAH TENONG TENONG

Tuesday, October 1, 2013

Roda- roda kota speed!

Pagi tadi aku bangun jam 6.30 pagi..
Sangat seronok bila kelewatan bangun..
Maka aku masih terhegeh- hegeh bersiap..
Aku suka je datang lambat..
Aku tahu kawan- kawan memerli...namun, ada aku kisah? hahaha..
Aku tahu perbuatan aku memang sangat tidak beretika.. tapi apakah daya..
Aku masih belum mampu untuk berjihad melawan masa.. bluerkk...

Semalam adalah hari yang agak penat memandu sebab aku kena amik makcik kat perhentian bas Larkin..
Dia datang sebab ada urusan kat Singapore ari Khamis kang.
Kalau takda aral melintang kubur nenek yang kat Singapore tu akan dikorek dan akan disatukan liang hahad bersama suaminya dan beberapa ahli keluarga yang lain..
Memang begitu sistem di Singapore sebab mereka kekurangan ruang untuk penempatan insan- insan yang sudah meninggal dunia..

Apabila dah bawa Acad sama, maka aku pun mengambil peluang....(pause)

Ok..aku dah lupa dah ayat yang patut aku tulis tadi..
Ni aku baru balik dari rumah 5 orang anak murid aku..
5 anak murid yang akan ke sekolah menengah..
Tujuan aku jumpa parents dorang ialah sebab nak minta tandatangan untuk uruskan perpindahan murid ke sekolah menengah..

Sedihlah bila nak melepaskan anak- anak murid tu..
Namun itu memang lumrah kehidupan..tiada yang kekal di dunia ini..
Kisah menarik, suka duka...akan silih berganti...yang muda jadi tua..yang remaja jadi dewasa..
Yang mentah jadi masak...

Mulanya aku nak titipkan cerita kisah ke zoo semalam..
Tapi rasanya aku nak cerita tentang hasil dapatan lawatan ke rumah anak- anak murid aku hari ni...

Hmmm...
Mulanya aku ke rumah Aziz..
Salam diberi dan disambut oleh nenek Aiman..yang sudah uzur namun nampak lagi sihat..
Aku dijemput masuk..
Aku menerangkan tentang tujuan aku..
Ibu Aiman menganggukkan kepalanya tanda faham..
Sempat juga wanita itu bercerita tentang keluarganya..
Asalnya dia memang tidak mahu berpindah dari negeri Melaka..
Tapi kerana harta dia membawa keluarganya pulang ke Johor..
Katanya, dia terpaksa berpindah dari rumah asal dia, rumah yang ibu dan kakaknya yang berlainan ibu tinggal pada satu masa dahulu..
Sedih juga dengar...kakak yang ibunya pernah jaga ibarat anak sendiri tu sanggup menghalau ibunya untuk pergi dari tanah yang lama dah ibunya duduk..(nenek Aiman)..
Kesimpulannya, kerana harta, pertalian saudara mara sanggup dicemarkan..
Entahlah...

Lepas tu aku ke rumah Zaki...memandangkan aku tak konfiden nak lalu jambatan rumah dia, aku parking kat satu laman rumah Aunty Cina..yang ada anjing..
Wah! sangat menakutkan...hehe! sebab belum pun turun kereta, anjing tu menyalak-nyalak...
Aunty Cina tu senyum dan cakap ngan aku..jangan risau..
Naqib ketakutan..aku bawa Naqib sebab dia memang layak jadi PA aku...
Percaya aku ngan dia..
Beg tangan aku pun selalu dia yang bawa kalau aku bawa budak- budak ni shoping..

Lokasi seterusnya ialah ke rumah Naqib sendiri, nasib ayah dia ada..
Kat rumah Naqib aku tak lama, sebab seganlah..
Cuma ada ayah dia aje..

Kami menuju ke rumah Aiman plak..
Dalam perjalanan tu banyaklah benda yang Naqib cerita tentang susur galur penduduk kampung tu..
Pasal bengkel, pasal kisah tunang eksiden mati lepas tu tunang lagi..
Pasal isteri kecik, laki besar..
Macam- macamlah..aku layankan aje..

Akhir sekali aku kena cari maknya Hakim..
Pelajar yang bermasalah sikit..
Keluarganya pun..
Susah nak cakap..
Kata Naqib kena cari mak Hakim kat kedai..sebab memang dia tak duk rumah dah sekarang..
Betul kata Naqib..memang mak Hakim kat kedai..
Kat situ memang lamalah sikit aku bertandang..
Sebab...nak tunggu mak Hakim mandi..
Berbual punya berbual..
Rupanya Hakim dan keluarganya duk kat kedai tu..
Jarang balik ke rumah..
Yang aku nampak ada 1 bilik je kedai tu..
Based on cerita akak tu, dia dan anak dan suaminya memang tidur kat bilik tu..
1 bilik tidur beramai- ramai...
Bayangkanlah....
Tidur dengan 1 lagi kawan mereka..seorang lelaki Indon..
Masa aku datang tu pun..makcik tu berdua je dengan lelaki Indon tu..
Dia ceritalah macam- macam..
Anak dia takmo sekolahlah..
Buah ehem anak dia besar sebelahlah..
hmm...
Tapi yang paling haru sekali..lelaki Indon tu tanya,Naqib tu anak aku ke?
Aku tanya balik, muka sama ke?
Ada iras-iras katanya..
Aku tergelak sikit...aku jawab a'ah anak...anak murid jer..
Wah! aku sudah tua ke sehingga ada anak sebesar Naqib?? hahaha!

Macam- macam kisah orang kan?
Setiap hari ada kisah..
Ada yang jujur, ada yang tipu perasaan..
Kadang jalan kehidupan itu bukan kita yang nak..
Tapi nak buat camne..takdir jua yang menentukan akhirnya..

Aku sebenarnya, ada sikit terasa semalam sebab ada 1 akak tu macam tak puas hati dengan aku..
Dia kata aku macam budak pendidikan khas juga sebab ajar murid pendidikan khas..
Apa hina sangat ke murid aku tu?
Adakah mulia sangat ke dia tu?
Dia boleh post kat fb aku satu kalikatur yang mengisahkan tentang ada seorang nak bunuh diri, lepas tu ada seorang yang memujuk,tapi in the end 2 2 jatuh dari jambatan..
Biadap betul perumpaan tu..
Dia belum kenal apa itu kehidupan sebenarnya..
Belum tentu anak dia yang normal tu tak boleh jadi pendidikan khas..

Dalam dunia anak murid aku ni, aku tak boleh jadi macam majistret, aku tak boleh jadi macam jurutera, aku tak boleh jadi macam kerani...
Aku memang kena jadi macam mereka..masuk ke dunia mereka untuk ada bonding antara aku dan mereka..
Kalau tak...susahlah aku nak ajar mereka..
Biarlah orang tak faham...asalkan aku faham dan bahagia..
Memang aku akui, ramai yang belum kenal dunia istimewa ni..
Kalau tak mahu kenal pun, jangan bagi tanggapan buruk kepada kami..
Roda berputar, mungkin bahagian roda kami agak buruk bunganya, bimbang tiba masa, bahagian roda kamu bocor terpijak paku..


Sunday, September 29, 2013

Pecisan tulisan ku..

Kerja seorang guru pada masa kini memang macam- macam..
Bukan setakat mengajar dan mendidik anak murid, anak melayu..dan yang pasti anak orang...! haha!

Ok..



Ni aku nak story pasal tugasan guru yang lain dari biasa..
Biasalah...kata orang guru ni tugasnya memang rapat dengan masyarakat..

Gambar di atas adalah gambar perincian permohonan bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu murid- murid bersekolah..

Begitu ramai yang memohon..
Begitu banyak jugalah cikgu dittipu..
Barangkali orang tidak memahami...tapi entahlah..
Maka kerana cikgu rapat dengan masyarakat..terpaksalah cikgu menjadi seorang penyiasat dan mengambil tahu segala dalam dan luaran masyarakat tempat bertugas..

Sebelum permohonan ni dilakukan...
Kami jawatankuasa HEM akan bermesyuarat bersama wakil- wakil orang kampung..
Dan paling utama mesti ada ketua kampung..

Calon yang dimohonkan mestilah berpendapatan perkapita bawah RM210/1.
Bila nengok jumlah pendapatan yang ditulis oleh ibu bapa ni membikinkan aku tersenyum meleret sendirian..

Ada yang punya perniagaan sendiri, van 2 buah, kereta 1 buah.. tapi pendapatan hanya 1000..
Bila dengar ketua kampung bagi penjelasan yang pemohon tu ada kelapa sawit berekar- ekar..lagilah aku meleret tersenyum simpul..
Aku ni orang luar, cuma setiausaha dan orang paling muda dalam meeting tu...aku hanya mencatat dan berfikir sendirian..
Entahlah, orang ni macam- macam...
Suka hatilah..

Tipulah berbakul- bakul mana...malas nak amik kisah..

Bantuan kerajaan bagi ni sebenarnya untuk kegunaan murid..
Perbelanjaan persekolahan, macam baju, kasut, alat tulis dan sebagainya..

Bantuan sudah diberi...
Tapi pernahkah mereka menghargai?

Baju anak tetap macam tu..berburas..
Kasut, terkoyak sana sini..beli yang paling takda kualiti..

Aku geram..

Macam mana anak tu nak bersemangat..?

Budak sekarang bukan ada jiwa dan hati yang kental seperti murid dulu..
Mereka sudah tahu penampilan..gaya...

Sedih kan?

Last- last, cikgu juga yang disalahkan..
Galakan dari ibu bapa sangatlah penting..
Bila ibu bapa amik mudah dari yang asas...susahlah murid nak berkembang dengan baik..
Aku kecewa..

Bila aku jadi guru bertugas, aku suka semak lencana murid aku..
Bila aku tanya..masih ramai yang tiada lencana..
Lencana tu cuma 60 sen..
Bukan pakai buang tau, tu lencana yang melekat..dijahit dan dibasuh pun takkan mudah tanggal..
Yang lebih menyedihkan, kadang budak tu dah darjah 5..
Kalaulah takda duit pun, boleh sangat guna lencana yang lama..jahit balik..
Sekolah yang kecik tu pun dah tak cinta, apatah lagi negara Malaysia kita..
Semua pentingkan diri sendiri...

Nenek aku selalu cerita betapa susahnya dia nak sekolahkan mak dan makcik aku..
Menoreh..berkebun..cari duit sana sini..
Mak aku duk asrama lagi..
Dia mesti belikan mak aku kasut, buatkan baju baru, belikan buku..
Sedangkan zaman dulu mana ada bantuan macam sekarang..
Dahlah nenek aku tu menjanda awal..

Orang dulu, semangatnya lain kan..
Kenapalah ibu bapa ni tak menggunakan apa yang diberikan dengan baik..
Hairanlah..

Tu belum aku ceritakan pasal anak murid aku yang dapat elaun ribuan ringgit..
Ibu bapa juga yang salah guna..
Tapi nak anak jadi yang terbaik..serah pada cikgu..

Cikgu? Buntu...
Kalau memikirkan sangat, konfem darah tinggi naik..
Jadi, cikgu lihat jelah..
Senyum simpul dari jauh..
Sediakan diri untuk melihat pemandangan yang menyakitkan hati..
dan mencium bau yang kurang menyenangkan..

Aku menulis untuk aku meluahkan..bukan untuk tunjuk perasan baik..
Sebab....... tiada siapa nak dengar luahan picisan ni..hahaha!
Lagipun...apa sangatlah pengaruh dari seorang cikgu pendidikan Khas macam aku ni..
Bila orang tau aku ni cikgu pendidikan Khas...muka mereka mesti menyerot senget..
Cubalah aku ni majistret...haha! mesti banyak wah yang aku dapat..haha!
Percaya tak stigma ni berlaku?
......hahaha...ia berlaku..
apalah sangat jawatan aku ni...moga Allah memberikan aku keberkatan..kesihatan..dan petunjuk yang baik- baik selalu..Amin~...




Saturday, September 28, 2013

Kehilangan dalam Integriti Keyboard...


Kursus Integriti..

Ada kursus Integriti di Sek Keb Sri Kembar tadi..

Walaupun aku rasa berat kaki untuk menekan pedal minyak.ku gagahi juga.
Bangun di waktu pagi..

Sakit la bahu...
So sebelum g kursus tu aku rasa kena urut la bahu ni..
Aku pun membelokkan kereta ke arah kampung yang namanya..
Kampung Parit Kahar...area Ayer Baloi..

Pagi- pagi dah bertandang uma nenek tu..
Maka aku pun dengan menadah bahu untuk diurut oleh nenek tu..
Suka aku urut dengan nenek tu sebab nenek tu masih gagah lagi..
Bila melihat dia...otomatik aku teringat arwah moyang kesayangan aku..

Sedihnya bila melihat dia melambai- lambaikan tangannya bila aku balik..

Berbual dengan dia macam- macam ilmu yang dia turunkan..
Umur dia dah 80 tahun lebih..
Tapi masih sihat..

Arini aku dapat satu tips..

Dia kata kalau nak buang angin dalam badan, sihatkan badan..
Minumlah air beras sangai..
Aku lupalah bahasa melayunya nak sebut cne..
Sangai tu macam memasak tanpa minyak di dalam kuali sehingga masak.
Beras tu disangai sampai la bau mangit dan berwarna hitam keperangan..
Lepas tu bikinlah air macam bikin air kopi atau teh..
Buh gula sikit..
Aku dapat minum sikit pagi tadi..
Ehm...rasa beras bakar..

Berbalik pada kursus tadi..

Apa yang aku dapat ye..
Dapat nengok orang..
Jumpa akak2 yang lama tak jumpa..
Ada yang cakap lama tak nampak aku n ingatkan aku dah pindah Kuala Pilah..
Haha!
Dorang kata aku dah malas pergi meeting..
Ekceli..
Malaslah nak pergi meeting..
Kalau meeting ni, kadang sebenarnya dah ada keputusan kat pengerusi..
Cuma nak ikot prosedur je..dokumentasi amat penting..
eceh..alasan la aku ni...

Minggu ni, aku rasa sangat suka lagu Kehilangan dari Firman..
Aku ulang banyak kali kat radio..
Sambil mendalami musiknya..

Sebenarnya aku ada angan- angan baru..!
Nak belajar main keybord la....
Tapi ada orang tu cakap..jari dah keras baru sibuk nak main..
hmmmm..
??
Entahlah...hahahha!
Berangannnnsss....

Boleh wat...sukatilah...



Friday, September 27, 2013

Peraturan jalan- jalan orang....

Arini aku mendapat ucapan tahniah dari pemangku guru besar aku..
hahaha! memerli dalam kelawakan...
hmm...aku hanya tersenyum simpul dan menjawab..
wah!! 'Apa ni sir??'...hehe! sambil tersengeh macam kerang busuk..

Seronok bila dapat kuar rumah yang timenya macam kawan- kawan yang duk area sekolah..
Gila mamboo la rasa.. apa salahnya.. itulah kegembiraan dan kebahagiaan..
Setiap hari aku mencipta kegembiraan sendiri..

Memandangkan dah gaji 2 hari,
Aku rasa nak belanja anak murid aku makan..
So, aku berhenti la di gerai yang belah area Parit Panjang..
Before tu aku dah stop kat area Parit Sikom..
Kononnya nak belanja roti prata..
Tapi sampai je kat kaunter, pakcik tu cakap,roti canai untuk 20 keping memang takda..
Sebab dia memang tak buat banyak aritu..
Aku sempat mengira di tempat tebaran roti tu, ada la 30 keping..
Tapi dah dia kata takda..maka aku pun kuarlah dari kedai tu..
Hairankan...warung yang besar, tapi takda apa yang jual..hairan..
Dah takda rezeki..

So, aku singgahlah kat kedai pakcik Parit Panjang tu..
Beli nasi lemak untuk anak murid aku yang 14 orang tu..
Dan seringgit cekodok pisang...!
So sedap..!
Harga semua dalam rm22..
Aku bagi 50..tapi pakcik leh plak takdo wet kecik..
Maka, terpaksalah aku tunggu untuk cukup wang bakinya..
Bukan aku takmo bagi wet kecik, tapi memang dalam purse tak cukup duitnya..

Selepas je beli, aku pun nak jalan la, teruskan pemanduan..
Namun, aku susah nak lintas jalan..sebab ada lori baru parking depan kereta aku..
Susah nak lintas..sebab tak nampak kereta dari arah depan..
Jadi aku memutuskan untuk tunggu la driver tu beli..

Telahan ku benar belaka..
Aku nampak dah driver lori tu pegang duit 50..
Hati kecil ku berkata 'wow, mesti ada kisah disebalik wang 50 tu'..
Tiba- tiba aku dan driver lori tu saling berpandangan dari jauh..
Dia pun sengeh- sengeh dan terus jalan melulu ke arah kereta..

Dik, ada duit pecah tak?

Takdalah..memang tak cukup ni bang...

Perempuan tak mungkin takda wet kecik..abaang tu kata..

Betul bang...

Kesian plak aku nengok..

Maka..aku pun bersetuju untuk bantu dia..

Terpaksalah aku mengorek- mengorek duit- duit yang ada dicelahan beg, kereta dan buku...
Cukup juga akhirnya..
Abang tu mengucapkan terima kasih..
Sebenarnya dapat 49 hengget je..
Tapi dah abang tu nengok aku korek syiling bagai..maka dia kata cukuplah tu..hehe!

Apa yang aku nak cerita sebenarnya..

Abang tu sangat ceria dan gemibira dipagi hari..
Tak nampak kusut..
Rambutnya pun lebat..tak nampak botak...
Dirinya seperti antara insan yang bersyukur dapat keluar bekerja di pagi hari..
Walaupun hanya sebagai pemandu lori..
Insaf rasanya..
Aku bukan tak hepi pergi ke sekolah, cuma aku ni banyak sangat alasaan..
Insan yang tidak bersyukur..huk3

Ok..
aku meneruskan perjalanan..
perjalanan yang penuh berhati -hati..
sebab..

banyak insan yang gocoh dipagi hari..

aku selalu kena brek emergency...

makcik- makcik yang hantar anak sekolah ni suka lintas sesuka hati..
bahayalah..

makcik ni ada kemahiran...
tapi takda pengetahuan..
macam mana aku nak usulkan semua ni untuk kebaikan ibu- ibu ni kan?

tadi kalau aku amik tak kisah..memang confirm kena langgar makcik tu dengan anak dia..

dia nak belok kiri..dia pergi ke line tengah..
aku ingatkan dia nak ke tengah sebab nak belok kanan..
kelakar betul la..
nasib takda kereta lain..
habis bertaburan beg aku sebab brek yang gila kentang tu..
kereta aku tertala ke kiri jalan..
makcik tu punya moto lagi sejenggal cium kereta aku...handle dan tayarnya ke arah kiri..
adoi..

So, berdasarkan pengalaman aku ni, antara pendidikan yang patut di ajar di sekolah ialah pendidikan lalu lintas...
Asas yang betul- betul asas..
Sebab banyak orang tak tahu peraturan jalan raya!!
Ajar bagaimana hendak membelok..
Bagaimana hendak memotong kenderaan..
Bagaimana hendak membonceng orang..
Bagaimana hendak melintas di simpang..
dan bermacam bagaimanalah.

Moga aku gembira memandu ke sekolah setiap hari..
Sambil mendengar klasik.fm...



Wednesday, September 11, 2013

Insan Tahi Lalat..

Malam tadi aku bermimpi berjumpa boyfren lama..
Boyfren yang aku kenal masa keje kat PTP dulu- dulu..
hahah! banyaknya boyfren..ala...kelakar2 aje...
persahabatan musnah selepas aku masuk UM...ha3
sangat kelakar..kawan macam tak kawan pun..
jarang berjumpa..apatah lagi berdating..dia kawin masa aku tahun ke2 kat UM..ha3
muka macam apek n ado taik lalat atas bibir..
dalam mimpi tu, aku leh terjumpa dia kat nama tempat..bukit senyum..
ntah kenapa bukit senyum tu leh muncul dalam mimpi aku ni..walhal aku takde pun cerita- cerita pasal bukit sebelum tidur..ingat pasal Apek tu pun takde..

so, aku google la...ada ke wujud bukit senyum tu?
emm...
ada kat jb, ada kat perak, ada kat batam...banyaknya...!
kenapa ye tetiba dalam mimpi ada sebut pasal bukit senyum..hmm!
jaohnya misteri itu..malas nk fikirlah..

kenangan berkawan dengan Apek masih ada tinggal dengan aku..
kemana- mana saja aku bawa..
ahahha!
benda tu adalah.....my henpon number la..! lama betul dengan aku..
ekceli malas nak tukar pasal dah lama pakai..

Selain Apek...insan yang bertaik lalat yang pernah ada tali perhubungan ialah anak murid aku sendiri..
Namanya Naqib..
Hmm...budak ni..bertaik lalat dan adalah anak murid yang paling aku percaya untuk pegang henbag aku..
Baiklah budak ni..
Dia eksiden masa pose aritu..
Sangat sedih masa aku melawat dia..
mulut bengkak..
bapak dia cakap 'atas bibir dia abis, daging ilang dan gigi patah depan'..

so, apakah imaginasinya jika dengar begitu..?
aku sebak..sedih...
aku bayangkan si budak ni akan jadi sumbing..
maka aku melawat la dia..dan entah kenapa air mata aku leh gugur masa nengok budak tu..
sedih wooo..
tu baru anak murid yang aku jaga selama hampir 4 tahun.. entahlah..
tahun depan dia dah kena pindah ke sekolah menengah..
tapi banyak kali dia rayu takmo g sekolah menengah..
kalau ikotkan aku, boleh je..tapi, kehendak peraturan dia kena pergi juga..
tapi jauh disudut hati aku, aku risau nak lepaskan anak murid aku yang 4 orang tu..
sebab kebanyakkan bekas anak murid aku mesti berhenti sekolah dan ponteng sekolah kalau naik ke sekolah menengah..!
ni aku hangin ni...huk3

bila aku selidik kenapa takmo sekolah lagi?
(aku tanya kat shamsul..ex murid aku)
- cikgu membebel..
- cikgu tak cantik..
- benci nengk cikgu..

see...??
alasan tak munasabah la..

bab cikgu membebel tu..aku ni kaki bebel juga..tapi dulu dia rajin sekolah je..

alasan cikgu tak cantik..aku ni lagi la tak cantik..jerawat berbatu-batu..baru- baru ni je licin sikit..hehe!

hmm..ntahlah..risaulah.. berkali- kali aku pesan, jangan berhenti sekolah..hope, kawan aku kat sekolah menengah tu..cubalah jiwai anak murid aku tu..takmo la bagi dorang berhenti cpat...teruklah masa depan dorang..

Berbalik kepada Naqib..

Dek kerana murid ramai tak datang sebab UPSR..
aku pun bawalah dia jumpa dokter..nak repair gigi dia yang patah sekerat tu..kan buruk kalau senyum..
aku nak anak murid aku ada wajah yang manis walaupun OKU..hmm

so, dengan senyuman yang amat manis...ceh! aku pun menuju ke kaunter..
mulanya dia kata, harini untuk yang ada temujanji je..tapi dia bagi jugak..
haha! rezekilah..
dapatlah Naqib gigi baru..

Masa mula masuk jumpa dokter, dia kata ni anak puan ke?
hahah! anak puan??? muka aku ni ada rupa ibu yang ada bujang umur 14 tahun ke??

'eh tak la dokter, ni anak murid saya je..'..
haha!

'maaflah cikgu, muka ada iras- iras'...
hmmm? iras?
haha!

ape- apelah dokter..janji gigi anak murid siap..
memandangkan si Naqib tu berkeras nak aku teman dia, terpaksalah aku nengok dokter bikin...duduk macam mengobseb orang..
manja betul bujang ni..dah besar kot..takkan cikgu nak layan macam baby..adoi..
dalam tu macam- macam si pembantu dokter tanya..segan lak rasa..hehe!
tanya pasal sekolah la, anak murid la, duk mana la..hmm..
nak ilangkan rasa nerbes mak anak umur 14 tahun ni ek?? haha!


hepilah aku rasa arini..
kepuasan yang lain..
aku bukan saja cikgu, tapi aku juga ibu lakonan..haha!

Taarra!! siap dah!





Monday, August 19, 2013

Aku peria katak.....

Apakah disebalik imej itu..
Imej itu sangat indah dimata insan..
Wah! manisnya..manisnya..manisnya..

?? manis ke? ok...
Terlalu banyak manis boleh membuatkan aku rasa mual dan muntah ditepi jalan.
Lagi- lagi bila ditambah dengan isi durian yang bukan faberet aku..

Sekalung tahniah dan terima kasih aku ucapkan kepada pemanis tu..
Kerana...
Kerana..
Membuatkan hidup aku ni nampak sangat manis di mata mereka- mereka..
Namun..
...kelakar juga..

...pahit memang banyak bersama aku....
...macam kopi.. manis dan pahit silih berganti..
...tapi aku bukan peminat kopi..
..apakah minuman yang aku suka..??

ok..aku bagitau.. aku peminat tea o cap masjid yang kaler dia tak bape nak pekat dan rasanya tak bape nak manis...
macam tu akan rasa lebih selamat bukan?
Selamat untuk kidney..

Yeke?
haha!
kebarangkalianlah..

kalau kau suka manis..belajarlah cari kemanisan dalam diri aku..
kalau kau suka manis..perlahanlah tabur kemanisan dalam diri aku..
aku memang banyak pahitnya..
pahit yang engkau tak suka..
andai kemanisan itu masih engkau tak jumpai dalam diri aku..
janganlah kau mengeji akan kepahitan aku..
aku sedar, aku ibarat peria katak yang kulit menggerutu dan pahit perwatakannya..
buang saja aku jauh- jauh kalau kau rasa tak boleh goo...
supaya...kau tidak lagi mampu untuk mengeji kepahitan aku......



Friday, July 19, 2013

I suka bergurau!!

Hari ini hari Jumaat..
Hari ini aku datang lewat..hehe!

Pantun 2 kerat yang aku mulakan..

Ok..aku datang lewat dengan amat cemerlang..
Tapi sekurang- kurangnya aku jujur lewat dan kalau cuti, aku jujur cuti..
Tidak seperti ada kawan aku yang suka tulis nama dan kemudian keluar sekolah atas urusan peribadi..
Kalau ikut prosedur kalau keluar melebihi separuh hari bekerja disarankan untuk amik cuti tahun..
Tapi kawan aku tu, dia tulis nama lepas tu dia kuar..
Dia boleh ah tulis nama, umah dia sekangkang kera aje..lepas tu terus tak balik sekolah..
Kejujuran dalam ketipuan..
Ketipuan dalam kejujuran..
Apekah itu?
Sukahati la..yang penting diri sendiri..
Orang punya hal...hal oranglah...ha3

Tapi aku punya habit datang lewat ni memang kena baiki..
Tapi memang aku sayangkan waktu tidur kan? haha!
Tapi aku memang kena cukup tidur sebab kalau tak nanti, mata aku macam mata panda..
Kalau tak pakai tudung nanti rambut aku berterbangan pelbagai arah..

Pagi tadi masa dalam perjalanan pergi ke sekolah..
Aku jumpa banyak sangat kemalangan haiwan..
euwwww...

Biawak mati ada 2 ekor..
Lepas tu jumpa ular sawa mati lak..gelinya..
Selain ular dan biawak....ada juga bangkai burung ayam..
Kejadian seperti ini memang bukan asing bagi aku sebenarnya..
Hampir saban hari aku akan jumpa bangkai biawak..
Semalam je aku hampir membangkaikan seekor ayam jantan..
Hmm..

Aku puas hati mengajar anak murid harini...
Nampak depa faham..

Tema transportation..
Kenderaan yang utama yang aku perkenalkan mestilah keretapi...train..
Train..train.. 
Bila ramai- ramai bunyinya macam betul..
Time suwoh cuba sorang- sorang..banyak juga slanga train ni erk..

Antaranya... cherenggg (by amir budak bugis)
trenggg (by Aziz budak Parit Kerimon)
teghengg (by Naqib yang pelat r)

Hahah!
Walauapapun bunyi atau slanga...aku cukup puas hati.. 
Sebab mereka beri perhatian dan mampu memahami perkataan baru dalam perbualan..

I see an airplane!
Go airplane go!

I see a car!
Go car go!

I see a jet!
Go jet go!


Pengulangan perkataan I see nampaknya membuatkan anak murid faham makna i see..
dan tidak disangka mereka boleh mengubah subjek yang d see tu..

Ada satu masa 2 orang budak sedang bergurau time kawan lain sibuk belajar, main jelir- jelir lidah..
Maka aku panggil kedua mereka ke hadapan..

Aku tanya apa yang aku ajor?
Baca balik..
2 2 senyap..
Akhirnya aku suwoh 2 orang tadi tu menjelir lidah..
Then aku tanya apa yang dorang nampak?
Ada yang ingat lidah in english tongue..

So..
In english?


Murid- murid lain pun jawab..

I see a tongue...
go tongue go!!

Hmmm...based dari feed back tu..
Maknanya anak murid aku yang lain faham!!
Good!1

Jadi budak 2 orang tu secara tak langsung ada la belajar..
Padan muka..kan dah kena jelir lidah sambil joget..
Suka hati igu Nini la...
Sape swoh men gurau- gurau...
Tak suka orang gurau- gurau ni..

Sebab gurau ni memang menyakitkan hati..
Walaupun itu hanya gurauan menguji kesabaran dan ketekalan..
Bergurau silalah berpada..

Bergurau dengan kawan boleh bikin cikgu marah..
Boleh bikin kawan marah, dan seterusnya boleh bikin bergaduh...ilang tali persaudaraan kan?
Bergurau kena sesuai dengan tempat..
Bergurau kena sesuai dengan masa..
Bergurau kena sesuai dengan orang..

Bergurau kena berpada- pada...;)


Thursday, July 18, 2013

Kham Kham Khamis...

Murid- murid dan kawan- kawan lain macam biasa dah balik..
Tinggal aku dan sorang cikgu darjah 6 yang ajor kelas tambahan..
Dan tidak ketinggalan ialah pembantu pengurusan murid aku..

Cuaca hari ini mendung..sejuk dan mendamaikan..
Membantu dalam menahan dahaga..he3

Apa aktiviti yang menarik untuk aku harini?
Harini aku sampai awal ke sekolah.. 
Dalam register kedatangan guru aku berada di tempat yang ke 4..
Agak awal bukan?
Tempat ke 4 dari 20 orang guru..
Biasanya aku suka mengambil tempat ke 20 dan 19..hahaha!
So kejis...
Wat to do...asalkan aku hepi...haha!
Suka hati je aku ni..
Pagi ni perjalanan ke sekolah agak lancar..
Tapi semenjak bulan posa ni, kenderaan yang kuar awal pagi memang banyak dari biasa..
Kalau nak potong barisan tu memang payah la sikit..

Tadi aku kena jaga kelas prasekolah..
Prasekolah...
Prasekolah...
Haha!
Aku dah lupa cne nak guide dan suasana prasekolah..
Hmmm..
Nasib cuma kena jaga sejamm lebih je..
Lupa lah cane nak handle budak kecik yang mulut bising macam- macam tanya tuh..
Serius jadi tak ngantok..
Ha3
Semua nak cerita perihal masing- masing..

Ehm..dah abis cerita..
dadaa.....ha3

Wednesday, July 17, 2013

Bunga terpetik sendiri..?


Aku masih disekolah waktu ini..
Memandangkan aku sering datang lewat.. maka aku rajin balik lewat..
Sengaja aku biarkan cuaca menjadi redup sedikit..
Menikmati petang di sekolah sambil mendengar lagu dan mengoogle segala yang aku rasa nak google..he3
Mentang- mentang sekolah dah ada wifi percuma.
Time petang ni laju la line dia pasal ramai cikgu dah belah..(bahasa kasar sekarangkan aku ni?)haha!
Ni semua gara- gara nak ngajor anak murid punya pasal..kalau bahasa skima..cepatlah dorang menguap dan menguap dan menguap..lepas dorang menguap...cikgunya akan terus terasa nak terlelap..
Kejang mata nengok anak murid bikin muka setoet...ntah faham ke idak..

Tensennya jaga anak istimewa ni hanya aku je rasa...
Tapi taklah tensen sangat pon.. 
Alhamdulillah anak murid aku semuanya baik- baik belaka..
Dah faham benar rentak cikgu sedap tekak mengajor ni..haha!

Bukan nak puji anak murid sendiri...
Tapi memang ah..selepas menjaga dorang since dorang didiagnoskan istimewa ni, macam- macam pengalaman aku jumpa..dan aku dapati selepas sekian lama..anak murid aku ni ada partnya lebih baik dari anak murid arus perdana.
Bukan diukur dari segi akedemik...tapi sahsiah..
Tapi aku akui, bukan semua ada sahsiah yang baik..tapi sekurang- kurangnya ada part yang mereka baik..
Contohnya masa pergi camping kelmarin..
Camping tu aku yang handle ngan GPK aku..
Kelakorkan..aku n GPK aku je excited..
Maka kami gabungkan murid Pendidikan Khas dan Arus Perdana..
Camping yang tu memang camping terjahlah namanya..
Kelakor..banyak insiden yang menarik berlaku..
Antaranya ialah.. bus tak datang amik budak..
Hahhaha!
Kelakor- kelakor..
Tulah tak pernah bikin pengurusan ke perkhemahan luar..macam- macam la yang jadi..
Tapi nasib aku punya kawan yang sangat sporting...mereka membantu walaupun mereka bukan guru anak- anak murid sekolah aku...terima kasih kawan!!

Tapi apa yang nak cerita ialah senario masa sebelum, semasa dan selepas perjalanan ke tapak perkhemahan yang berada di Pekan Nanas tu...kenapa pekan nanas? haahah! sebab ini kalilah aku dapat g keje dekat ckit..adoi...!

Ok..ape yang aku nak cerita..
Anak murid aku time mandi...dorang la yang paling sopan..tak terkinja-kinja.. melompat- lompat macam monyet.
Lepas mandi, anak murid akulah yang paling hensem dan paling wangi.. dibawa deodoran yang kitorang beli sama masa shoping kelmarin..
Baju..paling kemas..
Perilaku...paling mudah diberi arahan...tak payah ulang kali.. faham bena dah..
Time bikin aktiviti masak- memasak, paling lincah buat kerja..setakat uruskan bawang dan ayam..dah biasa..tak kekok..
Time balik, saling tolong menolong kawan-kawan lain angkat barang..
Time belanja kat ke kedai, paling last sekali bayar sebab nak bagi peluang kat budak arus perdana yang macam tak pernah g kedai..menyesakkan mata..
Jenuh aku nak handle budak arus perdana..
Mengengada...
Pada masa tu, aku rasa..bertuahnya aku diberi peluang mendidik dan menjaga anak murid aku yang orang lain pandang enteng sebelum ni..
Alhamdulillah.. Sebenarnya banyak perubahan dorang lepas beberapa tahun aku ngajor,
Mula- mula memang macam pelesit la..sampai aku pernah nak nanges..
Susah nak nk bentuk tingkahlaku dorang yang macam budak arus perdana tu..(tingkahlaku negatif)..
Tapi mungkin lepas banyak kali bikin amali...nasihat- nasihat..bebel- bebel dan ejas- ejas perangai, akhirnya adalah juga perubahan anak murid aku tu.. walaupun sikit-sikit..tapi membahagiakan..!
oh ya! masa camping tu..cuma aku n gpk je cikgu dan dibantu oleh pembantu aku dan pembantu pra..
Gila tragis..terkejut pihak pengurusan camping sebab biasanya kalu sekolah lain..semua juga ada amik bahagian..sekurang- kurangnya 10..ha3 

Ok..apa kaitan lagu bila bunga dipetik orang lain ni?
Sebenarnya, terdengar lagu tu semalam..tiba- tiba teringat kenangan pergi ke Kedah masa dolu- dolu..ha3
Lagi pun, tadi ngah tensen nengok bunga yang ditanam oleh pembantu..yang kaler kuning tu mati dan layu lepas budak arus perdana yang memandai p men kembur- kembur tanah dalam pasu kitaorang..
Apa kejadah p kembur tanah tanaman kitaorang kan? terang- terang tu tanaman dalam pasu dan pendidikan khas punya..
Kalau anak murid aku, dorang tak berani ah nak cuit barang cikgu- cikgu lain..
Tapi berani cuit barang aku...haha! macam barang akak dia gaknya..
Macam adik aku la, men amik je baju aku nak g dating..ha3
......See?? Wat happen dengan budak arus perdana??
Akedemik ditekankan erk?
Ehm.. biarlah... Lagipun ada parents arus perdana tu cakap..
'Biarlah anak saya ni cikgu, nanti besar..adalah rezeki dia sendiri'...hua3 
(apa yang diceritakan oleh akak yang ngajor arus perdana semasa hari terbuka baru- baru ni)..
Yelah..mungkin juga..sebab budak- budak ni belum matang lagi gaknya..nanti besar baiklah kot.
Kalau gitu, anak murid aku dah matang cepat lah erk? tapi OKU...? hmm..ha3
Syukurlah...sebab sekurang- kurangnya takdalah tekanan nak ajor dorang ni..bahagia!
Tak payah sibuk hal orang lain la..








Thursday, July 11, 2013

Mengharap Pendek Berambus.....

Ramadhan datang lagi..syukur kerana aku masih dipinjamkan dengan segala kenikmatan dan kesempatan yang sangat berharga... Aku gembira...syukur..

Namun, aku masih manusia biasa yang punya hati dan perasaan yang amarah seperti syaitoooonn!

Entahlah serba salah dan serba geram rasanya..
Benda ini tak boleh dibendung.. sakit hati aku..hilang segala kebebasan..

Cerita ini ialah cerita tentang si duda pendek anak jiran aku..
Nama dia Pendek Pig!! Yes! Aku sangat marah tatkala menulis entry ini...
Seriuslah..
Ada sesuatu sebab dia aku kena marah ngan mak aku..
Menyampah seh...

Kenapa aku marah si Pendek Pig ni?

Nak dipendekkan cerita..
Beberapa minggu sebelum- sebelum ni, suar kecik aku ngan adik beradik semakin kurang dan kurang..
Yang herannya, lepas beberapa minggu mesti ada je nampak suar- suar kecik bertebaran dikawasan yang tak sepatutnya..
Contohnya..dalam stor, celah motor buruk, celah pokok durian...
Celaka seh..
Semua celah- celah tu tak da kena mengena dengan kawasan jemuran suar kecik kitaorang..
Jauh...
Lepas tu, jemuran suar kecik kitaorang mesti ada bau hancing..macam kencing dalam suar lepas tu jemur..
Beberapa kali kitorang kena maki ngan mak sebab dia kata tak reti basuh suar kecik..
Geram sungguh..rasa terhina.. macam la tak pandai basuh suar kecik..
Seburuk- buruk suar kecik aku, takda la bau hancing..

Nak jadikan cerita....
Allah maha kuasa...
Suar kecik mak aku pun kena..haha!
Masa tu,dia dah speechless..
Tulah...aku cakap tak percaya..
Allah memang maha Agung lagi Mengetahui..
Dia takmo kami ni banyak dosa lawan mak..

So, kami decide lepas kejadian dapat detect suar kecik dan baju- baju disimbah air kencing..Kami jemur baju dalam uma.. Kalau cuti hujung minggu je kami jemur kat luar..

Teka punya teka sapa punya kerja...
Akhirnya, kantoi bila 1 malam abah pasang perangkap letak suar kecik kitaorang kat belakang uma..
Nak tau sapa punya keja??

Ha!! tula..si pendek punya kerja..!
Jiran aku punya anak..duda..
Abah nampak dia amik selipar pelan- pelan lepas tu pakai dan terus hala ke belakang uma kitaorang..
Lepas tu abah buka lampu buat- buat lap motor..cepat- cepat dia sembunyi.
Waktu tu jam 12malam...tekalah..buat ape g belakang uma orang lepas 12 malam?
So, dialah suspek utama yang simbah air kencing kat basuhan kitaorang..
Yelah..mula- mula basuhan wangi..bila dah kering bau kencing..siap ada serpihan lada..
Kurang ajar..memang aku tak maafkan lah perbuatan dia..
Sampai bila- bila...selagi dia tak mengaku kesalahan dia..
Abah malas nak tangkap dia malam tu sebab nak jaga air muka keluarga dia..
Air muka makcik jiran aku..
Kang malu punya pasal, boleh maut jadinya..
Makcik tu ada semput dan darah tinggi..

Si Pendek Pig tu baru je duk balik ngan mak dia selepas menjadi duda sebanyak 3 kali..
Memang semenjak kedatangan dia, macam- macam kejadian aneh berlaku..
Memang betul- betul geram..

Selain gemar mencari suar kecik kitaorang..
Si Pendek Pig ni suka tunggu kitaorang mandi..
Lagi- lagi waktu pagi..
Konon g masjid waktu pagi...berlakon betul..
Lepas tu dalam gelap- gelap lepas solat dia konon- konon basuh kereta..
Setiap hari!!
Kurang ajor...ntah- ntah dia pernah mengendap..
Kami takda pilihan lain..toilet memang kat luar uma...
Aku dah request minta toilet dalam, tapi apakah daya aku??
Aku menumpang..adik- adik aku pun..
So, lepas kuar bilik air dipagi gelap tu...memang jangan haraplah boleh ala- ala berkemban..ha3
Kena gak pakai baju labuh sebab si Pendek ado!!
Dulu masa takda pendek, kitorang tak payahlah pakai sarat sangat..
Tapi memang hairan...pendek akan basuh kereta dan tunggu orang dari bilik air kuar..

Mula- mula...
Aku dan mahera...dalam jam 6..
Lepas tu, dia tunggu time Tiara mandi lak..dalam jam 7-8..
Bayangkan?
Pukul 6 dah lap kereta..
Lepas tu pukul 8.. lap lagi..
Keji punya pendek..
Mesti lap kereta time kitaorang mandi erk??
ceh!
Kalau 1 hari aku dapat tangkap si Pendek ni ngah mengendap ato curi suar kecik kitaorang, memang aku sebat perut dia..
Tumbuk mata dia..

Mood: aku memang marah..dan sakit hati.. Kedatangan pendek memang menyusahkan.. Bulan Ramadhan pun tak ilangkan mood benci dan marah ni.. haishh...


Tuesday, May 21, 2013

Organano Geninano

Lega rasanya bila menunaikan kemahuan badan..
Kalau tak dituruti, mau pengsan jadinya..

Tapi..apa yang menjengkelkan aku ialah..

Bila masuk je dalam bilik termenung tu..
Aku nampak ...

Sisa buangan yang tak masuk elok dalam tandas...

Bukan sekali.. bukan 2 kali..
Berkali- kali..

Ini terjadi didalam bilik termenung yang orang dewasa lagi berakal yang rata- rata menggunakannya...

Hatiku mendengus geram..

Huh!! kena bersihkan dulu nampaknya..

Hairanlah..
Kenapa rakyat Malaysia ni tak reti guna tandas??

Kadang- kadang pandai lagi anak murid OKU aku tu guna tandas dari mereka- meraka yang bertanggungjawab tu..

Betul.. wawa tu tau nak letak kedudukan punggung dia katne kalu guna tandas cangkung tu..
Aku biasa nengok.. terpaksalah nengok..
Sekarang budak tu pun tau malu nak tutup pintu, tak bagi orang nengok..

Agaknya.. silibus penggunaan tandas tu patut diajar juga pada murid arus perdana..
Maknanya, pembelajaran anak murid aku tu lagi ke depan berbanding budak- budak normal..

Aku ni tanpa segan silu bawa murid aku ke tandas dan terangkan cara- cara nak guna..
Siap aku suwoh budak buat demontrasi..
Buat cne nak duduk..
Jangan senget- senget..
Simbah..
Basuh tangan..
Simbah lagi..
Katne punggung..
Semua aku terangkan..

Sekali...
Bila aku guna tandas orang normal..
Perghhh!! Bersepah la tahi mahi..

Alkisah tahi bersepah ni bukan sahaja berlaku di sekolah..

Ada 1 hari tu..aku pergi toilet kat Mydin Kulai..
Mula aku masuk, aku nengok lantai..
Hmm...
oklah..
aku pergi nengok toilet yang hujung..
Oh men!! taik tersembul..kuang ajor ah!

Lepas tu aku g toilet sebelah dia.. ok la...aku pun masuk..lepaskan hajat..

Bila aku kuar je..

Aku nengok lantai dah berair..
Datang dari toilet yang hujung belah 1 lagi...
Sekali..
Aku nampak ada taiklah...
Terkeluar...
Adoi..dah la aku pakai kasut yang aku sayang..
Nak keluar kena lalu depan toilet taik tu..
Menyumpah juga dalam hati..
Nak tak nak..aku lalu la juga..berhati- hati.. takut air terpercik ke skirt..
Aku jalan berjengket2..
Lepaslah juga..
Tapi mengenangkan air yang mengalir tu ada taik..
Aku pun basuh la tapak kasut aku tu..kebetulan ada paip tepi yang macam tempat amik wuduk..
Bila aku basuh- basuh..dengar orang buka pintu dari tandas taik tu..
Sekali aku nengok.. perempuan yang bertudung hitam bermanik- manik yang kuar...!!
Adoiyaiii....
Lemah la rasenya..
Pakai tudung bermekap...tapi guna tandas tak reti.. hu3
Entahlah..bukan tak reti barangkali.. mebi masa tu dah tak tertahan.. dan perut melilit dengan kencang..maka punggung tidak selari dengan lubang..

hmm..
tulah..
Kadang time aku ngajor pasal benda ni, budak tersengeh- sengeh malu..
Kalau tak cakap..salah plak sebab ada dalam silibus..
Semalam cerita organ genital..
Penjagaan organ genital...

Ni lagi satu topic dalam pengurusan diri..
Nak tak nak kena ajor gak...
Malu tak malu la aku menyebut..
Cakap organ genital..dorang tak paham..soooo.... cakaplah bahasa faham..
Aku kena bagitau..sebab...
Anak murid aku ni kecenderungan seks dorang agak high berbanding budak lain..
Kecik- kecik dah nengok video lucah..
Tu satu hal...pastu kena ajor cane nak jaga organ genital plak..jangan lupa cuci, jangan main- main, jangan tendang- tendang...huk3 terpaksa mengopenkan diri..
Paham- paham jela..

Aishh... pendidikan ni macam- macam..
Teringat puisi hari guru..

Sabar orangnya, itulah guru pendidikan khas..
Pelik orangnya, itulah guru pendidikan muzik..

kalau guru pengurusan diri, nak describe ape?
haha!!

Wednesday, May 15, 2013

Siti Noor May Binti Juntree

Lamanya tak menulis sesuatu di blog aku ni..
Bukan kerana sibuk gilak di sekolah...tapi kerana sibok di rumah..
Sebok nengok tv baru..haha!
Dulu tv aku tu tak nampak sangat gambornya.. ni dah jelas..
Boleh dah nengok TV1.. 
Lepas tu dah tak payah bangun- bangun tukar canel..sebab dah ada remote control..
Ekceli tv tu aku beli untuk bagi hadiah kat mak dan abah..
Besar dia cuma 40 inci dan berjenama Toshiba..
Tak mampu nak bayor Astro bulan- bulan..maka....aku beli je Njoi!! 
Boleh tahanlah..walaupun tak segah Astro Pakej Mustika tu..
Tapi dah cuma bayar sekali seumur hidup..tu cukup bermakna untuk keluarga sederhana aku ni..
TV tu pun aku hutang..hutang kat Parit Betak..ha3
Benut yang kampung tu pun ada kedai letrik ala- ala sen-q tau.. lagi senang nak buat hutang,tak payah nak isi form yang macam- macam.. atas dasar kepercayaan yang aku ni cikgu kat sekolah ehem2 aje.. huk3

Nak tulis ape lagi ni?

15 May 2013

Kringggg~~ Loceng pun berbunyi..
Anak murid aku arini nampaknya tak berpusu- pusu nak keluar ke kantin..
Ini kerana dorang dah kenyang..
Menu arini nasi goreng kampung, nugget goreng dan teh o aje..
Alhamdulillah kenyang..
Seronok melihat dorang makan dan makan...dan kenyang..
Makan nasi masak sendiri lebih memuaskan hati rasanya..
Walaupun tak sesedap masakan kantin..ha3 mood perasan nampaknya..

Si Wawa siap menambah tu makan..

Terima kasihlah kepada pihak yang berwajib kerana telah menghantar seorang pembantu kepada aku.
Rasa ringan sikit beban..
Dia pun budaknya baik..budak erk?
Haha! pembantu aku tu sebaya dengan aku..
Aku cuma tua 4 hari dari dia..
Tapi aku lebih tinggi dan nampak tuek dari dia..haha!
Kedatangan dia memang banyak mengubah seri pendidikan di sekolah aku..
Sekurang- kurangnya adalah kawan untuk mengadu cerita, keluh kisah, share kegembiraan dan kesuraman..
Haha!

Pagi tadi aku datang lewat..
Adoi..
Lewat ajelah aku ni..
Nasib guru besar aku tu malas nak bebel- bebel..
Hhaha!
Aku memang tunggu nak kena bebel je ni..
Malas ah nak drive jauh- jauh kadang...
Kalau nak mengajar aku suka...tang drive tu aku lemah ckit rasa..hu3
Tapi bila mula terasa nak mengeluh..
.....aku nampak ada parents yang naik motor anto anak dia sampai tak muat motor tu aku nengok..
.....aku nampak ada pekerja yang duk belakang lori sambil tersengguk- sengguk..
.....aku nampak ada makcik yang jalan kaki nak ke pondok bas..

Aku lebih bertuah bukan?


Apelah aku ni..
Hehe!
Arini pembantu ajak aku pilihkan baju kahwin dia..
Alamak..nerbes juga la rasa...
Taste orang beza- beza..
Kadang cantik di mata kita...buruk di mata orang..
Kadang bahagia di mata orang... derita di hati kita..
Hua3....



Sunday, March 31, 2013

Joget March!

Lagu Joget Kenangan Manis yang dinyanyikan oleh Sudirman ni memang sangat menggembirakan hati aku saat ini..

Walaupun dia tak boleh dimunculkan didalam blog aku ni.. 
Entah di mana culas aku pun tak tau..

Antara bait- bait liriknya ialah..

Memang hai adat berkasih
Berpisah selalu gelisah
Terbayang kenangan yang manis
Terasa kau ada bersama

Hehehe! macam sedang berlari di gigi- gigi pantai.. sambil rambut melambai- melambai kebelakang..
Punyalah jauh..

Lama rasanya aku tidak menulis sesuatu di blog sendirian ni..
Macam busy tapi tak berapa busy
Tapi malas yang banyak rasanya..haha!


Sudah 31hb March 2013 arini..
Cepatnya masa berlari.. 

Aku lama tak mengadu sesuatu diblog ni mungkin sebab aku rasa puas dan selesa kat sekolah sekarang ni..
Segala kestressan aku, dah aku luahkan ke sesuatu yang perkara yang menggembirakan hati aku..

Ya! Aktiviti berkebun di sekolah..
Sangatlah seronok!!
Terapi yang menarik dan menyenangkan jiwa aku..
Sungguh.. aku sangat selesa..
Aku lepaskan segalanya ke arah alam dan sedut ketenangannya tanpa disedari..
Seronoklah..
Aku ngan anak murid tanam pokok kelapa sawit, kelapa mawar, limau kasturi, serai, bunga- bungaan dan sayuran hijau..!! bestlah....
Dah guru besar bagi lampu hijau..he3

Setakat ni aku rasa bahagialah...
Aku tenang...

Apabila baca post-post aku yang sebelum ni..
Banyak unsur- unsur kemarahan dan kenegetifan yang aku luahkan..
Rasa malu dengan diri sendiri dan insan yang terbaca post- post aku sebelum ni..haha!

Aku rasa... selama ni aku banyak fokus kepada orang lain..
Sibuk dengan orang lain..
Risau dengan orang lain..
Aku lupa nengok diri aku sendiri..
Malunyalah hai..

Aku suka dengar kata seorang ustaz tu..
Dia kata.. 'jangan buat andaian dengan terlalu cepat tentang sesuatu...jaga diri kita..'..
Tulah.. sebenarnya..kita memang kena jaga diri sendiri dan berseronoklah dengan nikmat- nikmat yang terbentang..!!
Benda yang tak best cne?? Biar jela.. Jangan serabutkan kepala.. nanti sendiri yang rugi.. 



Joget Kenangan Manis - Sudirman