Puisi kegusaran seorang sahabat @ jiran.
Jiran...
Sudah lama kita tidak bertentang mata..
Berbual seperti zaman kecik kita
Bermain basikal dan berkubang di dalam sungai..
Sehingga gelap kulitku menjadi bertambah- tambah gelap..
Kini kita sudah dewasa
Engkau dan aku sama- sama menjadi wanita
Sama- sama mengejar cita- cita
Masing- masing sudah ada haluan sendiri
Kau dan aku...tidak lagi seperti dahulu
Semalam
Kau meminta aku menerimamu sebagai kawan facebook
Ya..
Aku menerimamu..
Perkhabaran gembira kau ceritakan..
Bertahun- tahun kita tidak berbual..
Bertahun- tahun kita tak bercerita..
Aku perasan..setelah kau hampir bergelar isteri..baru kau cuba berbaik dengan ku seperti dulu..
Jika tidak,
Kau akan segera masuk ke rumah jika terlihat kelibat aku
Kau akan segera masuk ke rumah jika terdengar suara aku
Kau akan segera mengelak jika adanya aku..
Mengapa?
Mengapa?
Tapi aku tahu..
Kau mengambil berat dan memberi cabaran untukku..
Apa bukti kau mengambil berat??
Buktinya, kedatangan sepupu ku yang kerap ke rumah, kau cakap itu kekasihku..
Kedatangan kawan adik lelaki ku yang kerap ke rumahku, kau cakap itu kekasihku..
Kedatangan abang TM net ku yang kerap, kau cakap itu kekasihku..
Kedatangan mereka yang berkaca mata yang kerap, itu pun kau katakan dia kekasihku!
Jiran,
Namun begitu aku tidak menyalahkanmu
Kerana kau hanya dapat melihat dari lubang- lubang halus dicelahan dindingmu...
Hanya setelah kau dilamar orang, baru kau bertanyakan akan status sebenarku..
Maafkan aku jika aku tidak berterus terang dan teruskan kisah dengan penyambungan ayat kerana kronologi sebelumnya..
Jiran,
Aku doakan kebahagiaan mu!
Akan ku tepung tawar di majlis persandingan mu nanti!
Yang pasti aku tak akan menyanyi lagu keji 'Bungaku dipetik orang' untuk kau..

Comments