Pagi 1 Februari 2011

Pagi- pagi aku nengok kalendar...
Owh...sudah bulan Februari lah...
Mengimbau kenangan tahun lepas...aku sengaja merajinkan diri membelek- belek fesbuk..
Apa yang berlaku pada 1hb Februari 2010.
Ya...sesungguhnya banyak kenangan tercipta ketika itu..
Ada yang mau aku ingat dan ada yang aku biarkan saja berlalu...haha!

Jadi, masa tahun lepas...tema 1 Februari 2010 aku ialah Rindu Aku, Rindu Kamu..
Hahaha! Seronok masa tuh..


1 Februari 2011..
Semasa aku sedang menulis ini,
Aku mendengar sepatah- sepatah perbualan jiran aku dan anak dia dengan nada berbaur marah dan kecewa kerana dek anjing telah memasuki kawasan beranda rumah mereka..

Entahlah, sampai bila harus berlaku keadaan sebegini..
Semalam anjing- anjing peliharaan jiran sebelah aku ni telah mengotorkan rumah jiran depan, hari ini dia berehat pula kat rumah jiran sebelah aku...
Rumah aku padang rumputnya agak luas, jadi toilet plak untuk anjing- anjing tuh...
Nak ditegur jiran aku ni, takot marah dan tak terima...
Bersabar sajalah kami semua ni...
Semalam ada 1 uncle tu dah datang ke rumah owner anjing tuh..
Nengok kan je la apa tindakan owner anjing tu nanti..
Tapi aku jamin, takkan ada perubahan..

Hari ini, pagi- pagi jugak aku menjadi penipu!
Seronok ke tak? Entahlah...tak pasti..
Member yang ajak g kursus nikah tu memaksa- maksa aku...
Aku dah cakap tak nak dengan nada manja...
Tapi berkali- kali dirayu, aku terus terus bikin terkejut bahawa aku ade agenda pada hari kursus itu dijalankan...maafkan aku!

Itulah yang berlaku pada awal pagi 1 Februari 2011..
Kesengkangan masa yang melampau menjadikan aku rajin menulis blog..
Adik- adik masih tidur..
Aku nak join gak, tapi tak larat dah mau tidur..
Dah tak biasa...aku tak biasa....hu3


Comments

amad_walrus said…
dah setaun oasis tu?? wah.
ape jd plak 1hb feb 2012
Cik Tinny said…
xde apa2 yg jadi..
nway, tq untuk semua yg penah ada.
bit hepi la..;)

Popular Posts