Kenangan Lalu

Tadi aku baru lepas mengemas barang- barang lama aku..
Walaupon nampak biasa...tapi hati kat dalam sentiasa tersenyum..
Senyuman ape?
Senyuman yang penuh tanda tanya...?????

Apabila dikenang masa- masa yang lepas, begitu banyak peristiwa yang berlaku.
Kadangkala, perasaan penuh penyesalan akan tiba- tiba datang dengan lajunya..
Namun begitu, seberapa banyak pun penyesalan yang timbul ianya bukanlah petunjuk kepada kemusnahan diri..ada juga kemanisan yang terselit diceruk- ceruk penyesalan tuh..

Segala yang berlaku adalah satu ketentuan dan takdir yang perlu diterima..

Aku selalu diuji untuk memilih antara 1 dari 2..antara 1 dari 3..antara 1 dari 4..huh! banyaknye..takdelah sampai 4..biasanya antara 2 jalan, 2 cara, 2 benda, 2 peluang..dll
Selalu juga aku kecundang dengan pilihan aku..
Banyak kali jadi macam tuh..ha3

Malam kelmarin, aku bermimpi gigi atas aku tumbuh sebatang..
Kata orang, kalu gigi atas tumbuh maknanya aku kena buat pilihan sesuatu..
Ehm..menakotkan untuk melakukan sesuatu pilihan..
Lagi- lagi apabila ia melibatkan soal kehidupan...masa depan..
Semua tu memang macam perjudian..
Tapi aku yakin, bukan aku sorang yang menghadapinya..semua orang pon..

Jadi..bersabarlah..

Ekceli..kenapa aku berpenulisan cerpen begini??
Sebab..
Tadi ada seseorang yang penah rapat ngan aku satu masa dulu hantar msg...mendoakan kebahagian aku..
Kenapalah dia mesti mendoakan aku lagi? Baiknya dia..
Aku pon mau mendoakan kebahagian dialah..he3
Semoga dia mendapat seseorang yang lebih layak untuk didampingi..

" 'Kita' adalah takdir masa lepas.."

Hahaha! Mana aku dapat ayat tu?

Ayat tu aku dapat masa aku nengok satu drama melayu tuh..

Mengisahkan sepasang kekasih yang terpaksa berpisah kerana pilihan orang tua.
Sang lelaki redha dengan perpisahan dan hidup bahagia dengan isterinya..
Namun, sang perempuan...tidak dapat menerima kenyataan lalu meminta perceraian dengan sang suaminya..
Bila dia bercerai, die mencari kekasih lamanya..sang lelaki...
Namun,sang lelaki bertegas tidak mau kembali bersama sang perempuan..dia sayang isterinya..
Akhirnya, sang perempuan terus dengan kekeciwaan dan dendam..wooow!
Tak baik berdendam lah..


Cerita pasal dendam ianya mengingatkan aku pada kisah Rosli Dhobi...
Sedihnyalah bila melihat perjuangan dia..
Semangat dia..
Dia mati di tali gantung...di usia yang muda..
Kandungan surat terakhirnya bikin aku sebak..
Aku nih, dengar- dengar macam tu pun boleh sebak...
Hati terlalu mudah menangis..
Tapi aku jenis kuat men harung je..
Tapi dalam harung- harung aku kena nangis..baru lega..hahhaha!

Berbalik kepada kisah perjuangan tadi..
Masih adakah rakyat Malaysia, melayu khasnya yang mempunyai semangat patriotisme seperti Rosli Dhobi? Mat Kilau? Onn Jaafar?? Ahmad Boestamam? dll..
Tepuk dada tanyalah selera...aku sendiri tertanya- tanya adakah semangat patriotisme aku ni begitu kuat tertanam di dalam jiwa..

Semoga Malaysia akan terus merdeka dan Melayu masih lagi bertuan di bumi Malaysia..

Comments

Cik Tinny said…
hoi hamzah ian...;p
assalamualaikummmm
amad_walrus said…
tini oh tini..
ape yg nak dirungkaikan disini

Popular Posts