Jalan 1: Port Dickson


Hang mai sini naik apa?

Kui bapa daghri ghumah?

Tu la, dalam surat tak habaq tempat ni nama dia Palm Spring..Ni depa bubuh Duta Hacienda..melilau chagri..

Ha..tu dia..
Orang utara berbual- bual..
Sampai je tempat kursus...semua cikgu- cikgu yang bual cakap loghat utara..
Kebanyakannya mai dari utara, Penang,Kedah, Perak, Perlis..
Ada ah juga cikgu- cikgu dari negeri- negeri Selatan dan Timur..tapi kebanyakkan mereka asal pun orang utara..yang duk mengajaq kat utara tu pun ada yang asal dari negeri lain..tapi disebabkan mereka sudah lama bermastautin di utara maka secara semulajadi, loghat mereka pon dah jadi macam orang utara..
Dan aku yang duk hampir seminggu dengan depa, leh ah cakap- cakap utara sikit..hahah!

Namun bukan isu loghat mau pun bahasa yang aku mau cerita kali ini..

Ini adalah kisah aku yang menjadi pelancong yang diarahkan..

Alkisahnya, aku mendapat surat dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghadiri kursus..di Hotel Duta Hacienda. Port Dickson, Negeri Sembilan..

Aku ada google kat internet..
Memang ada nama tempat tu..
Maka aku pun salinlah alamat..
Batu 13, Pasir Panjang..

Setelah menanya- nanya..
Cara perjalanan ke sana (secara manual @ awam) ialah:

1. Amik bas ke Larkin.
2. Dari Larkin ke Seremban.
3. Dari Seremban ke Port Dickson.
4. Dari Port Dickson ke Duta Hacienda..

Seawal 6 pagi aku audah keluar dari uma..
Abah hantar aku ke stesen bus pekan..
Aku menunggu bus ke Larkin.
Selepas menunggu selama 15 minit...bus yang ditunggu pun muncul..
Aku menaiki bus dengan membawa 1 beg tarik, 1 beg sandang dan 1 henbeg aku yang berwarna merah..

Bus ke Seremban pukul 8..
Aku sampai Larkin tepat- tepat 7.30 pagi..
Mujur bus yang aku kena naiki tu ada disebelah betul- betul bus dari Pontian yang aku naiki tu parking..
Maka tidak perlu ah menarik beg aku ke hulu ke hilir dalam mencari sarapan pagi..
Aku minta driver bukak bonet bus dan simpan beg aku..
Lepas tu aku pun jalan cari sarapan pagi..

Sarapan pagi, paper dan ubat gigi pun aku dah dapat..
Kul 8 pun bas berjalan..
Tak sampai 15 orang pun penumpang bas yang menaiki bus..
Banyak giler tempat kosong..
Aku siap leh bagi beg aku tempat duduk lagi..hahah!

Perjalanan terasa amat lama...
Tapi aku agak excited kerana ini kali pertama aku naik bas ke Seremban..
Bas ini juga terpaksa berhenti di Tampin kerana ada penumpang yang akan berhenti di Tampin..

Wah!! Perjalanan ke Tampin memang bersimpang siur..
Berbelok- belok dan berbukit bukit..
Aku mula terasa mual..weekrkkk!!

Sampai di Tampin..beberapa penumpang pun turun..

Sekali aku cek...
Tinggal aku dan sepasang suami isteri muda je ada dalam bus itu!!

Wah!
Sikitnya....
Menakutkan...
Aku sikit berdebar..
Laluan yang bas itu lalu semuanya jalan kampung dan suasana disekeliling agak suram dan curam...

Setelah bersabar akhirnya aku tiba di Seremban..
Bus tu berhenti di tepi jalan..bukan kat dalam terminal..
Aku terpaksa berhempas pulas menarik dan mengangkat beg yang aku bawa untuk melintasi jambatan kecil dan denai-denai bandaraya..
Agak berat la beg itu..mahu saja aku memaki diri aku sendiri kerana keberatan beg itu..
Namun masa zaman belajar dulu, sebenarnya sudah perkara biasa untuk menarik, mengendong dan mendukung beg berat untuk menaiki kenderaan awam..
Maklumlah, tiada sugar daddy yang sudi menunggu aku di pintu mana- mana bus..hahahah!
Ops..tiba- tiba terkenang cerita zaman study..

Aku berjalan menuju ke arah bas- bas yang berderet..
Aku baca 1 persatu papan tanda..
Akhirnya aku berjumpa dengan perkataan Port Dickson.
Aku pun beratur untuk menaiki bas itu..
Beratur dengan amat panjang! Di depan aku warga asing kebanyakkan..
Cuma belakang aku je yang kelihatan seperti orang tempatan..

'Dik, betul ke bus ni ke PD?'..
'Betul kak'...
'Ok'..
'Mau pergi mana ni kak?'..

'Mau pergi ke kursus'...

Dipendekkan cerita aku pun berbual-bual tentang nama hotel..
Budak tu berkali- kali geleng kepala..tidak pernah dengar nama hotel itu!
Aku masih lagi positif..cuba tenangkan diri..
Aku naik jela bus tuh..

Dekat 40 minit juga ah mau sampai ke bus stesen PD..
Perut aku semakin lapar..
Jam menunjukkan sudah jam 3!

Stesen bus kelihatan amat lengang..mana ntah orang..

Aku menarik beg menuju ke medan mara..nak bersantap..

Kehadiran aku dengan beg- beg menarik perhatian budak yang jaga kedai..
Dia datang menyapa aku semasa aku mula mau menyuapkan nasi ke dalam mulut aku..

'Akak nak pergi mana ni?'

'Ada kursus ah dik'..

'Kat mana?'..

'Kat Hotel Duta Hacienda'..

Budak tu mengerutkan dahinya..

'Tak pernah ah kak saya dengar nama hotel ni. Takpa, nanti saya tanya kawan saya k'..

Baik betul budak tuh..amat amik berat..
Kawan dia pun datang..hahah!
Memang kawan dia pun tak penah dengar nama hotel itu!

Aku mula berasa gusar..
Aku tunjukkan alamat yang aku dapat kat internet..

'Owh kak. jauh la tempat ni..Ni bukan kat area sini'..

Aku dah mula merasa seperti tertipu..kenapa begini.
Badan dah terasa amat penat..
Letih..
Dapat tau pulak, tempat tu jauh lagi..

Aku call tuan yang handle program nih..nasib aku bawa surat..
Dia kata, betul la alamat yang salin tuh..
Tapi dia kata, tempat tu nama besarnya sebenarnya Palm Spring!
Diulangi! PALM SPRING!
Duta Hacienda tu nama under Palm Spring!!

Dalam surat Duta Hacienda!...Map pun tak bagi..
Alamat pun tak bagi..huk3..
Dah macam explorace ah aku aritu..
Tak semena- mena air mata aku gugur setitik..membayangkan diri keseorangan, terkapai-kapai..
Aku rasa sangat penat...nak je berputus asa dan balik..
Malas nak fikir panjang..
Aku pun amik taxi..

'PALM SPRING uncle'..

'Okey..'

Memang agak jauh ah dari bandar PD..
Tempat tu dah dekat- dekat dengan negeri Melaka..
Ini bermakna...
AKU SEDANG BERPATAH BALIK!..
Hahha!
Seronok betul la...

Akhirnya aku sampai Hotel Duta Hacienda...
Aku dapat duk kat tingkat 4..
Tingkat 4...
Takde lift!
Maka...aku terpaksa membawa beg sampai ke atas..
Beratttttt!
Aku marah dan rasa stresss...hahah!
Nak cerita kat mak, takot mak risau..
Maka, aku diam dan bercerita dengan bantal dan selimut yang enak...

Kesimpulan pada hari itu...
Bersyukur kerana masih mempunyai kudrat untuk membawa beg pergi ke Negeri Sembilan..
Tidak menumpang kaki orang lain dan perlu didukung orang lain untuk tiba ke destinasi..
Kepenatan itu adalah satu anugerah sebenarnya...
Aku masih beruntung kerana dikurniakan akal untuk menyelesaikan masalah dan masih boleh menggunakan anggota badanku secara normal.
Wah! aku sangat positif!! hu3

Comments

liyana said…
balik dari sana naik apa?
liyana said…
Tambang teksi berapa? Ingat lagi? Balik dari sana camne?
Cik Tinny said…
Maaf liyana lambat respon.. tambah teksi masa tu kena dalam RM20++.. tak ingat sangat.. tapi below RM50. Dah terdesak..haha! Balik tumpang kawan sampai Seremban dan balik ke Johor. Tapi boleh je minta hotel call.
Cik Tinny said…
Maaf liyana lambat respon.. tambah teksi masa tu kena dalam RM20++.. tak ingat sangat.. tapi below RM50. Dah terdesak..haha! Balik tumpang kawan sampai Seremban dan balik ke Johor. Tapi boleh je minta hotel call.

Popular Posts