Patut gembira atau patut bermuhasabah diri?

Hari ini aku mengajar tentang Kemahiran Hidup.
Sepatutnya aku melakukan aktiviti- ativiti amali yang meliputi kemahiran- kemahiran pengurusan diri.

Namun apabila memikirkan akan kepelbagaian tahap perkembangan kognitif anak- anak murid, aku hanya memilih untuk melakukan aktiviti cantum dan tampal.

Tema: Molly Doll

Sebelum mengajar, aku menyuruh mereka bangun dan mengangkat kaki sebelah dan suruh mereka membayangkan apa yang berlaku jika mereka tiada sebelah kaki.

Pastu bayangkan bagaimana mereka tanpa kaki??

Pastu bayangkan mereka menjadi orang buta, aku suruh mereka pejamkan mata dan cuba berjalan.

Pastu aku juga suruh mereka melihat kesemua jari jemari mereka tidak kiralah jari mereka cantik dan runcing mau pon jari mereka gemok dan pendek..hehehe!
Aku suruh mereka bayangkan jika 1 of jari mereka tiada dan cuba memegang pensil untuk menulis..

Banyak respon yang mereka beri. Aku terima semua pendapat mereka.
Kenapa aku mengupas isu anggota badan ni?
Supaya anak murid- murid aku akan lebih menghargai diri mereka. Kebanyakan mereka adalah mat- mat rempit yang selalu aku nampak menaiki motor sesuka hati dijalanan dengan mengabaikan keselamatan mereka. Selain itu aku mau mereka menjadi seseorang yang menghargai pemberian Tuhan. Walaupon mereka dikategorikan OKU namun masih banyak yang mereka harus bangga dengan diri mereka!

Aktiviti menampal dan lengkapkan tubuh Molly

Tujuannya:
  • Mempertingkatkan perkembangan motor halus mereka dengan menggunting, menampal dan mawarna.
  • Belajar mengenal huruf dengan mengeja apabila melabelkan bahagian- bahagian tubuh.
  • Meningkatkan kreativiti.

Namun, ade sesuatu yang bikin aku merasa 'hmmmmm'...
Aku suruh namakan doll mereka sendiri dengan kekreatifan mereka sendiri.
Saja aku suruh mereka berfikir..
Tapi hasilnya:



Molly dinamakan Melayu dengan nama Kamisah: nama nenek ku..hahaha! Suratan atau kebetulan?

Perlukah memilih nama cikgu sendiri? Aiyoo...

Comments

amad_walrus said…
Cikgu!
Kureng asam betul anak murid moly doly jd winie dolly..
adakah itu sebab dia dpt A+ ??
Cik Tinny said…
hahhaha!A '+' tuh saje je..
supaya,len kali name cikgu Kartini terus ada dimana- mana muka surat kertas kerja die..dengan itu akan membantu dlm pencarian anugerah cikgu fofular..! ;p

Popular Posts