Kau Laksana Bulan~
Kau Laksana Bulan..satu- satunya drama Melayu yang aku excited sangat mau tau endingnya..
Ehm..mula- mula nampak macam merepek..tapi lame-lame syok jugak.
Adalah elemen-elemen drama Korea/ Japan dalam nih..tapi masih digarapkan unsur- unsur kemelayuan..
Harap ada ah ending yang best dalam citer ni..
Kesemua pelakon pandai memainkan emosi dalam watak mereka, sampai aku and adik- adik aku pon leh tersipu- sipu malu time menonton..hahhaa! Adoi.... !Tahniah lah kepada penulis novel cite ni..anda memang bijak mengajak pembaca dan sekarang penonton, melalui plot- plot dan watak perwatakan yang bersesuaian..!
Sinopsis cerita..
Aku cedok dari blog kepunyaan bloger yang fanatik sangat ngn novel- novel cinta kat Malaysia nih..
"Kau Laksana Bulan akan membawa anda bersama-sama Adrianna mengembara ke dunia karya dan alam cintanya!
Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak 'kejadian' yang membebankan semangat untuk teruskan kerjaya.
Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat Adrianna berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi sepertimana yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.
Syafik merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya. Sementara Razif pula, cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing, kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi. Firas, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki itu mampu mengganggu konsentrasinya. Akhir sekali, masih ada Eizlan yang muncul secara misteri, dan mula menghantui hidupnya!
"Kau laksana bulan yang menyinari hidupku... dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan tersenyum di langit"
Lagu tema:
Lagu tema dia pon agak best..
Aku suke lagu nih..lirik dan melodinya seiring..menusuk kalbu lah kate orang..agaknye lah..
Lirik Lagu Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah
Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Comments