Birdie Birdie Bedu!!

(okey..mau jadi macam rumput ke? : nampak cantik dan hijau..dan melindungi hidupan dibawahnya?)
(or jadi bola tuh : putih dan bulat yang di pukul ke sana ke mari sampai masuk lubang kemudian : Birdie!)
(or jadi macam kayu golf tu: : ikut je hayunan tangan dan pukul bola ke sana ke mari??)
* Tajuk entry kali ni Birdie-birdie Bedu..ekceli..aku bukan nak ejek nama atok kawan aku time sekolah dulu tau..nama atok dia Bedu..aku just nak bagi sedapkan tajuk je..huk3 Tiada kaitan samada dengan yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia..

Sekarang jam sudah pukul 10 malam..
Aku sorang- sorang je kat uma tumpangan aku kat Johol nih..
Hahaha!
Kenapa aku cakap aku kat uma tumpangan?
Mestilah..
Sebab ni rumah untuk Faizal..bukan rumah aku..he3
Aku just menumpang ajer...

Since tiada siaran TV..aku hanya menghabiskan masa dengan berinternet..
Padahal banyak aktiviti lain yang boleh aku bikin sebenarnya..
Misalnya, menyiapkan kerja sekolah..
Walaupun cuti sekolah, kerja sekolah tetap ada..
Kena rajin- rajin buat kerja sekolah..
Untuk kemudahan diri sendiri juga..
Walaupun kadangkala aku rasa malas untuk ke sekolah..
Rindu rasanya mau selalu kuar wat aktiviti kokurikulum..
Minggu lepas ada aktviti..tapi aku terpaksa menolak..
Mebi lepas beberapa bulan..aku nak aktif balik..
Rindu nak bergelak ketawa dengan kawan- kawan yang ada kat pusat koko..
Seronok meluahkan macam- macam..

Bila dah kahwin ni..bukan semua boleh share kat Faizal..
Nengok dia macam takda minat je nak dengar kisah- kisah aku..
Tak menarik gaknya...haha!
Tapi kadang- kadang dia patut dengar cerita aku..
Sometimes rasa sad gak bila takda teman nak share cite- cite..huh!
Tapi dia pun jarang cerita kisah pasal kerja dia..
Memang dia pendiam pun..
Kadang berbual dengan senyuman aje...haha!
Tapi kadang- kadang soalan yang aku tanya pun macam menyakitkan ati dia memang..hua3

Untuk mengisi masa lapang...
Aku banyak melakukan aktiviti komunikasi alam maya..
Macam nengok citer Korea..
Macam kemas- kemas uma..
Main masak -masak....
Basuh- basuh kain...
Wah! kerja yang dibuat sejak dulu lagii.,..

Badan aku kena ngah gatal- gatal arini..
Habis bintat- bintat sana sini..
Aku suspek ni sebab selimut hak kerajaan Faizal la..
Gaknya lama tak basuh..aku tak bawa selimut aku dari Johor..
Maka aku pinjam ah selimut dia..
Bila dah gatal..bangun je pagi..aku terus membasuh selimut itu..
Ku jemur di kepanasan mentari Johol..
Sedang menjemur...aku terpandang Sek.Keb. Undang Johol..
Sekolah tu memang betul- betul belakang uma Faizal ni..haha!

Duduk Johol ni..satu pengalaman yang lain..
Memang ah desa...kampung..tapi dikategorikan pekan..
Lagi best kampung Sawah memang..lalu lalang orang..
Kat Johol ni macam pekan tinggal..
Namun begitu..klinik, balai polis, masjid, pejabat pos..semuanya dekat- dekat..
Bayangkan...air longkangnya pun masih jernih..
Aku leh nampak orang- orang menyauk ikan di dalam longkang..! masih belum tercemar sangat tempat nih..
Macam mana la semua orang di kampung ni boleh bertahan...walaupun kemudahan asas dekat...tempat- tempat untuk berlibur memang agak jauh ckit..
Aku ada la beberapa kali minta izin pinjam kereta myVi Faizal..tapi dia tak bagi la..
Aku nak pi jalan- jalan time dia kerja..
Tapi dia tak bagi..
Sekali dia tak bagi..malas aku nak minta lagi..huk3
Yela...bukan kereta JCE  aku..alah bukan best sangat bawa MyVi tuh..keras je aku rasa..
Ceh! aku mengata ke nih?
Biarlah..aku menulis apa yang aku rasa..sambil dengar lagu..
_disini aku masih sendiri...
_bila esok hari datang lagi, ku cuba menhadapi semua ini..meski tanpa mu...
Kebetulan lagu ni plak..
_suara dengarkanlah aku...apa khabarnya pujaan hatiku..
_aku disini menunggunya...haha!
Ops...ni lagu apa nih..
Mengingatkan aku pada kisah yang lepas aje..
Bukan aku yang nak dengar..tapi kebetulan terkeluar lor...
Udah la dengan yang lepas- lepas tuh :)

Sekarang ni..aku rindu betul dengan Bogart..
Bogart sangat cute!
Rasa nak berjurai- jurai air mata bila teringat si Bogart..
Siapa Bogart?
Mestilah Arsyad Mirza...my adiks!
Tiara cakap Bogart asyik nengok pic aku jer..
Pastu ada satu pagi tu dia cry sambil geletek-geletek kaki Tiara..
Biasanya..memang kaki aku yang dia kuis..
Walaupun 3 pasang kaki akan terjuntai di katil..
Dia tau mana 1 kaki aku yang bersaiz 6 nih..haha!
Cutekan Bogart??
Untuk menghilangkan rasa rindu..sesekali aku buka video dia..
Setitis air mata aku berderai.
Walaupun aku ni garang dan ganas dan memang nampak kasar..
Aku memang mudah cry! dan cry!!
Tak lama lagi Bogart nak dapat adik dah..
Walaupun parents dia masih status 'bertunang'..parents dia dah ada 2 anak!
Hebat bukan??
Tu dia..sepupu aku tuh walaupun pendek...tapi akal panjanggg....
Aku harap, Ayuni akan bersalin dengan selamat..
Moga- moga kelahiran kali ini akan memberikan lebih rezeki untuk kamu berdua..
Pandai u all simpan rahsia dan merancang ngam- ngam semua ni..
Walaupun aku tak setuju dengan kelahiran paksa baby kedua ni..
Aku still mau berdoa ibu dan anak selamat..

Kenapa pasangan tu terpaksa melalui semua ni?
Adakah ia suratan atau takdir?
Atau acuan,
Atau tulisan.
Atau lukisan mereka sendiri?
Mudah untuk kita menuding dan menyalahkan semuanya..
Agama la..kedudukan keluarga la..statuslah..ekonomi lah, pelajaran lah..
Nak salahkan siapa?
Ada otak memang boleh fikir..
Tapi ada ke fikiran yang salah itu salah, dan fikiran betul tu betul??
Ntahlah...orang ni macam- macam..
Tapi kalu berbalik kepada ajaran agama..memang semua tu leh setel dengan mudah..
Subhanaallah..memang banyak panduan yang diberikan kepada setiap manusia..
Cuma manusia ni kadang- kadang jeling aje semua tuh..termasuklah aku ni..huk3
Kata Abby Fana dalam radio..benda yang paling berharga dalam hidup kita ialah nyawa...
Hargailah nyawa..dan selagi bernyawa hargailah setiap moment yang diberi walupun ianya pahit atau pun manis..
Tapi Abby Fana ada soalan lain gak..dalam banyak- banyak sakit..sakit apa yang paling sakit??
..
..
..
..
..
Jawapannya ialah..
Sakit leher..
Paling ke kanan..sakit..
Paling ke kiri pun sakit...
hahaha! Eh..lawak ke??
Ekceli..lepas beberapa kali aku dengar iklan teka- teki ni baru aku dapat tangkap maksud Abby..
Mula- mula aku dengar yang tersurat aje..
Lupa nak fikir yang tersirat..haha!

Oklah..
Aku nak stop..
Sambung cerita Korea..
Birdie Buddy..
Ehm,..agak menarik..
Dengan citer ni..sikit- sikit aku leh faham tentang permainan Golf..
Permainan orang- orang berduit..
Betul..Golf untuk orang yang berduit...bukan main- main punya statement..haha!
Bola dia je dah mahal..
Apa lagi kayu dia..hua3

p/s: tahniah untuk kawan- kawan dan rakan-rakan yang mendapat anugerah- anugerah baru dalam kehidupan mereka.. Semoga keberkatan Illahi akan sentiasa menyelubungi kalian...amin~

Salam rindu buat Arsyad Mirza..
Kak Win sayang adik tau..~ Mmmuahhh!! (air mata dah nak berlinang ni..huk3)



Comments

amad_walrus said…
Cikgu,
Enjoy la cuti skolah..berseronok, tak perlu lah pikir byk2..hihi
Eh, dah nak abes cuti dah pon kan..
Cik Tinny said…
Jurutera,
Memang takda fikir banyak- banyak pun..sebab takut rambut gugur banyak..;p
cuma rindu kat acad!

Popular Posts