Ole-ole...Ricky Martini!

Kali ini aku mau menulis tentang pengalaman aku as cikgu Pendidikan Khas sehingga hari ini..
Mungkin ramai yang tidak tahu ape yang cikgu PK ni buat..
Kalau nengok apa objektif PK ni...macam mudah je bila ditulis..:

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang:
  • berkemahiran,
  • berhaluan,
  • berupaya,
  • beriman,
  • berdikari,
  • mampu merancang dan menguruskan kehidupan
  • serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Benda alah ni ah yang aku kena jawab masa interview SPP kelmarin..
Dalam banyak- banyak, cuma leh jawab berkemahiran, berpengetahuan agama dan berdikari..
Aku tak sebut ah perkataan mampu merancang dan menguruskan kehidupan tuh...pasal aku mengcombinekan benda tuh dalam satu perkataan 'berdikari'..
Tapi berkali- kali pakcik yang interview aku tuh geleng kepala..
Lantas aku hanya mampu tersenyum...Hahaha!
Akhirnya, dia bercerita pula dengan aku..
Berbual- bual..hahha!
Dia juga turut membuka buku nota dia, dan memberi tahu aku all da jawapan...
Jawapan seperti di atas tuh ah..

Besarkan amanahnye?
Rasa-rasanya, mampu kah cikgu ini memenuhi semua yang dipinta oleh falsafah yang direka oleh manusia ini. Sedangkan diri cikgu pon belom tertanam baik dan tumbuh dengan suburnya..
Seronok benar mereka dengan begitu panjang dan dengan ayat yang puitis..

Bila membaca arahan nazir dan kementerian yang mau macam- macam..
Aku kadang- kadang ada juga rasa downn...
Sampai bila aku sanggup berhadapan dengan anak- anak murid aku tuh..

Macam ada kawan- kawan aku yang kat sekolah lain..
Dorang banyak teman seperjuangan...
Aku?
Hahha!
Namun, tu bukan perkara besar..

Bayangkanlah, ada 1 hari tuh..
Aku tersengguk- sengguk time mengajar anak murid aku membaca..
Adoi!!

Tapi hati sikit terubat pasal, ada beberapa anak murid aku mengalami perkembangan yang baik..
Boleh sudah membaca walaupun tidak selaju mereka di kelas normal..
Walaupun suara aku agak rock dan serau- serau sengau..
Dorang paham juga..

Pekerjaan aku ni mungkin tak seseronok dan seglamor PTD, jurutera, arkitek, dokter dan job yang lain yang hebat...dan orang akan cakap 'wow!'...
Tapi, itulah hakikat..tak semua kita akan dikurniakan darjat 'wow!' ini...

Aku banyak belajar tentang nilai kemanusiaan dengan pekerjaan aku ni..
  • Tentang kesilapan kelahiran
  • Tentang keibubapaan
  • Tentang pembantu pejabat
  • Tentang pekebun
  • Tentang kerani
  • Tentang perancang majlis

Banyak ah...!
Aku jadi insaf..
Kenapa ada mereka diluar sana yang mendiskriminasikan seseorang yang lain kerana status mereka..
Banyak dah aku jumpa..
Dari yang perempuan...sampai ah lelaki...
Yang perempuan tuh PTD...berterus- terang dengan seseorang yang dia memang tak boleh ah nak kawan ngan aku..
Suka atilah..Aku pon sedar, kita tak sama taraf...
Aku pun tak boleh menyalahkan dia..

Kadang- kadang, bukan sengaja untuk mendiskriminasikan...
Kehidupan kita dan cara kita grow up memang berbeza..
Masing- masing ada pendapat masing- masing..
Cuma aku bertuah, sebab Tuhan beri aku tontonan dengan jelas..

Namun, adakah aku akan sedar selalu?
Atau satu hari nanti aku mula mengeluh setiap masa..haha!
Owh Tuhan, berikan aku kekuatan dan permudahkanlah segalanya..



Gambar kat atas tu diambil time tengahari..
Tugasan mengajar aku dah selesai..
Cikgu Nasir pula meneruskan tugasan dia..

Namun, aku still ade tugas..
Wawa dan Fikri takmo masuk kelas cikgu Nasir..
Aku keletihan, lalu terpaksa duduk mengawasi mereka..
Dah aku melepak ditepian batu..
Kebetulan cuaca amat panas..
Aku plak, tengah merasa kesedihan time tuh..
Jadi bila lepak luar..
Rase seronok dan tenang sedikit..
Kesian aku nengok Fikri..
Die berlari meluru ke arah aku bila aku duduk kat batu tuh...
Seolah- olah menumpang kasih sayang..
Wawa pula, boleh berebut dengan Fikri..haha!
Lalu moment itu aku sisipkan dalam blog aku..





Comments

amad_walrus said…
cikgu lah status paling best..
sbb tu orang PiTiDot tu dengki..
Cik Tinny said…
hahha! kena bagi antidot nilai kemanusian..;p
amarnie_zizan said…
beb~~i have same prob with u too
stakat ni sape2 yg nk blagak ngan aku tu aku slalu blas balik..tp mostly kwn2 byk yg faham dan sedar tugas ni susah..well..keje kita ckup mulia..insya allah tidak kat dunia akhirat blasannya..aku pun kdg2 rs down bile kuar pekeliling itu ini..padahal yg duk atas pnah jd cikgu gak..tp sbb student aku rasa boleh bdiri lg..yelah, kat sek kita sorang2 je ngan ppm..org len mana la faham..aku hrap kita saling support each other..mybe dgn cara itu kita x akan rs sorang2..btul tak? huhu
Cik Tinny said…
betul..nasib baik ade fesbuk dan internet ni kan qama? leh contact2 n bg pndangan dan meluahkan sesuka ati.
perasaan down tu mebi leh datang dan pergi..ikut suasana..
lepas tu, pedulikan lah orang lain..kdg2 kite pon ade meng'keji'kan pekerjaan dowg..huk3 betul x?

Popular Posts