Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Sunday, May 29, 2011

Selamat Pengantin Baru Nurul Aini!


Ekceli aku menghadiri Sambutan Hari Guru peringkat daerah ari Jumaat 27hb 5 2011 tuh..
Sambutan yang diadakan di bekas sekolah lama..
Sekolah yang membawa sejuta 1 dan 2 kenangan..
Masuk je pintu pagar..
Terasa kehangatan memori semalam..
Memori datang lambat..
Memori merentas desa...
dan pelbagai memori ngeri lain..yeahhha!

Event tu abis dalam jam 5.30 ptg..
Gedebak gedebuk..
Kul 6 abis..

Siti meminta aku membawa dia untuk pergi bersolat Asar..
Maka aku membawa dia ke masjid Pekan Nanas..

Sampai- sampai je..
Kami pun berdua pun terus ke tandas..
Sempat juga menjeling- jeling ke dalam masjid..
Macam ada ramai orang yang berkumpul..
Kenapa..
Mungkin ada usrah kot petang- petang..
Tiba- tiba ada plak aku ternampak dulang hantaran..
owh..ada orang nikah..

Masa dalam tandas..aku macam ada dengar nama nurul aini disebut..
Maka..aku pun teringat kat kawan aku yang akan berkahwin pada ari Ahad...Arini ah..
Jadi, lepas je aku kuar tandas...
Aku nengok ah balik..
Sekali jumpa kawan lama..aku pun tanya..
Betul la..itu pernikahan Nurul Aini!
Maka, disebabkan ada hari Ahad aku tak dapat attend..
Tu kira 1 pemberian ah...dimana aku berkesempatan mengucapkan tahniah!!
Aku pun tunggu sehingga majlis akad selesai..
Tak semena- mena..aku menunggu pernikahan kawan aku..
Dengan berpakaian yang agak selekeh dan bermuka tembam akibat pakai tudung lycra, aku pun mengambil gambar dengan dia...

Selamat Pengantin Baru!!

Kebetulan selalu tidak terduga..
Aku leh lupa nak salam cenderahati kat dia..
Padahal ada je sampul dan duit..
Adoi..rasa galat plak..hu3
Namun ku doakan kebahagiaan kalian! Tahniah!!

Kenangan Di Pusat Sindrom Malaysia-Lingkungan U- Thant

Monday, May 23, 2011

Apakah aku juga harus bimbang?? haha!

KOSMO ONLINE

Trend kahwin lewat membimbangkan

23/05/2011 2:14pm

KUCHING - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi perkahwinan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

"Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini. - Bernama

Sunday, May 22, 2011

Saturday, May 21, 2011

Jalan 1: Port Dickson


Hang mai sini naik apa?

Kui bapa daghri ghumah?

Tu la, dalam surat tak habaq tempat ni nama dia Palm Spring..Ni depa bubuh Duta Hacienda..melilau chagri..

Ha..tu dia..
Orang utara berbual- bual..
Sampai je tempat kursus...semua cikgu- cikgu yang bual cakap loghat utara..
Kebanyakannya mai dari utara, Penang,Kedah, Perak, Perlis..
Ada ah juga cikgu- cikgu dari negeri- negeri Selatan dan Timur..tapi kebanyakkan mereka asal pun orang utara..yang duk mengajaq kat utara tu pun ada yang asal dari negeri lain..tapi disebabkan mereka sudah lama bermastautin di utara maka secara semulajadi, loghat mereka pon dah jadi macam orang utara..
Dan aku yang duk hampir seminggu dengan depa, leh ah cakap- cakap utara sikit..hahah!

Namun bukan isu loghat mau pun bahasa yang aku mau cerita kali ini..

Ini adalah kisah aku yang menjadi pelancong yang diarahkan..

Alkisahnya, aku mendapat surat dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghadiri kursus..di Hotel Duta Hacienda. Port Dickson, Negeri Sembilan..

Aku ada google kat internet..
Memang ada nama tempat tu..
Maka aku pun salinlah alamat..
Batu 13, Pasir Panjang..

Setelah menanya- nanya..
Cara perjalanan ke sana (secara manual @ awam) ialah:

1. Amik bas ke Larkin.
2. Dari Larkin ke Seremban.
3. Dari Seremban ke Port Dickson.
4. Dari Port Dickson ke Duta Hacienda..

Seawal 6 pagi aku audah keluar dari uma..
Abah hantar aku ke stesen bus pekan..
Aku menunggu bus ke Larkin.
Selepas menunggu selama 15 minit...bus yang ditunggu pun muncul..
Aku menaiki bus dengan membawa 1 beg tarik, 1 beg sandang dan 1 henbeg aku yang berwarna merah..

Bus ke Seremban pukul 8..
Aku sampai Larkin tepat- tepat 7.30 pagi..
Mujur bus yang aku kena naiki tu ada disebelah betul- betul bus dari Pontian yang aku naiki tu parking..
Maka tidak perlu ah menarik beg aku ke hulu ke hilir dalam mencari sarapan pagi..
Aku minta driver bukak bonet bus dan simpan beg aku..
Lepas tu aku pun jalan cari sarapan pagi..

Sarapan pagi, paper dan ubat gigi pun aku dah dapat..
Kul 8 pun bas berjalan..
Tak sampai 15 orang pun penumpang bas yang menaiki bus..
Banyak giler tempat kosong..
Aku siap leh bagi beg aku tempat duduk lagi..hahah!

Perjalanan terasa amat lama...
Tapi aku agak excited kerana ini kali pertama aku naik bas ke Seremban..
Bas ini juga terpaksa berhenti di Tampin kerana ada penumpang yang akan berhenti di Tampin..

Wah!! Perjalanan ke Tampin memang bersimpang siur..
Berbelok- belok dan berbukit bukit..
Aku mula terasa mual..weekrkkk!!

Sampai di Tampin..beberapa penumpang pun turun..

Sekali aku cek...
Tinggal aku dan sepasang suami isteri muda je ada dalam bus itu!!

Wah!
Sikitnya....
Menakutkan...
Aku sikit berdebar..
Laluan yang bas itu lalu semuanya jalan kampung dan suasana disekeliling agak suram dan curam...

Setelah bersabar akhirnya aku tiba di Seremban..
Bus tu berhenti di tepi jalan..bukan kat dalam terminal..
Aku terpaksa berhempas pulas menarik dan mengangkat beg yang aku bawa untuk melintasi jambatan kecil dan denai-denai bandaraya..
Agak berat la beg itu..mahu saja aku memaki diri aku sendiri kerana keberatan beg itu..
Namun masa zaman belajar dulu, sebenarnya sudah perkara biasa untuk menarik, mengendong dan mendukung beg berat untuk menaiki kenderaan awam..
Maklumlah, tiada sugar daddy yang sudi menunggu aku di pintu mana- mana bus..hahahah!
Ops..tiba- tiba terkenang cerita zaman study..

Aku berjalan menuju ke arah bas- bas yang berderet..
Aku baca 1 persatu papan tanda..
Akhirnya aku berjumpa dengan perkataan Port Dickson.
Aku pun beratur untuk menaiki bas itu..
Beratur dengan amat panjang! Di depan aku warga asing kebanyakkan..
Cuma belakang aku je yang kelihatan seperti orang tempatan..

'Dik, betul ke bus ni ke PD?'..
'Betul kak'...
'Ok'..
'Mau pergi mana ni kak?'..

'Mau pergi ke kursus'...

Dipendekkan cerita aku pun berbual-bual tentang nama hotel..
Budak tu berkali- kali geleng kepala..tidak pernah dengar nama hotel itu!
Aku masih lagi positif..cuba tenangkan diri..
Aku naik jela bus tuh..

Dekat 40 minit juga ah mau sampai ke bus stesen PD..
Perut aku semakin lapar..
Jam menunjukkan sudah jam 3!

Stesen bus kelihatan amat lengang..mana ntah orang..

Aku menarik beg menuju ke medan mara..nak bersantap..

Kehadiran aku dengan beg- beg menarik perhatian budak yang jaga kedai..
Dia datang menyapa aku semasa aku mula mau menyuapkan nasi ke dalam mulut aku..

'Akak nak pergi mana ni?'

'Ada kursus ah dik'..

'Kat mana?'..

'Kat Hotel Duta Hacienda'..

Budak tu mengerutkan dahinya..

'Tak pernah ah kak saya dengar nama hotel ni. Takpa, nanti saya tanya kawan saya k'..

Baik betul budak tuh..amat amik berat..
Kawan dia pun datang..hahah!
Memang kawan dia pun tak penah dengar nama hotel itu!

Aku mula berasa gusar..
Aku tunjukkan alamat yang aku dapat kat internet..

'Owh kak. jauh la tempat ni..Ni bukan kat area sini'..

Aku dah mula merasa seperti tertipu..kenapa begini.
Badan dah terasa amat penat..
Letih..
Dapat tau pulak, tempat tu jauh lagi..

Aku call tuan yang handle program nih..nasib aku bawa surat..
Dia kata, betul la alamat yang salin tuh..
Tapi dia kata, tempat tu nama besarnya sebenarnya Palm Spring!
Diulangi! PALM SPRING!
Duta Hacienda tu nama under Palm Spring!!

Dalam surat Duta Hacienda!...Map pun tak bagi..
Alamat pun tak bagi..huk3..
Dah macam explorace ah aku aritu..
Tak semena- mena air mata aku gugur setitik..membayangkan diri keseorangan, terkapai-kapai..
Aku rasa sangat penat...nak je berputus asa dan balik..
Malas nak fikir panjang..
Aku pun amik taxi..

'PALM SPRING uncle'..

'Okey..'

Memang agak jauh ah dari bandar PD..
Tempat tu dah dekat- dekat dengan negeri Melaka..
Ini bermakna...
AKU SEDANG BERPATAH BALIK!..
Hahha!
Seronok betul la...

Akhirnya aku sampai Hotel Duta Hacienda...
Aku dapat duk kat tingkat 4..
Tingkat 4...
Takde lift!
Maka...aku terpaksa membawa beg sampai ke atas..
Beratttttt!
Aku marah dan rasa stresss...hahah!
Nak cerita kat mak, takot mak risau..
Maka, aku diam dan bercerita dengan bantal dan selimut yang enak...

Kesimpulan pada hari itu...
Bersyukur kerana masih mempunyai kudrat untuk membawa beg pergi ke Negeri Sembilan..
Tidak menumpang kaki orang lain dan perlu didukung orang lain untuk tiba ke destinasi..
Kepenatan itu adalah satu anugerah sebenarnya...
Aku masih beruntung kerana dikurniakan akal untuk menyelesaikan masalah dan masih boleh menggunakan anggota badanku secara normal.
Wah! aku sangat positif!! hu3

My Omeiii!!




Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Guru untuk aku!

Suasana di rumah aku pada malam ini amatlah penuh dengan warna- warna kehambaran dan kadangkala disulami dengan lawak- lawak yang menyebabkan orang yang tiada gusi pun mampu menunjukkan gusi bogelnya..

Penat juga aku hari ini..
Menguruskan sesi teknik menjawab soalan UPSR untuk sekolah aku..
Dengan komitmen yang sangat jitu aku dengan rela hati bersetuju dengan mengatakan 'ok' setelah rakan sekolah meminta pertolongan..

Aku buat kerana aku sudah berikrar untuk menjadi guru..
Bukan sahaja ikrar malah sudah angkat sumpah..
Walaupun aku di aliran Pendidikan Khas, aku rasa inilah cabang aku untuk berbakti untuk murid arus perdana dan menyumbang sedikit sebanyak dalam kehidupan mereka.

Kebelakangan ini, kehidupan aku sebagai cikgu memanglah agak sibuk..
Menghadiri mesyuarat
Menghadiri kursus
Menghadiri event-event
Menghadiri perkhemahan dan sebagainya..


Kesimpulannya, memang selalu aku meninggalkan sekolah..


Setiap bulan memang ada je minggu yang memaksa aku bertugas di luar sekolah..
Paling lama 6 hari..
Paling kejab 1 hari..

Aku suka buat semua tuh walaupun kadangkala aku sendiri nak ketawa bila berhelai- helai surat arahan kerja di luar sekolah dihantar ke sekolah..
Baru seminggu kat sekolah, dah kena keluar..

Bukan aku suka- suka menjaja nama untuk keluar sekolah..
Tapi memang nama aku naik..
Dalam beratus- ratus guru yang ada..nama aku yang terpilih..
So, terima kasih la kan dengan peluang- peluang yang dapat tu kan?

Tapi, rupa- rupanya...
Ada je suara- suara sumbang yang bising kat belakang aku..
Cakap aku asyik tinggalkan sekolah je..
Adoi...

Salah ke aku bertugas?
Rasa mau cili je mulut cikgu yang bermuka- muka tu..
Depan aku cakap lain..belakang aku mengata aku..
Dah la ko dan geng- geng ko selalu skip buat keje..
Lepas tu jaja cerita orang lain..


Ko cemburu kan aku selalu dapat pergi kursus?
Keluar sana, keluar sini...
Ko duk je kat sekolah dalam bilik ko..
Bual- bual pasal orang lain dengan kawan- kawan ko..
Dah ah ko buli kawan aku gak...


Fine!
Tadi pun, kami dah take over kerja ko..
Kalau tak mengenangkan Sir Mis dan murid- murid, berjuta alasan aku boleh bikin..
Bukan aku tak biasa bikin alasan..
Kau dah tak benda nak cari alasan untuk burukkan aku kan?
Jeles nengok kasut tinggi aku..
Beg kaler2 aku kan?

Ok..
Lepas ni, if aku dan kawan aku handle majlis..
Kami takkan letak nama u all semua.

Kenapa?
Sebab..

Kau berkira sangat..
Lagipun kau cakap, kau dibidang yang tak boleh involved aktiviti sekolah..

Kalau ikutkan, aku punya bidang ni lah yang patot dihadkan aktivitinya disekolah.
Tapi, dalam senarai jawatankuasa..nama aku still ada!!
Malah, kau dan kawan- kawan belagak seperti bos..
Bos besar yang mempunyai tanduk dan nanah- nanah hijau yang terkeluar dari mulut ko ketika berkata- kata...

Hijau tu kaler fav aku..nampak cantik..tapi nanah tu busuk..
Tu ah ibaratnya kata- kata kau..

Tulah, belajarlah menyenangi kehidupan orang lain..
Kalau rasa tercabar, jadilah kreatif yang positif..

Aku harap, aku terus- terusan akan diberi peluang untuk mendalami pelbagai ilmu didalam bidang pendidikan ini..
Sangat berbahagia bila lihat anak murid dapat menjaga diri sendiri.
Bukan aku meminta anak murid aku jadi lawyer, jurutera, doktor mahupun juruterbang..cukuplah dengan mereka pandai menjaga diri sendiri, keluarga dan negara..
Jikalau mereka berjaya, itu adalah kebahagian tumpangan yang boleh bikin aku tersenyum..hehe!


Sebab itu, aku meredhakan diri aku di arahkan kemana- mana sahaja asalkan ianya tidak melanggar hukum syarak dan nilai norma kemasyarakatan..

Kepada akak- akak yang mengata aku dan kawan aku Cikgu S, tanx banyak- banyak..
Selamat menyusukan anak dirumah
Selamat mendirikan khemah- khemah perkahwinan di sekitar Johor
Selamat bersimpuh sopan didalam kelas..

Terima Kasih kerana menyedarkan Tini! yuhhuuuu!

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU

Thursday, May 12, 2011

Kursus lagi..lagi- lagi kursus..seronoknya!


Pertama sekali..
Aku mengucapkan syukur kerana terpilih mewakili negeri Johor ke kursus ini!
Surat yang datang adalah dari Jabatan Pendidikan Khas Putrajaya..

Aku suka kena pergi kursus..

Namun, aku bingung memikirkan bagaimana harus ke sana..
Bukan biasa sangat mau pergi sana..
Dah ah member yang dari Johor aku pun tak kenal..
Membernya dari Muar plak tuh...2 orang je dari Johor yang pergi, aku dan dia saje..

Adoi...semoga ada yang sudi membantu dalam memberikan panduan hendak ke sana..

Wednesday, May 11, 2011

Pilihan, terpilih dan memilih...


Wah! Kamulah pilihan!
Wah! Kamu terpilih!
Wah! Aku akan memilih kamu!

Ehm...ada tak perbezaan dengan semua ungkapan tu?
Situasi mana yang paling seronok untuk menikmati ungkapan itu?

Situasi 1: Mendapat kerja buat Kajian Tindakan.
Situasi 2: Mendapat wang saguhati.
Situasi 3: Masa dengan seorang lelaki yang baru kenal tak sampai sebulan.
Situasi 4: Masa ngah jalan- jalan, ada promoter datang.
Situasi 5: Masa ngah ada pemilihan pucuk pimpinan baru.


Owh..sangat banyak contoh situasinya kan?
Nampak macam menarik kan?.. bila menjadi insan pilihan, terpilih dan boleh memilih..
Tapi tak semua situasi boleh berjodohan dengan gembira bila ungkapan itu diucapkan..
Pernah tak kita berfikir apakah impak yang akan berlaku jika ungkapan- ungkapan tersebut diucapkan kepada insan- insan yang ada disekeliling kita?

Owh..sesungguhnya..
Pada hari ini aku tidak gembira dengan ungkapan macam best tuh....
Tidak seronoklah...
Tapi itu lah lumrah dalam kehidupan..
Aku cuba menjaga hati semua..
Tapi adakah aku akan selamat dengan perlakuan aku ni?
Hhaha!
Menakotkanlah...!!

Namunnnnnn......

Aku mau ungkapan pilihan, terpilih dan memilih untuk keadaan..:

Aku dapat memilih teman hidup aku yang aku suka dan orang lain restu dengan pilihan itu kerana dia pon memang mau menjadi insan yang terpilih untuk aku! :)

Aku mau pilihan yang diberikan kepada aku adalah bukan kerana insan keji itu yang memilih, tetapi aku terpilih kerana aku adalah pilihan bos untuk melakukannya!

Bukan senang mau menjadi insan terpilih, maka dengan itu janganlah terlalu memilih dalam memilih pilihan yang dihamparkan..heheh! (mampukan memilih pilihan itu?)

Aku mau memilih lagu kegemaran aku masa Hari Aspirasi Seni untuk menjadi pilihan yang tepat dan orang lain turut memilihnya!

Huhhuhuhu...

Sudahlah...
Aku dah pening...
Maka aku akhiri post kali ini dengan satu ayat motivasi untuk aku!

Pilihan terletak pada diri sendiri! Maka, apabila ia sudah terpilih, aku harus yakin dengan memilihnya untuk diri aku sendiri..
Disamping berdoa agar, pilihan yang terpilih itu tepat untuk aku..;)
Namun aku juga harus berasa redha jika aku bukan insan terpilih untuk sesuatu kejadian itu..
Amin....


Friday, May 6, 2011

Wah!! Ungu tudung dan baju ku!


Amik pic siap dengan name tag tuh..! Tak perasan..hahah!
Ekceli...ni lah pic terbaru aku this year..
Saje letak kat blog..
Ketembaman pipi amat ketara...ni pic April 2011..
Pic sempena bikin lesen baru...
Hope, jika ada pemeriksaan polis..dorang tak bape curiga ah.
Ni bukan salah aku yang bergambar..camera yang setting..
Maka, segala kecelaan seperti kabur ckit..hahah!

Thursday, May 5, 2011

Tuju Tuju Rindu - Arrow (HD/Karaoke/HiFiDualAudio)

Leona Lewis - Whatever It Takes (lyrics)

Untuk kekasih yang bertahta di hati..hahah!


Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

(Bridge)
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala
Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta (dihati)

(Korus)
Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Di gilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Di guris resah
Meniti hari bersulam tangis

(Ulang bridge)

Takkan berganjak pendirianku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang


(Ulang korus)

5 Mei 2011


Lama rasanya aku tidak meluahkan perasaan yang berbuku lima di hati ini kat dalam blog aku ni...
Sesungguhnya, masa aku kini banyak aku habiskan dengan aktiviti sekolah dan riadah sesuka hati aku..
Gedebak- gedebuk sudah setahun 2 hari aku berkhidmat di sekolah aku sekarang ni...
Bermacam- macam pengalaman baru aku timba..
Pahit, manis, lucu dan juga hangit melingkari laluan kehidupan aku..
Segalanya berubah- ubah mengikut peredaran zaman dan masa..
Permasalahan yang datang semakin banyak cabang jalan alternatif yang boleh dipilih..

Tepuk dada, tanyalah hati..mana satu pilihan diri sendiri..
Jika itu yang terbaik untuk diri sendiri, maka pilihlah walaupun kadang
kala pilihan itu seperti mementingkan diri sendiri...

Hari ini aku memilih tema 'merah jambu' untuk ke sekolah..
Dengan harapan aku nampak seperti jambu yang manis sekali..hahah!
Manis ke? hahah! Tapi aku suka..jadi aku rasa memang manissss...;p

Perjalanan ke sekolah memang lancar hari ini..
Aku kurang membrek secara mengejut seperti semalam..
Semakin hari kebencian aku terhadap jalan Makasar itu, semakin membuak- buak..
Selalu aku jumpa penunggang motorsikal yang melintas sesuka hati.
Semoga Allah sentiasa melindungi aku dalam perjalanan ke sekolah..

Hari ini juga, aku menjumpai ular sawa yang sangattttt besar di atas jalan raya..
Memang meremang bula roma irama aku lah..
Walaupun ular itu kelihatan tidak bergerak lagi, namun ketakutan
dan kegelian tetap ada..
Lihatlah...ular kat area Makasar tu pun suka melintas sesuka hati..
Bukan saja ular, malah biawak juga..
Berpuluh- puluh biawak mati dilenyek begitu saje..
Aku rasa seperti berjalan di taman biawak dan ular..
Itulah keunikan bekerja di Bunut..

Pada hari ini juga..aku mengalami satu kehilangan yang amat aku terasa..
Pencil case aku ilanglah..pencil case yang berbentuk Zebra..yang sangat shummelll itu!
Ada banyak pen yang aku sayang dalam Zebra itu..
Pendrive aku juga ada dalam bekas tuh!
Bertahun- tahun aku menjaga..kenapa ilang begitu??
Ini semua adalah kerana kecuaian aku sendiri..
Tidak perasan akan kehilangannya...aku pun tak pasti dimana ilang..
Adakah di sekolah atau di rumah?
Memang bukan jodoh dengan Zebra itu..maka, aku terpaksa meredhakan kepergian 'mereka'..(pen pilot kaler blue from mid valley, pembaris besi yang ku simpan since form 6, pemadam faber castell, pen merah rm1.40, pen pilot kaler black from Pekan)..huaggggrgghhh!
Semoga kamu bahagia bersama tuan baru mu..
Aku?
Usah kamu semua gusar..kamu hilang pun kerana aku..maka, aku akan belajar menerima kehadiran mereka yang baru..
Tapi.....
Memanglah yang semuanya boleh berganti, tapi tidak sama!!
Adoi...

Lagi 1, perkara yang agak tidak berapa senang sangat ah...
Usikan kawan- kawan aku kat fesbuk..
Memanglah gurauan..
Tapi gurauan mereka memang bermakna..
Adoi sekali lagi..
Aku pun tak tahu macam mana mau menjelaskan..
Dah elok- elok aku lari, tiba- tiba timbul gosip aku sudah kapel dengan 1 insan tuh..
Aku pun segan..
Segan ah mau tunjuk- tunjuk akan kekapelan ini..
Bukan apa..
Sangat memalukan bila hubungan itu terputus di tengah jalan...
Seterusnya menjadi bahan ketawa mereka- mereka yang mengikuti perkembangannya..hahah!
Bahan ketawa mungkin okey lagi..
Tapi yang tak paling tak besh bila hati insan lain disakiti..kesianlah..
Bukan aku tak ingin berumah tangga, cuma aku rasa aku perlu bersedia sepenuhnya dan hero yang memang untuk aku pun belom muncul lagi dengan terang- terangan...
Maka, aku akan terus berkawan dengan sesiapa saja sehingga aku sudah bersedia..
Apa- apa pun, terima kasih kepada kawan- kawan yang bimbang tentang diriku ini..heheh!

Kesimpulan cerita aku pada hari ini..
Bersedialah untuk menduga apa- apa yang akan berlaku sebelum kita memutuskan sesuatu..
Mungkin takdir sudah menentukan segalanya, tetapi kepuasan tersendiri akan lahir bila kita sudah berusaha..!
Aku sedang berusaha untuk..........................hahaah! cakap je pandai..berusaha dan berusaha..
Tapi, tidur jugak..hmm...tidak bermotivasi langsung..;p