BSN Kekejian


Boring sungguh apabila melalui keadaan seperti ini..
Berjumpa dengan mereka yang kononnya mau berkawan sahaja..

Dipendekkan cerita, aku beli la Simpanan Premium BSN ni sebab tadi akak tu sebok panggil dan aku try la cuba..memandangkan ianya berbentuk simpanan dan ada rezeki menang..

Entah mengapa semasa melalukan proses penyempurnaan boleh pula internetnye problem..
Maka kata akak yang proses tu kena ah tunggu..disebabkan masa dah suntuk dan aku xmau mak menunggu aku lama di pejabatnya.. Aku cakap, len kali ah aku amik..kat BSN Pekan Nanas dan akak tu setuju..

Before tu lama dah aku menunggu dan terpaksa berbual- bual dengan depa..aku malas nak berbual- bual sangat. Boleh pulak aku berjumpa dengan satu pakcik yang aku kenal kat Permatang Duku..dia boleh cam aku pasal SUARA aku..dia kata ' Ni cikgu Kartini kan?'..
Mulanya kata dia tak cam, bila dengar suara baru dia cam..Alah pakcik tu jual insurans..memang ah kenal.. Kat kaunter tu yang jaga ada 2 orang lelaki dan sorang perempuan.. Habis identiti aku terbongkar..

Tiba- tiba time magrib ada orang call..aku kat uma nenek mase tuh..Jalan- jalan nengok Arsyad Mirza.. Pemanggil tu kata boleh ke cikgu amik aku punya sijil kat depan KFC Pekan sebab dia mau balik JB dan lalu depan KFC..aku fikir- fikir boleh aje..Sebab malas juga mau ke BSN tanpa apa- apa pegi tanya kat kaunter amik sijil. Lainlah kalu ade resit. Ni kena terjah. Aku pon setuju.

Tapi bro tu lain macam la, leh mesej aku swoh aku jangan panggil encik. Dan bersungguh untuk memberikan juga sijil yang bernilai hanya RM10..dan sudah menunggu di depan KFC sebelum sempat aku menghantar mesej. Dan aku ni jenis seorang yang tak mau mengecewakan orang lain secara terus menerus..Bukan apa, mebi dia memang bersungguh dan ada rasa tanggungjawab ke atas aku as customer dia.. Aku beritahu kat mak, dan mak bagi. Tiara temankan aku. Dan aku menuju ke KFC.

Sijil sudah diambil. Maka sampai disitu ah urusannya..

Namun ianya tidak tamat lah..
Bro tu leh hantar mesej salam perkenalan plak..
Bahasakan diri dia abang2..wat da hell!
Siap cakap dia suka nengok aku cakap, dan tersenyum..sebab kelakar..ape tu??

Hello...secara jujurnya..memang susah aku mau memanggil panggilan abang itu..
Agak liat lidah aku..serius...banyak bro2 aku panggil encik2 saje..
Ex boyfren aku pon aku tak panggil abang..Aku panggil manje, bb, cyg..haha! Geli juga apabila mengenangkan panggilan sebegitu..last2 kecundang jugak..hahha!
Tapi aku suka memanggil abang aku abang..pasal dengan dia je macam best panggil abang..hahah! Lidah sendiri boleh lembut..Serius jujur aku cakap..

Malam ni aje, ade 4-5 mesej dari bro tadi..cakap sudi ke tak nak kawan..
Salam perkenalan la..
Tidur dah ke..
Hello..urusan saya dah abies dengan encik

Pengajaran pada arini:
  1. Janganlah terlalu bermuka manis wahai Tini..Layan orang cakap..Mesti orang ingat awak ni mudah sangat didekati dan perempuan caca marba yang boleh dibuat main geli- geli.
  2. Tak payah ah layan- layan promoter- promoter tuh..kalu nak beli, beli kat kaunter sudah..
  3. Urusan bank harus dibuat di bank dan bukan di KFC. Berhati- hatilah.

Namun begitu, ini semua bukanlah masalah yang besar. Aku boleh mengubahnya dan pilihan memang ada pada aku..
Alhamdullillah aku selamat dan aku anggap ini semua pengajaran dalam hidup.
Rambut orang sama hitam, tapi hati lain- lain.. Jangan biar orang ambil kesempatan terhadap pakej diri yang mudah orang dekati.. Memang aku mudah didekati, tapi bukan semua yang boleh aku jadikan kawan dan aku mahu kawan dengan rela hati. Jadilah si jinak Merpati..Nampak mesra, tapi bila dah dekat.....LARI!!!!

Mungkin orang cakap aku ni perasan sebab mebi bro tu nak kawan biasa aje. Tapi, aku yakin semua dari kita, tak banyak mebi sedikit ada dikurniakan satu deria yang memberitahu samada benda tu ok ke tak. Dan kali ini aku rasa benda yang aku lalui tadi adalah sesuatu yang merepek..Maka tindakannya ialah lari sejauh- jauhnya......sebab tak rugi pon..cuma geli jela..hahah!

Comments

Popular Posts