Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Saturday, December 31, 2011

Syukur Ku Sedar

Omeynya gajah gemukss ni..!


Anak gajah enggan ditimbang


SEORANG pekerja menarik belalai anak gajah itu supaya haiwan itu berdiri di atas alat penimbang di Zoo Wuppertal, Jerman kelmarin.


WUPPERTAL, Jerman - Dua keping gambar menunjukkan seorang pekerja menarik belalai seekor anak gajah untuk memujuk haiwan itu menaiki sebuah alat penimbang di Zoo Wuppertal, di sini kelmarin.
Pekerja berkenaan menarik belalai anak gajah bernama Uli itu untuk merekodkan berat haiwan tersebut dalam prosedur rutin di zoo berkenaan.
Namun, Uli yang ketakutan enggan memberi kerjasama apabila haiwan tersebut meundukkan kepalanya bagi mengelak ia ditarik ke atas penimbang tersebut.
Anak gajah itu kemudian akhirnya berdiri di atas penimbang tersebut dengan seorang kakitangan membelai kepala haiwan tersebut. - Agensi

Manjanya dia...
Kena belai- belai kepala erk baru nak nek..
Jangan risau timbang berat badan sebab walaupun besar dan emok..kamu tetap chumel di mata aku..hehe!
Aku pun biasa dah syarikat pelansingan offer untuk cek- cek berat badan dan melakukan rawatan..tapi aku masih bangga dengan berat badan sekarang..haha!

Wow! yela tuh bangga...kadang segan gak orang tegur gemuk- gemuk..hahah!

Friday, December 30, 2011

hmm??


Pegawai PTD dituduh pukul suami dengan fail



KAMALIAH


SEPANG – Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) berdepan hukuman penjara dan denda selepas dituduh memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Kamaliah Basir, 35, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mendatangkan kecederaan kepada suaminya, Zaihan Md. Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat pada bahagian badan mangsa.
Kejadian didakwa berlaku di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang di sini pada pukul 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

hmm..nak ketawa gak bila nengok berita ni..
Tapikan..pukul dengan fail pejabat je kot..perempuan kalau tak di ancam dari segi mental dan fizikal, dia takkan sewenangnya nak gerakkan tangan dia..
Kelakuan perempuan yang biasanya bila menghadapi keadaan yang tak diingini..
Peringkat pertama: Diam dan sabar. Cuba baikkan keadaan..Mengarapkan ada perubahan.
Peringkat kedua: Cuba baikkan keadaan dan mula minta pandangan insan terdekat.
Peringkat ketiga: Cuba baikkan keadaan dan berbincang antara satu sama lain dan sanggup beralah.
Peringkat keempat: Cuba bertahan dan mula mendiamkan diri. Bermuhasabah diri dan bagi masa untuk keadaan pulih.
Peringkat kelima: I hate u! Amik kau..dah tak nak berubah. Setiap hari kau sakitkan hati aku. Puas dah aku sabar. Lantak ah apa nak jadi.
Kena pukul dengan fail pun masuk mahkamah. Teruk betul la laki puan PTD ni..agak- agaklah..kata lelaki, tepis la kalau kena pukul..huk3
Beribu- ribu isteri-isteri diluar sana yang saban hari menahan sakit dek dipukul dan dilukai hatinya.. Walaupun parut bertepek-tepek dorang sabar juga..

Nak salahkan siapa semua ni? Bukan salah ibu bapa yang mendidik dan melahirkan.. Entahlah.. Semoga aku akan dipertemukan dengan suami yang menyayangi aku dan berperikemanusiaan.. hehe!
Selamat hari Jumaat!

Wednesday, December 28, 2011

Berdebar jantungku!

Berdebar jantung ini..bila tiba berita itu
Berdebar jantung ini..bila memikirkan masa itu
Berdebar jantung ini..bila setiap kali pesanan disampaikan
Berdebar jantung ini..bila ehem ehem ehem...hahaha!

Entah apa punya sajak yang aku bikin ni..
Walaupun macam main- main..setiap bait ayat yang ada pada sajak tuh ada maknanya tau..

Perut kelaparan terasa semakin lapar..
Namun aku suka menaip..sebab dah naik sekolah..agak susah untuk menulis blog dikala waktu ini..

Percutian yang singkat tetapi banyak ini hanya seminggu je aku dapat nikmati dengan keexcitedan..
Masa pergi ke Kuala Lumpur..
Tempat aku bermain dan belajar bersosial..haha!

Bersosial..

Tetapi zaman tu sudah tinggal kenangan..kenangan yang menggelikan hati..
Geli macam acad yang gigit perut aku pagi tadi..
Geli tapi takut sebab nanti dia gigit..auuuwwchh!!

Masa kat kl tuh dapat ah aku makan makanan yang aku teringin..
Bukan tak dapat kat Johor..tapi maklumlah kena bawa adik- adik yang macam ragam..
Kadang makan pun tak senang..
Lagipun dengan adik, hari- hari aku makan beradab pun..haha!
Ni dapat makan dengan Oppa yang lama tak jumpa, best la..Oppa! tanx...
Masa ngan Oppa banyak dihabiskan di meja makan..mungkin itu lebih baik sebab kalau jalan je tanpa arah boleh terjadi kebarangkalian jatuh terjelepuk secara tiba- tiba..haha!
Kenangan ngan Oppa memang bikin tersenyum sorang- sorang..haha!

Dapat juga jumpa pensyarah yang lama tak jumpa
Menemani dia melakukan urusan yang patut diuruskan..
Padahal aku tak sesuai pun nak masuk campur dalam urusan..
Alah..jadi peneman..kira ok lah..
Budi berbalas budi..

Jumpa kawan yang lama menghilang..
Hilang tanpa berita dan dapat berita yang kurang best plak..
Harap dia tabah..

Tapi apa sebenarnya yang aku mau tuliskan arini ha? huk3
Lecey ah bila berperasaan macam ni..
Mau tulis kat blog pun malu dan segan..
Walaupun tak ramai yang baca..tapi aku segan juga..haha!
Harap Allah memberikan aku petunjuk supaya aku tak salah langkah..
InsyaAllah...

Lega..

Tuesday, December 27, 2011

Monday, December 19, 2011

Saat Aku Mencintaimu


Eh! video ni secara tak sengaja aku terclick!!
Aku ingatkan yang ditulis kat video ni macam lirik dia je..
Rupanya ada kisah disebalik lagu ni..

Tapi..kenapa aku leh touching plak dengan kisah dia..Hahah!
Jiwangnyak!

Boleh ek keluar- keluar tanpa bagitau sudah punya pacaran..
Adoi..hati memang boleh kehancuran bila memang lama dah aim orang tuh..

Wah! Takotnya keluar dengan kekasih or tunangan orang..
Namun..owner video ni memang tabah..

In the end dia cakap : Congratulations u! Oh no~....huk3

Keriangan Hujan



Hari ini aku ke sekolah seawal 8 pagi..
Pergi untuk menghantar kerja yang diminta tolong oleh GPK..
Kerja yang PPD mau..kerja yang sepatutnya kerani bikin..
Memandangkan kerani sekolah aku tu amat 'busy'..mereka jarang ada di sekolah..
Last-last cikgu Pendidikan Khas yang bikin kerja dia..
Kerja yang seronok juga..kerja yang membuatkan aku tau berapa gaji- gaji yang senior aku dapat..huk3

Aku malas nak lama- lama kat sekolah..
Sebab si 'kerani' encik Akhir telah bersuara 'Siapa yang nak hantar ni??'
Wah! Sudahlah aku tolong mudahkan kerja dia..dia tanya siapa plak yang mau hantar?
PPD kerap dah call..sepatutnya kena hantar 15hb 12 2011..Ni dah bernasib baik PPD bagi peluang lagi..teruklah..

Aku pun dengar laju- laju turun ke bawah dan menuju berbual dengan akak- akak pekerja am..hujan turun dengan lebatnya..aku sangat gembira mendengar nyanyian hujan..
Ye gembira sekali dengar nyanyian lagu hujan..

(keadaan sekarang dan selingan nota)Mak aku ni..tak habis- habis puji suara adik tiri dia yang menyanyi ketika majlis perkahwinnnya Sabtu lepas..
Dan tak habis- habis puji suami makcik aku yang duduk diam je nengok bini dia..hahh!
Tetiba plak mak aku leh puji- puji..
Cerita pasal makcik aku suka ajer..suwoh tukar pampers acad takmo..huk3
Tak pelah..mebi dia amat gembira sekali..
Semoga memori itu akan membuatkan mak gembira sentiasa..
Nanti insyaAllah mak akan cerita lagi pasal makcik aku menyanyi..confirm..haha!

Perut aku rasa lapar..
Kerinduan pada makanan sudah menerjah..aku pun mengambil kunci kereta dan menghidupkan enjin lalu mengucapkan selamat tinggal sekolah..nanti InsyaAllah 1hb Januari 2012 aku datang lagi untuk menghadiri meeting sekolah..
Seronotnya!!

Dalam perjalanan pulang..hujan turun dengan lebatnya..
Lembu- lembu mengambil kesempatan untuk mandi sepuasnya sambil menyaksikan air sungai yang semakin meninggi parasnya..comellah lembu- lembu itu..
Aku semakin suka kerana nyanyian hujan semakin kuat kedengaran..
Laluan semakin sunyi..orang masih turu(tido in bahasa jawa) gaknya..
Lagu- lagu yang didendangkan di radio juga semuanya seperti tau yang aku amat memerlukan mereka untuk menghayati suasana keriangan dalam hujan..
Lagu Herman Tino..lagu Siti Nurhaliza..lagu Mawi dan lagu Asam dilaut..hahha!

Pagi yang sejuk dan aku gembira sekali..!
Dengan itu...aku belanja adik- adik nasi lemak kak Senah pagi ni..!
Kak Senah leh perasan aku g sekolah pagi tadi..
Nampaknya..orang memang ambil berat tentang saya..! haha!
Alhamdullillah..

Friday, December 16, 2011

Berbudi

Mak Minah isterinya Pak Mahat
Selamat Hari Jumaat!

Itu dia pantun 2 kerat yang unsur kecindanannya agak tiada..haha!
Lamanya meninggalkan dunia kesusasteraan..
Tapi kerana paper Sastera ah aku dapat anugerah antara pelajar cemerlang semasa STPM.
Memang mengejutkan aku kisah waktu itu..
Mana tak nya..aku ni gemar ponteng sekolah dan kerap kali lambat sampai ke sekolah..
Melangkah ke sekolah bikin aku longlai kadang kala..
Nasib abah ugut, kalau takmo ke sekolah..berhenti terus..hhahha!
Seronok masa tingkatan 6..
Tapi pernah aku tanya pada cikgu sastera aku pada masa tuh..

'Cikgu, kenapa saya tak rasa apa yang cikgu terangkan tu takda langsung unsur humor..tak lucu sangat pun'

'Ini sebab awak takda perasaan'..


Ceh! bengang sungguh ketika itu..Mona dan Yah ketawa dengan penuh mengejek..sungguh bengang..
Aku just sengeh je..eley cikgu, wat lawak ajer..

Ni aku teringat..
Masa aku g Kuala Lumpur kelmarin..
Aku g Mydin..nengok- nengok ada beberapa buku tentang amalan zikir- zikir yang boleh diamalkan..
Aku rasa aku berminat..jadi aku beli ah 2..saja tambah ilmu..

Masa nak bayar..

Aku pergi la kaunter yang 2 dari belah kanan..
Juruwang dia perempuan..free hair..
Lupa ah nama dia..tak sempat nak hafal..sebab ada M Daud Kilau di hadapan aku!
Ye M Daud Kilauan..

Juruwang: Boleh ke saya pegang buku ni?
Aku Nini: Ya.. Boleh aje..kenapa?

Juruwang: Pagi tadi saya kena marah dengan 1 pelanggan..Dia beli buku- buku macam miss juga.. Dia tak bagi saya pegang..saya mana tau saya tak boleh pegang..Jadi apa salah dia bagitau saya? Bukan dia marah- marah saya depan orang ramai.. Last- last saya malas nak gadoh..saya suruh dia pergi ke kaunter sebelah..
Aku Nini: Oh..yeke? setau saya awak boleh pegang kalau buku tuh macam yang saya beli ni..Jangan risau, it's just buku..

Juruwang: Ok..tanx..Saya ok kalau awak bagitau saya macam ni..Kan lebih baik.
Aku Nini: Hahah! Jangan risau.. Awak belajar sesuatu yang baru..Patutnya orang tu tak boleh marah- marah awak..

Hmm..kenapalah mesti menunjukkan imej macam tuh..malu juga ah orang Islam..hu3..
Tapi aku yakin..semua agama menyuruh penganutnya berbudi bahasa dan melakukan kebaikan..Menjaga tatasusila dan adab...

Pengajarannya: Marilah belajar bercakap dengan bahasa yang sopan santun..walaupun macam 'skema' nampaknya..tapi seronok apa..hahah!

Adakah awak tidak menyukai saya?
Ko benci aku erk?

Mana 1 lagi best dan tidak mendatangkan kebencian?

Tepuk dada tanya selera..hahah!


Aku tak puas hati..maka aku utarakan kepada yang pakar..ni la jawapan dia..

Thursday, December 15, 2011

Menyentuh hati..

Dia ingat sama saya!


Aku memilih ntv7 sebagai peneman aku pagi ni..
Sekarang tengah ditayangkan rancangan Oprah. Isunya ialah kanak- kanak yang mati bunuh diri kerana dibuli disekolah..
Betapa dasyatnya kanak- kanak di Amerika kerana berani membunuh diri untuk meloloskan diri dari mimpi ngeri sebuah kehidupan..hmm..
Dibuli..
Kalau terjadinya isu ni di Malaysia..siapa agaknya akan dipersalahkan..
Macam kat Oprah..parent kanak- kanak membunuh diri tu menyalahkan sekolah dan persekitarannya..

Persoalannya..
Adakah segala yang kanak- kanak pelajari didapati 100% di sekolah??

Ibu bapa banyak menyalahkan sekolah..
Namun, kadangkala diakui sekolah kadang- kadang kurang peka kepada persekitaran..
Entah mana yang patut didahului dan dipentingkan..sebab semua benda kena buat..
Ish...susah nak komen sangat..
Kalau cikgu bagi nasihat pun, masih ada pengaruh luar yang sudi menghinggap setiap masa..
Dah la..malas nk komen lebih- lebih..panjang nak xplen..
Bukan mudah mau jadi ibu bapa yang baik, pengasuh yang baik, cikgu yang baik dan pemberi pengaruh yang baik..hmm
Tapi dalam bincang- bincang tuh..ada panel motivasi yang cakap sebenarnya semua orang berperanan..kenapa mesti ada buli itu dan kenapa kebulian itu dipandang tinggi dikaca sesetengah orang..yang penting, diri sendiri kena menanam 1 sifat yang positif dan mempertahankan diri sendiri dan membantu meneutralkan suasana kebulian..
Tu dalam konteks pembulian yang berunsurkan verbal la..
Kalau buli time kerja (pembulian rakan sekerja yang tak nak buat keje)..belum lagi Oprah keutarakan..nak juga nengok if ada..

Pagi ni, aku ingat nak bangun lewat ckit..menikmati pagi yang sejuk.
Dah lama tak bersenang sehingga ke tengahari..haha!
Tapi memang si Acad selalu cemburu..
Boleh dia merangkak ke bilik aku dan pergi ke arah aku lalu dipanggilnya aku..ak ak ak~
Kaki aku dipegang- pegang..aku diam je..sampai ah dia menangis..
Nak tak nak aku bangun juga..heheh! tak sampai hati..kesian ah dia..
Ceh!

Pagi- pagi dah minta nek kete dan jalan- jalan..kalau tak selagi tu ah dia nk melekat dengan aku dan merengek..
Budak kecik apa ni..kecik- kecik dah deman macam- macam...sesuka ati..
Nak mandikan pun susah..habis basah seluar aku hingga ke peha dek kena dia melekap di kaki aku masa aku ngah mandikan dia..
Adoi..macam nenek yang baru balik lepas basuh ken dari sungai..huk

Nak tidokan pun susah..menangis-nangis..tapi dah ngantuk..
Terpaksa aku nyanyi lagu Gajah..

Ada seekor gajah
Di hutan sunyi
Mencari kawan- kawan
Sama menari

Lenggang2 ke kanan
Lenggang2 ke kiri
Lenggang2 ke kanan
Lenggang2 ke kiri

Rasa aku kena nyanyi 5 -6 round gak tadi..
Sesekali aku selitkan lagu Malaysia Tanahairku dan lagu Selawat..huk3

Dalam ngah- ngah nak nyanyi..
Telefon berbunyi..panggilan jauh beribu batu dari kampung Permatang Palas..
Ya..wawa telefon..
Sebelah tangan menghenjut Acad
Sebelah tangan memegang telefon..
Kesian wawa..aku tak dapat sembang lama sebab Acad menangis bila aku berhenti menyanyi..!
Adoi..aku menarik nafas panjang..

Tapi, aku hepi anak murid aku telefon..
Maknanya, kehadiran aku dalam hidup dia ada la gak bagi kesan..
Budak Sindrom Down tuh..boleh ingat cikgu Nini..
Budak yang ada kecacatan..yang kurang akalnya..
Terima Kasih wawa..wawa buat cikgu lebih rasa bersemangat untuk menjadi cikgu Nini! hehe!
Alhamdullillah..

Aku nak buat keje lain nih..tapi adik- adik dara aku masih tidur lena..
Bila lapar baru mau bangun..hmm
Sampai bila la nak macam tuh..
Suka hati la..
Rasanya...bulan ni dapat bonus..
Nak pergi bercuti lagi ah before sekolah naik..
Hope dapat ah..!


Wednesday, December 14, 2011

Jikalau orang tak suka tak apa..



Tak sabar rasanya untuk menyibukkan diri dengan sekolah dan anak murid..
Walaupun rasanya kerja- kerja itu kadang membuatkan aku tertekan...hahah!
Banyak benda yang tak setel pasal hal sekolah..rasanya mau aku ke sekolah petang ni..
Tapi sekolah aku amatlah jauh beribu batu..macam lagu Alleycats tuh..

Eh..memang jauh beribu batu..
Bayangkanlah...berapa banyak kerajaan peruntukkan bagi menurap batu- batu grewel yang hasilnya menjadi lingkaran jalan raya yang licin dan tanpa lecak..sesekali berlubang- lubang..heheh!!
Takpelah berlubang- lubang.. anggap jela lubang tu sebagai hidung yang memberi oksigen kepada insan yang bernama jalan raya..haha! Tapi ramai yang tak suka lubang di jalan raya..merosakkan kereta dan memberikan hentakkan sehingga ke hati bila kereta yang dipandu itu ibarat separuh dari nyawanya..
Eceh! buget bagus plak ayat aku ni..

Aku rasa nak menaip blog time ni sebab dah fedup dah dengan kerja- kerja rumah..
Dari pagi bertungkus lumus menjadi bibik..
Aku suruh jaga acad diayunan pun tak reti..last- last budak tu bangun sebelum waktunya..
Aku biarkan aje acad menangis..dengan alasan..ia baik untuk perkembangan paru- paru kanak- kanak..yeahaa!!

Laparnya perut..lauk apa nak masak gaknya..
Ada je ikan dalam peti ais..
Tapi rasanya nasi goreng lebih enak..malas ah..bukan apa..t acad sebok nak minta dukung.. Dah ah badan dia kena titikan minyak panas aritu..dah aku kena marah..nak buek camno..huk3

Cuaca di kg sawah panas dengan jayanya..
Kering rasa kulitku ini..
Melekit ketiak..
Yang aku pelik..kenapa kat cheras..umah Amin tu. aku leh berselimut lagi waktu tengahari..
Nyaman dah mendamaikan..
Tapi tu ah..aku tak leh rileks lelama plak kat sana..

Ehm..rasanya kain basuhan trip ke 2 aku dah siap..
Kena p jemur ken..
Nak harapkan adik- adik dara aku...hampeh...
Ada je alasan...kadang- kadang aku jeles nengok adik- adik kawan aku yang saling bekerjasama...hhaha!
Takpe lah..lain orang lain cara...Kenapa nak memaksa jika orang tak suka..
Teringat plak lagu Scoin..

Jikalau orang tak suka tak apa~~ bla..bla..bla....

Saturday, December 10, 2011

Cinta pada April

Malam ni, malam gerhana bulan..
Rata- rata rakan- rakan di fesbuk semuanya excited untuk melihat gerhana bulan..
Aku pun sama menikmatinya sekali sekala..
Jendela rumah aku buka seluas- luasnya supaya aku dapat menikmati keindahan malam dan angin yang dingin lembut dengan mudah memasuki rumahku ini..wah! Alhamdullillah.. kenikmatan yang masih dipinjamkan..

Sebut pasal gerhana..dulu Ziana Zain pernah ada lagu yang tajuknya Gerhana..

Antara bait- bait lirik yang terdapat di lirik lagu tu ialah:

Di mana kejujuran
Masih engkau sangsikan
Keikhlasanku...
Berapa lama mungkin..kesabaran ku ini
Terang yang tiba, jadi gerhana
Ada cahaya, redup seketika...

Kesian kan kisah itu??
Kisah percintaan yang tiba- tiba menjadi gerhana..

Aduh..kuatnya dugaan rakan aku tu...
Entahlah...adakah ianya memang pilihan atau itu dinamakan satu takdir yang Allah beri??
Aku pun tak mampu menjawabnya..

Kisahnya, kawan aku tu dulu mempunyai seorang kekasih hati yang sangat menyayangi dirinya..
Sanggup melakukan apa sahaja untuk kawan aku..eh...susah la nak cakap kawan aku tuh..
Rasanya, biarlah aku panggil dia April..(ada iklan drama Bunga April)

April ni orangnya cantik pada aku..memang cantik pun..ada macam kacuk- kacuk sikit..
Lebih cantik banyak berbanding diriku ini..hehe! Dulu kalau dia nak dating...memang amik masa 2 jam tau kalau nak bersiap..sampai aku ni leh tido dan bangun balik..dasyat kan??

Berbalik kisah April yang mempunyai kekasih hati yang baik tu...

Kekasih hati dia tu aku namakannya sebagai Khairul Fahmi Che Mad..hahah! leh ke?? hmm..panjang sangat..aku tukar la..bagi nama Bahtiar la..

April dan Bahtiar ni memang lama kawan..Since di universiti lagi..
Kesetiaan Bahtiar memang la aku salute..dan bikin aku sikit cemburu kat April kerana Bahtiar ni betul- betul mencintai April..

Tetapi entah mengapa April jatuh cinta kepada suami orang..wataknya ku namakan sebagai Roshan...Sebab dia kata ada muka- muka Hitrik Roshan..huk3.. Roshan ni ada anak 4 sudah..

Kejatuhan cinta April antara Roshan ni sangatlah ditentang oleh ibu April, rakan- rakan dan juga kaum keluarga.. Si Bahtiar ni lagi ah meroyan.. dulu masa mula- mula si April ni sedang hangat bercinta dengan Roshan..hampir saban malam Bahtiar menelefon aku..sebab aku ni antara kawan April yang dekat dengan April..padahal aku ni kawan jela..tak tau sangat tentang kisah dia..aku pun pelik..selalu juga aku jadi sasaran...takpelah..dah mungkin dia senang berbual dengan aku..aku cuba layan dan bantu apa yang mampu..

Jadi ada konflik cinta 3 segi disitu..
Antara April, Bahtiar dan Roshan..

Lepas tuh..lama aku tak tau kisah dorang pasal aku dah balik kampung..

Tub- tub..aritu April muncul tanpa aku duga..

Penampilan April sangat jauh berbeza...dulu dia cantik...pipi tembam, wangi dan bergaya..
Kini masih lagi cantik..tapi nampak kesedihan diwajahnya..
Dia kurus..
Lama dia berbual dengan aku..sampai kena tido kat uma penginapan aku..takpalah..dah dia kusut..

Dia memang memilih Roshan..
Dia pernah memilih Bahtiar dan sanggup mengikut Bahtiar merentasi Laut China Selatan..
Tapi dia kata dia tak betah duduk disana..Ibu Bahtiar tak menyukai dia..
Ya..ibu lelaki itu tidak menyukai dia..
Jadi dia memutuskan untuk kembali ke Kuala Lumpur dan meninggalkan segala kenangan dia disana bersama Bahtiar..

Di Kuala Lumpur..Roshan sedia menunggu..
Akhirnya..April jatuh ke pangkuan Roshan.. Mereka bernikah di negara Thailand..
April mengecewakan Bahtiar..mengecewakan ibu April!
Tu la..demi cinta suci..

Kegembiraan yang dikecapi hanyalah beberapa bulan sahaja.
Kasih sayang Roshan sudah mula hambar!!

Nafkah zahir dan batin diabaikan..
Malah April sehingga aku jumpa aritu masih melekat kesan lebam di peha, betis dan lengannya..
Dasyat kan??
Tapi based on perbualan aku dengan April..
Jauh di sudut hati..aku tau April masih sayang dengan Roshan..
Dia kata Roshan bukan macam tuh..Roshan sebenarnya diSIHIR oleh isteri pertamanya..
Tak habis- habis si April ni cakap pasal sihir..aku pun jadi kelu lidah..mati otak..
Tak reti ah pasal sihir nih..aku tau dia memang ada..wujud..

Tapi aku jadi bingung bila April suruh aku cari bomoh..
Bomoh.memang aku tak reti ah cari bomoh ni..
Aku cakap InsyaAllah je..

Aku cakap, banyak- banyak ah bersabar..
Ini jalan yang kau pilih..jalan yang nak dilalui..
Jadi nak tak nak..kau kena berdepan..
If betul la kau disihir..pergilah kau berubat..banyakkan berdoa dan meminta petunjuk..
Kalau nak minta tolong, jangan lah kau pergi kat bomoh- bomoh yang merepek..

Dia kata..kalau nak minta cerai agak susah..sebab dia tak berdaftar lagi nikah kahwin dia kat Malaysia..sebab bini pertama tak bagi...
Kat sini ada 1 persoalan yang aku terfikir? Adakah si Roshan tu seorang lelaki? Kalau dia lelaki, bukan dia yang patut ikut telunjuk bini..patut dia kena tegas..

Memang April bersalah merampas cinta bini pertama..tapi dia kan seorang perempuan..
Janganlah aniaya dia macam tu sekali..

Si bini pertama pun, aku tau memang perit untuk menerima hakikat hak kita dah dirampas.. Tapi apa salah jika ada sedikit tolak ansur..maksudnya, janganlah tak bagi si April ni daftarkan nikah kawin dia..

Sekarang, dengarnya lepas balik dari kampung halaman si bini pertama di Sarawak..Roshan dah tak mau bertemu langsung dengan April..

April seperti digantung tidak bertali..
Nak ngadu kat jabatan agama pun macam susah sebab tak berdaftar..

Aku cakap kat April..pergilah balik kampung..
Tenangkan fikiran..
Andai setakat ini jodoh kau..bersabarlah...
If ada peluang untuk bersama..berusahalah..
G jela ngadu kat jabatan agama..insyaAllah diaorang boleh tolong..

Aku pun tak pandai nak bagi cadangan ape-ape...
Sebab aku bukan pakar..
Tapi aku tak suka benda- benda ini berlaku..
Ada kes bini tua yang mengalah..ada kes bini muda yang mengalah...
Tapi aku suka dengan keluarga Hj Sidek yang pernah duduk kat kampung aku dulu..

Dia ada 2 isteri..dia mengahwini isteri keduanya kerana ingin membantu isterinya itu, yang mana dia bekerja diladang yang diusahakan oleh Haji Sidek..
Isteri pertama sangat memahami dan mereka tinggal sebumbung..
Anak- anak mereka pun baik semuanya..tiada pergaduhan atau kebencian..
Semoga kebahagiaan akan terus melimpahi keluarga Haji Sidek tuh..
Aku pun tak tau mana famili Haji Sidek tu sekarang..lepas je dorang jual tanah dorang..dorang merantau ke tempat lain..

Doa aku untuk April..
Semoga kamu akan mengecapi kebahagiaan satu hari nanti..

Friday, December 9, 2011

Membaca Mandatori


Hmm..seharian aku menghabiskan masa dengan membaca novel nih...
Sesekali aku berhenti sebab ngantuk dan lapar..heheh!
Dan juga berhenti sebab nak main ngan dak kecik yang namanya Arsyad!
Memang dia tak boleh menengok aku bersuka hati menyilangkan kaki di atas katil...hehe!

Novel ni aku beli masa nak nek tren semalam..
Memandangkan aku tak dapat tiket tempat tidur, aku dah dapat membayangkan yang aku akan menghadapi kesukaran untuk tidur dalam keadaan terduduk..sebab seat ketepi tu bukan dicipta berdasarkan ukuran saiz badan aku..ke kiri ke kanan tetap tidak selesa..
Tapi still selesa untuk duduk membaca..untuk tidur dengan kepala tertelentang dan kaki sedikit mejulur luas memang sukar...hahah!

Hakikatnya...telahan aku memang benar belaka..
Malam tadi leh ramai penumpang ketepi..
Sampai je Seremban...seat aku yang sebelahnya kosong sejak dari stesen kl sentral akhirnya diisi oleh seorang kanak- kanak lelaki berbangsa cina yang berusia belasan tahun..
Keakraban dia dan bapanya dan adiknya telah membuatkan aku tersenyum..

Berbalik pada novel ni..
Memang aku sukat all da plot yang digarapkan..
Seronok juga membaca novel yang bertemakan dendam ni..
Setiap muka surat aku baca dengan bersungguh..
Aku beli sebab aku rasa ni novel yang agak berlainan dari biasa..
Dalam banyak- banyak novel melayu yang dijual kat kedai buku tuh, novel ni je yang bukan temanya cinta. Cinta terhalang, cinta segitiga, cinta syok sendiri dan cinta monyet...heheh!

Memang banyak novel cinta yang dihasilkan oleh penulis novel kat Malaysia ni..
Ni bermakna, memang rakyat Malaysia kita ni semuanya dipenuhi dengan perasaan kasih dan sayang dan cinta yang membuak-buak..
Ianya bukanlah sesuatu yang buruk, ianya adalah satu sifat yang positif..
Bertuah kita dilahirkan di Malaysia yang berkasih sayang ini!