Selamat ari Khamis untuk kamu!


Tak disangka sudah hari Khamis arini..
Alhamdullillah aku masih diberi peluang untuk menikmati segala nikmat yang Allah pinjamkan untuk aku..
Hari ini aku bangun awal..awal tak awal sangat lah..kalau time sekolah aku dh leh datang lambat nih.haha!

Rutin cuti sekolah aku setiap pagi mestilah menjaga adik kecik aku yang namanya Arsyad..
Adik erk?? yeaahaha! yelah, mestilah adik..
Dia memang kanak -kanak yang aktif...terima kasih kepada Allah kerana memberi peluang untuk adik kecik tuh hidup dengan kami...untuk berapa lama?? tu kami tak pasti..hanya Kau yang tahu segala rencana..

Pagi- pagi lagi aku kena main dengan dia..men bola! hehe!
Masa aku ngah menaip nih..dia dijaga oleh cik Tyra..turn dia pulak..aku dah amik shift pagi..
Tapi aku bukan berehat pun..
Sat lagi kena mop rumahlah..sebab si Panda boleh tangkap tikus and dia saja bawa bangkai tikus tu ke sana ke mari..puas aku kejar Panda tuh sebab aku nak buang bangkai tikus yang digonggong dia..
Namun, dia lagi kuat lari! dan aku macam kena main je..sakit hati aku tau..

Esok aku kena bertugas kat sekolah..
Cikgu ni bukan betul- betul cuti..dalam cuti pun kena pergi bertugas..tapi tak la lama..2 hari je..heheh! Aku rasa nak pergi hari Jumaat dan Isnin depan jela..cukuplah tuh..nak bape lama...
Bukan lama pun cuti..sebulan je..

Bulan ni ramai gak wedding kena hadir..
Hari tuh nana punya wedding..aku tak dapat hadir sebab kena bertugas di Tanjung Piai...
Untuk AGOONOREE MALAYSIA untuk kali pertama..
Sehari je..aku ingatkan sempat nak g kenduri dia..hadiah pun dah bawa sekali..tapi entah kenapa leh pulak purse aku tertinggal kat umah..
Minyak dah nak sampai E pulak tuh..tawakal je lah..last- last sampai juga kat uma..tu pun dah petang..lepak plak rasanya...
Aku doakan nana dan suaminya akan berbahagia sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak- anak yang baik sekali! Amin...

Ehmm..cuasa sedang tak menentu sekarang..
Bagus juga if hujan je..sejuk rasanya..
Tapi nasib kat uma aku ni..hujan dia berhenti dan panas dan hujan dan berhenti lagi..
Taklah bimbang sangat..takut gak tiba- tiba air bah.
Banyak kerja la if terpaksa berpindah..memang memenatkan..

Ok..! dah dapat mood untuk mengemop lantai..!!



Comments

Popular Posts