Buffaloo!
Tibe- tibe mau menulis sesuatu tentang Buffalo..
Sape Buffalo dikaca mata saya??
.........................
Erm...tak baik membenci Buffaloo...~
Mari kita berkenalan dengan Buffaloo yer..
Ciplak kat wikipedia...sambil menciplak..sambil mencari ilmu pengetahuan..
Buffalo ialah binatang yang termasuk dalam subkeluarga bovinae. Kerbau liar masih dapat ditemui di Pakistan, India, Bangladesh, Nepal, Bhutan, Vietnam, China, Filipina, Taiwan, Indonesia dan Thailand. Penjinakan kerbau sangatlah umum di Asia, Amerika Selatan, Afrika Utara dan Eropah. Kerbau liar banyak hidup dan ditemui di Asia Tenggara, walaupun asal-usul kerbau ini masih dipersoalkan. Pada masa ini populasi kerbau liar di Asia mulai menurun dan dikhuatiri bahawa di masa yang akan datang tidak akan ada lagi populasi kerbau liar yang dapat ditemui.
Kerbau dewasa dapat memiliki berat sekitar 300 kg hingga 600 kg. Kerbau liar dapat memiliki berat yang lebih, kerbau liar betina dapat mencapai berat hingga 800 kg dan kerbau liar jantan dapat mencapai berat hingga 1200 kg. Berat purata kerbau jantan adalah 900 kg dan tinggi purata di bahagian bahu kerbau ialah 1.7 m. Salah satu ciri yang membezakan kerbau liar dengan kerbau jinak adalah kerbau jinak memiliki perut yang bulat. Dengan adanya percampuran keturunan antara kerbau-kerbau antara populasi yang berbeza, berat badan kerbau juga berubah-ubah. Kerbau mungkin berasal dari Asia Selatan.
Klasifikasi kerbau masih belum pasti. Sesetengah pihak mengelompokkan kerbau sebagai suatu spesies Bubalus bubalis dengan tiga subspesies iaitu Kerbau sungai (B. bubalis bubalis) yang berasal dari Asia Selatan, Kerbau rawa (B. bubalis carabanesis) yang berasal dari Asia Tenggara dan Arni atau kerbau liar (B. bubalis arnee). Jenis lain biasanya masih berkerabat dekat dengan subspesies ini. Kerbau rawa yang dapat ditemukan di Asia Tenggara memiliki 48 kromosom. Kerbau sungai memiliki 50 kromosom. Keturunan dari dua subspesies ini dapat ditemukan dan mereka dapat menghasilkan keturunan, walau mereka tidak dapat berkembang biak dengan lembu yang memiliki 60 kromosom.
Comments