Yakin!


Malam semakin larut..
Aku masih tak tidur..membuang masa dan membiarkan mata aku mengantuk sendiri..
Perut masih kenyang dek kerana makan sata yang dibeli di Terengganu Darul Imang..
Sangat suka melihat pic aku memakai topi abang polis yang aku pinjam untuk diposing ala- ala pelakon Gerak Khas! Pewiit!!

Masa malam yang larut begini, aku masih mendengar leteran mak aku yang amat nyaring suaranya...
Marahkan aku kerana pasir di simen belakang..
Aku just ketawa kecil dan terus memberikan hujung lidah kat mak aku..hahah!
Ampun mak...lagu dari Sharifah Aini 'Oh mamaku' untuk mak..hahah!

Ekceli esok adalah hari baru..eh! setiap hari adalah hari baru lah..

Namun, syukur aku masih diberi kesempatan untuk menikmati udara yang suci di bumi Allah ini..
Semoga hari esok akan lebih memberikan aku keinsafan...
Setiap hari adalah hari yang misteri...
Bersediakah aku, dia, kamu mahupun mereka?
Ada yang memasang pelbagai plan..
Semoga apa yang dirancang akan dimakbulkan Allah..
Dan dipermudahkan segalanya..

Kepada sahabat ku yang diluar sana..
Semoga kalian akan terus diselubungi kebahagian dan carilah kebahagian kamu tanpa rasa segan...
Gunakanlah dengan apa cara sekalipun, mebi dengan melihat drama Tamil, Korea ataupun Arab sebagai sumber inspirasi..hehehe! Orait apa...walaupun tak ikot style dorang, at least u all leh blaja bahasa dorang..Ilmu tuh!
Yakin boleh! hahah!

Nanti pukul 5.30 pagi aku mau bangun..
Pergi sekolah dengan memakai baju kaler pink!
Baju yang dibeli secara online.!
Buruk bena baju tuh, indah rupa di internet, sekali datang..mak oi...pakai je ah..hahha!

Kesimpulannya, kalau mau memilih biar berdepan..
Jangan guna medium internet or henpon....nanti leh jadi salah faham lorr...ingat cantik..upernye..???

Comments

Popular Posts