Cikgu Kartini

Cikgu Kartini

Tuesday, June 1, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia

Pendidikan khas Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan melalui:

1.Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah
pendengaran.
2.Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid
berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Tempoh Belajar
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah
enam (6) tahun.

Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah
adalah lima (5) tahun.

Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di
mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah
mengikut keperluan murid berkenaan.

Sekolah Khas

Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya



Kurikulum Program Pendidikan Khas

Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternatif.

Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa.

Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas

Semua pelajar pendidikan khas mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia kecuali mereka yang mengikuti kurikulum alternatif.

Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu:
* Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil
Kemahiran Malaysia, dan
* Kursus Seni Lukis dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan
Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.

Program Pendidikan Pemulihan Khas

Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan IPP3M (Instrumen Penentu penguasaan 3M). IPP3M terbahagi kepada IPP3M 1 (bagi kegunaan murid tahun 1) IPP3M 2 (bagi kegunaan murid tahun 2) dan IPP3M 3 (bagi kegunaan murid tahun 3).
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara 'withdrawal'.

Proses Pendaftaran Kanak-Kanak ke Program Pendidikan Khas

Prasekolah
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:

berumur tidak kurang dari lima (5) tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Pendidikan Rendah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah:

berumur 6+ hingga 14+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan, dan
boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma.
Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

Pendidikan Menengah

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah:

berumur 13+ hingga 19+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.
Pendidikan Teknik dan Vokasional

i. Sekolah Khas
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

ii. Program Pendidikan Khas Integrasi
Masalah Pendengaran

Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru
Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah
Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor
Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak
Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan
Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas
Ditubuhkan pada Tahun 1999 bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran kepada ibu bapa dan murid-murid berkeperluan khas setempat.

Pusat ini bersifat saling lengkap-melengkapi kepada agensi-agensi yang berkecimpung dalam hal-hal yang berkaitan dengan keperluan khas.

Antara perkhidmatan yang disediakan:- Khidmat audiologi

Kelas bahasa isyarat
Aktiviti terapi

Kaunseling ibu bapa
Perpustakaan permainan
Bahan rujukan.








5 comments:

amad_walrus83 said...

struktur dan bilangan program tu tak abes lah..

Cik Tinny said...

a'ah...cmne nk repair ah...gue xreti...che mad reti ajor kn? ajor ckit...

amad_walrus83 said...

hahaa..entah cane.. :P

Cik Tinny said...

yelah...ngan kite ntah...malas..xpe2..

Cik Tinny said...

yelah...ngan kite ntah...malas..xpe2..