Ye ke?? Suka hati kau la...
Ini dia pokok ketum
Deruman mesin rumput abah masih terngiang- ngiug kedengaran di telingaku..
Petang Jumaat dihabisi dengan mengemas kawasan rumah..
Emak menyapu rumput...abah menebas rumput..
Aku plak hanya memandang kehijauan rumput- rumput itu..hahah!
Yelah, siapa pula yang mau jaga Arsyad...jadi aku la yang kena jaga..
Letih woo mendukung baby yang berat itu..semakin bertambah kg dia..
Semakin banyak keletah tercipta..
Letih aku nak melayan, nasib baik ada Panda..leh gak kawan- kawan ngan Arsyad..
Nasib baik ada cik Fasha jiran sebelah..sempat lagi aku men snap- snap pic dia dan Arsyad..
Comel betul si kecik- kecik itu...hehehe!
Ehmm..cerita Keranamu Laila di tv3 ni endingnya cry2 la plak...
Mak aku berjurai- jurai air mata...
Merah- merah hidung..
Tapi cerita dia adalah memberikan pengajaran sedikit sebanyak..
Apa yang aku dapat simpulkan melalui cerita ini...berbuat baiklah pada diri sendiri dan orang lain..dalam maksudnya..terpulang ah mau memaksudkannya macam mana..tapi yang penting, diri sendiri faham dan tidak menguris perasaan orang lain..
Eh, macam merepek plak ayat aku..
Cerita pasal air mata ni..
Tadi aku kena buat lawatan ke rumah murid yang berturut- turut tidak hadir ke sekolah..
Aku pergi dengan GPK HEM dan Wawa! Wawa nak ikot aku..terpaksa GPK bawak gak Wawa jejalan..
Ni aku g umah famili yang 7 orang anaknya tiada sijil kelahiran...
Famili 1 of anak murid aku gak..
Anak murid tumpang..sekolah atas dasar ihsan..
Tadi tanya lagi pasal surat beranak anak akak tu..
Dia kata sedang uruskan lagi dan suaminya terpaksa keluarkan wet yang banyak..
Kami jadi musykil..huk3
Aku diam jelah pasal wet- wet tuh..
Aku pun hari ini berani bertanya, berapa orang anak dia yang takda surat beranak?
Aku tanya lagi, bila nak buat kak...
Aku cakap ah, aku kesian kat anak- anak dia..Sebab, memikirkan masa depan anak- anak dia..
Aku cerita gak pasal, aku selalu berasa sedih dan bersalah dengan anak dia yang duk kelas aku tuh..Mana tak sedih, orang len aku bawak ke sana, ke sini..dengan dia aku tak dapat bawa sebab takda surat beranak..
Lepas tu, orang lain dapat elaun, dia tak dapat elaun..dengar jer..
Lagi aku sedih bila aku nengok anak akak tu yang kecik- kecik tadi..
Senyum- senyum kat aku..comel plak tuh...umur 5 tahun dan 3 tahun rasanya..
Ada yang umur setahun gak rasanya..senyum- senyum..
Aku dengan tak malu suruh akak tu lekas- lekas amik tindakan..
Suruh akak tu pujuk laki dia..jumpa Guru Besar kerana Guru Besar mau tulung..
Ngah cakap-cakap leh plak air mata aku menitis..
Hua3...aku sedih nengok anak- anak kecik akak tuh la...
Adoi...!
Nengok tepat ke arah anak mata dak- dak kecik tu hati aku jadi sayu je..
Dorang macam nak dekat kat aku..senyum- senyum..
Masa aku kuar dari uma, dorang senyum je..comel la!
Harap ayah dorang sedar..dan buang semua keegoan..kesianlah anak- anak itu..
Kepada ibu bapa yang mebi terbaca blog aku ni, buatlah sijil kelahiran anak.Jangan gelapkan masa depan anak- anak kita..
Besok ada larian 1 Murid, 1 Sukan dan 1 Malaysia!!
Ehhmm..kulir ah mau pergi..
Tapi kena g gak..sebab dah arahan..
Aku dengan Siti dah bincang- bincang...nak nek moto je esok..Follow budak- budak..!
Hhahah! 2 Guru, 1 Motor!!
Penat ah nak lari- lari...
huuuuuu...
Apapun, hari ini banyak perkara yang menterujakan telah berlaku...
Keji dan mengejikan juga banyak..
Mak Usu tadi leh cerita sesuatu..
Dia kata Nenek Fikri pernah cakap yang cikgu Pendidikan Khas tidak jalankan tugas..
Lagi- lagi time sukan kat luar..
Sebab kami tak bawak Fikri..haha!
Hantar Fikri balik umah sebelum waktunya tiba..Hahah! Lepas tu siap cakap, gaji terima penoh gak! fuyoooo! laser benarrr...
Mengata kat warung depan..orang warung plak sampaikan kat Mak Usu..
Lantak ah..
Makcik warung ke, nenek Fikri ke, mak Usu ke, cikgu- cikgu len ke...nak komplen, komplen ah..
Ada aku kesah? hahah!
Aku siap cakap kat Mak Usu...suka hati nenek Fikri ah nak cakap apa..Orang kampung nak cakap apa pun cakap ah..cikgu- cikgu len pun sama..
Aku cakap, nak bawa Fikri g bersukan jauh boleh...tapi nenek ikot ah.jaga Fikri..hahah!
Kami ada reason kenapa tak bawa Fikri..Orang lain ada pembantu..aku mana ada..
Dah aku pun sebok urus event- event tuh..sekolah- sekolah lain pembantu murid yang handle..
Takkan aku nak jadi macam mak Fikri plak..adoi..
Ya Allah, berikanlah kesedaran kepada mereka- mereka...
Aku cuma cikgu je..tugas aku ada hadnya...
Tapi mak Usu tu bukan leh caya pun, aku tau dia nak sampaikan mesej apa..hahah!
Lantak ah..tapi aku puas..
Aku cakap, aku tak kisah apa yang orang nak cakap...cakaplah..aku dan nasir tak luak apa- apa..
Andai ada orang yang lebih pakar dan sedia mau menggalas tugas untuk menjaga Fikri..
Silakan..hahah! aku tidak menghalang atau pun mengundang...
Untung aku dan Nasir yang jadi cikgu P.Khas kat situ..kalau sekolah lain...Lama dah Fikri tu disuruh ke tempat lain..ehhmmm..
Biar ah..
Bila dah jumpa macam- macam ragam ibu bapa dan penjaga ni aku jadi macam kebal dari segi perasaan geram...hahah!
Walaupun aku geram, aku leh jadi tak geram..
Aku akan mengambil pendekatan untuk tunaikan dulu tanggungjawab yang diberi..
Orang lain punya cakap-cakap jadikan ibarat bunyi katak- katak yang sakit..
Buat apa nak memeningkan diri dengan kata- kata orang yang kurang sensitif dengan perasaan kita...kesian kat badan kita..
Hidup ini terlalu singkat dan rugi kalau menghabiskannya dengan melayan kata- kata nista dari orang lain..
1 Malaysia! 1 Juta Ragam Orang!
Comments