Berbudi

Mak Minah isterinya Pak Mahat
Selamat Hari Jumaat!

Itu dia pantun 2 kerat yang unsur kecindanannya agak tiada..haha!
Lamanya meninggalkan dunia kesusasteraan..
Tapi kerana paper Sastera ah aku dapat anugerah antara pelajar cemerlang semasa STPM.
Memang mengejutkan aku kisah waktu itu..
Mana tak nya..aku ni gemar ponteng sekolah dan kerap kali lambat sampai ke sekolah..
Melangkah ke sekolah bikin aku longlai kadang kala..
Nasib abah ugut, kalau takmo ke sekolah..berhenti terus..hhahha!
Seronok masa tingkatan 6..
Tapi pernah aku tanya pada cikgu sastera aku pada masa tuh..

'Cikgu, kenapa saya tak rasa apa yang cikgu terangkan tu takda langsung unsur humor..tak lucu sangat pun'

'Ini sebab awak takda perasaan'..


Ceh! bengang sungguh ketika itu..Mona dan Yah ketawa dengan penuh mengejek..sungguh bengang..
Aku just sengeh je..eley cikgu, wat lawak ajer..

Ni aku teringat..
Masa aku g Kuala Lumpur kelmarin..
Aku g Mydin..nengok- nengok ada beberapa buku tentang amalan zikir- zikir yang boleh diamalkan..
Aku rasa aku berminat..jadi aku beli ah 2..saja tambah ilmu..

Masa nak bayar..

Aku pergi la kaunter yang 2 dari belah kanan..
Juruwang dia perempuan..free hair..
Lupa ah nama dia..tak sempat nak hafal..sebab ada M Daud Kilau di hadapan aku!
Ye M Daud Kilauan..

Juruwang: Boleh ke saya pegang buku ni?
Aku Nini: Ya.. Boleh aje..kenapa?

Juruwang: Pagi tadi saya kena marah dengan 1 pelanggan..Dia beli buku- buku macam miss juga.. Dia tak bagi saya pegang..saya mana tau saya tak boleh pegang..Jadi apa salah dia bagitau saya? Bukan dia marah- marah saya depan orang ramai.. Last- last saya malas nak gadoh..saya suruh dia pergi ke kaunter sebelah..
Aku Nini: Oh..yeke? setau saya awak boleh pegang kalau buku tuh macam yang saya beli ni..Jangan risau, it's just buku..

Juruwang: Ok..tanx..Saya ok kalau awak bagitau saya macam ni..Kan lebih baik.
Aku Nini: Hahah! Jangan risau.. Awak belajar sesuatu yang baru..Patutnya orang tu tak boleh marah- marah awak..

Hmm..kenapalah mesti menunjukkan imej macam tuh..malu juga ah orang Islam..hu3..
Tapi aku yakin..semua agama menyuruh penganutnya berbudi bahasa dan melakukan kebaikan..Menjaga tatasusila dan adab...

Pengajarannya: Marilah belajar bercakap dengan bahasa yang sopan santun..walaupun macam 'skema' nampaknya..tapi seronok apa..hahah!

Adakah awak tidak menyukai saya?
Ko benci aku erk?

Mana 1 lagi best dan tidak mendatangkan kebencian?

Tepuk dada tanya selera..hahah!


Aku tak puas hati..maka aku utarakan kepada yang pakar..ni la jawapan dia..

Comments

Popular Posts