Akhirnya..


Bau asap rokok berjenama Lucky Strike yang telah aku hidu since aku lahir sedang menari- nari di hidung aku...nak ku maki, abah aku yang hisap..jadi ku biarkan dia menari dengan selamba dan sesekali ku kipas- kipas tangan aku untuk mengajar tarian ke arah lain..haha!

Acad sudah tido..puas bermain barangkali..
Memang puas lah..habis remote control DVD Player aku di gigit dia..
Memang kaki gigit la dia tuh..puting yang mak baru beli pun dah mula menampakkan lubang yang lain dari biasa..
Nasib dia chomel dan mempunyai bau yang sedap- sedap hangit dicium..hehee! nak marah pun tak jadi..

Arini akhirnya...dapat juga aku tamatkan cerita korea tuh..
Lie to me..! Wah! memang aku pun tertipu juga dengan pengarang cerita drama tuh..
Walaupun aku rasa tertipu tetapi gaya lakonan mereka memang menyentuh hati!
Memang shumel2 la pelakon korea nih! ish! rasa nak berangan nak dapat laki ala- ala pelakon korea plak..senyumannya manis sekali!!

Sebenarnya..kadang- kadang kita dah dapat agak pun jalan cerita dia..

Macam drama Korea ni, apa yang aku selalu aku perhatikan mereka suka tema yang macam:

  • Ala- ala Sinderella...Perempuan dari golongan kebanyakkan akan bertemu dan jatuh cinta dengan lelaki yang kaya..Oppa~!
  • Mula- mula musuh...lama- lama suka..gaduh- gaduh macam apa..lama- lama jatuh cinta...rindu nak bergaduh plak.
  • Cinta terhalang kerana kasta..(macam cerita Melayu ah)
  • Dah suka sama suka..tapi cinta tak kesampaian kerana hero or heroin yang mati.
  • Cinta 3 segi.

Tapi..kalau diperhatikan drama- drama Cina, Melayu mahupun Mexico...tema- tema di atas memang biasa diketengahkan..

Kadang- kadang terfikir..memang wujudkah masyarakat yang macam tuh?

Berapa ramai sangatlah orang miskin dapat ngorat lelaki kaya, baik dan kacak..haha!

Lepas tuh..betul ke lelaki Korea sangat romantis dan lucu macam kat drama tuh..?

Dalam drama Melayu plak..watak heronya macam lebih kepada terlalu ego..memang lelaki melayu ego erk?? haha! ye kot..nampak macam canggung kalau watak lelaki melayu yang terlalu caring macam lelaki korea...

Tapi dalam banyak- banyak drama..drama Tamil memang selalu jauh dari jangkaan..!
Sebab tu aku suka nengok Tamil drama..haha! dalam drama dorang memang banyak berkisar dengan kehidupan mereka...dari seburuk- buruk rumah, sampai ah secanggih- canggih uma..

Alah..ni just komentar omongan kosong je..
Apapun..cite Omputih memang jarang menegaskan isu percintaan 2 darjat dan cinta 3 segi...
Kenapa erk??

Jadi..apapun drama dan filem yang kita lihat, enjoy jela dengan apa yang dihidangkan..
Benda yang baik kita boleh bikin contoh..benda yang tak bape baik jadikan pengajaran..
dan yang paling penting kita gembira dengan apa adanya dia..!

Comments

Popular Posts