Kisah Amid Tonggeng...

Selepas mintak roti canai telur, Osman oder nasi Lemak!

Mereka 2 orang budak gempal dan gemuk yang sudah kekenyangan!

Osman tunjuk peace!

Aku yang baik hati, memberikan air teh aku kepada Osman..Bimbang dia terbegik!



Muhammad Luqman Hakim Bin Mohd Sarpan!

Kenapa title blog nih tajoknye Amid Tonggeng?
Hahahah!

Sebab, nenek asyik cakap jumpe ngan Amid Tonggeng je..
Sikit- sikit Amid Tonggeng..
Kenapa nama die Amid Tonggeng?? Aku pon tak tahu kenapa..
Tak reti ah mau bikin andaian yang bukan- bukan... Amat berdozaaa!

Ekceli, nilah lawatan mingguan yang tanpa ku duga..
Pagi- pagi dikejotkan mak untuk menghantar nenek ke IPD..

Ada ape ke IPD?

Amik cek atok..cek saguhati sempena menjadi pejuang pada zaman darurat dulu- dulu..

Sebenarnye, atok ada lapor diri 5 tahun lalu..bila ada iklan dalam paper yang mengatakan sesiapa yang pernah berkhidmat pada zaman sebelum kemerdekaan sila melapor diri..
Saguhatinya,5 tahun kemudian (2010)..ato pon dah takde..

So, beberapa hari sebelum majlis pagi tadi, ada ah beberapa orang polis datang ke rumah mencari Murat Bin Shukor.. di sebabkan atok takde, maka si polis mencari pewaris.

Jadi pewarisnya ialah nenek saya Kamisah binti Murat.

Aku, Tiara dan Osman dengan hati yang separa girang menemani nenek..
Sampai di IPD Pontian pada jam 8.30 pagi.

Huh! orang dah ramai..bertongkat- tongkat, berpapah- papah, bersorong- sorong, berpimpin- pimpin...

Aku bawak Tiara dan Osman yang berlapar- lapar..hahaha! Aku pon lapar gak sebenarnya..

Lepas daftarkan nenek as pewaris Murat, aku pon bawak ah adik- adik manje aku g makan.
Kat tepi laut Pontian, tempat aku dan guru besar penah bersarapan..

Osman oder roti telur, aku dan Tiara oder nasi lemak..
Opss... Osman oder nasi lemak gak lah!
Wah! Perut die amat hebat kerana boleh memasukkan begitu banyak sarapan pagi!
Dia menjadi perhatian penebar roti canai yang berdekatan dengan kami..
Tersenyum- senyum si penebar melihat Osman makan!

Kul 10.30 pagi, aku patah balik ke IPD..
Majlis baru stat..
Huh! Aku terpaksa parking kete jauh...Nak parking depan umah pegawai..tapi kena halau dengan polis trafik..kwang2..
Disebabkan takut nenek tak pasan name arwah atok, aku dengan rajin berdiri disebelah nenek.. Macam pak jaga..Aku berdiri berjam- jam.. Macam patung..
Disebabkan kepatungan aku, ada sorang polis menyapa aku..aku pon berbual- bual..
Anggap dia macam pakcik yang harus dihormati..hormati orang tua!
Lama- lama sembang, dia minta no telefon aku.. adoi..
Takpelah, aku bagi je..sebab dia siap mengetest kesahihan telepon aku di situ juga..dia kata mana tau aku ade durian kat kampung, leh ajak dia..huh! takda durian!
Sori uncle polis, sampai disitu saje perkenalan kita..huhuhu! Bukan saya perasan bagus, tapi memang tak bape minat ah..dun like it..kawan lokasi ok..xde lebih dari lokasi...ha3

Lepas berpenat lelah menunggu, akhirnya nama atok dipanggil.
Amat lega.. Jam dah menunjukkan hampir pukul 1.

Tiba- tiba ada seorang akak cina mengejar aku dan memanggil dengan penuh bersemangat..
Dia kata 'Adik, u tau tak itu cek u tak boleh amik. Olang mati tak boleh ambil itu wang. U kena tanya, macam mana mau kasi cash.. u punya kes sama dengan i..'

Uh..baru je nak balik..ade plak hal len..
Lepas berborak- borak dengan akhirnya, aku dapat 1 JAWAPAN

Cek tu waris pon tak boleh ambil..
Adoi....hahaha! Kenapa ah polis tak bagi maklumat yang betul..

Apa pengajaran dalam cerita arini?

1. Setiap apa pekerjaan yang mau kita bikin. Kita harus mencari dan memahami setiap maklumat dengan terperinci.. Supaya kita boleh memberi maklumat yang betul kepada masyarakat. Aku suka dengan cara Bun Bunny.. Dia banyak mengajar aku pasal keperluan mengambil tahu akan maklumat- maklumat yang berguna untuk keperluan diri sendiri.. Bukan setakat melepaskan batuk ditangga.. Last2 sendiri yang malu kemudian..

2. Jika ada event yang sebegini. Tidak perlulah membawa begitu ramai orang yang suka makan dan minum.. aku bingung bila Tiara asyik mintak air je. Haus! Haus! Haus!

3. Kena buat muka yang paling tak mesra langsung supaya tidak ada orang yang ajak bual- bual..

4. Aku belajar pasal kepelbagaian polis..rupa- rupanya ada polis sukarelawan.

5. Aku berkenalan dengan AMID TONGGENG! Kawan- kawan nenek dulu- dulu! cet!

Comments

Cik Tinny said…
Sampai sekarang aku dan Osman gelak bila menyebut name Amid Tonggeng!
Nenek yang ngah tido pon leh tergelak!Aiyooo!
amad_walrus said…
cik tini perlu menonton gerak khas dengan lebih kosentrasi supaya dapat belajar mengenai kepolisan..

persoalannya,
tergebik tu ape?
kenapa amid tu tertonggeng?
saadah said…
best sgt bace entry ko yg ni..ahahaha..eh!! tiara dh pkai tudung ke??
Cik Tinny said…
en. amad walrus,
bukan tergebik..jgn 'press' sembarangan k..hahaha!terbegik ah..terbegik tu maknanye, tercekik..

kisah name amid tonggeng tu xdapat nk diungkai ah..begitu juga dgn nama panjang binti jantan..tp dia tak pnjang tau..;p

ok! nnt sy ngk gerak khas..tq bg cadangan itu..
Cik Tinny said…
saadah,
best ke?? byk kesalahan tatabahasa. tak pasan?

Tiara dh pakai tudung ke? hahaha! still dlm transformasi berperingkat2..amin~

Popular Posts