Bersama pelakun..


Kesejukkan petang ini memang mencengkam keringat kepanasan..
Hujan yang turun memang tidak berhenti
Namun ia berhenti seketika, berhenti memberi peluang kepada manusia untuk memenuhi keperluan yang tergendala dek kerana air yang turun dengan mencurah- curah...

Wah! ayat bahasa Melayu persis ayat novel karangan dulu kala lah..haha!
Namun aku gembira dengan menulis..
Sekurang- kurangnya apa yang terbelenggu di fikiran dan di dalam hati dapatlah aku lepaskan..


Ada 1 member aku ni, beria- ia ajak aku pergi menghadiri kursus nikah kat Pontian hujung minggu nanti..
Kena RM120..
Aku malu nak bagitau mak..mintak pendapat mak..
Aku sebenarnya memang tak mau pergi lagi kerana belom masanya..
Kalau mau pergi, lama sudah aku pergi..
Masa kat UM dulu ramai kawan-kawan ku ajak..
Namun masa tuh, aku bertegas tak mau pergi dengan memasang impian bahawa aku akan pergi bila tiba masanya nanti..

Member aku tu beria- ia ajak aku..
Aku pun terpengaruh sebentar kerana kononnya bila tiba masa tak payah aku sibuk- sibuk..
Tapi masa ngah mandi, aku berfikir dan berfikir lalu aku memutuskan aku tak mahu pergi..
Aku pon mintak pendapat kat member aku yang lain, die kata pergi jelah..
Tapi setelah berdiskusi dengan dia..dia pon cakap tak perlu ah aku pergi..hahah!
Selepas aku menceritakan tentang perbualan aku dan kawan ku itu...

Kawan aku tu macam agak sedikit belagak..
Mentang- mentang dia nak kawin die leh memperkecik- kecikkan aku..
Aku ingat lagi dia kata:
  1. ' Tini, jom ah g kursus nikah.. T senang ko.. Walaupun umo 30 belum tentu kau kawin'
  2. 'Aku kena kawin ni, boyfren aku nak aku sangat pasal aku 'market' '
  3. 'Kau kena pergi jugak Tini pasal aku takde kawan' Aku just menemankan dia..
Huh...'market' sungguh kawan aku tu kan..
Pandai die mengumpan aku..

Aku bukan mau bersangka buruk.. Tapi kadang- kadang kita kena sedar diri..
Jadi memandangkan aku belom ade 'market' dan belom tentu umur 30 tahun aku kawin maka, aku memutuskan untuk tidak pergi..hahaha!

Macam- macam kisah berlaku..
Aku hanya tersenyum dan mendiamkan diri..
Sesekali aku bernyanyi time die bercerita..hahaha!


Nasihat untuk diri sendiri, tak perlu ah mengkomplikatedkan kehidupan yang singkat ini.
Disekitar kita ni, begitu banyak pelakon dan cuba mengambil kesempatan.
Oleh itu, berhati- hatilah
.

Pengalaman sendiri, aku pernah juga menjadi pelakon di dalam sebuah perhubungan singkat.
Namun aku mengalah dengan situasi itu kerana tidak mahu mengecilkan hati insan lain walaupun risikonya sangat besar.
Berita terbaru tentang insan itu, dia sedang berbahagia dengan yang lain. Syukur!!
Jadi aku berharap jangan la aku berjumpa dengan pelakon- pelakon yang jahat dan kejam!
Hahaha!

Tapi kadangkala tidak perlu la dengan kejujuran yang melampau...
Jalan yang terbaik ialah dengan menjadi diri sendiri dan tidak perlu menyibuk dengan kehidupan orang lain kerana masing- masing ada jalan sendiri..
Betulkan lubang di jalan anda dahulu sebelum betulkan jalan orang lain.
Terokailah negeri yang anda dilahirkan dan ditempatkan sebelum terokai negeri orang lain...
Apa- apa pun terima kasih kepada dia yang memberi signal bahawa jalan yang aku nak lalu tu, ada pokok tumbang dan kena lalu jalan lain...




Comments

amad_walrus said…
wow..

nk tanya sket,kwn u tu market pasar tani atau pasar ikan borong?
Cik Tinny said…
black market! hahah! batman, sila tegakkan keadilan...black market sangat berleluasa kini! semua cetak rompak...;p

Popular Posts