Kenangan aku bersama Blue...


Blue itu biru
Biru itu blue..

Kaitan apakah blue dengan saya??

Ye saya adalah antara guru penasihat rumah sukan berwarna Biru..baru cek nama ada mase mesyuarat ari Jumaat..

Hari ini hari pertama saya melatih murid- murid bersama rakan- rakan yang lain..
Ke semua murid pendidikan Khas yang boleh dipercayai untuk bersama rakan- rakan lain di padang saya bawa dan paksa cikgu Nasir bersetuju dengan saya..
Inilah yang dinamakan integrasi!
Pada mulanya, mereka diasingkan..tapi selepas saya memberi penerangan, guru Penolong Kanan HEM terus bersetuju!
Bukan apa, saya dilantik menjadi guru penasihat, takkanlah anak murid saya terpaksa saya abaikan..kenalah saya bawa mereka bersama- sama saya..sebab itu adalah tanggungjawab saya..
Lagi pun inilah platform yang baik untuk saya memperkenalkan pendidikan Khas dan pendidikan Khas tidak akan di pandang enteng di dunia sekolah arus perdana.

Tadi balik je rumah..rasa amat penat..
Lame dah tak bersukan..berlari- lari anak..berseronok di padang dengan memakai pakaian sukan..
Saya dengan cikgu Siti je yang excited pakai baju sukan...cikgi2 lain, pakai baju kurung ke padang..he3 kami plak yang rase janggal pasal, lain dari kebiasaan yang tak boleh kita biasakan..

Bile penat saya tertido..dan tiba- tiba teringat zaman sekolah rendah.
Saya dulu memang aktif bersukan..lompat jauh, dekat, lari..memang suka...
Dan saya baru teringat..saya juga adalah murid yang ditempatkan di rumah Biru!
Hahah! Adakah ia satu kebetulan atau takdir??
Saya benci kaler biru..tapi banyak juga Biru yang melekat dalam kehidupan saya..
Biru mata hitam ku! hahha!

Tapi, saya berasa amat seronok arini pasal dapat pergi ke padang dan berlari- lari..
Nengok kanak- kanak berlari ke sana sini bikin hati seronok..
Satu persatu kenangan zaman persekolahan muncul di benak fikiran..
Hargailah kenangan yang lampau..kerana satu hari nanti ianya berguna untuk diri sendiri..
Saya teringat cikgu sekolah rendah saya..
Mana lah dia sekarang..cikgu Samsul Hashim..
Dia amat hensem bila ke sekolah..tiap2 hari saya akan tunggu dia didepan pintu untuk melihat kemachoan dia bermotosikal RXZ..hahaha!

Owh cikgu! Semoga cikgu sehat dan gembira disamping keluarga tercinta!

Comments

Popular Posts