Pukul 3 petang!
Cepat betul masa berlalu..
Hari ini dah 11 Okt0ber 2010..
Alhamdullilah aku masih lagi diberikan kenikmatan sebuah kehidupan..(ayat novel);p
Masa aku kecik dulu, aku selalu memikirkan apa yang akan berlaku bila 10 tahun akan datang?
Adakah aku akan bekerja sebagai minah kilang?
Adakah aku akan hanya bergoyang kaki duduk di rumah?
Adakah aku akan hidup lagi didunia?
Kesimpulannya, tak siapa yang mampu menjawab tentang masa depan..
Segala rahsia hanya yang Maha Kuasa saja yang tahu..
Sekarang sudah pukul 3 petang..
Aku baru balik dari kerja 45 minit yang lalu..
Seronok bila dapat balik dari kerja dan akan pergi semula bekerja pada keesokan hari..
Segala rutin tampak sama...mengajar subjek yang sama dan berjumpa pelajar yang sama saban tahun..
Hari ini aku ajar anak murid aku tentang jam.
Bagaimana mahu melihat jam..
Aku sangat suka mengajar mereka tentang jam..
Sebab aku sangat suka jam! Sekarang jam yang setia pada aku hanya jam yang bernama Seiko..
Mak hadiahkan semasa aku mau pergi exam SPM..namun, result yang buruk aku bagi kat mak..
Ampun ye mak!
Dari kecik mak dan abah dah ajar aku bagaimana mau berkawan dengan jam..
Namun, aku hanya suka mendampingi jam bukan menghormati 'masa'..kekasih kepada jam...
Aku tak mampu bermadu dengan masa..hhaha!
Tapi attitude seperti itu harus aku ubah..! Sebelum ini aku selalu terikot dengan budaya lambat dan tidak menghormati masa, namun seseorang telah mengajar aku tentang perlunya menghormati masa..
Masa itu emas...
Memang masa itu emas..
Malah lebih berharga dari emas..tak boleh dijual ataupun dipulangkan kembali..
Namun adakah aku memanfaatkan semua masa yang diberi dengan baik?
Macam tidak je..macam banyak membuang masa...
Aku paling benci dengan ungkapan 'andai dapat ku undurkan masa'..
Semua tu perkataan yang tak bertamadun...pasal memang jelas masa tak boleh kembali..
Tak perlu perkataan andai itu sepatutnya..
Boleh melihat masa lalu..tapi bukan menyesalinya kerana takde faedah untuk kita meratapi kekesalan lama...begitu dengan kegembiraan yang lepas-lepas..
Kalau kita berjaya pada masa lepas, belum tentu kita juga akan berjaya pada masa depan..
Semuanya memang tidak sama!
Sebenarnya, aku tengah hot ngan adik aku..
Ade ke patut die suruh aku kemas barang- barang die..tudung sekolah yang die longgok2..
Pastu cakap aku kena kemas...adoi..
Adik, kemaslah sendiri..kalu ko tau kemas.taklah rumah berselerak..
Kalu aku yang kemas..konfirm2 esok pagi ko tanya aku mane barang ko..
Aku malas dah...kecewa dh aku melayan ko.
Bukan tak biase ko marah- marah pasal ko tak jumpa barang ko..
Aku kadang malas nak masuk campur..tapi aku layankan aje pasal aku takmo menaikkan kemarahan orang tua..
Fine! Aku kemas dan esok selamat mencari harta karun erk..
Melalui situasi ini boleh tak aku guna 'andai aku leh undurkan masa, malas aku nak jaga ko mase kecik dik..bancuh susu..ajar ko melukis'??
Tak boleh kan? Pasal memang takda maknanya pun..
Tapi sebenarnya, perasan tak bahawa bakti dan ilmu yang dicurahkan sebenarnya adalah pahala untuk bekalan kita bila bertemu Pencipta kita nanti..berapa banyak yang dapat tidak tahulah, pasal dalam berbakti tuh pasti ade disulami dengan perasaan durjana. Macam apa aku rasa sekarang..haha!
Dah..aku dah meluah dan memuhasabah diri sendiri..
Kesimpulan, aku peminat jam tapi bukan madu kepada masa..hahha!
Comments