Pokka Dot Dot..kaki kakus!


Petang tadi..aku berasa amat kepanasan...
Kg. Sawah selalu mencemburui aku untuk bertiduran dengan senang ati tatkala kepenatan selepas pulang dari bekerja..

Dulu masa aku praktikal kat Seri Petaling..
Lepas je mandi dalam pukul 3, aku terus merebahkan badan dan tidur dalam kegelapan..
Seronok tak terkira, kadangkala selimut ditarik dengan penuh asyik padahal waktu tengahari dan panas terik diluar sana..
Tidur sehingga tak sedar waktu sudah malam!

Seronok ah keadaan ketika itu..
Masa berlalu dengan pantas.
Seawal 6 pagi aku sudah tunggu bas Rapid..
Kadangkala aku terlewat kerana kelambatan lif...
Keletak keletuk! keletak keletuk! Bunyi kasut aku menuruni anak- anak tangga..
Kadangkala aku tersenyum sendiri bila kaki hampir terpelecok..

Masa pergi tu rambut masih basah..
Sampai sekolah je rambut dah kering!

Tapi di Kg.Sawah...semuanya lain sekali..
Jadi aku hanya menghabiskan masa dengan menonton tv dan bermain dengan Arsyad.
Juga bermain internet..

Owh! Tadi petang aku berchating dengan seseorang..
Orang berkaki aku panggil dia..Haha!
Lama aku tak berchating dengan senyuman yang tertarik- tarik..hahah!
Ok la jugak..dapat menghilangkan kebosanan..
Bukan dengan semua orang kita boleh berchating dengan topic- topic yang bodoh dan melucukan..sebab,lain orang lain cara..
Kadangkala takut juga orang menjadi bosan dengan cara kita berbicara..

Namun, perbualan dengan dia adalah perbualan biasa dan ala- ala sitkom komedi saje.
Meluahkan perasaan dan bercerita tentang sekolah...
Tentang Malaysia!

Besok aku kena pergi ke sekolah.
Pasal kena ganti cuti sekolah minggu hadapan..
Jadi minggu hadapan aku cuti selama seminggu!
Seronok bile dengar pasal percutian...
Namun, percutian di rumah memang memenatkan..
Jadi aku rasa, aku mau memikirkan satu aktiviti yang menarik..
Aku harap, member aku tuh dapat cuti panjang!
Lalu boleh la aku mengajak dia berjalan- jalan dan melepaskan kerinduan! Seronoknye...

Aku rasa sekarang, kehidupan aku sama je ..
Semuanya di tahap tengah- tengah..
Suam- suam...
Bila memikirkan aku membuang banyak sangat masa...
Aku rasa, sudah tibanya aku memikirkan sesuatu untuk masa depan..
Bersedia dan mau melakukannya..
Macam menakotkan...tapi sebelum melakukannya aku kena kumpul dulu maklumat- maklumat yang penting..cemburu melihat mereka yang sudah berjaya mendapatkannya! dan ada gambar jubah kenangan!
Aku tak mau jadi macam kawan kaki tuh, dia kata setiap hari- hari yang dia lalui adalah sama!...
Aku tak mau macam tuh..

So, harap aku diperkuatkan hati...
Dipermudahkan segala perjalanan..

Aku gembira dengan hari ini!! hehe!

Comments

Anonymous said…
belajar banyak

Popular Posts