Sejarah Harimau Tampan

Yer..pada hari ini terlakar lagi satu sejarah Malaysia kerana berjaya merangkul kemenangan pada kejohahan Piala AFF Suzuki 2010..

Maka, sebelum datangnya hari esok..iaitu 30hb Disember 2010..aku rasa mau mengabadikan sejarah ini didalam blog aku pada tarikh yang sama dengan kemenangan yang dicipta.

Sejujurnya, aku kurang berminat untuk melihat aksi-aksi ketika perlawanan bola sepak berlangsung. Lagi- lagi kalau Malaysia yang bermain..pasal aku tak boleh terima kekalahan di mana, selalu je Malaysia kecundang. Tadi pun aku nengok mase separuh masa kedua.. Tu pun selepas aku repair antena tv berkali- kali.. Harap je dekat dengan pencawang TV Gunung Pulai..
Hampeh..tak jelas langsung...

Walaupun tadi kaler itam putih, nampak jugaklah kehemseman players Malaysia.. Agaknya, kalu clear tadi..memang leh bikin aku bermimpi ah kot..hahha! Geli..
Saje je..bukan excited sangat pun..Aku dah tak minat sangat dengan aktiviti meminati dengan fanatik ni..
Sebab otak aku dah diracuni oleh kata- kata mak..
Mak cakap ape?

Dulu, aku minat sungguh nengok racing kereta F1 tuh.. Aku paling minat Micheal Schumacker..sanggup aku tunggu depan TV berjam- jam..mebi mak geram nengok aku berbaring dengan gembira, maka die pon berkata ' hey tini! stoking busuk die pon kau tak dapat ah!'..huk3
Hmmm..semakin selalu diperkatakan begitu..maka, terbantutlah keminatan aku itu.
Jadi, sekarang..aku cuma just mau mengambil tahu..
Jika ada kemenangan...aku tumpang gembira..

Apapun.. Tahniah la kepada pemain- pemain Malaysia..
Pengorbanan anda semua untuk negara amat dihargai..


Macam emsem je player no 8 tuh..

p/s:
Waktu ketika ini, aku juga sedang mendengar ceramah abah kepada Mahera..Nak tergelak aku..Pasal abah leh melabel- label kitaorang kepada beberapa kategori.
.Gelak- gelak gak..tapi aku mesti dapat gak tempiasnye..macam biase ah..time ending aku punye part..

Mahera: Kategori Mentel.
Tiara: Kategori Malas.
Mak: Kategori Gian Bercakap.
Aku????
Aku kategori Macam Budak- budak...hahah!
Suke ati abah ah..abah gak yang cakap 'walaupun kau dah 25 tahun, kiteorang masih anggap kau macam budak- budak lagi'...hhmm!

Comments

Popular Posts