Hey! Alamak...
Tiba- tiba hati aku tergerak nak dengar lagu orang kawin..
Seronok apa lagu orang kawin ni.. menaikkan kegembiraan yang tersendiri walaupun bukan aku yang kawin..hahaha!
Ini mungkin dek penangan kursus kahwin yang aku hadiri hujung minggu lepas..
Berdebar plak bila dengar lagu kawin ni..heee~
Nak cerita pasal kisah kursus yang aku hadiri aritu..
Memang banyaklah info yang aku dapat..ntah kenapa hati aku ni tergerak nak pergi kursus tu selepas dipelawa oleh seseorang...
Seseorang?? siapakah seseorang?? lebih baik aku tak mentionkan namanya..supaya raso lebih seronok!..
Seronok seperti sedang menunggu ayam yang dibakar masak..
Tertanya- tanya, sedap ke tak ayam tuh...heheh!
Alhamdulillah..sepanjang kursus 2 hari tu aku takda la menghadapi masalah mengantuk yang berngantuk- ngantuk...
Selesa je dengar syarahan agama yang diberi...tapi aku nengok memang ramai yang tersengguk- sengguk..termasuklah seseorang tu..berkali- kali bagitau aku yang dia ngantuk- ngantukk..
Aku jawab...fokus...fokus...hehehe!
Sebenarnya..benda yang kita redha nak buat dan niat dengan hati yang ikhlas..dari rumah cakap memang nak belajar sesuatu..InsyaAllah, Allah akan membantu kita..
Alhamdulillah...heheh! eh..ado unsur- unsur riak dah ni...
Ekceli bukan apa..kalau ikotkan memang boleh ngantuk..
Tapi atas daya tarikkan yang ada pada penceramah telah membikinkan aku sentiasa seperti insan yang fokus..
Misalnya...ada 1 penceramah tuh..dia memang pakai baju yang suram..suara yang memang ngantuk..tapi dia jenis suka ajuk- ajuk suara perempuan..hahhaaa! pastu buat gaya badan ala- ala manja yang geli...orang tua yang gemuk plak tuh..at least leh aku nengok postur badannya. taklah statik sangat...
Yang ada lagi lucu ialah dengan 1 penceramah nih..
Adoi..sampai aku takleh nak nengok ah mulut dia..ahahah!
Gigi bawah dia ni rongak..tapi cakap memang bersemangat dan penuh dengan gaya bersahaja..
Tapi..aku takleh tahan part dia menjueh- jueh bibir..kesian..
Dah ah suka mengejek- ejek...adoi..benda tak lawak pun aku leh ketawa...
terpaksa aku tutup mulut dengan jaket berjenama Tized aku.hahaha!
Ehm..beberapa perkara baru yang aku belajar tentang pengalaman yang aku lalui hari tu..
Belajarlah selalu kerana semakin kita belajar baru kita sedar yang sebenarnya banyak lagi menda yang kita tak tahu.
Senangkanlah hati kita sendiri dan tidak mengharapkan orang lain.
Seronoknya pergi ke kursus jika bersama pasangan yang mau kita nikahi! heehe!
Kata ustaz tuh...carilah pasangan yang kita suka dan senang bersama.. Kerana stastistik penceraian sekarang amatlah membimbangkan..dan banyak kes kerana berkahwin dengan pasangan yang bukan pilihan.
Jagalah kesihatan untuk masa depan!
Tu je..aku memang suka part kesihatan tuh..banyak la info yang aku dapat..
Tapi tahap tekanan dan stress dikalangan masyarakat Malaysia sekarang amatlah membimbangkan..
Macam- macam pengalaman yang speaker kongsikan dengan para peserta..
Terdetik di dalam hati ni bahawasanya aku ni masih digolongkan dikalangan insan yang bertuah.
Rupanya, terselit pelbagai lagi masalah manusia yang diluar sana..
Kadang- kadang memang macam drama Melayu..tetapi realitinya memang kes itu wujud!
Apapun..alam perkahwinan bukan sesuatu perkara yang main- main..huhuhu..
Ehmm..
Menakotkan dan penuh persoalan...
Comments