hmm??


Pegawai PTD dituduh pukul suami dengan fail



KAMALIAH


SEPANG – Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) berdepan hukuman penjara dan denda selepas dituduh memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Kamaliah Basir, 35, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mendatangkan kecederaan kepada suaminya, Zaihan Md. Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat pada bahagian badan mangsa.
Kejadian didakwa berlaku di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang di sini pada pukul 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

hmm..nak ketawa gak bila nengok berita ni..
Tapikan..pukul dengan fail pejabat je kot..perempuan kalau tak di ancam dari segi mental dan fizikal, dia takkan sewenangnya nak gerakkan tangan dia..
Kelakuan perempuan yang biasanya bila menghadapi keadaan yang tak diingini..
Peringkat pertama: Diam dan sabar. Cuba baikkan keadaan..Mengarapkan ada perubahan.
Peringkat kedua: Cuba baikkan keadaan dan mula minta pandangan insan terdekat.
Peringkat ketiga: Cuba baikkan keadaan dan berbincang antara satu sama lain dan sanggup beralah.
Peringkat keempat: Cuba bertahan dan mula mendiamkan diri. Bermuhasabah diri dan bagi masa untuk keadaan pulih.
Peringkat kelima: I hate u! Amik kau..dah tak nak berubah. Setiap hari kau sakitkan hati aku. Puas dah aku sabar. Lantak ah apa nak jadi.
Kena pukul dengan fail pun masuk mahkamah. Teruk betul la laki puan PTD ni..agak- agaklah..kata lelaki, tepis la kalau kena pukul..huk3
Beribu- ribu isteri-isteri diluar sana yang saban hari menahan sakit dek dipukul dan dilukai hatinya.. Walaupun parut bertepek-tepek dorang sabar juga..

Nak salahkan siapa semua ni? Bukan salah ibu bapa yang mendidik dan melahirkan.. Entahlah.. Semoga aku akan dipertemukan dengan suami yang menyayangi aku dan berperikemanusiaan.. hehe!
Selamat hari Jumaat!

Comments

amad_walrus said…
suaminya pandai menggunakan haknya yg diperuntukkan dan dilindungi oleh undang-undang sebaliknya si isteri tidak dapat mengawal emosinya ketika di dalam kereta di lampu isyarat
Cik Tinny said…
ye..perempuan memang selalu kalah dengan emosi..
semoga pendidikan di sekolah mampu membentuk pendidikan emosi..he3 kalau tak mudah je lelaki amik kesempatan.

Popular Posts