Heepi Besday Suria.Fm!
Gedebak gebdebuk...hari Khamis sudah..
Seronok juga dikala cuti sekolah..
Banyak masa kat umah..tapi masih memikirkan kerja- kerja yang perlu dibereskan..
Tapi mual juga jika mau difikir- fikirkan..
Namun, tagline 'fikir-fikirkan dan selamat beramal'..mematikan semangat untuk membuat selamber bodoh...
hahhah! Takde kaitan langsung..
Kemeriahan suasana majlis perkahwinan semakin terasa..
Dirian khemah tersergam tegak dicelahan kawasan lapang bersebelahan rumah..
Kanak- kanak berlarian sesuka hati..
Hilaian tawa kanak- kanak, orang dewasa kadang- kadang memecah kesunyian..
Wah! Lama aku tak merasa kemeriahan hari perkahwinan jiran sebelah..
Bila mengimbau kembali zaman kanak- kanak..
Akulah antara kanak- kanak yang akan menyumbang akan kemeriahan suasana kenduri..Hahhaa!
Memandangkan aku ni cucu sulung, maka memang menjadi kebiasaan aku akan diusung ke mana saja..nenek memang suka bawa aku...dari Singapura sampailah paling jauh kat Klang...tu jela paling jauh..Klang..hehe!
Ada satu scene yang masih aku ingat..
Mase tu ade satu nenek tuh ngah mengayam ketupat..dia kata aku mesti kena pandai anyam ketupat pasal kalau nak kahwin kena pandai anyam ketupat..
Aku pon bersungguh- sungguh belajar pada hari itu..
Akhirnya! Sampai hari ini pun aku tak pandai menganyam ketupat!...hahha!
Memang lembab..
Hari ini, hari yang penuh dengan peristiwa yang mengejamkan..
Depan mata aku seorang perempuan dipukul- pukul..namun aku tidak berdaya kerana aku juga seorang perempuan dan aku memikirkan akan keadaan sekeliling...
Depan mata aku juga, aku leh melihat si anak cakap perkataan babi ke arah ibunya dengan penuh kebanggaan...hu3
Aku pon jahat jugak..namun, untuk mengatakan babi pada ibu aku memang tak tergamak..berdosa!
Dimana silap, mengapa jadi begitu?? Aku pon tiada jawapan..
Entahlah..aku pon tak berani mahu menghukum manusia..
Mungkin dengan itu dia mendapatkan kegembiraan dia..Manusiakan pelbagai..
Bukan aku mau berpeluk tubuh dan biarkan semua yang berlaku..
Tapi aku pon perlu bermuhasabah diri..
Namun begitu, bantuan akan cuba aku bagi selagi aku mampu..
Kehidupan memang suatu yang misteri!
Entah apa yang aku kena hadapi esok2 hari..
Mau semua yang menggembirakan hati..tapi itu bukan kehidupan if semua benda menggembirakan hati...
Kadang perlukan irama rock..
Kadang perlukan irama dangdut..
Kadang perlukan irama joget..!
Tapi jangan lupe irama nasyid!
Lagi 1, pengajaran yang aku dapat hari ini ialah..
Ilmu..kita dituntut untuk terus mencari ilmu dan mendalaminya...
Tapi, bukan ilmu yang menyusahkan diri dan orang disekitarnya..
Ilmu yang menyusahkan itu ialah ilmu hitam @ ilmu syaitan..
Akhirnya, diri sendiri terkulai....nyawa orang lain turut tergadai..
Penatlah...aku nak cepat2 pergi berlibur!...hahaha!
Comments