Dia ingat sama saya!
Sekarang tengah ditayangkan rancangan Oprah. Isunya ialah kanak- kanak yang mati bunuh diri kerana dibuli disekolah..
Betapa dasyatnya kanak- kanak di Amerika kerana berani membunuh diri untuk meloloskan diri dari mimpi ngeri sebuah kehidupan..hmm..
Dibuli..
Kalau terjadinya isu ni di Malaysia..siapa agaknya akan dipersalahkan..
Macam kat Oprah..parent kanak- kanak membunuh diri tu menyalahkan sekolah dan persekitarannya..
Persoalannya..
Adakah segala yang kanak- kanak pelajari didapati 100% di sekolah??
Ibu bapa banyak menyalahkan sekolah..
Namun, kadangkala diakui sekolah kadang- kadang kurang peka kepada persekitaran..
Entah mana yang patut didahului dan dipentingkan..sebab semua benda kena buat..
Ish...susah nak komen sangat..
Kalau cikgu bagi nasihat pun, masih ada pengaruh luar yang sudi menghinggap setiap masa..
Dah la..malas nk komen lebih- lebih..panjang nak xplen..
Bukan mudah mau jadi ibu bapa yang baik, pengasuh yang baik, cikgu yang baik dan pemberi pengaruh yang baik..hmm
Tapi dalam bincang- bincang tuh..ada panel motivasi yang cakap sebenarnya semua orang berperanan..kenapa mesti ada buli itu dan kenapa kebulian itu dipandang tinggi dikaca sesetengah orang..yang penting, diri sendiri kena menanam 1 sifat yang positif dan mempertahankan diri sendiri dan membantu meneutralkan suasana kebulian..
Tu dalam konteks pembulian yang berunsurkan verbal la..
Kalau buli time kerja (pembulian rakan sekerja yang tak nak buat keje)..belum lagi Oprah keutarakan..nak juga nengok if ada..
Pagi ni, aku ingat nak bangun lewat ckit..menikmati pagi yang sejuk.
Dah lama tak bersenang sehingga ke tengahari..haha!
Tapi memang si Acad selalu cemburu..
Boleh dia merangkak ke bilik aku dan pergi ke arah aku lalu dipanggilnya aku..ak ak ak~
Kaki aku dipegang- pegang..aku diam je..sampai ah dia menangis..
Nak tak nak aku bangun juga..heheh! tak sampai hati..kesian ah dia..
Ceh!
Pagi- pagi dah minta nek kete dan jalan- jalan..kalau tak selagi tu ah dia nk melekat dengan aku dan merengek..
Budak kecik apa ni..kecik- kecik dah deman macam- macam...sesuka ati..
Nak mandikan pun susah..habis basah seluar aku hingga ke peha dek kena dia melekap di kaki aku masa aku ngah mandikan dia..
Adoi..macam nenek yang baru balik lepas basuh ken dari sungai..huk
Nak tidokan pun susah..menangis-nangis..tapi dah ngantuk..
Terpaksa aku nyanyi lagu Gajah..
Ada seekor gajah
Di hutan sunyi
Mencari kawan- kawan
Sama menari
Lenggang2 ke kanan
Lenggang2 ke kiri
Lenggang2 ke kanan
Lenggang2 ke kiri
Rasa aku kena nyanyi 5 -6 round gak tadi..
Sesekali aku selitkan lagu Malaysia Tanahairku dan lagu Selawat..huk3
Dalam ngah- ngah nak nyanyi..
Telefon berbunyi..panggilan jauh beribu batu dari kampung Permatang Palas..
Ya..wawa telefon..
Sebelah tangan menghenjut Acad
Sebelah tangan memegang telefon..
Kesian wawa..aku tak dapat sembang lama sebab Acad menangis bila aku berhenti menyanyi..!
Adoi..aku menarik nafas panjang..
Tapi, aku hepi anak murid aku telefon..
Maknanya, kehadiran aku dalam hidup dia ada la gak bagi kesan..
Budak Sindrom Down tuh..boleh ingat cikgu Nini..
Budak yang ada kecacatan..yang kurang akalnya..
Terima Kasih wawa..wawa buat cikgu lebih rasa bersemangat untuk menjadi cikgu Nini! hehe!
Alhamdullillah..
Aku nak buat keje lain nih..tapi adik- adik dara aku masih tidur lena..
Bila lapar baru mau bangun..hmm
Sampai bila la nak macam tuh..
Suka hati la..
Rasanya...bulan ni dapat bonus..
Nak pergi bercuti lagi ah before sekolah naik..
Hope dapat ah..!
Comments