Selamat Hari Guru untuk aku!

Suasana di rumah aku pada malam ini amatlah penuh dengan warna- warna kehambaran dan kadangkala disulami dengan lawak- lawak yang menyebabkan orang yang tiada gusi pun mampu menunjukkan gusi bogelnya..

Penat juga aku hari ini..
Menguruskan sesi teknik menjawab soalan UPSR untuk sekolah aku..
Dengan komitmen yang sangat jitu aku dengan rela hati bersetuju dengan mengatakan 'ok' setelah rakan sekolah meminta pertolongan..

Aku buat kerana aku sudah berikrar untuk menjadi guru..
Bukan sahaja ikrar malah sudah angkat sumpah..
Walaupun aku di aliran Pendidikan Khas, aku rasa inilah cabang aku untuk berbakti untuk murid arus perdana dan menyumbang sedikit sebanyak dalam kehidupan mereka.

Kebelakangan ini, kehidupan aku sebagai cikgu memanglah agak sibuk..
Menghadiri mesyuarat
Menghadiri kursus
Menghadiri event-event
Menghadiri perkhemahan dan sebagainya..


Kesimpulannya, memang selalu aku meninggalkan sekolah..


Setiap bulan memang ada je minggu yang memaksa aku bertugas di luar sekolah..
Paling lama 6 hari..
Paling kejab 1 hari..

Aku suka buat semua tuh walaupun kadangkala aku sendiri nak ketawa bila berhelai- helai surat arahan kerja di luar sekolah dihantar ke sekolah..
Baru seminggu kat sekolah, dah kena keluar..

Bukan aku suka- suka menjaja nama untuk keluar sekolah..
Tapi memang nama aku naik..
Dalam beratus- ratus guru yang ada..nama aku yang terpilih..
So, terima kasih la kan dengan peluang- peluang yang dapat tu kan?

Tapi, rupa- rupanya...
Ada je suara- suara sumbang yang bising kat belakang aku..
Cakap aku asyik tinggalkan sekolah je..
Adoi...

Salah ke aku bertugas?
Rasa mau cili je mulut cikgu yang bermuka- muka tu..
Depan aku cakap lain..belakang aku mengata aku..
Dah la ko dan geng- geng ko selalu skip buat keje..
Lepas tu jaja cerita orang lain..


Ko cemburu kan aku selalu dapat pergi kursus?
Keluar sana, keluar sini...
Ko duk je kat sekolah dalam bilik ko..
Bual- bual pasal orang lain dengan kawan- kawan ko..
Dah ah ko buli kawan aku gak...


Fine!
Tadi pun, kami dah take over kerja ko..
Kalau tak mengenangkan Sir Mis dan murid- murid, berjuta alasan aku boleh bikin..
Bukan aku tak biasa bikin alasan..
Kau dah tak benda nak cari alasan untuk burukkan aku kan?
Jeles nengok kasut tinggi aku..
Beg kaler2 aku kan?

Ok..
Lepas ni, if aku dan kawan aku handle majlis..
Kami takkan letak nama u all semua.

Kenapa?
Sebab..

Kau berkira sangat..
Lagipun kau cakap, kau dibidang yang tak boleh involved aktiviti sekolah..

Kalau ikutkan, aku punya bidang ni lah yang patot dihadkan aktivitinya disekolah.
Tapi, dalam senarai jawatankuasa..nama aku still ada!!
Malah, kau dan kawan- kawan belagak seperti bos..
Bos besar yang mempunyai tanduk dan nanah- nanah hijau yang terkeluar dari mulut ko ketika berkata- kata...

Hijau tu kaler fav aku..nampak cantik..tapi nanah tu busuk..
Tu ah ibaratnya kata- kata kau..

Tulah, belajarlah menyenangi kehidupan orang lain..
Kalau rasa tercabar, jadilah kreatif yang positif..

Aku harap, aku terus- terusan akan diberi peluang untuk mendalami pelbagai ilmu didalam bidang pendidikan ini..
Sangat berbahagia bila lihat anak murid dapat menjaga diri sendiri.
Bukan aku meminta anak murid aku jadi lawyer, jurutera, doktor mahupun juruterbang..cukuplah dengan mereka pandai menjaga diri sendiri, keluarga dan negara..
Jikalau mereka berjaya, itu adalah kebahagian tumpangan yang boleh bikin aku tersenyum..hehe!


Sebab itu, aku meredhakan diri aku di arahkan kemana- mana sahaja asalkan ianya tidak melanggar hukum syarak dan nilai norma kemasyarakatan..

Kepada akak- akak yang mengata aku dan kawan aku Cikgu S, tanx banyak- banyak..
Selamat menyusukan anak dirumah
Selamat mendirikan khemah- khemah perkahwinan di sekitar Johor
Selamat bersimpuh sopan didalam kelas..

Terima Kasih kerana menyedarkan Tini! yuhhuuuu!

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU

Comments

Popular Posts