Keriangan Hujan



Hari ini aku ke sekolah seawal 8 pagi..
Pergi untuk menghantar kerja yang diminta tolong oleh GPK..
Kerja yang PPD mau..kerja yang sepatutnya kerani bikin..
Memandangkan kerani sekolah aku tu amat 'busy'..mereka jarang ada di sekolah..
Last-last cikgu Pendidikan Khas yang bikin kerja dia..
Kerja yang seronok juga..kerja yang membuatkan aku tau berapa gaji- gaji yang senior aku dapat..huk3

Aku malas nak lama- lama kat sekolah..
Sebab si 'kerani' encik Akhir telah bersuara 'Siapa yang nak hantar ni??'
Wah! Sudahlah aku tolong mudahkan kerja dia..dia tanya siapa plak yang mau hantar?
PPD kerap dah call..sepatutnya kena hantar 15hb 12 2011..Ni dah bernasib baik PPD bagi peluang lagi..teruklah..

Aku pun dengar laju- laju turun ke bawah dan menuju berbual dengan akak- akak pekerja am..hujan turun dengan lebatnya..aku sangat gembira mendengar nyanyian hujan..
Ye gembira sekali dengar nyanyian lagu hujan..

(keadaan sekarang dan selingan nota)Mak aku ni..tak habis- habis puji suara adik tiri dia yang menyanyi ketika majlis perkahwinnnya Sabtu lepas..
Dan tak habis- habis puji suami makcik aku yang duduk diam je nengok bini dia..hahh!
Tetiba plak mak aku leh puji- puji..
Cerita pasal makcik aku suka ajer..suwoh tukar pampers acad takmo..huk3
Tak pelah..mebi dia amat gembira sekali..
Semoga memori itu akan membuatkan mak gembira sentiasa..
Nanti insyaAllah mak akan cerita lagi pasal makcik aku menyanyi..confirm..haha!

Perut aku rasa lapar..
Kerinduan pada makanan sudah menerjah..aku pun mengambil kunci kereta dan menghidupkan enjin lalu mengucapkan selamat tinggal sekolah..nanti InsyaAllah 1hb Januari 2012 aku datang lagi untuk menghadiri meeting sekolah..
Seronotnya!!

Dalam perjalanan pulang..hujan turun dengan lebatnya..
Lembu- lembu mengambil kesempatan untuk mandi sepuasnya sambil menyaksikan air sungai yang semakin meninggi parasnya..comellah lembu- lembu itu..
Aku semakin suka kerana nyanyian hujan semakin kuat kedengaran..
Laluan semakin sunyi..orang masih turu(tido in bahasa jawa) gaknya..
Lagu- lagu yang didendangkan di radio juga semuanya seperti tau yang aku amat memerlukan mereka untuk menghayati suasana keriangan dalam hujan..
Lagu Herman Tino..lagu Siti Nurhaliza..lagu Mawi dan lagu Asam dilaut..hahha!

Pagi yang sejuk dan aku gembira sekali..!
Dengan itu...aku belanja adik- adik nasi lemak kak Senah pagi ni..!
Kak Senah leh perasan aku g sekolah pagi tadi..
Nampaknya..orang memang ambil berat tentang saya..! haha!
Alhamdullillah..

Comments

Popular Posts