Cinta pada April
Malam ni, malam gerhana bulan..
Rata- rata rakan- rakan di fesbuk semuanya excited untuk melihat gerhana bulan..
Aku pun sama menikmatinya sekali sekala..
Jendela rumah aku buka seluas- luasnya supaya aku dapat menikmati keindahan malam dan angin yang dingin lembut dengan mudah memasuki rumahku ini..wah! Alhamdullillah.. kenikmatan yang masih dipinjamkan..
Sebut pasal gerhana..dulu Ziana Zain pernah ada lagu yang tajuknya Gerhana..
Antara bait- bait lirik yang terdapat di lirik lagu tu ialah:
Di mana kejujuran
Masih engkau sangsikan
Keikhlasanku...
Berapa lama mungkin..kesabaran ku ini
Terang yang tiba, jadi gerhana
Ada cahaya, redup seketika...
Kesian kan kisah itu??
Kisah percintaan yang tiba- tiba menjadi gerhana..
Aduh..kuatnya dugaan rakan aku tu...
Entahlah...adakah ianya memang pilihan atau itu dinamakan satu takdir yang Allah beri??
Aku pun tak mampu menjawabnya..
Kisahnya, kawan aku tu dulu mempunyai seorang kekasih hati yang sangat menyayangi dirinya..
Sanggup melakukan apa sahaja untuk kawan aku..eh...susah la nak cakap kawan aku tuh..
Rasanya, biarlah aku panggil dia April..(ada iklan drama Bunga April)
April ni orangnya cantik pada aku..memang cantik pun..ada macam kacuk- kacuk sikit..
Lebih cantik banyak berbanding diriku ini..hehe! Dulu kalau dia nak dating...memang amik masa 2 jam tau kalau nak bersiap..sampai aku ni leh tido dan bangun balik..dasyat kan??
Berbalik kisah April yang mempunyai kekasih hati yang baik tu...
Kekasih hati dia tu aku namakannya sebagai Khairul Fahmi Che Mad..hahah! leh ke?? hmm..panjang sangat..aku tukar la..bagi nama Bahtiar la..
April dan Bahtiar ni memang lama kawan..Since di universiti lagi..
Kesetiaan Bahtiar memang la aku salute..dan bikin aku sikit cemburu kat April kerana Bahtiar ni betul- betul mencintai April..
Tetapi entah mengapa April jatuh cinta kepada suami orang..wataknya ku namakan sebagai Roshan...Sebab dia kata ada muka- muka Hitrik Roshan..huk3.. Roshan ni ada anak 4 sudah..
Kejatuhan cinta April antara Roshan ni sangatlah ditentang oleh ibu April, rakan- rakan dan juga kaum keluarga.. Si Bahtiar ni lagi ah meroyan.. dulu masa mula- mula si April ni sedang hangat bercinta dengan Roshan..hampir saban malam Bahtiar menelefon aku..sebab aku ni antara kawan April yang dekat dengan April..padahal aku ni kawan jela..tak tau sangat tentang kisah dia..aku pun pelik..selalu juga aku jadi sasaran...takpelah..dah mungkin dia senang berbual dengan aku..aku cuba layan dan bantu apa yang mampu..
Jadi ada konflik cinta 3 segi disitu..
Antara April, Bahtiar dan Roshan..
Lepas tuh..lama aku tak tau kisah dorang pasal aku dah balik kampung..
Tub- tub..aritu April muncul tanpa aku duga..
Penampilan April sangat jauh berbeza...dulu dia cantik...pipi tembam, wangi dan bergaya..
Kini masih lagi cantik..tapi nampak kesedihan diwajahnya..
Dia kurus..
Lama dia berbual dengan aku..sampai kena tido kat uma penginapan aku..takpalah..dah dia kusut..
Dia memang memilih Roshan..
Dia pernah memilih Bahtiar dan sanggup mengikut Bahtiar merentasi Laut China Selatan..
Tapi dia kata dia tak betah duduk disana..Ibu Bahtiar tak menyukai dia..
Ya..ibu lelaki itu tidak menyukai dia..
Jadi dia memutuskan untuk kembali ke Kuala Lumpur dan meninggalkan segala kenangan dia disana bersama Bahtiar..
Di Kuala Lumpur..Roshan sedia menunggu..
Akhirnya..April jatuh ke pangkuan Roshan.. Mereka bernikah di negara Thailand..
April mengecewakan Bahtiar..mengecewakan ibu April!
Tu la..demi cinta suci..
Kegembiraan yang dikecapi hanyalah beberapa bulan sahaja.
Kasih sayang Roshan sudah mula hambar!!
Nafkah zahir dan batin diabaikan..
Malah April sehingga aku jumpa aritu masih melekat kesan lebam di peha, betis dan lengannya..
Dasyat kan??
Tapi based on perbualan aku dengan April..
Jauh di sudut hati..aku tau April masih sayang dengan Roshan..
Dia kata Roshan bukan macam tuh..Roshan sebenarnya diSIHIR oleh isteri pertamanya..
Tak habis- habis si April ni cakap pasal sihir..aku pun jadi kelu lidah..mati otak..
Tak reti ah pasal sihir nih..aku tau dia memang ada..wujud..
Tapi aku jadi bingung bila April suruh aku cari bomoh..
Bomoh.memang aku tak reti ah cari bomoh ni..
Aku cakap InsyaAllah je..
Aku cakap, banyak- banyak ah bersabar..
Ini jalan yang kau pilih..jalan yang nak dilalui..
Jadi nak tak nak..kau kena berdepan..
If betul la kau disihir..pergilah kau berubat..banyakkan berdoa dan meminta petunjuk..
Kalau nak minta tolong, jangan lah kau pergi kat bomoh- bomoh yang merepek..
Dia kata..kalau nak minta cerai agak susah..sebab dia tak berdaftar lagi nikah kahwin dia kat Malaysia..sebab bini pertama tak bagi...
Kat sini ada 1 persoalan yang aku terfikir? Adakah si Roshan tu seorang lelaki? Kalau dia lelaki, bukan dia yang patut ikut telunjuk bini..patut dia kena tegas..
Memang April bersalah merampas cinta bini pertama..tapi dia kan seorang perempuan..
Janganlah aniaya dia macam tu sekali..
Si bini pertama pun, aku tau memang perit untuk menerima hakikat hak kita dah dirampas.. Tapi apa salah jika ada sedikit tolak ansur..maksudnya, janganlah tak bagi si April ni daftarkan nikah kawin dia..
Sekarang, dengarnya lepas balik dari kampung halaman si bini pertama di Sarawak..Roshan dah tak mau bertemu langsung dengan April..
April seperti digantung tidak bertali..
Nak ngadu kat jabatan agama pun macam susah sebab tak berdaftar..
Aku cakap kat April..pergilah balik kampung..
Tenangkan fikiran..
Andai setakat ini jodoh kau..bersabarlah...
If ada peluang untuk bersama..berusahalah..
G jela ngadu kat jabatan agama..insyaAllah diaorang boleh tolong..
Aku pun tak pandai nak bagi cadangan ape-ape...
Sebab aku bukan pakar..
Tapi aku tak suka benda- benda ini berlaku..
Ada kes bini tua yang mengalah..ada kes bini muda yang mengalah...
Tapi aku suka dengan keluarga Hj Sidek yang pernah duduk kat kampung aku dulu..
Dia ada 2 isteri..dia mengahwini isteri keduanya kerana ingin membantu isterinya itu, yang mana dia bekerja diladang yang diusahakan oleh Haji Sidek..
Isteri pertama sangat memahami dan mereka tinggal sebumbung..
Anak- anak mereka pun baik semuanya..tiada pergaduhan atau kebencian..
Semoga kebahagiaan akan terus melimpahi keluarga Haji Sidek tuh..
Aku pun tak tau mana famili Haji Sidek tu sekarang..lepas je dorang jual tanah dorang..dorang merantau ke tempat lain..
Doa aku untuk April..
Semoga kamu akan mengecapi kebahagiaan satu hari nanti..
Comments
dah la dia tuh, tak pernah kecapi kasih sayang ayah kandung..
ayah kandung dia pun dirampas orang..hu3 n kehidupan dia mcm ada acuan rampas merampas..bomoh- bomoh mcm tuh..aku hanya mampu mendengar tatkala dia maukan kawan tempat mengadu..cne nak tolong pun susah.. kdg2..lebih baik patah hati pada permulaan dari patah hati pada kesudahan..huk3